Wednesday 3 August 2016

Video Nikah -Adawieya + Fakaraudzi ❤

Assalamualaikum...
Walaupun dah nak masuk 8 bulan usia perkahwinan wieya dan suami.
Baru nak kongsikan video nikah kami. Bukan apa wieya baru je sempat 
upload video dalam Youtube ^____^

Walhal video 3 bulan selepas nikah dah siap. Terima lah video nikah dari Projectvideo.
wieya suka sangat video ni dengan background lagu ni..hikhik
Cuma lighting je macam mood-mood romantis jugak.
Harap terima lah seadanya. Buat kenangan kami suami isteri seumur hidup.


Alhamdulillah..Majlis nikah berjalan lancar.
Dengan sekali lafaz, wieya bergelar isteri yang sah kepada enik suami.
dan paling terharu, ayah wieya sendiri yang nikahkan :')
Gentlemen sangat ayah saat menikahkan wieya.
Suami pun macam berani sangat salam bakal bapa mertua...

Tema putih dan merah jambu sebagai penyeri menandakan yang putih
lambang 7 warna petala cinta. Dan warna merah jambu ambik mood romantis. hehe
Saat bahagia yang wieya idamkan terlaksana tika saat ijab dan Qabul ialah :-

 Diperisterikan dengan sekali lafaz oleh orang yang wieya cinta..
 Dinikahkan oleh hero pertama wieya, iaitu ayah kandung sendiri..
Pertama kali solat sunat bersama selepas nikah
Suami menjadi imam kepada wieya di masjid tempat bernikah.
Tiada istilah acara batal wuduk dengan mencium dahi dikhalayak ramai,
Cukup suami membaca doa di ubun-ubun wieya :)
Sanak saudara kedua-dua pihak dapat hadirkan diri di majlis bersejarah.
Bridemaid dikalangan kawan baik masa zaman sekolah menengah. Thanks korang!
Paling ohsem, dapat pegang bunga fresh flower, pelamin idaman, baju nikah impian dan majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan

Memang menjadi pengantin sangat busy..Tapi itulah kenangan terindah dalam hidup.
Gambar dan video je sebagai kenangan untuk mengingati hari-hari bahagia.
Banyak lagi entri tertangguh yang boleh dibuat review..hikss..
Selamat menonton video nikah wieya dan suami...
Ada rezeki wieya upload video sanding pulak. Harap korang enjoyy..hee

 Thanks My BrideMaid - Musslihah, Khomsah, Bazilah dan Aida

Penyeri majlis nikah wieya. Terharu..
Terima kasih sudi membaca dan menononton..Bubye...

4 comments:

  1. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  2. amin..terima kasih atas doanya Mrs.A :)

    ReplyDelete
  3. lawanya wieya... ^_^
    mesti baby comel jugak nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @faizah Syakira ...
      In Shaa Allah..amin.. :)

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi