Friday, 8 June 2012

Bisness?! Idea Come for Me, Pleasee..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :)
Sebenarnya dah ramai yang tanya wia, pelajar lepasan bisness, tak berminatkah nak bukak bisness sendiri. Bukan seorang dua, tapi ramai sangat. 90% Rezeki datang dari perniagaan..
Kalau ayah bertanya sambil beri pendapat, "Dah ambik kos bisness, Tak mau buat bisnes? Bukaklah kedai runcit".. Dang!


Kalau mak wia pulak dengan pendapatnya. Kak, mesin jahit tersadai dalam bilik. Belajarlah menjahit. Boleh bukak butik. Jadi tukang jahit baju. Masyukk time raya. Adehh betul jugak  =.="


Kalau pendapat adik² wia, yang sorang cakap kerjalah dulu kak katmana² ponn, lepas tu dapat kerja tetap. Grab lah terus. kalau nak meniaga, jom meniaga pasar malam. Apa?! Hadoii..


Pendapat mak menakan dan pak menakan, sepupu ayah. Mintaklah Guru Kafa, kan dulu sekolah agama.. Blurr satt. Bila masa pulak wia sekolah agama, setahu wia, adik wia la dak nana. Erkk -____- Bolahkah wia jadik seorang guru. Persoalannya?


Bila ambik kos bisness, ramai yang pandang serong sebab kos tu tak semegah kos perubatan dan peguaman. tapi bila mana dah melaluinya baru wia sedar, rupanya peluang cerah bila kos yang kita pelajari buka mata pencarian dan masa depan yang cerah. Berbaloi juga ambik kos perniagaan, yang monopoli dipelajari oleh anak² yang bakal mewarisi empayar perniagaan orang tua masing²..



Bagi wia, setiap yang ingin kita bangun dan jayakan perlulah minat. Betoii dak? :) Sebab tu bila tanya pada diri wia, YA memang wia minat bisness. Wia minat pada MAKANAN seperti kek dan coklat. Wia minat masakan ala MELAYU dan THAI. Juga minat pada bidang GAMBAR.. Shooting itu ini, gambar kebesaran Allah, gambar tunang, kawin dan nikah malah sebagainya lagi. Juga wia minat juga pada KOMPUTER dan INTERNET.


Nak mintak jasa baik uoOls.. Boleh cadangkan bisness apa yang wia patut bangunkan berdasarkan minat yang telah wia nyatakan di atas? Pendapat uoOls, amat wia hargai dan pertimbangkan. Sebab sekarang tengah bingung dan mengiau pikir pasal duit.. Sila bagi pendapat. Tenkiu ='>

3 comments:

  1. Banyaknya minat. Hehe, All the best ya =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

    ReplyDelete
  2. tengok kebolehan ... emm .. boleh jugak tgk ape yang orang kejar sekarang nie ... ikut masa .. hukhukhuk ..

    ReplyDelete
  3. Buat bisnes cupcake . bnda2 yg comel ni cepat laku sikit :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi