Tuesday 6 October 2015

Checklist Oh Checklist | 2 Bulan Pelan Manis 2015

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah semakin hampir majlis.
Masa ni la dalam fikiran bermacam-macam perkara terlintas.
tapi wieya bersyukur sangat-sangat, pasal doorgift dah selesai.
Dah tak payah fikir setelah berbelanja ikut kemampuan.
tunggu dekat majlis, orang datang hantar depan pintu :')

tapi siyes, sebagai bride to be dalam ekonomi yang merosot sekarang ni
ditambah pulak setiap perkara ada GST..Naik stress jugak uOls
kenyataan yang perlu diterima untuk bride to be lepas April 2015
hidup kena diteruskan. In Shaa Allah..

Baju nikah dan baju sanding on the way done..teehee
yang bestnya Sabtu lepas pegi butik fitting kali pertama..
Wow eksaitednya tahap nebess.
Itulah kali pertama tengok baju sanding sendiri.
walaupun belum beading dan lace sepenuhnya lagi.
Baju nikah pulak perlu alter sikit untuk kecikkan saiz dress ikut idaman kalbu.
Veil nikah yang drama tuu pun tengah beading :)
Hope menjadi seperti yang di idamkan, mudah-mudahan.

wieya sempat DIY mana yang mampu je ;)
sepenuhnya wieya tak sempat. Sebab nak DIY kena rajin. ngee
bila kita tengok orang DIY..kita rasa nak buat jugak.
tapi bila kita berkerjaya. Masa dan tanggungjawab menyekat idea iOls. haha
Ikutkan hati nak DIY sendiri veil nikah..tapi dek kerana wieya dah kering idea
Just hantar butik, dan tunggu siap untuk last beading 
wieya menanti dengan penuh debaran untuk baju sanding, nikah dan veil

Pasal baju tandang pula, wieya fitting hujung bulan 11 maybe.
tunggu respond dari akak butik untuk fitting kali pertama, kedua dan final :p
wieya nebes tunggu hari berganti hari untuk bertukar status.
tinggal veil tandang nak DIY sendiri rasanya.
Sebab dah terbekenan veil idaman kalbu seorang artis ni :']
Haha..tak tahu la menjadi ke tidak..tralalala
tinggal nak habiskan payment mana yang tertinggal T_T



Sebagai manusia biasa, menjadi kebiasaan kita insan yang lemah ini
banyak sangat kekurangan nya. tengah berangan tentang HB, Majlis ,
Cuaca dan Kesihatan itu biasa. Moga baik-baik saja. Kerna Allah taala ada.
Dua bulan sebelum majlis. Macam macam fikir..
Mungkin ini semua perasaan semua pengantin Cik sebelum bergelar Puan..eheee

Dua Bulan penuh debaran 
Borang Nikah - Done
Door Gift - Done
Baju Family - Done
Katering - Done
Mini Pelamin Nikah - Done
Hantaran 7 Balas 5 - Done
Hand Bouquet Tandang - Done
Payung Majlis Resepsi - Done
Kad kawin - Done

Checklist Pending
Baju Sanding + Veil
Baju Nikah + Veil
Handbouquet Freshflower
Photobooth
Meja Beradap
Banner kawin
Baju Bridemaid

Moga sebulan sebelum majlis segalanya selesai. amin
nebes tak habis fikir..Bridezella..Haha
Duit mengalir macam air.. Maklum la bukan anak orang kaya
tapi penuh kesederhanaan. Wieya bahagia menanti detik ini.
wieya dan encik tunang harap majlis berjalan dengan sempurna..


:)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi