Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim...
kalau buka paper hari hari macam macam cerita keluar..
ada yang bak boleh dijadikan teladan,
yang buruk bolehla dijadikan sempadan.. insha Allah..
Yang ditimpa musibah..Ditimpa bencana..
Berita suka dan duka..
Memang iktibar buat kita semua.
Semua orang ada masalah..
kecil ada besar saja bezanya..
Kata ayah : Kalau kita rasa kita susah..
Orang lain lagi susah.. Bila wia tengok BersamuMu
rasa sebak dan sedih dengan dugaan yang patut mereka
tempuhi. Lagi berat dari kita yang sederhana nih..
Bila baca paper, baru kita sedar dunia realiti.
Tengok berita lagi berat mata memandang..
lagi berat bahu yang memikul..
Jadi, iktibar yang wia dapat hari ni adalah perlu bersyukur..
Dengan apa yang ada..
hari ini kita di uji Allah dengan perkara yang sangat kecil
Manakala ada yang lebih berat ditanggung hamba pilihan Allah.
Redha dan ikhlaskan hati menerima ujian kecil..
wia sedih tengok ada yang ketepikan keluarga demi kekasih..
ada yang ditimpa kebakaran tika tengah tidur..
ada yang rumah dirompak ketika penghuni tiada dirumah..
ada pula yang ditimpa kemalangan di atas jalan raya...
Inilah lumrah kehidupan yang perlu ditempuh.
Nampaknya wia dah makin matang..
Syukur ayah dan emak menjaga wia dengan baik sehingga kini.
Dengarlah kata ibu dan ayah...
tanpa mereka siapalah kita di dunia nih..
Janganlah sisihkan mereka... Kerana ada sebab mereka membantah
Dunia luar mengajar wia erti kehidupan...
Al-Fatihah buat adik Ahmad Adam Syukri
yang telah kembali ke rahmatullah.
Tabahkan hati ibu bapa anak syurgawi ini...
Hati tersentuh dan meruntun , air mata berjurai tika
bingkisan arwah adik ini disiarkan di MHI TV3 lepas.
Serius, hanya orang terpilih mendapat dugaan berat ini..
Allah lebih sayangkan baby adam :'(
AlFatihah ....
ReplyDeleteMudah²an ditempatkan oarng beriman..
ReplyDelete