Friday 11 June 2010

ღ..Khasiat aprikot =)..ღ

Salam dan selamat pagi =)
pagi nie kita cakap2 pasal kebaikan buah aprikot ye kawan-kawan.
mood untuk berkoongsi dengan korang semua tntang buah2an eksotik nih.

Berdasarkan kepada buku "World without Cancer", biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain.Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila korang makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain.

 sedapnya...segar!!


Korang mungkin pernah mendengar kata-kata ini, "sebiji epal dalam sehari dapat hindarkan diri anda dari doktor". Ianya termasuklah bijinya. Sebaliknya, kita diberitahu sepanjang hidup kita untuk tidak memakan bijinya yang mana sangat bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh tubuh kita.
  epal yang punya 1001 rahsia =)
Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang sangat tinggi dan tertinggi diantara yang lain-lainnya. Disini, kami menawarkan biji aprikot mentah yang dibungkus, yang tidak dijemur dibawah cahaya matahari, tidak dibekukan dan tidak dimasak....semuanya yang MENTAH dan sangat baik untuk tujuan pencegahan dan rawatan penyakit. Biji aprikot jangan dimasak atau dibekukan supaya kebaikan yang ada padanya tidak hilang. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah.


Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, korang boleh memakannya bersama buah-buahan lain. Contoh, anda boleh makannya bersama kismis atau kurma atau buah-buahan segar yang lain.

Korang blh juga menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Korang jugak boleh mengunyahnya begitu saja. Sesetengah orang boleh mengunyah biji aprikot tanpa mencampurkannya dengan makanan atau buah-buahan lain.

Jika korang mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 hingga 20 biji dalam sehari.Pada masa yang sama, cuba jauhkan diri korang dari mandi dan minum air berklorin, sebaiknya gunakanlah air beralkali untuk menyahkan toxin dari tubuh korang.Makan hidangan yang berkhasiat. 

Elak daripada memakan makanan segera , makanan yang dibeli dari kedai yang mengandungi kimia dan pengawet, daging yang dicucuk dengan pelbagai jeni bahan kimia dan antibiotik. Dapatkan makanan dan air yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot kedalam diet pemakanan korang.

 buah aprikot segar dari ladang ^^


Satu lagi sebab kenapa korang perlu makan biji aprikot mentah, didalamnya terkandung bukan saja B17. Biji aprikot juga mengandungi B15 , enzim dan nutrisi lain yang sangat baik untuk tubuh badan manusia.Oleh yang demikian, apabila diekstrak B17 dari biji aprikot dan dijadikan dalam bentuk tablet, anda hanya akan dapat B17, bermakna sebaiknya anda makan biji aprikot dalam bentuk asalnya atau yang dikisar dan diletakkan kedalam kapsul.

Bagi pesakit kanser(untuk elak atau sbgainya), mulakan pemakanan biji aprikot mentah ini dalam dosej yang sedikit, contoh, 5 biji 2 kali sehari....Kemudian ditambah 1-2 biji setiap hari sehingga mencapai jumlah 13 biji 6 kali sehari.

Setiap orang berbeza dalam pengambilan biji aprikot mentah ini. Sesetengah orang perlu mengambilnya dalam dosej yang tinggi untuk melihat kesan positif dari pengambilan biji aprikot mentah dan sesetengah orang hanya perlu mengambilnya dalam dosej yang kecil dan kekerapan yang kurang untuk mendapat kesan penyembuhannya. 

Ini adalah kerana beberapa faktor perbezaan tubuh seseorang, ada yang tubuhnya mengandungi toksid yang lebih dari yang lain, saiz tubuh yang berbeza juga memainkan peranan, tapi walaubagaimanapun, korang mesti pastikan korang memasukkan sebanyak mungkin biji aprikot kedalam tubuh anda dalam kadar secepat yang korang mampu.

Dengan mengalih pemakanan diet korang kepada yang semulajadi, ianya adalah bertentangan dengan apa yang bahan kimia akan lakukan kepada tubuh kita. Ianya akan membina sistem imunisasi tubuh kita, menyerang kanser yang wujud dalam tubuh korang serta menyahtoksin badan kita. Manakala bahan kimia dan dadah akan memenuhkan tubuh korang dengan toksin dan sekaligus memusnahkan sistem imunisasi. Bahan kimia atau dadah itu akan membunuh kanser tetapi pada masa yang sama ianya juga mematikan sel-sel yang baik didalam tubuh badan.

okey..selamat mengamalkannya !~
mood rini tak berapa baik sebab-->nnt aku cerita dalam n3 seterusnya .
hmm sukarnya  O.o tapi mesti nak luah jugak.
So,apapun kita senyum dulu yea (:
mudah2an segala2nya berjalan dengan lancar..amin*
selamat berblogging reader..chesssz

--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

2 comments:

  1. Nak pegi beli buah aprikot lah . hihi

    ReplyDelete
  2. thanks dawia...sharing info...
    bagus3x

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi