Sunday, 30 September 2012

Akhirnya Memilih Kanta Lekap, Jom Pilih Warna ;)

Assalamualaikum dan salam keceriaan buat kalian ~
wia sekarang tengah survey pasal Contact lense
 atau bahasanya kanta lekap sekarang nie
Mencuba sesuatu yang baru katanya  ;)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_MHsSOimoHot_dfNLqpzEoPdc-n4V4G-R2NpfKpJgp3VsC4RDrvgC3Pt5_ev__yXkc0It-KlS-acclvZgNEmHHtsC6Kva_q42QBm1NcS28L-zSyCUx-gIQ2U3pdT_VVbfa1ynwZ6wDfA/s1600/freshlook-color-contact-lenses.jpg 

Mungkin ramai di luar sana yang dah pakai kanta lekap ni dah lama dah.
bagi gadis berkaca mata macam wia ni..memang patut pun tukar imej
kalau dah ada keberanian nak pakai..betul tak? :'P
Rasanya umur 23 tahun ni dah patut cuba tukar imej..Heheh
Sebelum ni dah teruja dah, tapi tak berani.

Jadi tengah survey nak pakai yang biasa transparent atau yang warna.
Mak ayah pun dah bagi green light :'D
Si dia pun dah mula cadang² kan warna pilihan.
Insha Allah nantikan warna apa yang wia beli dan kongsikan dengan kalian ye.

Teringin juga nak tengok perubahan imej diri sendiri.
Tak sabaq walaupun masih takut²..
Pilih dan beli di kedai optik yang sah
dan bukan nya secara online mahupun di kaki lima.
Cara penjagaan juga penting supaya tidak merbahayakan mata.

P/s : Alhamdulillah, hari ni wia dapat berita 
blogger ain syg mengandung baby twin ~
tumpang heppy untuk awak ain.. :') bertuah badan..

Friday, 28 September 2012

Jom Setia bersama Nuffnang :)

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari :)
lama tak log in Nuffnang..terasa tak familiar pulak.
Memang dashboard Nuffnang nampak kemas sekarang
tapi wia yang tak faham sikit macam mana nak tau kita ada BE ke tidak
wajah baru Nuffnang tu memang wia dah lama tahu..
Cuma bila bukak sekali sekala..
rasa yang lama lagi seronok -_____-

Bila kita dah lama terbiasa yang lama tetiba bertukar..
Nak sesuai kan diri tu ambik masa sikit.
Sekarang dah ada Nuffnang X sesuai untuk 
yang selalu online guna mobile.
wia tak cuba pun lagi. Insha allah nanti² agaknya.
earning Nuffnang wia pun naik ciput je sekarang.
Mungkin jarang naik kan trafik.



Lepas ni nak rajin update dan blogvespa la blog
kawan² yang aktif.. Yang tak aktif bukan taknak cuma
kena pilih juga nak letak link kita kan.?
Takut nanti yang banyak masuk adalah ads ja..
Tak berapa gemar sikit... Wah terluah banyak pulak
sudah cukup sudah :P

Blogging ni juga sumber pendapatan juga bagi wia
yang belum ada kerja tetap yang kukuh kewangan nya. teehee
So, lepas ni dapat naikkan lagi pendapatan dari Nuffnang.
Nuffnang mudah tak perlu kekerapan klik untuk naikkan earning.
Insha allah nak terus setia dengan NUFFNANG ! :'D

i love nuffnang

P/s : Ramai juga yang suka wajah baru
Nuff yang lebih laju berdesupp dari dulu
 :)

Thursday, 27 September 2012

Pilih Pasangan yang Ideal :)

Assalamualaikum dan Salam manis buat kalian ~
khamis yang berarak mendung kelabu. Sejuk..
Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan berwuduk.
Air sejuk macam air yang diletak ais. Sangat sejuk.
Adik adik ke sekolah mandi ditambah air panas untuk keselesaan.
Lagipun mandi air sejuk boleh mengundang sakit. Betul kan?

Pejam celik pejam celik sudah di akhir Oktober.
Cepatnya masa.. Dimana wia sekarang?
Masih disini, tiada yang berubah.
Hanya usia dan pengalaman dan kenangan bertambah.
Dalam mencari pasangan, ciri bagaimana kah yang selalu kamu cari?
Itu selalu soalan yang di ajukan pada wia untuk mencari Mr.R yang sejati..
Ini jawapan wia..Hee
Insha Allah itu yang terbaik :)
Jangan mudah terpengaruh ye kaum Hawa.
Fikir yang terbaik buat diri sendiri..
Kita yang buat keputusan untuk bersama tersayang.
Baik dia, baik lah kita, mudah mudahan..

Seronok tengok kawan² yang berjodoh awal.
Bahagia menempuh alam bahagia bersama tersayang.
Barakallah buat pengantin baru dan yang menjadi tunangan
Tetiba tercakap pasal kawin pulaks.
Jangan tak tahu yang sebaya dengan 
wia ada yang dah nak timang baby.
So Sweet! Moga pilihan hati adalah 
tepat untuk jadi bakal imam kita kelak.
:)

Tuesday, 25 September 2012

Kad Pengenalan Baru ! Teehee

Assalamualaikum kalian :)
Hari kan hari yang penuh keriangan buat wia.
Sebabnya semua urusan berjalan lancar.
Dari gundah gulana jadi riang ria ribena.
Sampai ada yang tegur berseri² arini.. Upss!
Cekk terus malu malu meow..Teehee

Alang alang menyeluk pekasam.
Pekan tempat tinggal wia ni kira dekat dengan 
semua pejabat² penting termasuk
Jabatan Pedaftaran Negara..
Apa lagi wia kesini untuk check kad pengenalan baru.
Mana tidaknya kad pengenalan lama wia
jauh bezanya dari sekarang. Masa darjah 6 katanya.!
uOls bayangkan saja lah rupa kanak kanak hingusan 
Sungguh comot wia time tu..

Selepas 3 bulan.. Hari ni check dalam pukul 12 tengahari.
Saja saja nak check kot² dah siap..
Sekali cuba mana tau kan?
Tengok²...Taraaaa!! Kakak jabatan pendaftaran tu cakap dah siap.
Hambikk! 3 bulan baru siap habaq mai..
bulan berganti bulan wia check tapi hari ni baru siap..
Syukur.. Bolehla tengok wajah anak dara dalam 
kad pengenalan biru yang lebih safety tu :'D

 Tumblr_lehr5jqtug1qd659do1_500_large

Terharu betul kad pengenalan bertukar wajah..
11 tahun baru tukar.. Cepat masa berlalu.
Akhirnya baru puas hati walaupun gambar dalam 
kad pengenalan tu hitam putih kecuali tudung la.
Tak kira la pakai lipstik ke blusher memang tak nampak.
Oh tidak! katsitu nampak pucat pulak..Grr --"

Tapi nak baut cemana..bila mengadu dekat BF dan mak..
dua² cakap yang kad pengenalan tu simpan dlm purse
bukan siapa nk tengok pun..
Ok pujuk diri..Betul juga tu.. 
Janji nampak comei juga dalam gambar tu.
Kira ok lah..Hee. Nice day uoOls 
P/s : gambar tiada kerana ia terlalu peribadi
:)

Monday, 24 September 2012

Sukan Gaya Hidup Sihat.

Assalamualaikum dan salam keriangan :)
seronok kan bila kita boleh jadi kanak kanak semula.
Tiada masalah, hanya bermain, makan dan tidur yang cukup
Itu la kanak kanak yang memang habitya suka bermain.
Masa dulu² wia juga seorang kanak kanak yang suka bermain.

Tak kira masak memasak, main besball dan macam² lagi..
Kan kadang kadang permainan ni bermusim.
Contohnya musim tu musim berangin..main layang² saja kan..
Masa semua pakat main guli..memang masa tu main guli la yang best !

Macam tu juga main badminton.
Petang² meriah ja lawan beregu mahupun perseorangan.
Dulu wia aktif sukan,  tapi jarang mewakili 
sekolah mahupun rumah sukan =P
Sebab ngelat, buat tak bersungguh².. 
Cuma seronok sokong kawan kawan ja.. Hehe

Sekarang dah dalam Ganerasi Y nih..
Game outdoor dah jarang. Banyak dalam indoor ja.
Bila suatu hari, adik² wia main squash.. rasa tertarik nak main.
Sebab squash ni sekana badminton juga.
tapi bola nya tak ringan tapi melantun..
hoho teruja satt. Bila ada kelapangan curi² juga main.

Wah boleh refresh badan..
Syok juga main ! Bila dah umur meningkat 20-an
Hati minat untuk bersukan tak penah padam.
walaupun wia ni kecik ja orangnya. Teehee :')
sorry gambar tak licin macam DSLR :P
Majulah Sukan untuk negara ;)
Nebes la semakin hari semakin dekat..

Saturday, 22 September 2012

Blog Bertukar tampak Eksklusif Gittu ;)

Assalamalaikum dan salam sejahtera :)
Hari sabtu yang santai dan tenang..Syukur..
Kalau uoOls perasan blog wia bertukar wajah lagi
Untuk kelainan akibat kebosanan dengan wajah blog yang lama.

Wia cuma tukar latar belakang dan kepala blog. Teehee..
Kali ni terasa nak guna warna ungu yang tampak eksklusif gittu..
Alahai minatnya dalam blogging sampaikan suka nak hias hias bagai
blog kesayangan yang dah masuk 2 tahun 8 bulan nih.

Banyak betul pengalaman, info dan maklumat 
terkini yang wia dapat dengan berblogging.
Dunia masa kini yang dihujung jari.
Seronok menaip, berkongsi  dan celoteh dengan bebas 
selagi tak melanggar hukum agama dan undang²..

Tapi blog ini hanya berkisar pada kehidupan seharian
yang mngumpul pengalaman, kenangan pahit dan manis.
Mungkin kadang² terselit tips dan
 slot makanan sebab wia gila makan =P

Cuci mata masuk blog ni..sila la jamu mata :P

Sebab tu wia habis habisan akan renovate dan cantikkan blog ikut
citarasa terkini supaya blog sentiasa bernafas baru.
Selagi wia tak sibuk kelak. Hehe

alahai sekarang tak berapa rajin nak jalan jalan
dan komen blog kawan²..sepi kan blog ni.
P/s: nak masukkan lagu dalam blog ler..
Jom pilih lagu... (^___^) V

Friday, 21 September 2012

Keep Calm and Remember Allah :)

Assalamualaikum dan  salam penghulu segala hari..
Puji pujian hanya pada Allah yang Esa :)
Wahh dua hari tak update, dashboard bertukar wajah lerr.
kalau sebelum ni penah jadi sekadar untuk percubaan, tapi kali ni
dah memang betul² bertukar..
Kalau tak salah wia semalam bertarikh 20/9/2012

Nasib baik sebelum ni wia dah terbiasa.. Jadi boleh la sikit sikit 
godek dan klik dengan interface yang sedikit komplikated nih.
Bak kata oarang alah bisa tegal biasa.
lama² mesti okey =P *ayat sedapkan hati..
Mari semarakkan semanagt untu berblogging macam selalu.
Selari dengan dunia yang makin moden.
wia perasan interface terbaru ni ada kesesuaian untuk setting mobile.
Itu kelebihan nya berbanding yang lepas lebih bersikap ringkas dan mudah.


Apapun wia cuma rasa heppi selagi dapat menaip jika ada masa terluang ;)
berkongsi dan bercerita pengalaman pahit manis dalam blog kesayangan.
Wia perasan wia tak seaktif dulu.. Kawan² blogger pu masing² sibuk.
Kan dah makin dewasa dan dah banyak tanggungjawab..
ada yang dah kawen dn bertunang. Suka tengok ;)

Macam biasa.. Hari ni wia tak kemana mana.
terasa nak buat pesiapan konvo!
tinggal 3 minggu lagi. Dan hari ni adalah 
hari besfren wia konvo, Khairiah.
Tapi sayangnya wia tak dapat hadirkan diri 
di USM tempat khairiah menuntut.

Mesti dia cantik..Hee. Ada kesempatan
 wia update konvo dia nanti..
Cuba dua, tiga hari ni wia teringat ingat
 step yang wia sibukkan minggu ni.
Harap semuanya berjalan lancar. 
Insha allah wia boleh buat. Amin ~
berkias pulak kan? Tak apa nanti wia update...Heheh.

P/s ingat nak renovate blog.. tengok cemana nanti..
macam kosong pulak rumah blog wia nih..
:)

Tuesday, 18 September 2012

Gadget di Hujung Jari =)

Assalamualaikum dan salam ceria..
Rindu nya nak berblogging.
Sejak² broadband  dah terminate
tak sempat nak update blog laju² ..
Untung nya siapa yang ada Samsung Tab tak pun Galaxy tab..
Bila² boleh on dan menaip blog ;) * Jeless

Siapa tak teringin kan?
Lain la ada duit berkoyan koyan ='P
Insha Allah belum ada rezeki nak 
pegang menda canggih dihujung jari tuuu..Hiks.
kalau ada yang hadiahkan memang terharu sangat..Haha

Wia pengalamn guna tu penah la. *Hak orang cuma pinjam yang sepupu.
Sendiri² tunggu la setahun dua baru boleh merasa. Haha.
Kadang² gajet ni pun maca bermusim tau.
Contohnya dulu masa Blackberry keluar..
Ramai lah yang beli dan guna sampai sekarang.
Tapi bila dah keluar tab dan Iphone.
Berdesupp juga orang yang beli dan guna.
Memang teknologi maklumat betul zaman sekarang kan?


samsung-galaxy-tab-vs-apple-ipad

Semuanya sentuh skrin. Sampaikan bila pi McD, KFC atau 
restoran makanan segera yang seumpa dengannya..
budak² tadika main sentuh² skrin main game rupanya! Ouhh..
Bertuahnya mereka. Kadang tu yang umur dalam lingkung
 6 tahun ke bawah pun ada main menda alah terkini tu..
 
iPhone 5: all the news confirmed
Memang milik ibu ayah mereka, tetapi awalnya mereka dah terdedah.
Zaman memang maju ke depan.
Tahun² mendatang cemana pulak agaknya ye
Zaman anak² wia kelak. * fikir dan bayangkan
P/s : blogvespaking time..Yabedabeduu!!

Saturday, 15 September 2012

Selamat Hari Malaysia :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
dalam dunia sekarang banyak yang canggih dan siber.
semuanya di hujung jari ;)
Beruntung lahir sebagai anak Malaysia. Alhamdulillah..
Bumi bertuah dan merdeka..

Sempena hari Malaysia esok..
Dengan rasa bangga, wia ingin menaip entri khas sempena hari Malaysia.
Kalau dikira tambah tolak bahagi wia memang 
bukan lahir pada tahun pentapan tarikh
Hari Malaysia. Tapi hari ni wia bangga 
menjadi rakyat Malaysia atas
pengorbanan dan perit jerih pejuang dulu² yang tumpah 
darah demi untuk memerdeka kan tanah air tercinta :')

 

Moga Malaysia terus aman, damai dan bersatu padu kini dan selamanya.
Insha Allah..Tiada bu,i yang lebih selamat selain di tanah air semdiri.
Betul tak? :) Hanya doa yang mampu menjadi benteng
supaya keamanan negara tidak diancam
 dan jatuh ke tangan yang salah. Amin ~


Kadang wia sedih yang pemimpin sekarang suka sangat politik.
Negara yang demokrasi memang ok kerana memberi peluang
pemimpim berbeza untuk memerintah.
Tapi jika kerana politik, maruah jatuh dan darah tumpah.
hanya semata² kerana politik putus saudara dan sahabat.
Memang tak masuk dek akal.. *malu rasa..



Okey wia tak pandai nak cakap lebih²..cuma ini pendapat :)
kan seronok kalau semuanya bersatu padu 
dan berkongsi idea dan pendapat.
Negara malaysia pasti gah dimata dunia ;)
Bangga anak Malaysia !!..

Selamat Hari Malaysia...
*16 September *
:)

Friday, 14 September 2012

Surat Layang dari Unisel :)

Assalamualaikum. Salam penghulu segala hari :)
Hari ni dah seronok pula tengok gambar orang bertuanng, nikah dan kawin..
Dah pasal apa pulak kan.? Seronok tengok.
Cantik² semuanya. Dalam berblogging pun
kadang wia termasuk juga dalam blog B2B..Hehe..

Ok bukan itu yang nak dikongsikan pada entri kali ni..
Tengahri semalam wia dalam surat cinta dari posmen.
Jeng jeng jeng.. Tiba² dapat surat dari Unisel..
Buka dan terus tengok.. Mana tahu kena 
bayar hutang tertunggak ke kan..
Dan rupanya......... Hikss * baca sambil senyum

Alhamdulillah :') Lama menungu dan akhirnya..
Merasa juga nanti..Insha Allah bulan depan..
Sama ada 13, 14 atau 15 Oktober..
sebulan dari sekarang ;)

Doa²kan ye.. Belum ada satu pun persiapan yang dibuat.
Baju, kasut apa pun belum.
nak pakai yang ringkas tapi cantik.
Kena la buat persaiapan kan? Dalam masa yang sama. Berita baiknya.
Wia dah pun pegang streng kereta. Teehee ='D

Lepas ni boleh la pegang lesen D pulak.
Biar lambat asalkan selamat. Amin ~
Ini la dua berita baik yang nak dikongsi bersama pembaca.
Sekian. *maaf sekarang wia jarang on9.
so tak selalu pegi jalan² blog..
:)

Thursday, 13 September 2012

Hi Lovely Follower..I'm Back ="D

Assalamualaikum  dan salam keceriaan :)
Lama pulak rasa bercuti dari menaip blog..hehe
Alhamdulillah semuanya dah selesai. 
Wia pun selamat pergi dan balik dari Shah Alam .
Alhamdulillah.. Tempat tu memang mengimbau kenangan..

3 hari 2 malam menginap rumah kawan..
yang bertuhnya dapat pakej satu bilk kosong.
siap ada katil tilam..dan bilik tu sangat selesa. Terima kasih Mas :')

Selesai juga buat transkrip konvo ;)
walaupun dah lama kna buat, baru terangak² nak siapkan bulan nie..
Yang paling best wia pegi sempena bufday si dia..

Siap packing untuk melancong =P
Dalam setengah hari wia dapat siapkan dengan lancar ..
Syukur dipermudahkan.. * Senyum
Petang tu alang² dah mai Shah Alam harus la jalan² ke 
PAS (Plaza Alam Sentral), SACC dan PKNS 
yang femes untuk cuci mata dan shopping ;)

Saja pekena bakso yang sedapp dekat PAS ;)
*puas hati dan baru la pi sopink. Tak beli apapun.. Kena berjimat
sebab belum kerja la katakan.. Wia cuma berminat nak 
beli casing phone BB yang comel² ala Hello Kitty ;)
Minat punya pasal grab dua iaitu kaler merah dan putih..Hikss

Comel kan.. Dah lama cari ;)
Ala² casing untuk Iphone gittu -"
Tengahari tadi dapat satu lagi berita gembira dan ada lagi 
satu gembira yang dikongsi bersama blogger yang sudi baca
 blog kesayangan wia ni ;) Kiranya ada dua berita baik yang 
akan dikongsi bersama. Insha allah nanti wia share okey..Hehe

Stay Tuned.....
:)

Sunday, 9 September 2012

Happy Bufday DearLove ♥

9 September hari istimewa buat cintamanis wia :)
Assalamualaikum dan Salam kerinduan..
Selamat Panjang umur dan dimurahkan rezeki buat dear..
incik hatimanis untuk tahun 2012 bersamaan 1433H.

Ini entri scheduled kedua wia..teehee.
Khas buat buah hati wia yang nun jauh dimata dekat dihati.
simple but deep in my heart : flower:
Sekarang ni wia tengah on the way ke Shah Alam..
For my boyfie , Dear love.......


Makin hari kita makin mengenali..
Makin banyak jurang makin banyak keserasian.
Lumrah dalam bercinta :*
Pahit manis cinta jarak jauh..
Moga Ulangtahun kelahiran dear kali ni buat dear
lebih matang dan tabah dalam liku² hidup. Amin ~


:: Happy Birthday to You, Dear ::
I Love You So Much
Sincerely, Your Love

Tumblr_lk7uzqlxwp1qez9rho1_500_large
:)

Saturday, 8 September 2012

Journey to Shah Alam again :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Sebenarnya esok adalah hari yang paling malas ke best ye..
Sebabnya memikirkan rasa berat hati nak 
journey jauh² memang tak best !
Bila terfikir balik, ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan 
dan pergi dalam tempih yang singkat. 
Boleh dikatakan pergi melancong..Kekeke

Take Care And Safe Journey

Ya, esok wia akan ke Shah Alam Selangor.
Harap semuanya berjalan dengan lancar..
Wia nak settlekan transkrip..Lamabat betoi baru nak buat.
Patutla tak kerja² lagi wia nih..
Ramai dah buat bulan bulan yang lepas. Start bulan 6 lagi..Huu
Tak tahu la sempat ke tidak.. Harapnya boleh la secepat yang mungkin :)

Bila dah selalu dengan famili rasa berat hati nak pisah jauh²..
Wia rasa nak cepat² habiskan minggu ni..Doa² kan ye..
So, esok hari nya yang wia putuskan untuk 
begerak setelah dah banyak kali tertunda.
kalau tak ada aral bulan depan konvo.
Pun ta ada semangat nak konvo (-____-)
Apalah sikap mals ni banyak sangat bersarang dalam badan .Errkk

Ok sekarang ni nak fikir yang best² je.. See you tomorrow
Shah Alama. Dah ler ada kisah disebalik beli tiket semalam yang mencekik darah.
RM39 walhal sebelum ni wia rasa RM35 ke RM37..
Rupanya naik seringgit kalau bertolak hari ahad. *Ok  yang tu wia tak tahu
Dan paling nyesal..Salah beli tiket kat kaunter lain.

Kemudian tak tanya harga terus beli..Terkono wia bila dia sebut harga.
tanya kaunter sebelah RM37 ja walaupun hari ahad. Gurpp!!
Mahal mencacak..!! Harapnya bas elok la..Amin ~
Ok esok juga hari istimewa seseorang ;)
Tunggu entri seterusnya..Stay Tuned =D

Thursday, 6 September 2012

Kasut Tumit Pilihan Kalbu ♥

Assalamualaikum :) Ceria² selalu ye kalian yang budiman.
Pejam celik pejam celik dah Khamis..Yabedabeduuu..!!
Apa yang seronok pun tak tahu laa.. 
Mungkin hari istimewa seseorang dah dekat kot* Teehee

Ok pasal entri ni, dah lama dah wia nak update,  
teringin nak buat entri kasut tumit tinggi camni..
Memandangkan wia pun tak tinggi, memang patut pun 
kena pakai kasut tumit tinggi yang bersesuaian.
Mak pun selalu tegur, wia mencuba pakai heels 
memandangkan wia tak cukup ketinggian.(-.-")
Kan pakai flat shoes lagi la nampak rendah kan?
So penyelesaian yang baik pakai heels ;)
* tapi tak cuba² pun lagi ='P

Trendy Dress Shoes for Outdoor, - Fabulous Blue High Heels 
Christian Louboutin Platform Suede High Heels Blue 
Chinese Laundry : Baldwin...

Kasut yang elok, seboleh² nya walaupun bertumit 3 inci dan ke atas..
Tidak terlalu melentik sehingga boleh merosakkan saraf pada kaki akibat 
memakai heels. Itu yang wia titik beratkan ;)

Yess i love blue one. So this my dream Heels
Tak adalah pilih yang cantik² sangat. Cuma yang 
biasa² supaya selesa dipakai ..Betul tak? 
Ok Selamat berblogging.. Sebenarnya banyak kasut yang cantik²
terutama yang berwarna hitam, putih dan merah :')
Oh mungkin suatu hari nanti ..Amin ~

Tuesday, 4 September 2012

Majlis Sana Sini :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
fiuhh jenuh ligan masa, untuk meng-update blog sekarang ni..
Disebabkan masa dan kekangan kesibukan..*ewah*
Cepatnya masa secepat berat badan wia yang
naik bagai di pam² sebab kuat makan -hais-
Minggu lepas sempena cuti merdeka yang bersambung
dengan cuti hujung minggu..Maka panjang la cuti nya :)

Jadi ramai member² dalam Facebook yang bertunang.. * wahh jeles² *
dan ada yang berkahwin * tahniah² *..Cantik belaka depa.
macam biasa wia dan keluarga pun hadiri majlis
kahwin yang tentunya banyak pada 1 September lepas..

Yang paling wia suka buat time pegi kenduri.. Snap gambar..Haha
Tengok pelamin cantik, pengantin lawa dan bilik pengantin pun sweet ! =)
Mulalah berangan pelamin wia nanti pulak
cemana kan..Tak dapat bayang..Ehemm ---"
Lambat lagi tu..Kena ikut turn siapa dulu la macam ni kan?






Sengaja masuk gambar gelap yang tidak di edit :)
Biasalah BB kita tak ada flash.. Pencahayaan kurang.
Ditambah malas nak terangkan bright..Terus berdesupp upload.
Biar lain dari yang lain sikit kan.. Ok, komen wia..
Pelamin dia simple tapi cantik. Berkenan bunga juntai² 
warna warni..trend sekarang kot*
Oklah nak blogvespaking kawan² sambil hunting job ~
:)

Sunday, 2 September 2012

Kesyukuran dalam Kemewahan Kasih Sayang

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu..
Yippe!! Hari nie hari Ahad adik² tak bersekolah
 sempena cuti peristiwa hari kemerdekaan ;)
Boleh la jalan² memandangkan semua ada..  suka suka *

Semalam pun dah berjalan sebenarnya.. makan kenduri laa,
tengok baby comel baru lahir la..
Makan² bersama famili besar.. Oh meriahnya ! ='D
Memag suka la berkumpul sedara mara..
nak² kami tinggal tak ada la jauh ke 
pantai timur atau negeri sebelah selatan.
Jadi senang untuk berjumpa.. Itu untungnya kampung dekat. Hehe

Cadang tu nak ajak ayah jalan² ke Pulau Pinang
yang belum habis lagi teroka dan lawati.
Mungkin nak ke Queensbay tengok apa yang ada katsna.
Baru ada beza hang out ngan keluarga berbanding dengan kawan²..


Oklah moga ceria² selalu...
P/s : Entri makin lama makin pendek.
Biasalah bila masa lebih pantas dari kita :)

Saturday, 1 September 2012

1 September ♥

Assalamualaikum dan Salam ceria di hari Sabtu :)
 1 September 2012.. Welcome September ♥ 
Sekejapnya masa dah pun masuk bulan 9. 
Bulan istimewa jugak buat wia..Hehe

kalau uoOls perasan, yang header wia
 dah pun bertukar setelah sekian lama.
Baru ada sedikit kerajinan nak edit itu dan ini. 
Sebab agak buhsan juga dengan header yang lama..
Simple dari dulu.. Biasa² ja janji tukar kan? Hikss

Bila dah masuk bulan baru, pastinya ada azam baru.
Perancangan untuk bekerja, mencari hadiah dan banyak lagi..
Mungkin dalam masa terdekat wia kaan ke Shah Alam sekali lagi ;)
Atas urusan pengajian sebelum konv bulan 10 insha Allah.. 

seronoknya tengok mereka yang telah selamat bertunang dan kawen.
Tahniah buat kalian.. yang penting jangan 
di tanya soal jodoh wia. Boleh cenggitu ='P
Ynag penting berat badan dah makin naik. dah bambam dah sekarang.
Berat dah mencecah 54 kg !! Tidakk..


BMI larii sebab wia bukannya tinggi mana..Upss -___-
Kena control makan camni.  Sebab ramai yang tegur..
Rezeki mana boleh tolak. Betul tak?
Boleh makan tapi kena kontrol lepas ni :)



 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi