Monday, 11 January 2016

Sebulan Bergelar Suami Isteri ❤

Assalamualaikum..
Hai semua blogger yang sudi singgah blog picisan wieya..
hari ni 11.12.2015 - 11.01.2016 genap sebulan dah bergelar isteri kepada
Mohd Fakaraudzi Bin Mohd Talib . Syukur ke hadrat ilahi..
dengan izinNya memberi wieya peluang untuk merasai nikmat bergelar isteri
kepada insan yang yang tercinta. 7 tahun menyulam kasih sayang..

Cukup memahami dan baik pada orang tuanya.
sebagaimana dia melayan ibu bapa nya begitu juga dia seorang suami
melayan isterinya yang serba kekurangan ini. Rasa bersyukur sangat Ya Allah..


Panjang lagi ronak dan ranjau kehidupan yang perlu kami lalui..
Moga kami dapat bersama- sama harungi dengan baik dan waras. amin
Suami wieya seorang yang tegas bila dirasakan perlu..
Manja dan cemburu juga bertempat
Banyak lagi yang masih wieya belajar untuk mengenai insan yang bergelar suami ini
Dia paling suka adalah kekemasan dan kebersihan.
Wieya seakan di dalam dunia khayalan bila bersama encik suami..hehe
dilayan bak puteri kayangan. Layanan yang mesra walaupun
sekarang wieya tinggal di rumah mertua. ;)

Syukur Alhamdulillah..dianugerahkan ibu dan bapa mertua sebaik ini
tiada yang buruk-buruk dikhabarkan rakan ofismate dulu.
ibu dan bapa mertua dah rasa macam ibu dan ayah sendiri dah.
Sebab baik sangat. Rasa perasaan tu susah nak gambar.
dilayan seolah anak raja. Manakan tidak..wieya menantu perempuan satu-satunya.
alahai..mana mungkin boleh jumpa ibu mertua 
yang boleh masak dan menitiskan air mata bersama.
Mana mungkin seorang mertua boleh lipatkan baju anak menantunya.

Sebagai menantu..Layaknya aku dilayan seperti ini.
Malu jauh disudut hati. Segan pulak wieya dilayan cenggitu. Haha
Rasa macam tak manis pulak. Duduk saja tanpa buat kerja.
bapa mertua pula cerdas orangnya. Serba serbi kerja dia buat.
Sampaikan masak dan sidai kain pun boleh dibuatnya.
Alahai sebagai menantu..terasa segan pulak :')

Duduk di rumah mertua seakan duduk di rumah sendiri dah rasanya.
Rindu pada mak ayah kandung itu sudah pasti. Tapi suami cukup memahami
perasaan kerinduan itu. Yang pastinya, suami pandai melayan karenah wieya
dan menjaga kedua hati mak ayah wieya. Allah..terharu..
Moga kekal sampai bila-bila bahagia ini.

Suami wieya punya 3 beradik. 2 lelaki dan seorang perempuan.
adik perempuan suami sudah kawin Feb 2015 dan suami kawin Dec 2015.
Tahun yang sama. Macam tak pecaya kan..dan semua dah kawin
tiada lagi majlis kawin. Tunggu majlis kenduri yang lain pulak.
Mungkin kenduri Akikah anak ke? Hiksss.. ^___^
Abang sumai seorang OKU. Mungkin tak boleh kawin
 kata keluarga sebelah suami. Tapi sangat berdikari. Cukup amal solatnya.
Tak susah nak jaga sebab abang ipar wieya, sangat cerdik. Cuma pekak dan bisu
dan sedikit masalah penglihatan. Itu sahaja.

Okey dah sebulan kawin. Cukuplah nak stori pasal suami dan keluarga mertua,
Moga selepas ni dikurniakan rezeki anak pulak dalam masa terdekat ni.
Doakan wieya cepat timang baby. amin..amin ya rabbal alamin,
Semuanya atas kehendak Allah taala. In Shaa Allah 
Kata suami.."Serahkan segalanya pada Allah"..
Rasa sejuk rasa hati. Semuanya dari Nya, Terima kasih sudi baca entri ini ;)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi