Assalamualaikum dan salam Jumaat barakah :)
Minggu lepas dah setelkan dulu baju-baju baby, sarung tangan dan
sarung kaki baby, dan barut. Total semua ada 2 baldi dan
1 satu bathtub baby (pinjam kejap tempat mandi baby..hehe).
Asingkan siap-siap baju color putih dan berwarna.
Takut kang tak pasal-pasal turun pulak warna...

Basuh baju baby handwash je. Ingat nak masukkan je dalam mesin tapi
macam takut rosak and kalau boleh nak rasa sendiri perasaan
1st time basuh baju baby. Biarlah baju-baju baby wieya dibasuh
dan disental dengan jari-jemariku sendiri. hikhik
Nanti anak kedua,ketiga, masuk je dalam mesin! hewhew! :P
Jenuh jugak nak basuh baju baby. Sebab baju-baju baby
semuanya cinonet-cinonet. Takdelah basuh beria-ria.
Cuma rendam dalam detergent, pastu sental-sental manja gitu.
Bukan baju kotor mana pun, setakat nak hilangkan bau kedai .
Review tentang detergent pulak. Wieya beli and pakai jenis Pureen ABD.
Beli masa shopping baju baby dekat mall. Terpengaruh dengan kawan-kawan
cakap detergent baby brand pureen ni memang wangi .
Tu yang rembat 2 botol tu. Time cuci tadi memang wangi sangat.Tak tipu!
Rasa nak cuci baju sendiri sekali.haha. Guna satu penutup pon dah banyak buih.




Taraaaa!! buih-buih wangi untuk baju babyku..
Semuanya dibilas oleh suami tercinta..
Napkin, towel, blanket , cadar semua dah settle
Tinggal nak packing dalam beg..hee
:)
I'm not married yet. So yahhh basuh baju sendiri pun malas lagi HAHAHAH
ReplyDeleteHaha..takpe suatu hari nanti camni lah awak @Eeiou_ ;)
Deletebila due wieya?
ReplyDeleteawal bulan 10 ❤ @Faizah Syakira
Delete