Assalamualaikum.
Hello September, dan semalam 31 Ogos 2016 wieya tak sempat buat entri khas
tentang kemerdekaan tanah air kita, Malaysia yang ke-59!
Rata-rata di seluruh pelusuk negeri meraikan nya dengan penuh warna warni.
Bangga sangat jadi rakyat Malaysia yang aman, makmur dan berbilang kaum.
wieya sendiri tak ke dataran mana-mana, hanya menyemarakkan semangat
cintakan negara dengan mengibarkan jalur gemilang yang megah ni.
Sebelah kiri, rumah mertua..sebelah kanan rumah mak ayah :)
Masing-masing tak nak kalah gantung dan kibarkan jalur gemilang..hee
----------------------------------------------------------------------
Okey ini pulak kisah craving keberapa kali fasa 3 trimester.
Memang kepingin nak makan tat telur..
suami wieya jugak ajar makan tat telur ni. pada mulanya
selalu beli kat Tesco berdekatan.Kebetulan masa yang nak tu, kat Tesco habis.
Kecewa la mak buyung :'( Itu yang pegi makan mushroom soup tu
dalam entri yang lepas. Huu..Kalau tidak dua-dua wiyea nak dalam satu masa ;p
Esoknya sebenarnya wieya dah lupa pasal tat telur ni..
tapi encik suami buat surprise..Terharu sangat!
Dia ingat apa yang wieya dan baby tengah ngidam nak makan...
"Maka nikmat yang mana lagi mahu daku dustakan"... Smlm teringin nak makan tat telur ni, tapi kedai yang selalu beli tu dh hbis..Hari ni dah lupa pasal tat telur ni sebab mlm dah dapat sup cendawan 😅😊Tak sangka encik suami bawak balik tat telur blk dari kerja tadi..Patut la lambat balik..Ya Allah..terharu 😂😙 katanya cari merata tempat..lagi la rasa terharu 😂😂 .dan tat telur ni lagi lagi sedapp dari tat dari kedai yang selalu mkn tu..😋😊 alhamdulillah.. Sebenarnya tat telur ni ada 5 biji. Dapat2 tu terus ngap dengan linangan air mata..Maka sempat la tangkap gambar utk 3 biji yang tinggal ni..Syukur ❤#RezekiBaby #3rdtrimester#journeybabywieyaraudzi #Craving Terima kasih suami syg! 💋
Taraaaa!! Tat telur/ tat Portugese Harrold ;)
Rasanya lagi sedap dari kat Tesco yang penah makan sebelum ni :')
Rasanya sedapp dan lazat! Tak manis..Sesuai sangat dekat tekak wieya.
Sanggup 3 ketul yang last ni wieya makan perlahan-lahan untuk menikmatinya
sepuas hati. Inilah dinamakan kebahagiaan duniawi. Sedap!
Syukur atas nikmat rezekiMu. Amin..
hahaha... amboih kemain lagi win ayat last tu :P
ReplyDeletehehe malu kite @Faizah Syakira ❤
ReplyDelete