Friday 29 January 2016

Persoalan Follower Blog Makin Susut Terjawab

Assalamualaikum..
Salam Penghujung hari..
Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur
untuk bernafas dan bersama lagi dengan suami tercinta.
Macam biasa bila pagi-pagi di rumah mertua..
bila semua orang pergi kerja dan wieya tinggal seorang 
pasti blog jadi pilihan untuk log in setiap hari..

Macam biasa bila log in mesti masuk ke dashborad.
kemarin dulu jumlah follower 1798 dan hari ni jumlah menurun ke 1695
Banyaknya turun uOls...Ya Allah..
terkejut jugak bila tetiba follower menurun macam tu?!
korang biasa jadi macam tu tak?...Penuh tanda tanya dalam kepala ni.
tapi wieya syak tu mesti blogger yang dah tak aktif sebab tu google buang dari 
arena blog. wieya syak la.. Okey sebab musabab yang logik..


Apa sebab agaknya ek.? ke memang sistem gelong.
hehe. apapun jumlah follwer..wieya tetap nak menulis dalam blog kesayangan ni.
walaupun dah kawin. walaupun dah beranak.
walaupun dah jadi mama, isteri dan menantu.
Selagi ada masa lapang dan terluang. Menulis adalah kapsul hati. hee
Mungkin antara sebab follower susut...

*Blogger tak aktif
*Sistem mula nyahkan mana yang tak aktif
*Jumlah blogger makin kurang ikut edaran zaman
*sistem tidak betul kerana gangguan teknikal

Okey berbalik pada hubungan suami isteri.
Jumaat kali ni adalah Jumaat keenam sebagai suami isteri.
Alhamdulillah wieya panjatkan syukur padaNya.
Moga banyak lagi rezeki Allah taala menanti di masa hadapan.
sementara tak bekerja ni, eloklah jadi suri rumah tangga.
Isteri yang baik dan menantu yang baik. Hormat pada orang tua nya.
Suasana rumah mertua juga best,, Barangkali sebab rumah kampung. ngee

Tenang, comel dan mendamaikan. Alhamdulillah..
tak adalah rasa terkongkong, sakit hati, makan hati macam orang lain
duduk di rumah mertua, Wieya syukur dikurniakan
ibu dan bapa mertua yang baik dan tak pilih kasih.
dan rasa seperti mak ayah sendiri dah..hehe
Rindu pulak pada mak ayaah kandung di kampung :')
In Shaa Allah minggu depan cuti CNY balik sana..yeayy

Menulis ni, harus ada minat dan kemahuan.
menulis lah guna hati,,in Shaa Allah akan hadir dengan ilmu dan pahala.
Okey sebenarnya curious dengan jumlah follower yang makin susut je.
Bukan sikit tapi banyak. Itu yang membimbangkan...
Okey kita ambik positif je. Mudah-mudahan....
Moga selepas ni tak ada penurunan follower...Kenapa?
dah ramai yang tak nak jadi blogger ke...
Blogger ni satu kerjaya juga yang menguntungkan..
Nak nak dengan adanya Nuffnang..Memang boleh jana pendapatan.
Syukur alhamdulillah.....Jumpa entri seterusnya.
:)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi