Monday 27 June 2016

Dedikasi Buat Suami Tercinta.. ❤

Assalamualaikum :)
Salam Ramadan ye. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal.
Bagi wieya dan suami, ini kali pertama kami beraya bersama-sama.
Korang dah ada tema warna ke? Kami untuk tahun pertama ni
haruslah ada. Syukur lah dapat suami yang baik.. Semua persiapan diberi dengan baik.
Baik baju raya dan segala kelengakapan, Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki
kami sekeluarga, in Shaa Allah..

Bila kita berkawan, zaman cintan cintun, kita mengenali pasangan gitu-gitu sahaja.
Tetapi bila dah berkhwin ni, barulah kita mengenali pasangan dengan jelas.
Baik luar dan dalam..Banyak yang wieya tahu mengenai suami
selepas 6 bulan berkawin. Allah..cepatnya masa, dah 6 bulan lebih dah berkawin..

Rupanya suami sangat sporting dalam segala hal..
Rupanya suami wieya tak suka masakan berlemak dan bersantan..
Rupanya suami wieya tak suka makanan berkuah kecuali sup..
Rupanya suami amat pentingkan keluarga dan perbelanjaan ibu abah nya.
Rupanya suami rajin ke dapur tak kira lah masa tu dia letih atau tidak..
Rupanya suami suka buat biskut raya dan sangat rajin menolong..
Rupanya suami wieya suka kan kekemasan dan wangi-wangian..
dan banyak lagi yang wieya baru tahu selepas kawin ;) 

Semuanya yang baik-baik, jujur dan ikhlas wieya katakan. Jadi, nikmat Allah yang
mana lagi mahu  wieya dustakan. Dialah sebaik-baik suami pilihan..
Betapa bertuah dan bersyukurnya wieya mendapat seorang suami mithali
seperti abang..Tak ada apa yang boleh buat wieya rajuk kan. Tak ada satu sebab
 yang boleh buat wieya marahkan abang..Abang sangat terbaik untuk sayang...
Hari ni tetiba nak buat entri khas untuk suami tersayang satu-satunya..
Tak susah pun nak hidup bersama insan bergelar Mohd Fakaraudzi..
Sangat mudah untuk melayan  beliau..Sangat menyanyangi iserinya
hingga ditatang bagai minyak yang penuh. Allah Akhbar..!

Moga Kau berkatilah Suamiku dalam apa jua urusan yang beliau lakukan. Amin
Doakan hubungan kami sumai isteri hingga ke jannah ya.
Lain orang lain cara bercinta. Yang penting cinta itu rahsia hati dan pemberian
dari Allah taala, Subhanallah..Tak sabar nak beraye bersama. Hikss
ILoveYouSoMuchForeverAndEver 

Jodoh yang Allah tetapkan itu sangat indah..
Moga baby yang bakal lahir ini menjadi pengikat kasih sayang kita suami isteri, amin
Doakan yang baik-baik ye blogger semua, Terima kasih sudi membaca!

14 comments:

  1. cantiknya warna persalinan mcm ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Nabila Syifa :) hee
      warna feveret wieya!

      Delete
  2. sweetnya...smoga berbahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..amin ^____^
      terima kasih @athiqi ariff..

      Delete
  3. wahhh bersemut laptop.
    semoga sentiasa dalam barokah Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bersemut ke @Scya Lollita :)
      amin..mudah-mudahan. Terima kasih atas doanya ye..

      Delete
  4. This is what happen when you love for the sake of Allah. beautiful marriage you have, may it last forever :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, Allahu Akhbar..❤
      terima kasih @Nadd untuk doa ini..amin, mudah-mudahan :)

      Delete
  5. so sweet. may you will stay in love with each other forever. wish you much happiness =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin..amin ❤
      Terima kasih @Eeiou_ atas doa ini.. ;)

      Delete
  6. Sweetnya ya Allah. Semoga berbahagia sampai ke syurga, Aamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin ❤
      Terima kasih @OhhLieyaa..mudah-mudahan :)

      Delete
  7. cantiknyaaa baju kahwin simple je hehe. semoga berbahagia hingga ke jannah ye sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih @tiq ❤
      atas doa untk kami suami isteri. Baju kawin yang simple dan bermakna tu. Kenangan sangat! :)

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi