Thursday 21 February 2013

Pure Marine Collagen (PMC)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni wia dah mula pakai PMC
Untuk yang tak tahu PMC tu apa,
 ia adalah Pure Marine Collagen.
Tak dinafikan wia ni senang terpengaruh 
dengan produk kecantikan yang ada di pasaran.
Terpengaruh nak pakai tapi tengok duit poket jugak la ;)
Kalau macam Beautskin tu, memang wia tak mampu 
la nak beli sampai beratus ratus nak labur sebulan. 
PMC ni murah sangat dan berbaloi. Hanya RM20 tahan sebulan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB5ExGWDtjTWRCD0RpIKhikqnhMryw242ylobc7ktU3Qyxqy62SIBWEiOKSwg-5h9h8lQQMpF_2jAarl3oxP8PUpdvCAN-hbkMQyS4vsim-TgToYYJTT-iYiKY3p-ide7sS8pW8NsCAv0w/s1600/PMC_PureMarineCollagen_Banner_01.gif

Yang recommend pakai ni, mak teh wia. Dia cakap tengok member dia pakai, 
hilang habis parut jerawat dan jeragat. Mulanya memang 
wia macam tak percaya. tapi bila nampak perubahan 
wajah mak teh, wia pun beli dan cuba . Teehee

Mana tau, kot kot lepas ni naik seri , amin ya rabbal alamin
Siapa la tak suka kecantikan dan serio wajah
Kalau ikut orang yang promote ni, dia cakap 2 minggu 
pun dah nampak kesan. Malam tadi baru wia pakai ;p
Tunggu la kesannya nanti. Hikss

Part naik seri tu, tak boleh nak cakap lagi  sebab 
baru pakai kan? :') Sebenarnya ia ada dua cara nak ambil PMC ni. 
Sama ada nak telan sebelum tidur dan selepas
 bangun tidur atau jadikan masker muka. 

Wia pula buat dua dua tau.Tamak nak hasil cepat. Haha
Rupanya sapu PMC ni, wia tak sangka pulak ia nak 
menegang sampai tahap tak boleh nak regang langsung muka.ni.
 Memang rasa macam errkk tapi insha Allah dah boleh biasakan
Malahan, rasa syok sebab selepas basuh, rasa kulit lembut ja. 
Jangan risau, wia ada ambil gambar sebelum wia pakai PMC nih. 

Nanti 2 minggu kemudian wia akan banding dan tengokcemana
 ada perubahan drastik ke tak kat muka nih. Hee
Teringin juga nak VCO sekarang. Tapi atas sebab kewangan.
VCO sebulan RM39, PMC RM20.

http://3.bp.blogspot.com/-Ipvque9efmI/UMFmSv45-YI/AAAAAAAAEdA/mAshpW45jF4/s1600/rumpai+laut.jpg
Wia pakai yang kaler purple. Tak berbau  ;)

Dah tentu la wia pilih PMC. Dari segi khasiat dua produk ni, lebih kurang sama ja.
 Dua dua diperbuat dari bahan semulajadi dan
 tak ada kesan kimia . wia kan mengganggur sekarang.
tak mampu nak labur duit banyak banyak sangat. Hehehe. 
Lain lah bekerja nanti. Kan? :)

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c8.0.403.403/p403x403/12648_453676284679206_1655575089_n.jpg
Ini jelly kollagen yg direbus dengan daun pandan. Wangi ;)
 Selamat Mencuba kepada sesiapa yang belum cuba. 
Nanti wia hapdate hasilnya ye. Sebelum dan selepas guna :'D

9 comments:

  1. sy guna jugak pmc ni. mmg sangat2 berkesan :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Wia, wia beli kat kedai ke online ?

    ReplyDelete
  3. Kak MV guna & jual juga...

    ReplyDelete
  4. @najihahfara yeke.. sama la kita ;) Tak sabar nk tgk hasilnya hee

    ReplyDelete
  5. @Sheda Ehasz walaikumsalam,,wia beli kat kedai ;)

    ReplyDelete
  6. @Sheda Ehasz jika berminat sila jenguk di sini: http://riszriszma.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  7. Tumpang lalu yea.. sy ada jual juga.. jika berminat, sila jenguk² sy di sini: http://riszriszma.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. nnt update la pic selepas sebelum..ehhe..menarik gak ni..

    Supplement Banyakkan Susu Ibu !!!

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi