Friday 6 November 2015

Proses Mengisi Borang Nikah Online

Assalamualaikum..
Dalam persiapan demi persiapan nak kawin..
Perkara paling penting dan wajib kena selesaikan adalah Borang Nikah
dan Kurus Kawin. Tak ada duanya boleh punah semuanya.
Lagi satu sekarang ni adalah HIV test dan tunang wieya kena Talesimia test juga.
Nasib wieya hanya kena HIV test dan tidak Talesimia test. phew! ;')

Yang paling penting tinggal lagi sebulan je ni adalah
Borang Nikah - DONE!
Kursus Kawin ambik Mac tahun lepas - DONE!
HIV Test bulan September baru ni - DONE!
Jadi marilah tarikh lafaz lega sikit bila hal-hal penting dah settle!

Proses Mengisi Borang Nikah 2015
Nak cerita sikit pasal borang nikah. Sebenarnya wieya ingat borang nikah kena ambik
dengan Pejabat Agama berdekatan. Memang selalunya camtu la kan?
Sampai la encik tunang cakap sekarang Perak dan Kedah 
dah ada dan boleh isi borang secara dalam talian.
Pendek kata, isi borang nikah online! Memang baru sekarang ni..
Jadi memudahkan para pasangan yang nak kawin buat urusan isi borang
dan tak payah ke pejabat agama :') Teruja sangat masa dapat tau tu.
Sebab segan juga nak ke Pejabat agama tu minta borang nak nikah :'D

Proses isi borang nikah disiapkan oleh pihak lelaki dulu.
Jadi encik tunang wieya yang isi segala maklumat dalam borang online dulu.
Bila dah submit, automatik wieya dapat borang yang siap diisi oleh encik tunang
dalam email. Cepat dan pantas. Mulanya macam
 tak pecaya tu borang nikah kami berdua
lepas di tanya orang-orang yang boleh dipercayai, 
rupanya memang sekarang dah guna online! wieya macam teruja satt..

Jadi encik tunang hanya minta tandatangan pejabat agama sahaja
dalam masa 3 hari. Borang dah siap dan dicop "terima"...hee
Kemudian borang nikah ini dipos kepada wieya..Maklum la memasing jarak jauh
Mudah kan? Jadi wieya hanya minta tandatangan wali dan menandatangani borang itu.
Siap dibawa ke Jurunikah/ Pendaftar nikah. Settle!

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH (DOKUMEN WAJIB)
1. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon dan pasangan (Asal dan 1 salinan)
2. Sijil kelahiran (Jika tiada kad pengenalan) (Asal dan 1 salinan)
3. Surat Pengesahan bujang dari majikan, ketua kampung atau imam (Asal)
4. Pengesahan Ujian Saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan (Asal)
5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Asal dan 1 salinan)
6. Kad Pengenalan wali (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
7. Sijil Kelahiran wali (Saudara lelaki yang pertama bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
8. Surat perakuan nikah atau surat perakuan cerai ibu/bapa
(Bagi pemohon perempuan) (1salinan)


DOKUMEN BERKAITAN
1.Sijil/ Surat/ Kad akuan menganut Islam. Pengesahan & pendaftaran di Jabatan
Agama/Majlis Agama Islam jika memeluk Islam di Luar Negara
 (jika berkenaan) (Asal dan1 salinan)
2. Surat kebenaran majikan jika Polis atau Tentera (Asal)
3. Surat Pengesahan mastautin jika alamat Kad Pengenalan tidak sama (Asal)
4. Surat Kebenaran Mahkamah Syariah bagi pemohon bawah umur / Poligami / tiada wali /wali enggan / janda berhias (Asal)
5. Surat kebenaran berkahwin dari pasangan jika pasangan ingin berkahwin
 di kariah pemohon perempuan luar kariah/ Negeri / Negara (Asal)
6. Surat wakalah wali (Jika berwakil wali bagi pemohon perempuan)(Asal)
7. Sijil Kematian Bapa atau Datuk (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan) (1 salinan)
8. Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Persekedudukan Semula (Rujuk) dan Sijil
Kematian pasangan jika bercerai mati (Asal dan 1 salinan)
9. Surat Perakuan Cerai (Asal dan 1 salinan)
10. Perintah pembubaran perkahwinan dari mahkamah
syariah jika pasangan tidak menganut Islam (Asal)
11. Sijil Temuduga Perkahwinan bagi kes tertentu di Melaka sahaja.

DOKUMEN LAIN BAGI BUKAN WARGANEGARA
1. Surat cabutan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 jika warga tetap (3 salinan)
2. Surat Pengesahan dan Pas lawatan dari Imigresen (jika warganegara asing)
3. Surat Kebenaran Majlis Agama/ Pusat Islam/ Pejabat
 Agama Negara asal (jika warganegara asing) (Asal)
4.Surat kebenaran berkahwin warganegara asing dari kedutaan negara pemohon yang telah
disahkan oleh Kementerian Luar Negeri kecuali bagi warganegara asing yang telah
mendapat status taraf Penduduk Tetap di Malaysia (Asal)
5. Surat akuan sumpah yang diikrarkan di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah atau surat pengesahan
dari Kementerian Luar Negeri sekiranya tiada kedutaan di Malaysia (Asal)
6. Sijil nikah luar negeri yang disahkan oleh kedutaan bagi yang ingin berpoligami (jika
warganegara asing) (Asal dan 1 salinan)
7. Visa Pelancong & bukan permit kerja kecuali permit
 kerja yang dibenarkan oleh pihak Imigresen (Asal dan 1 salinan)
Terima kasih sudi membaca! Update seterusnya : HIV Test

6 comments:

  1. sekarang ni semua dihujung jari mudah dan jimat masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa mudah sangat @FarhanahAdzlan :)
      Islam itu Indah.. ^__^

      Delete
  2. aih baru tahu ada online ni.. hana isi tahun lepas pakai borang manual tu . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. @hana hadi ...wieya pun baru tau sebab tahun ni nak kawin ;) sebelum tau kawan-kawan isi borang manual ambik kat pejabat agama je..hehe

      Delete
  3. Allah....rumit jugak ea proses nikah kahwin ni...
    Untuk akak kita, tahniah! dan selamat menjinjang pelamin

    *entah betul ke idak ayat tu? ngeeee...*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumit tapi sebenarnya amat mudah jika faham prosedurnya @sofie adie :)
      sama-sama dik sofie.. Selamat ke jinjang pelamin ayat betul nya. Tak pa lah janji faham maksud yang nak disampai kan..hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi