Tuesday, 12 February 2013

Al-Fatihah dan Ucapan Takziah

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim..
Terkejut dengan berita sempena cuti CNY baru² nih..
Semalam pak ndak wia telah meninggal dunia
di bangkok Thailand pada 4 petang semasa 
pegi bercuti bersama keluarga desana..

Berita ni sangat mengejut.
Sebabnya kami sekeluarga baru dapat tahu pukul 8 malam.
Itupun dari sepupu yang baca Facebook.
Dan selepas tu wia baru baca Facebook di phone Blackberry.
Dan itu sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Kerana tahu melalui laman sosial sahaja.

Malam tadi semua ahli keluarga sangat susah hati..
bayangkan anak sulong arwah di Indonesia, belayar kapal..
susah nak dihubungi untuk beritahu berita.
Arwah meninggal di Thailand.
Harap urusan menguruskan jenazah dipermudahkan..

Sama² kita doakan.. Moga Allah redha.
Dan jenazah cepat dikebumikan dengan selamat. Amin.
Takziah buat sepupu² atas pemergian ayah mereka.
Doa-doakan semua.....

Ada sesiapa tahu cemana nak uruskan atau cemana nak hubungi
kedutaan sebab sekarang ni kami tak dapat hubungi mereka yang ada di Bangkok
atas masalah talian luar negara. tak roaming -.-"
Insha Allah akan di hapdate dari masa ke masa.
Sangat susah hati :'(

Takziah dan Innalillahi wainnalillahi rojiun......

Allahyarham bapa saudara wia...

Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Amin
Tiada lagi yang akan buat air yang pelbagai tika majlis raya atau jamuan keluarga..
tiada lagi yang menegur wia ambik kos apa dan akan kerja apa...
Ya Allah cepatnya masa....
Dari Allah kami datang dan dari Allah kami kembali
:'(

3 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi