Friday, 30 November 2012

Special Gift For Bride Groom.. ;)

Assalamualaikum dan Salam Sayyidul ayyam...
Syukur hari ni hari Jumaat terakhir bulan November..
Esok dah masuk bulan baru. Bulan penghujung tahun..

Bila cuti sekolah, banyak la makan nasi minyak free..Hee
Seronok la tengok member yang naik pelamin.
Barakallah buat pengantin² baru..

Ada yang tanya wia, bila lagi.?
Senyum simpul-simpul dan berdiam diri.
Alaa muda lagi buat apa nak kawin awal²..
yang berjodoh awal tu, Tahniah. 
#Tumpang hepi buat kalian. :)

Lagipun wia perlu bekerjaya dulu.
Makan puas-puas nasi minyak sahabat²..
Baru la giliran kita pulak.
Alahai yang menjadi masalah wia setiap kali hadiri
majlis kahwin kawan, hadiah?!
Apa ya hadiah yang sesuai buat pengantin baru?
Leh kongsi dengan wia tak?..

 
Selalunya wia bagi apa yang mampu.
Tak adalah peti ais sebuah. Tv LCD ke sebijik.
Cukup yang kecil² tapi bermakna tau. Haha

Tapi yang sebetul² nya wia sendiri 
tak tahu nak bagi hadiah apa tau.. Kalian ada idea dan cadangan tak?
Boleh kongsi dengan wia ye di bawah entri ni..Hehe
Bukan apa buat pencetus idea bagi yang ketandusan
tak tahu nak bagi hadiah sesuai buat bakal pengantin..Hiks
 
Harap sesiapa yang sudi boleh wia bantu cari 
hadiah untuk bakal pengantin ek? Mucho gracias to uOls..
Selamat Berblogging....

Thursday, 29 November 2012

Streamyx - Seminggu Tak Bersua ;)

Assalamualaikum dan Hai semua !! :)
Rindunya kat belog nih..
Seminggu juga tak dapat jenguk belog dan berblogging
sebab line tenet kat rumah terputus 
dek orang belakang rumah buar renovate
Sabar aje lah -____-"
Tapi yang penting, kini dah kembali laju
Streamyx yang ayah guna RM65 sebulan nih.
Dari dulu sampai kini..hehe..
I LOVE STREMYX than broadband ;p

Sekarang rasa macam mood cerah setelah lama suram
sebab semingggu sunyi tak dapat baca
entri² best rakan² blogger...
wia suka sangat baca belog yang sweet ;)
Ok selepas nih dah boleh sambung cari kerja
dan berbelog- walkingg sana sini..Hikhik

banyak sangat yang nak dikongsi bersama kalian tau 
Even seminggu tak dapat online kat PC..
tapi wia ada juga online guna BB (Blackberry)
tapi tak sepuas online guna PC..boleh tengok besaq gedabak
Kalau skrin fon macam terhad gittu.. uOols fahamkan..

 
Terima kasih yang komen beloh wia pasal
entri konvo tu. Macam² komen ada ek..
Yang penting..Semua tu dah selesai.
Fasa lain tak sudah² lagi nih.. Gurlp *
Dah lama menganggur....
#Doakan wia cepat dapat kerja tau kalian. Ameen
:)

Wednesday, 21 November 2012

Gambar Istiadat Konvo dan Sampai ;)

Assalamualaikum dan Salam ceria..
Berkurun tunggu ecece. Akhirnya baru sampai gambar konvo
masa dalam dewan. Sebulan 5 hari juga baru sampai ke tangan..
Itu pun sampai masa wia pi penang.
Mak yang sambut posmen depan rumah.
Masa tu kehujanan lagi. Gigih betul abangg posmen tuu ;p

semata mata nak hantar sampul besar berisi gambar konvo ke rumah. 
Mlama tu balik dari penang, mak habaq terus excited :'D
Sebab petang tu member dan bbm cakap gambar
konvo yang dipos dah sampai ke tangan nya.
wia pulak macam entahla tak sampai lagi.
Lama kot tunggu. Kalau yang dekat boleh la 
esoknya lepas konvo boleh ambik terus. Untungg kan

Meh tengok gambar konvo wia yang sempat di snap
oleh OP konvo istiadat konvokesyen yang ke-7 Unisel.
Sangat teruja sampai tak sedar..Haha

Mana wia pandang pun tak tahu..Banyak kamera sgt ;)

Jubah besaQ !! Gambar ok laa untuk letak frame besaQ :P

Komen : Pendapat wia gambar bersedia. 
Cuma kaki saja yang tak rapat.
kaki satu ke belakang satu ke depan.
mata memandang kamera lain. 
Mortar pun kebelakang sangat. Haha
yang penting Naib Canselor tu senyum dekat wia ;)
Terima kasih sambil letakkan tangan kanan
 bawa ke dada sebelah kiri. Tanda hormat*

Kira ok la ni kan? Puas hati la jugak.
Sekian lama baru naik entri konvo semula.
Ok Selamat berblogging.
Gambar dah sampai. Lepas ni cari bingkai gambar pulak
:')

Tuesday, 20 November 2012

Berharap Pisang tak Berbuah 2x

Assalamualaikum dan Salam manis buat semua ...
Semalam tak terhapdate belog kesayangan nih..
Sebab teman dan jalan² dengan kawan lama 
ke Pulau Pinang. Hmm..antara best dan tak..

Niat di hari mulanya tak mau kesana. 
Lagikan wia masih penganggur  bertauliah.
mana ada pulus sangat. Sedar diri sendiri. Hikhik
tapi memndangkan nak jaga hati kawan. Pegi la juga.
# Ayat diatas macam tak ikhlas kan.?
Kalau nak tahu kenapa.. Sila baca entri ni sampai habis ye.

Gerak dari rumah dengan berat hati dah pukul 11 pagi.
sebab nak pegi lewat kata nya.
Kemudian dengan terlepas bas kena tunggu bas seterusnya.
nasib tak lama selepas tu bas sampai.
Naik bas dengan duit RM10, tak ada duit kecik.
Pemandu bas tu macam muka ketat.
Sampai stesen baru wia tukar duit lalu bayar terus kat pemandu tadi.

Kemudian pegi ke Butterworth naik bas loncat.
Nasib tambang member tu dah bayar kan.
dalam 45 minit sampai Penang Sentral.
Naik Terminal Feri sebab nak ke Penang.
Pengalaman wia naik feri sebagia pejalan kaki.
Kena tambang Rm1.20 haha..
Naik feri semalam, best ja kena nagin laut.
Tengok obor² bagai. ada yang besar ada yang kecik.
Gerun jugak fikir dok tengah laut. *telan air liur terasa kelat

Sampai ke pulau, terus cari bas.
tapi dek lama tunggu, member ajak naik teksi.
woow ramainya Cina. Huhu rasa cam dok negeri Cina pulak.
aunty cina tu bawa teksi pegi Hospital Pulau Pinang
potpet potpet sembang tapi teksi gah gila. Rasa macam VVIP pulaks.
Tak sampai 10 minit naik, tambang RM20..Nasib member bayar.
Mahal gak kan? Sampai tu lapar jangan dikata.

Singgah surau hospital, solat Zuhur.
Kemudian pegi makan tengahari pukul 3 petang. Bleghh..
lapar pun masa tu dah hilang.
Member ajk pegi umah kawan dia, lahir anak kembar seiras.
Lelaki. Semangat nak tengok juga. Tengok² ada suami dia..
Segan la pulaks. Masa tu dah pukul 3.30 petang.

Sempat duduk sana sekejap, terasa lambat nak balik pulak.
Lagipun bagi wia, kawan dia tu memilih bulu.
buat nampak tak nampak ja wia. Bleghh..Berlagak tak bertempat
Balik tu, ikut step yang sama. Naik bas Rapid RM1.40
Naik feri free pulak sebab dari Penang nak keluar..
Masa tu dah penat. Naik bas Butterworth pukul 5 petang balik Kulim.
Elok² sampi kulim dekat pukul 6 petang. Bas Mara Liner nak balik Serdang
pun dah ada. masa tu hujan renyai²..
Elok wia salam² denga member..Bas jalan..Cepat² wia kejar.
tuptup dia tinggal wia macam tu jaa.. Sabar saja lah.
walhal dia nampak wia..Terpaksa pegi kat member balik.


Rasa bengang pun ada dilakukan macam tu. 
Bukan pemandu bas tu tak nampak. -_____-
Akhirnya kena tunggu bas lain. Dalam tak lama
 lepas tu parent member wia mai jemput dia
dugaan lagi bila member tu sanggup 
tinggalkan wia keseorangn tunggu bas..

Pbas pukul 7 malam tak sampai. Mula gelisah dan rasa nak nangis.
Nasib ada juga yang nak balik serdang.
lama menunggu.Bas pukul 8 malam sampai juga.
Jumpa anak jiran laa, bla bla. Dengan letih dan penat tunggu.
Dalam pukul 9 malam baru sampai rumah.
Nasib mak ayah wia tak marah. Cuma apa yang wia boleh cakap.
wia MENYESAL keluar dengan member tu semalam !! titik
In shaa allah lepas nih tak nak dah keluar dengan member tu.
Terima kasih lah untuk semalam. hari yang teruk.
:)

Sunday, 18 November 2012

Cuti Sekolah Musim Berkhatan :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Bersambung dengan entri ini..
Keesokkan nya hari Isnin 12.11.12..
adik bongsu dak Badrul berkhatan. Hehe

Punya lama peram entri nih ;)
Biar lambat asal selamat publish kan?
Musim cuti sekolah ramai yang masuk 
Jawi, Sunat atau apa nama yang seangkatan.
Alhamdulillah hari ni dak Badrul dah seminggu berkhatan.
Adik berkhatan di klinik dengan menggunakan
kaedah potong secara laser.
Fiuhh..Canggih betul zaman sekarang.

Guna laser ja. Memang tak berdarah. Hee
Tak dibalut dengan kain seperti Tok Mudim.
Walaupun kos agak mahal sikit. Tapi bagi wia kaedah potong di Klinik
lebih cepat dan budak pun tak takut.

Ni gambar badrul masa mula² smpai rumah setelah di potong ;)
Masa ni dia sakit kena jahit ..Alolor kesian..Pengalaman buat dia :'D
 Maaf  sebab gambar paling atas tak berapa sharp. 
Gambar tangan badrul gerak. Harap dak Badrul cepat sembuh.
Sekarang dah aktif dan bosan duduk baring atas tilam je.
Dah mula nak pakai seluar. Cuma dia pantang makan
dan pangtang minum air banyak. Nak cepat baik kata nya ;)

Budak yang baik. Dan manja habiss.
makan bersuap dan dah jadi bahai anak raja katanya pada sepupu
Bila ada sepupu yang sebaya *belum sunat mai melawat.
Lawak la adik nih. Ia lah tu, anak raja.. Bila lagi? :P

Yeay dah selesai semua. Dah jadi anak bujang.
Kira tak ada lah anak bujang ayah yang belum berkhatan.
Badrul memang nakal tapi kuat pantang.
Terbaikk adik. Abang dia, dak Pali 6 tahun lepas.
Ok Selamat Berkhatan adik Bongsu.

Saturday, 17 November 2012

Happy Family at Pizza Hut ;)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan :) 
Di suatu hari yang indah..Tak salah Ahad lepas..
kami sekeluarga ke Pizza Hut.
untuk memnuhi permintaan adik bongsu 
sebelum dia berpantang. Hehee..

Maaf laa entri baru gambar basi.
Hikhik wia tetap nak tempek juga gambar tak berkualiti tinggi nih
Yang penting makan sekeluarga adalah penuh kasih sayangg.
Semua gambar adalah gmbar sementara 
tunggu Pizza yang dipesan sampai ;)

Sampai pizza tak sempat snap pun..
sebabnya faham² sendiri la ye..Kih³
banyak gambar wia masuk sikit ja laa ..Haha

Mushroom Soup ;)
Anyonyo..bergaya nya diaa :D

Senyum puas hati ;)
Oh my Ayah ! :)
Mak dan wia yang tembam bam bam ..-.-"
Ok puas hati makan pizza..Cukup sederhana
tapi bahagai..Cewahh! Oh Craving mushroom Soup again.
Serius ini Sabtu yang indah..Hikss
:)

Friday, 16 November 2012

Selamat Ulangtahun Mak Ayah :)

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari :)
Hari ni 16 Novermber 2012 adalah 
tarikh bersejarah buat mak dan ayah wia.
kerana hari ni adalah  ulangtahun perkahwinan mak ayah.

(16 Nov 1988-16 Nov 2012)  Makna nya dah 24 tahun.
Mak ayah bersama. Moga bahagia selalu hingga ke syurga. Amin
Terima kasih kurniakan kakak seorang adik 
perempuan dan dua orang adik lelaki yang comel.
Cukup 2 pasang.. Hehe. * Bangga*

Gembira untuk mak ayah.
Rasanya mak ayah seorang yang sederhana.
Mereka ada cara sendiri sambut.
Sebagai anak, wia hanya mampu berdoa moga mereka 
dipanjang kan doa dan bahagia selalu ;)


Baru ni ayah belikan mak katil kayu baru..
So sweet! Kadang tu bukan hadiah harta benda yang di minta
tapi cukuplah dengan kasih sayang yang melimpah.
Jaga pakai minum dengan sebaiknya.
wia sendiri bangga dengan kedua orang tua wia 
yang wia panggil mak dan ayah. :)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan mak ayah !
Sayang kedua² nya sangat sangat.

Thursday, 15 November 2012

Akhirnya.! Pemegang Lesen D ;)

Assalamualaikum dan salam manis buat semua.. 
sekarang wia nak kemas kini belog mengikut 
apa yang wia janjikan dalam entri lepas.
Nak storikan satu per satu..

Tarikh 10.11.12, ramai yang berkahwin..
Pagi wia belajar memandu kereta..Petang tu balik.
Saja hadirkan diri dalam majlis akad nikah kak kawan baik wia.
Ok itu stori kemudian ye....
Yang wia teruja nak kongsikan dengan kalian sekarang
adalah bertarikh 11.11.12 wia telah LULUS dalam ujian memandu kereta oleh JPJ KULIM...Syukur alhamdulillah...Akhirnya :'D

Di usia 23 tahun baru memegang lesen D..
Tak la teruk sangat kan? Hee..
Ok meh nak cerita pengalaman...
Pagi Ahad kejadian, wia pegi ke tempat TEST
dengan 1001 rasa. Teruja, nebess dan berharap lulus.
Wia pegi dengan agen naik van.
Ramai jugak yang bakal ambik ujian 
lesen dalam 10 orang dalam van tu..

Sampai masuk pagar tempat kejadian, alahai kereta JPJ dah sampai.
dah nampak kelibat mereka yang bertaring misai.
Badan tegap dan sasa. Haha..
Buat rasa tak tenang. Perasaan gementar usah dikata.
Selesai bayar kupon kereta..Dengar taklimat ringkas dari JPJ
terus dipanggil nama dan diberi number tag.
Wia kena nombor 8..Gurlp..Telan air liur pun rasa tak lepas. Kih²

Tak lama selepas tu giliran wia kena buat..
Nasib baik dalam litar, naik bukit, parking dan tiga penjuru boleh buat.
LULUS disitu..Kemudian buat jalan raya dengan kereta nombor 15
Kereta kancil..Huhu. Teringin nak kereta Viva.
Dapat jalan nombor 1, jalan ke Hi-Tech. Senang!
Terima kasih encik JPJ hemsem.
tapi dia dalam kereta diam seribu bahasa.
Tegang ja perasaan tika tu. Hanya tuhan yang tahu.

JPJ KULIM.. Bukti tempat kejadian :'P
Sedikit suasana ketika itu. Kereta wia no 15 yang kancil tuu..hee

Dan akhirnya... wia LULUS dengan doa mak ayah :')
Syukurr..Suka sangat²..Lepas ni dah boleh memandu dah.
P/s : Pegawai JPJ yang sama test wia..Kereta yang sama.
Memang tak sangka.Jalan 3 dan jalan 1. Terima Kasih encik!
You Sooo Handsome..Haha
Salam Maal Hijrah 1434 Hijriyah buat muslimin dan muslimat.. 
Tahun baru, azam baru, buku baru..
Moga Amalam kita diterima Allah S.W.T....Insha Allah :)

Tuesday, 13 November 2012

Cuti Bersama Tarikh² yang Cantik :')

Assalamualaikum dan Salam  1 Malaysia..
Memandangkan hari ni ramai sangat bercuti sempena Deepavali.
wia nak ambik kesempatan nak ucapkan Happy Deepavali 
untuk sahabat kaum India yang menyambutnya.
Itu lah uniknya Malaysia kan ;)

Lama tak update, banyak stori nak cerita.
Tak tahu nak mula dari mana ye. Hikss
sebab rasa semua nak dikongsikan dengan kalian.
Sebab 3 hari berturut² memang wia tak sempat nak 
kemas kini blog..Hanya sempat log in sekejap kot.

 
Suka wia  nak bagitau kalian yang wia suka tiga tarikh yang cantik itu..
Baru saja lepas. Dengan itu jga ramai yang ambik kesempatan
cipta tarikh bahagia dia hari bersejarah.
Tarikh itu adalah 10.11.12 ;)
11.11.12 dan 12.11.12..hee. Naiss kan.. 
Cantik nombor tu. Ohsemm!!


Kepada para pengantin baru yang baru bergelar suami isteri
ai nak ucapkan Selamat Berbahagia hingga Syurga :)
Tahniah buat kalian..Wia tumpang heppi..
memang ramai yang pilih tarikh itu sebagai tarikh terindah..
wia sendiri ada cerita tersendiri untuk tiga² tarikh berkenaan.

Nanti wia stori satu per satu ye..
Sebagai pelepas rindu..Wia kemas kini belog kesayangan.
dengan entri ini.. Rindu nak berblogging.
Misi selepas ini, cari kerja secara gerila! :'D
Senyum puas* Heee.........
:)

Friday, 9 November 2012

Tudung Bawal Tetap diHati ;)

Assalamualaikum dan Salam Sayyidul ayyam :)
Setiap kali Jumaat , perasaan yang 
datang semua indah dan berdebar..
Tak tahu kenapa..Sampai sekarang wia tak tahu jawapannya.
Rahsia Allah tak siapa tahu kan?

Sekarang nih trend dan style tudung sangat banyak.
Ibarat tumbuh slepas hujan kan?
Hambik dalam entri wia pun dah 
masuk ayat peribahasa bagai..Sangat bombastik.Hee

Seingat wia dari tudung bawal sampai la sekarang 
sampai tak terbilang punya banyak jenis tudung yang keluar di pasaran.
yang terbaru (half moon shawl) kut.

Credit picture by Google :P
mungkin ada yang lebih terbaru wia tahu tahu. Maaf ye.
Jujurnya dalam banyak banyak tudung yang keluar..
Mesti wia cuba tudung tu.. Memiliki nya sekali pun sudah mencukupi.
Kunun nya nak merasa la kan.. haha.
Alamatnya banyak jenis tudung yang tersangkut di penyangkut Shawl 
di bilik tidur wia...Milik wia sorang. Gemar kata nya.

Tudung bawal ;)
Itu zaman belajar. Memang gila tudung yang baru² nih.
sekarang dah stop beli sebab mak cakap membazir
kalau beli banyak ² tak pakai buat apa kan?. Astaghfirullah..

Apapun kan.. Biarlah apa yang style tudung yang keluar..
Tudung Bawal tetap dihati wia.. Hee
Jauh disudut hati,  semua jenis tudung memikat jiwa.
Selagi ia menutup aurat..Cantik dan memikat.

Tudung bawal nampak ayu dan polos. Noktah
Doa yang baik²..Berbuat yang baik²..
insha Allah dibalas Allah yang baik²..
:)

Wednesday, 7 November 2012

Hobi Baru..♥

Assalamualaikum dan Salam keceriaan..
Sehari dua ni banyak nya kawan² dari laman sosial Facebook
 dan blogger yang bertunang dan bakal mendirikan masjid..

Wah teruja nya mereka. wia tumpang heppi ;)
Dengan banyak nya gambar² yang di muat turun
saat manis menjadi tunangan orang
dan saat indah di ijab kabul..
Wia sendiri dah ada hobi baru.
Nak tau apa? Cuba teka...
Okey dah teka kan..? Sekarang biar wia 
bagitau hobi yang dimaksudkan itu ialah..

Melihat baju tunang, pelamin dan mekap 
mereka yang bertunang dan kawin. Hikss.
Hobi jugak tu kan? :)  Tapi bukan stalker tak bertauliah ok.
Cuma sekadar melihat gambar² heppi yang timbul di 
dinding timeline mahupun dashboard blog. Kihkihkih
Sekarang dah trend ada mini pelamin yang gojess.
dengan bunga tangan dan baju yang cantik²..
Serius wia jeless positif.. Sambil berangan angan. Haha

Memandangkan awal awal ayah dan mak
tak suka ada pelamin mini bagai 
yang serupa nak akad nikah tu..
Nampak terlalu over katanyanya..
Masa wia nanti tak tahu la cemana nak bayangkan.
Mungkin ringkas tanpa mini pelamin bagai.
Bunga tangan pun tahu ada ke tak nanti --"
boleh berangan saja lah cik Dawiyya.


Naik entri macam nih seakan dah dekat majlisnya.
Jujurnya masih jauh lagi entah kemana.
cuma entri sekadar tumapng gembira buat mereka.
serius majlis yang pernah wia tengok tak pernah lagi
tak meriah. Semuanya ada cara tersendiri. Thumb Up!
:)

Monday, 5 November 2012

Adik Adik SPM 2012..Semoga Berjaya!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Pada calon SPM 2012..Selamat menduduki peperiksaan.
Dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah.
Insha allah berusaha, bertawakal dan seterusnya berdoa.
Allah akan membantu kita.
Sepupu wia dua oarang ambik SPM tahun nih.

Teringat kenangan dulu²..6 tahun lepas.
Masa hari pertama SPM, kertas Bahasa Melayu..
Saat menjejakkan kaki ke dalam dewan.
Kegemntar bukan kepalang.
saat ketua pengawas cakap peperiksaan bermula.
Buka kertas soalan, jadi blurr. Pernah tak uoOls jadi cenggitu?
Blurr dalam beberapa saat, kemudian kembali ke alam nyata.

Masa tu hanya Allah yang tahu.
Mengigil tangan untuk menulis.
Serius, punya nebessnya. dalam beberapa minit.
Syukur, gementar makin kurang..
dan lama kelamaan, wia fokus pada soalan.
Ya Allah.. Hari pertama memang gementar.
Dan untuk kertas² soalan seterusnya semua berjalan lancar.

SPM memang mengambil masa yang lama.
Bergantung pada jarak dalam jadual.
sampai kadang kadang masuk ke bulan lain.
wia kos Sains, jadi paling lambat habis.
Ingat lagi kertas Matematik Tambahan
adalah kertas terakhir..Lepas tu Yabedabeduuu!
Merdeka untuk beberapa bulan. :)
Pengalaman menagajar kita erti kehidupan. Ececehh..
Pengalaman baru ciputt..Baru nak kenal erti pahit jerih kehidupan.
Boleh la jadikan penglaman satu kekuatan.
Insha Allah.. Selamat Berjaya adik adik SPM.
Akan menyusul calon STPM pulak..
Buat yang terbaik. Okey \(^___^)/

Saturday, 3 November 2012

Part 2 - Pengalaman Pakai Kanta Lekap Sukses :)

Assalamualaikum....
Sambungan dari entri diSini :)
Meh nak sambung part 2 pulak..hehe
Selepas mata dan letih pakai kanta lekap tak berjaya²..
wia rehatkan mata secukupnya. 
Mana tak nya mata dan urat mata tak sakit.
Asyik koyak mata besar besar 
untuk masukkan lens dengan jaya nya.
Berair mata dan mata merah jangan dikata.
mata kan sensitip..

Kemudian esoknya..Mata dah sihat semula.
wia tak puas hati. Lalu pakai lagi dan lagi..
Tak nak putus asa. Sebab dengar mak 
dan kawan baik, dak khairiah cakap
sayanggnya ja beli lens mahal² tapi tak pakai.
Tu yang sungguh² pakai sampai tak boleh.
Nak give up juga mulanya.


Tapi wia cuba dan terus cuba..
Sekali...*tapp* lens melekat dekat mata hitam.
Mata belah kiri. Macam tak pecaya mulanya.
Rupanya itu rasa bila pakai lense.
Tak la teruk mana yang di bayangkan sebelum nih :P
Dah pakai sebelah, memang jelas rasa. Kn ada power.
Tak sabar nak masukkan sebelah lagi.
Memang payaha juga mulanya. Sekali, dalam 5 minit.
Terus masuk lense di mata sebelah kanan ;)
dalam hati melonjak riang! Berjayaa!! Yeayy
*lompat lompat kegirangan..

Rupanya wia berpeluang juga nak merasa pakai lense.
Janji kita jangan putus asa kalau nak mencuba sesuatu yang baru.
Pecayalah pasti boleh! :'D
wia pakai kali pertama 2 jam.
Kemudian nak buang senang ja bagi wia.
Cubitkan ia dari mata. Keluar lah.. Hikss.
Nak masukkan saja yang masalah..
Tapi kata orang alah bisa tegal biasa.
lama² masa untuk pakai dah tak lama macam mula² pakai.

Akhirnya wia berjaya pakai masa konvo hari tu.
Majlis tunang sepupu sebelumnya dan hari raya Aidil Adha lepas.
Wia pakai masa hari tertentu saja. 
Kalau harian tetap pakai cermin mata si teropong..Hee

Itu saja pengalaman wia memakai kanta lekap.
Dan kita selalu dengar lens bahaya untuk mata.
Memang betul..Sebab tu penjagaan nya sedikit rumit.
dan satu lagi, jangan beli lense yang di jual 
di kaki lima mahupun dalam talian.
Beli lah di kedai cerimin mata dan pakar..insha Allah
menjamin kualitinya untuk diri kita juga kan..
:)

Tips : Cuci lens dengan cara yang betul.
Pakai lens dengan cara betul untuk tidak rosan kan mata.
Pastikan dalam keadaan yang betul ye..Hiks
Sekian dari Cik Dawia Honeyputri

Friday, 2 November 2012

Part 1- Pengalaman Memakai Kanta Lekap ;)

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari :)
Dah lama nak buat entri ni tapi asyik tertunda saja.
meh wia nak kongsikan pengalaman memakai kanta lekap..
Pengalaman sendiri. Lain orang lain pengalamannya kan?
Sebelum konvo bulan lepas, dah dua hari sebelum tu 
wia ada  beli kanta lekap atau bahasa omputih nya Contact len.
Memang teringin sangat nak kelainan.
Saja nak mencuba sesuatu yang baru.
baru buat wia..tapi dah biasa 
sangat kita dengar untuk orang lain..

Masa memula beli..Memang dah pilih nak warna kelabu.
Nampak cantik dan lain.
banyak wia survey dan teringin nak pakai misty grey.
Rupanya kena tempah sebab power yang sesuai dengan wia tak ada.
akhirnya yang ada hanya Sparkle Shimmering Grey.
macam dalam entri ni diSini
Memakai lense, mata nampak segar dan boolat ;)
Pakai lense memang selesa. Permandangan tak terbatas macam pakai bingkai ;) suka sangat!

Macam mata kucing kn? Hee Warnanya menyerlah  bila kena matahari.
warna kanta lekap ni pun masih nampak cantik.
Tetap kelabu walaupun berbeza sedikit
Sangat berpuas hati bila memakainya.
Selesa dan yang penting serasi dengan wia ;)

Pengalaman pertama kali pakai memang 
macam tersiksa dan mencabar. Huhu
Hari pertama dan kedua selepas beli lense
terketar² jari nak masukkan dalam mata. 
Memang tak pandai pakai dan tak berjaya.
Hanya Allah yang tahu. Yelah nak masukkan sesuatu 
dalam panca indera yang sememangnya kita tahu ia sangat sensitif. -.-"

Siap pegi rumah kawan baik belajar pakai. 
Sanggup tu semata mata nak pakai.
5 jam masih tak boleh²..Sampai satu tahap nak putus asa. Grrr--
Sekelililing mata pun sakit sebab asyik koyak.
rasa sengal cemana entah.
mata kemerahan dan berair..Wia berenti belajar pakai.
rehatkan mata secukupnya. Letak kubis dan timun. Mata sihat semula :)
Mash belum berjaya kan? Tunggu entri seterusnya..
Bersambung........Sekian \(n__n)/

Thursday, 1 November 2012

November.. ❤ Muhasabah :)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan :)
Terasa lama tak update belog.
malas plus tak ada mood nak menaip sebenarnya.
Sebelum tu, hai November! :)
Dah masuk bulan kedua penghujung tahun.
Cepat sangat masa berlalu.


Dalam  diam tak diam banyak perkara yang berlaku.
Nak bercerita satu per satu memang panjang la kan? :P
tapi insha Allah ada masa wia akan kemas kini sikit²..
Rindu nak berbelog sangat sangat.
Banyak yang nak di kongsi bersama.
Menaip dan meluahkan dalam entri
selalunya kena ada feel baru best nak berblogging. Hiks

Insha Allah lepas ni wia akan selalu update belog.
Sebab rindu nak baca belog kalian jugak.
tapi ada ke yang baca belog wia ni ye? --"
kalau sudi tu terima kasih sebab 
masih lagi setia pada belog ni..hehe
tak bnyak nak di taip kali ni..
cukuplah sekadar mengatakan yang 
]ujian dari Allah ada dimana²..
Syukur dan redha menerimanya yang utama.
Sekian...Jumpa di lain entri. ;)
P/s : wia letak lagu zikir dalam belog.
Penyegar halwa telinga..
sambil munasabah diri..Insha Allah :')
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi