Thursday, 25 October 2012

Salam Aidil Adha ;)

Assalamualaikum........
Persiapan menjelang Hari Raya Qorban.
Cepatnya masa. Esok dah nak raya.
Hari ni sibuk kat dapur. Buat itu dan ini..

Pagi tadi pi pasar beli barang basah.
Termasuk tulang dan daging.
Syukur rezeki melimpah.
ramai sangat orang..Hee..

malam tadi sempat buat kek coklat dengan mak.
Alhamdulillah menjadi.
Pagi ni baru nak letak toping icing coklat.
Sebab wia buat kek coklat lembab ;)


Kalau rajin kejap lagi nak buat satu lagi kek.
Kek oren. dapat bayang hari ni banyak keje nak buat.
kuah kacang dan gulai daging.
malam tadi dah buat nasi impit. mak tak buat ketupat.
Sebab adik² dah bakar lemang.
Meriahnya raya.. Hikss.
Insha Allah hari ni dak nana balik.
Serius pasti sesak punya lalu lintas.
teringat kenangan tahun² lepas....*rindu*



"Salam Aidil Adha"
:)

Wednesday, 24 October 2012

Sepupu Bertunang :)

Assalamualaikum dan  salam keceriaan :)
Seronoknya mereka yang dah bertunang.
tahniah dari wia ye..10 hari lepas..
Sepupu wia dak fauzan bertunang.
tapi tak tersa nak update entri pulak sebelum ni.
Sekarang mood tu datang nak berkongsi.
rasanya lepas ni boleh la wia update blog pasal 
majlis tunang dan kawin lagi kan? Hee

Tengok turn sapa pulak lepas nih :P
Ok dak fauzan ni bertunang dengan adik² lagi.
Muda lagi tau. Umur baru 19
Farah nama nya. Ok depa pun dah selamat bertunang.
Meriah uoOls. Cantik mini pelamin.

mak sedara wia dan tunang sepupu :)

Tunang sepupu dan adik sepupu =)

wia dan tunang sepupu. nak juga bergambar. Hiks
Tahniah.. Pink semunya ;)
 Banyak lagi gambar semuanya.
tapi wia letak sikit je lah kan..
Yang penting semuanya dah selamat.
awal sepupu wia tunang.
Jodoh awal. harap kekal hingga tua. Haha
Majlis kawin baru wia letak gambar dak Fauzan.Hee
Pemalu orangnya * kunun* laa

Hantaran pun cantik cantik.
Manisan semuanya. Sedapp
Ok selamat berblogging kalian.
yang balik ke kampung hati²...
P/s : Mood raya dah dekat la uOls.!
Adik bongsu wia pi Penang harini.. 
syok la dia makan angin...
:)

Tuesday, 23 October 2012

Kepala Blog Baru ;)

Assalamualaikum...
Blog wia bertukar kepala blog lagi..
itu la namanya aktiviti di kala dalam kebosanan. Hee
Seperti biasa. Ringkas dan warna warni. 
Tapi tampak kemas. Kegemaran kata nya.

Selepas lama kepala blog tak letak gambar cik empunya blog
Saja suka suki letak. Hikss.
nanti kalau dah bosan tengok. boleh la tukar lagi :'P
kalau rajin la kan.. Ok senyum puas *

wia tak la kreatif mana..
teringin juga nak belajar design yang nampak gojess.
tapi belum tahap tu lagik.
Biarlah blog biasa²..kepala blog pun biasa²..
Janji kita selesa untuk berblogging.

 
Sekarang dah suka dengar lagu dalam blog.
Kalau kalian perasan dah ada lagu dalam blog wia nih
saja halwa telinga, dari blog kesunyian.
Baru ada feel nak baca. Betul tak? =)

Pecaya tak berblogging dapat tenangkan jiwa kalau kena gaya nya.
Disamping dapat input berguna..Hikss
Ceria ceria selalu kalian..
;)

Monday, 22 October 2012

Si Creamies, adik Chito :)

Assalamualaikum...... 
Memperkenalkan adik Chito si Teddy yang omei²..
yang belum diberi nama nya..
Kalau chito warna nya coklat.
Teddy yang kecik comel ni warna putih krim.
Ala ala girlish sikit. Dengan reben 
polka dot warna merah jambu.
Memang suka lah, bila kali pertama 
dapat masa konvo yang lepas :"P

Terima kasih Alya untuk hadiah yang comel nih.
wia memang amat hargai pemberian sesiapa pun
kerana ianya sangat sentimental :)

Simpan buat kenangan.Suka sebab ia comel!
Nanti ada kereta sendiri boleh la gantung dalam kereta. Hikss
Gebus gebas..dengan warna merah jambu. Sesuai sangat.
Yeay..chito ada teddy girl..Hikhik

Pakej teddy bersama coklat :)

Coklat External Love sedapp :'D

Comel kan? =)
Sangat eksklusif gittu ;) 
Ye senagaja wia kemaskini entri kali ni
ala ala kanak kanak ribena yang gembira dapat
teddy bear..Memang, wia seorang yang menghargai pemberian kalian.

Lagipun nak perkenal adik si Chitto..Si Creamies..Haha
nama pakai letak je. Padahal tak ada nama pun tak apa.
Ok, selamat berblogging. 
P/s : Jeless ramai kawan² yang dah bekerja..
Sabar..rezeki ada dimana mana..
:)

Saturday, 20 October 2012

Keriangan Konvokesyen :')

Assalamualaikum dan Salam sabtu yang santai  :) 
Bila mood konvo mai dalam hati, ditambah pula ramai kawan kawan 
Facebook yang turut berkonvo di IPT masing masing..
Maka akan dibelek belek gambar
dalam kamera dan folder dan selak selak gambar dari album .Hee
Sampai puas, lepas tu senyum lebar..Haha ="D

 

Kenangan dalam dewan selesai majlis isiadat :P
wia di barisan graduan dua dari belakang.
Sebelah kanan. Hikss
Kecik kan gambar..Janji ada situasi nih,,
Mak kat bahagian atas..Sudut pandangan macam ni lah.
Bangga* mak dapat tengok wia ambik skrol
atas pentas..Cuma terkilan ayah kat luar dengan baju batik sebab jaga
dak Badrul kat luar..Sebab berlaku 
1001 kisah disebalik kejadian..Dalam lipatan kenangan =)


 Selesai majlis. Muka dah berminyak. Boleh nampak kan dalam gambar..Hikhik
masa ni sempat snap gambar sebelum hantar jubah dan mortar.
Kenangan tau..Syukur, selesai semuanya :)

Kelainan kan?..Love it :)

Sempat curi² snap gambar dalam dewan. 
Boolat mata wia kan? :* Siap kamera flash lagi..Ahaks.
Padahal mana boleh snap gambar dalam dewan tu :') 
Nasib tak kena tangkap. Maklum ler wia suka bergambar. 
Dimana mana..Ya, dimana mana pun.. 
mood, semangat nak naik pentas terima skrol..

Dak Badrul pun teringin pakai  mortar ;)
 Selagi kita punya moood tu belum hilang
gambar menceritakan segalanya.
Harap kalian tak bosan dengan entri konvo wia
yang belum lekang dek panas, basah dek hujan nih
* Senyum Puas*

Friday, 19 October 2012

Jambangan Bunga ♥

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari =)
Terasa hati berbunga² indah.. 
Alhamdulillah, hari yang indah.
Penuh keberkatan dan harapnya 
cepat wia dapat rezeki bekerja ;)
amin ya Rabbal alamin..

Saja nak tunjuk jambangan bunga konvo dari mak.
warna pink uoOls..sama sedondon dengan tudung wia.
Memang mood konvo tak habis lagi..
Alhamdulillah.. Walaupun hanya sekejap
tapi cukup bermakna..*senyum
P/s: gambar tak diedit tau.. Flash terlebih.
Background nampak gelap..Biarlah kan ..Hikss

Satu jambak bunga..tapi cukup bermakna :D

Ada teddy comel dengan coklat ;)
Zoom Besaq besaQ ='P
 Yang penting semua ni menceriakan hari konvo wia.
Moga dipermudahkan urusan seharian kita wahai kawan :)
Jom sambung cari kerja ..Teehee

Wednesday, 17 October 2012

My Convocation..Yes.. I'm Alumni Unisel 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Syukur alhamdulillah..Sekarang sah 
bergelar alumni UNISEL 2012
*Bangga..sebab tempat bermain lagi dikenang 
apatah lagi tempat menuntut ilmu..Hee

3 tahun belajar di bumi Selangor..
Banyak pengalaman dan kenangan yang terukir.
Pahit manis, asam garam hidup
Kesusahan dan kesenangan masa belajar.
Ditambah pulak bertukar kampus.
Semuanya dah di lalui dengan jaya nya
hingga la ke tahap ini..

Walaupun wia tak dapat anugerah Dekan
dan anugerah² terbaikyang lain tapi wia
 cukup bangga dengan diri sendiri.
dan dapat jga membanggakan mak ayah.
Alhamdulillah :') Semuanya berjalan lancar
Cuaca baik 14hb Oktober..Hari Ahad.
Sesi Petang Sidang 4..
Semuanya berjalan baik..Pengalaman naik atas pentas
Semaunya terasa bermakna dan di hargai..Sob Sob..


Perjalanan bertolak seawal pagi..
Terasa tenang dan bahagia..
Perjalanan terasa singkat..Mungkin sebab ayah
tukar tayar kereta keempat² sekali..
Pukul 11 pagi selamat sampai di Bumi Bestari Jaya Kuala Selangor
masuk tol Bukit  Tagar. Cepat sampai..Sebab depa buat jalan baru ;)
Rehat² di masjid UNISEL..Alhamdulillah..
Bersiap²..Pakai jubah dan mortar agak
kelam kabut sebab berjauhan dengan mak.
Berpisah masjid ke Dewan Utama. Wia bertolak dulu..

Apapun dah lega sekarang dah sah Alumni UNISEL 2012
dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Kos yang tak di sangka sangka wia ambik :')
Sedikit gambar kenangan manis selepas
 selamat terima skrol dan keluar dewan..

Gambar kesukaan :)

Sayangg Mak :')

Adik bongsu yang dapat hadirkan diri selain mak ayah :")

Akhirnya..Wia dah konvo!! 
dan ya wia tampak berisi sebab senang hati ;)

Tuesday, 16 October 2012

Teaser Convo :)

Assalamualaikum dan salam keceriaan :)
Akhirnya....hari konvo yang ditunggu tiba jua..
memang semangat dan keterujaan hanya Allah yang tahu..

Malam konvo double iron baju dan jubah konvo.
baju² satu famili..tapi dak Pali tak dapat hadirkan
diri sebab ada peperiksaan akhir tahun. Adik bongsu ikut..
dak Nana pulak jauh di UPM, memang
 susah juga dia nak gerak ke Kuala Selangor.
Jauh ke dalam berkilometer..

dan T a r a a a a a a !!

:) 

Selamat berkonvo dengan jayanya..
P/s : Nampak kelainan tak..?
Nak tahu? Tunggu wia update seterusnya yeah..
entri ringkas sebab kunun² nak bagi
 pembaca tertunggu tunggu..kih³..
Selamat berblogging........

Friday, 12 October 2012

My First Contact Lense :'D

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari.....
10hb Oktober 2012, hari mulanya
 tergerak hati wia untuk cuba sesuatu yang baru.
seperti yang wia bagitahu sebelum ni dalam entri disini :)

Ya ini pertama kali wia beli kanta lekap..Hikhik
Pertama kali terus beli yang bewarna..
Warna pilihan wia ialah Sparkle Shimmering Grey..Freshkon.
tak tahu kenapa pilih warna ni, sebab nampak cantik dan natural.
Sebab tu wia teringin nak gayakan.
Tanpa fikir panjang terus beli dengan harga yang berpatutan.
wia kan rabun, Jadi beli yang ada 
power baru la tak samar² bila pakai nanti ;) 

Teruja betul nak pakai walaupun ini baru pertama kali.
Macam di bawah ni lah wia pakai warna nya..





Macam tu la bila di gayakan lense warna grey.
wia masih cuba untuk memakai lense dengan cara betul.
Sebab belum berjaya masuk mata lagi..
*nak masukkan sesuatu dalam mata kan ;)
Sabar je lah..sedang mencuba sesuatu yang baru. Cengitu la
Tapi kalau dah berjaya nanti.. Wia upload gambar ye..
Doakan wia berjaya masukkan dalam mata.
sebab masih takut²..Cuba lah perlahan lahan mesti boleh..
Lepas ni wia sambung entri pasal pengalaman pakai lense.

Close Up sikit :')
Kawan kawan..konvo makin dekat ! :)
hari ni raptai, wia tak pegi pun.
Sebab ramai yang tak pi rasanya. Teehee.
taklimat saja mungkin..Niat dihati nak pakai lense masa konvo nanti.
Doa doakan .Amin . Jom wia nak cuba sedaya upaya
 lagi untuk masukkan kanta lekap dalam mata...
P/s : Niat dihati nak pakai kanta lekap masa konvo.
Berusahaa !! Heee

Wednesday, 10 October 2012

Teaser Jubah Konvo dan Kasut :'P

Assalamualaikum dan Salam keriangan dari wia buat kalian. 
Mulanya hari ni hari debau debau wia ambik test JPJ..
Memandangkan dah tunda, boleh la buat persiapan nak konvo ^.^

Menghitung hari. Kalau tengok kat daisypath  
ni dah kurang dari seminggu.
Cepatnya masa..rasa nak cepat habiskan..
Lepas tu dah boleh fikir hal lain pulak ;)
Mudah muadahn berjalan lancar. Amin.
Jom wia nak teaser baju jubah konvo yang bersaiz XS nih untuk tatapan uOls.
Untk pengaetahuan kalian, wia tak pernah konvo.
Sebab tu semangatnya lain sikit.. Hee
Mana tahu ni konvo yang pertama dan terakhir
sebab tak sambung belajar. Rezeki manusia kan berlainan.
So kena grab peluang sehabis mungkin :'D

Teaser baju Jubah Konvo :) 
Walaupun warna dia simple kelabu tapi amat bermakna 
buat wia sebab sulaman biru yang 
cantik dan siap ada nama universiti tersemat disitu..Heh
Meh nak zooom sikit buat kenangan..
Akhirnya mendekati hari konvo yang bakal tiba..

 Cantik kan sulaman nie..Nak nak kaler biru..hikss
warna ungu tu line yang membezaan setiap kos.
wia budak bisness jadi warna ungu..
Tak tahu match ke tidak dengan baju kurung tu nanti ;)

Ini kasut tumit 1" inci dan mortarboard yang julung julng kalinya.. 
Pun berwarna ungu dan hitam. *Gambar blur sikit
Kasut wajib hitam atau coklat. dan wia pilih hitam. 
Mudah digayakan dengan warna baju nanti.*senyum*

Ok itu saja untuk kali ni.. Bersiap sedia untuk konvo ahad ni..
P/s : Adik² ada yang tak dapat hadir..Mungkin ayah dan mak saja.
Redha yang penting du ajantung hati pasti kena hadir ;)
Psssttt tak sabar berkonvokesyen !!
:)

Monday, 8 October 2012

Raptai dah dekat, Konvo pun makin dekat :')

Assalamualaikum dan Salam keceriaan ;)
wia dah kembali ke arena blog!! rindu tahu..
Akhirnya 3 hari tak berupdate blog kesayangan nih.
harap maklum sibuk sungguh minggu ni dan minggu lepas.Teehee
Dengan nak konvo dan itu ini.. Harap semuanya berjalan lancar 
amin ya rabbal alamin.

Penat juga ulang alik naik bas
dari Shah Alam ke Kedah..
Itu la masalahnya kalau belajar jauh²..
tapi seronok sangat ! :)
Jauh perjalanan luas permandangan :P
Sekarang wia tengah dok berkira² nak pegi "rehearsal" ke tidak..
Sebab tak larat nak ulang alik selagi tak habis konvo.
Kalau bf dan mak ayah cakap tak payah pegi..
dak nana pun cakap tak payah..
tapi pihak Unisel cakap "Compulsary"..
kawan kawan cakap wajib -___-  hais ~
Serba salah wia nak pilih yang mana satu. Sob sob.
Boleh tak nak dilema.. Kena buat solat istikharah nih..


Memandangkan hujung ni ada aktiviti hantar
maklang ke airport nak ke Mekah.
Sabtu , ada rombongan sepupu wia tunang.
Ahad wia konvo. Masa padat..
tak pergi salah, pergi pulak berat hati.
siapa yang suka travel memang suka jalan jauh.
Bagi wia dok dalam bas berjam jam lamanya


meletihkan..Tapi tengok cemana nanti.
Member ada pelawa tumpang kereta. 
Dia naik ngan abah dia. Pulaks.
Segan lah kalau cenggitu. Memang kena fikir dulu perlahan lahan.
Esok wia teaser sesuatu.. Hikhik
Masalah semuanya ada penyelesainya kan?
*Senyum * Tadi sempat cuba sesuatu.. 
tunggu esok ye kawan²..Stay Tuned........
dup dap dup dap..naik pental terima skrol..*Eksaited :')

Thursday, 4 October 2012

Minggu Ambik Jubah Konvo =)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan :)
Tak sempat menyempat nak kemas kini blog..
Semalam pun sempat blogvespaking ja..Kih²
Sibuk katanya, untuk uruskan hal konvo yang tak lama lagi
Esok wia bertolak ke Shah Alam lagi..
Menumpang rumah member lagi..
Ambik jubah konvo.. Cepatnya masa! ;)

Harap semuanya berjalan dengan lancar..
Ikut² wia malas nak gerak jalan jauh jauh.
Tapi apakan daya..Dahulu kan apa yang perlu.
Moga semuanya berjalan lancar..Amin.
Kemain seronok tengok orang konvo.

wia baru nak berkonvo..Pelan pelan kayuh.
Al-maklum laa seumur hidup sekali..
Melainkan sambung belajar lagi dan lagi.
Hee..Ikutkan hati dah tak kot.
Kerja belum penah lagi nih..
Doa moga cepat dapat kerja.. Amin ya Rabbal alamin.

Kalau dah nak ke Shah Alam. 
Macam macam dok teringin dalam kepala.
Selesai majlis konvo mungkin dah 
tak jejak kai katsana lagi. *kot
Kebetulan lepas ni wia nak konvo 
dekat kampus lama 4 sem wia disana..
Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Lepas ni wia update lagi pasal tempat dan masa berkonvo.
Mana tau ada blogger yang sudi datang meraikan.
Lepas tu bagi bunga sejambak..Kih²
Verangan lagik.. Ok² wia kesana lagi untuk 3 hari.
Target nak ambik Transkrip dan Jubah konvo :)


Doakan wia selamat pegi dan balik dari Shah Alam..
Selesaikan urusan yang berbaki disama :P
Harap² dapat beli apa yang di idam..Teehee
P/s : tak sabar nak konvo ;)

Tuesday, 2 October 2012

Survey Baju Konvo :)

Assalamualaikum..
Semakin dekat dengan konvo, rasanya nak kemas kini entri
pasal konvo yang bakal tiba. Cepatnya masa..
Kena buat persiapan kan.?
Biasanya perempuan akan pilih baju, gaya mekap dan tudung
yang sesuai untuk di gayakan pada hari konvo nanti.
Perempuan dan kecantikan memang tak boleh pisah. Hee

Hari tu pi rumah kawan baik wia, baju konvo dia sangat cantik :)
Baju dia tempah dan jahit manik sendiri. Kreatif!
Wai tengok pun macam tak rajin nak buat.
Sebab masa nak siap kan dalam seminggu juga
Hasilnya memang cantik..Rasa macam nak tempat kawan wia tu
jahitkan manik pulak tau. Baju konvo dia 2 dalam 1
Sebabnya baju itu akan dia pakai masa jadi pengapit
wedding kakak dia nanti. Kira berbaloi² juga :P


 



Gambar Kredit dari Sini :) 

Rasanya baju² dalam online mahupun butik. Agak mahal..
Memandang belum kerja dan masih tercari²
mata pencarian..Bajet tu kena la selari dengan ekonomi. Cewah :'D

Mungkin pakai baju yang biasa biasa sudah..
Tak payah la vouge gittu.. Cukup sekadar nampak cantik.Kih³
Serius dalam hati teringin nak pakai baju seperti gambar di atas.
Tengok la cemana nanti..Teehee.

Serius, sekarang femes Peplum Maxi Dress.
Alahai kalau la wia ni sesuai pakai baju baju camtu..
Nak grab juga la satu ke dua juga la nanti buat koleksi Preloved.
Jom survey lagi baju untuk konvo.
Tinggal lebih kurang 12 hari lagi. tak sabar menunggu.
Jumaat ni ke Shah Alam lagi.. Permudahkan Ya Allah..
:)

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi