Tuesday, 9 August 2016

3rd Trimester with Love ❤

Assalamualaikum...
Kalau dulu sebelum kawin mesti search kat encik Google pasal baju dress kawin,
doorgift la, hantaran, mekap dan lain-lain berkaitan nak naik pelamin.
Bila dah kawin pulak dah start nak ada baby, wieya serach pulak pasal baby dan
hal-hal berkaitan ibu bapa dan fasa mengandung.
Lumrah kan? :) Macam tak pecaya dulu update pasal wedding,
 sekarang update pasal pregnancy.

Kalau tahun lepas sibuk buat persiapan nak jadi isteri dan raja sehari, hari ni pulak
buat persiapan nak menyambut baby. Cepatnya lahai masa..
Perasaan bercampur baur..Teruja. gembira semua ada.
Rasa masa tu pantas sangat. Alhamdulillah rezeki awal ;)

Nama baby dah pun wieya dan suami pilih...
Moga baby dalam tummy ni dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki
dan sentiasa sihat, sempurna dan soleh 

Sabtu baru-baru ni, pegi check up dan scan klinik swasta sebab
 wieya nak tau perkembangan baby. Suami tumpang excited!
Sebelum balik kampung singgan scan. Teringin buat scan 3D/4D..
Syukur Allah permudahkan urusan, Baby pada mulanya tak tunjuk muka..
sebab tutup dengan tangan comels dia. Tapi lepas dikacau 
doktor terus boleh nampak muka baby. Tenang je awak tido dalam tu sayang..
Mama rasa nak teman dia tido dalam tuu. Subhanallah...

Mama excited sangat tengok awak membesar 
dengan sempurna dan sihat sayang.. Semuanya ikut perkembangan.
Sekarang wieya dan 32 minggu. Dah 8 bulan..
Tak sabar nak jumpa baby sulong ni..Moga dipermudahkan bersalin normal.
Amin..amin..amin..Doakan wieya ye! :')

Sekarang ni baby aktif . Tuhan saja yang tahu rasanya kick baby tu macam mana 
Bahagia, nikmat baby gerak-gerak dalam perut..
Moment terindah buat seorang bergelar ibu mengandung..Allah Akhbar!
Love you baby FKR's junior...
Terima kasih sudi membaca. Nanti wieya kongsi gambar scan 3D baby..hee

14 comments:

  1. Tahniah sis nak dapat baby..tunggu hari je tu..semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih @thexieza :)
    amin..amin ya rabbal alamin..

    ReplyDelete
  3. wahh rasa nak kawin cepat ni.haha. next year je ni.

    papepun moga dipermudahkan bersalin wieya nanti.

    jangan lupa amalkan selalu surah al -waqiah dan yassin. mudah mudahan dipermudahkan. ni petua master shaklee sy bg. hehe. panjang-panjangkan petua di sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat-cepat kawin okey ;) @faizah Syakira..hehe
      terima kasih Faizah..in Shaa Allah..

      Ok wieya akan amalkan surah yang awak bagitau tuu..
      btw thanks sekali lagi! hehe

      Delete
  4. Assalammualaikum.

    Alhamdulillah..semoga selamat bersalin ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam @Tinta Lana :)

      alhamdulillah..mudah-mudahan..Terima kasih doakan wieya..

      Delete
  5. tahniah sis, moga dipermudahkan bersalin. jika nak survey set berpantang shaklee boleh PM saya 0145010786 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Shakleebydieyla ^______^
      in Shaa Allah..

      Delete
  6. Tahniah. Semoga dipermudahkan.. Aaminn... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..in Shaa Allah :)
      terima kasih doakan wieya @Nizza ..hehe

      Delete
  7. wieya , aisyah doakan terbaik untuk wieya n baby keyh . moga Allah permudahkan segala urusan.. mesti excited sgt kan nak dpt baby .. hahaha . tahniah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @eca micha ^___^
      terharu..amin..moga doa dimakbulkan Allah taala..
      excited..perasaan bercampur baur dah ni..hehe

      Delete
  8. wahh... seronok bunyinya bila baca perasaan nikmat ibu mengandung ni..Saya masih lagi berusaha untuk dapatkan zuriat... Apepun, saya mendoakan untuk wieya semoga semuanya dipermudahkan...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah ^___^ @Fiza Saiza :)

      amin..amin..terima kasih doakan wieya. Moga Allah makbulkan..amin

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi