Tuesday, 6 September 2016

Hobi Suami Kite ;)

Assalamualaikum..
Masuk bulan 9 bermakna dah 9 bulan wieya dan husband kawin.
Cepatnya masa. Sekarang tengah menghitung hari nak dapat baby :)
dan selama 9 bulan ini jugak baru wieya tahu ada hobi suami yang unik.
Salah satunya suka menabung duit syiling emas 50 sen..

Suami wieya memang suka kan  warna-warna emas.
Langsir bilik kitorang pun warna emas. Kalau boleh semua nak warna gold
dan warna tanah. Sejuk mata memandang katanya..

Berat ni walaupun baru separuh balang kecik ;)
 Rasa bangga dengan suami sendiri sebab rajin
 menabung duit syiling dan duit syiling 50 sen emas :*
Masa ni masa untuk tukarkan duit syiling ni kepada duit kertas.
maka kena la kira dan asingkan ;)
Nampak je macam tak banyak rupanya dapat RM200 lebih jugak ..Wahhh!!
 :')

Alhamdulillah..Sebagai isteri, bangga suami ada hobi yang ohsem camni.
#ILOVEYOUSOMUCH hubby!
lagi beberapa hari dah nak birthday suami. Tengah pelan somenthing special ;)

2 comments:

  1. Sebab nilainya 50 sen dan saiznya lebih kurang 20 sen. Walaupun nampak sedikit bila dikira nilainya banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju sangat! ;)
      Berbaloi-baloi kalau menabung kan...hee

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi