Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Bestkan makan buah buahan.
Wia penggemar buah cukup teruja dengan kedatangan bulan Jun dan Julai.
Yang tika ini buah buahan tempatan kian berbuah dengan banyaknya.
Fruit Paradise Month..Kih²..
Bilamana lama tak makan buah manggis dengan sepenuh hati.
Makan durian sepuas hati.
Rambutan ja belum nampak ingin berbuah.
yang lain kalau orang kedah cakap..Jenuh makan ;)
Durian..aroma menusuk kalbu ;p |
- Durian dan Manggis - |
Gambar tak sempat edit ;) |
Jom jemput makan isi durian yang manis berkrim semulajadi ;) |
Merasai buah buahan tempatan dari hasil pokok di kebun tok di kampung.
Anak cucu tumpang makan hasil. Subhanallah..
Lazatt! Secara percuma pulak tu..Hehe.
Kata orang, kalau tak mau panas badan makan durian.
Minum la air cap badak atau air cap kaki tiga.
Dan boleh juga mencuba petua orang lama,
Minum air dari kulit durian.
Maksudnya bila kita buka kulit durian seperti gambar terakhir tu..
Kan ada isinya kan? Jadi bila kita dah makan isinya
Biji dibuang dan kulitnya yang berbentuk seperti mangkuk tu boleh la kita ambik dibuat sebagai cawan kununnya. Isikan air dan minum macam biasa.
Minum air dari kulit durian. Insya allah boleh naturalkan semula suhu badan selepas makan Durian yang bergas dan panas.
Musim buah paling best ;)
..Selamat mencuba petua..
Betol tu...Ayah saya amalkan petua ni time makan buah durian...anak-anak dia tengok aje... ;)
ReplyDeleteI love durian! Durian sedap lah! Ok, bye
ReplyDelete