Thursday, 11 August 2016

Resepi Daging masak Bali :)

Assalamualaikum..
Hari ni wieya nak kongsi resepi daging masak bali.
Kalau sebelum ni kita tengok orang mencuba pada ayam, wieya
pulak masa bulan puasa lepas try masak menggunakan daging.
cara dan resepi yang sama. Cuma bertukar ayam kepada daging.. ;)
Mudah sangat..Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan untuk memasak
resepi ini. Mudah dan senang untuk dicari, barang bahannya.

Resepi Daging Masak Bali

sekilo daging lembu.
Serbuk kunyit sikit (nak gaul bersama daging)
*Cili kering segenggam
*Bawang besar merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan

Serai 8 batang (dititik)
Daun kari 6 tangkai (cuci dan tos kan)
Gula 3 sudu besar
Garam 3 sudu kecil
Kicap Manis / masin

Bahan tanda (*) tu semua kena blend
Kicap,garam dengan gula tu memang kena secukup rasa..hikhik

Cara-cara masak Daging Masak Bali:
Bersihkan sekilo daging dan selawat pastu tos kan.
Tabur serbuk kunyit dan sedikit garam.
Gaul serbuk kunyit dan garam bagi sebati.

Resepi ni memang guna banyak bawang. Banyak bawang baru sedap.
Bawang besar 6 biji. Bawang besar yang merah ni tau, bukan bawang holland. 
Bawang putih satu labu, serai 8 batang, halia sikit dengan daun kari 6 batang.
Bawang jangan lupa buang kulit.Oh belacan jangan lupa ye. 
Ada belacan baru lah kemelayuan nama nya..
 Serai tu jangan lupa dititik kan ye. hehe.

Bahan-bahan yang di blend.
*Cili kering segenggam
*Bawang besar yang merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan

Panaskan minyak satu cawan. Minyak memang lebih sikit.
Nanti nak guna untuk menumis. Goreng daging separuh masak. Pastu angkat :)

Dah habis goreng daging,minyak goreng tadi tu jangan buang.
Terus masuk kan serai. Goreng serai dulu.Gorengkan serai sampai separa coklat.
Masukkan daun kari sampai garing (bukan hangus). Api sederhana ;)
Lepas dah goreng serai dan daun kari tu, baru masuk semua bahan yang dah blend tadi
 Tumis sampai naik bau dan garing.Tujuan minyak lebih tu supaya cili tu 
boleh betul-betul masak dan garing.So tak ada lah sakit perut bila makan. 
Minyak banyak tu untuk mesra dengan serai dan daun kari tu jugak.

Bila dah garing dan naik minyak , boleh la letak garam secukup rasa. 
Pastu masuk gula. Gula kena lebih.Dalam 3-4 sudu besar. 
Untuk balance kan rasa masin dan manis.

Pastu masuk kan kicap.Last sekali baru masuk kicap. Banyak mana?
Sampai warna merah maroon.Dah tuang kicap. Jangan lupa gaul.
Gaul punya gaul , sampai warna maroon macam ni.
Bila dh masak betul semua sambal tu, baru masuk kan daging.
Masak lagi dalam 15minit,biar semua sebati.
Siap!! Taraaaaaa.....
Rasa Daging Masak Bali ni akan rasa serai,daun kari,
pedas,masin dan manis tu sekata. 
Baru lah boleh feeling-feeling berada di Bali...ngee
Selamat Mencuba kengkawan....Tak salah pun nak tukar daging kepada ayam.
Rasa macam rebdang tau uOls,,,Wangi bau serai dan  daun kari..nyumss

4 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi