Assalamualaikum. Hai semua..
Hello 2016..Bubye 2015 yang indah..
Subhanallah..Alhamdulillah..
Azam terbesar wieya tahun 2015 dah tercapai..
Bertunang dan kawin dalam usia yang tercatat dalam perancangan Allah taala.
Tepat tarikh yang dalam perancangan.. Akhirnya wieya bertukar status.
Dari bujang..anak dara bertukar menjadi isteri orang.
dan memegang title PUAN di pangkal nama, hee
11 Disember 2015 - Akad Nikah, lepas Asar
12 Disember 2015 - Majlis Resepsi
19 Disember 2015 - Majlis Sambut Menantu.
Syukur sangat-sangat.. Majlis berjalan lancar dengan izin Nya.
Berkat rahmat Allah taala, majlis yang dirancang mendapat restu kedua-dua keluarga
Kita merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang, ;)
Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat diberi rezeki
kesihatan yang baik. Cuaca yang baik.
Diberi kemudahan dari segi katering, segala serba serbi.
Maka nikmat Allah yang mana lagi mahu kami dustakan :') Allah....
Sah bergelar suami isteri secara official 11.12.2015 dengan sekali lafaz..
❤❤❤
Gambar dari OP belum dapat..kita masukkan
gambar selphiee dulu buat tatapan blogger sekalian.
Lepas ni boleh la review apa yang patut ;p
Macam-macam nak story dalam blog kesayangan wieya nie.
Hehe.. Kebetulan dah berhenti kerja lama,
dan Syukur..suami pasangkan internet di rumah
apa lagi..bolehlah update blog laju-laju lepas ni ^____^
Update : Sekarang wieya tinggal dengan suami di rumah mertua
yang super peramah, baik hati dan friendly. Syukur yang teramat..
Ok setakat ini dulu untuk entri kali ni.
Ada rezeki wieya rajinkan diri untuk menulis blog..hikhik
Terima kasih sudi membaca.. ngee
Alhamdulillah. moga berkekalan hingga ke Jannah . ^^
ReplyDeleteSyukur..terima kasih @Nur Najah :) amin ya rabbal alamin
Delete