Thursday 15 November 2012

Akhirnya.! Pemegang Lesen D ;)

Assalamualaikum dan salam manis buat semua.. 
sekarang wia nak kemas kini belog mengikut 
apa yang wia janjikan dalam entri lepas.
Nak storikan satu per satu..

Tarikh 10.11.12, ramai yang berkahwin..
Pagi wia belajar memandu kereta..Petang tu balik.
Saja hadirkan diri dalam majlis akad nikah kak kawan baik wia.
Ok itu stori kemudian ye....
Yang wia teruja nak kongsikan dengan kalian sekarang
adalah bertarikh 11.11.12 wia telah LULUS dalam ujian memandu kereta oleh JPJ KULIM...Syukur alhamdulillah...Akhirnya :'D

Di usia 23 tahun baru memegang lesen D..
Tak la teruk sangat kan? Hee..
Ok meh nak cerita pengalaman...
Pagi Ahad kejadian, wia pegi ke tempat TEST
dengan 1001 rasa. Teruja, nebess dan berharap lulus.
Wia pegi dengan agen naik van.
Ramai jugak yang bakal ambik ujian 
lesen dalam 10 orang dalam van tu..

Sampai masuk pagar tempat kejadian, alahai kereta JPJ dah sampai.
dah nampak kelibat mereka yang bertaring misai.
Badan tegap dan sasa. Haha..
Buat rasa tak tenang. Perasaan gementar usah dikata.
Selesai bayar kupon kereta..Dengar taklimat ringkas dari JPJ
terus dipanggil nama dan diberi number tag.
Wia kena nombor 8..Gurlp..Telan air liur pun rasa tak lepas. Kih²

Tak lama selepas tu giliran wia kena buat..
Nasib baik dalam litar, naik bukit, parking dan tiga penjuru boleh buat.
LULUS disitu..Kemudian buat jalan raya dengan kereta nombor 15
Kereta kancil..Huhu. Teringin nak kereta Viva.
Dapat jalan nombor 1, jalan ke Hi-Tech. Senang!
Terima kasih encik JPJ hemsem.
tapi dia dalam kereta diam seribu bahasa.
Tegang ja perasaan tika tu. Hanya tuhan yang tahu.

JPJ KULIM.. Bukti tempat kejadian :'P
Sedikit suasana ketika itu. Kereta wia no 15 yang kancil tuu..hee

Dan akhirnya... wia LULUS dengan doa mak ayah :')
Syukurr..Suka sangat²..Lepas ni dah boleh memandu dah.
P/s : Pegawai JPJ yang sama test wia..Kereta yang sama.
Memang tak sangka.Jalan 3 dan jalan 1. Terima Kasih encik!
You Sooo Handsome..Haha
Salam Maal Hijrah 1434 Hijriyah buat muslimin dan muslimat.. 
Tahun baru, azam baru, buku baru..
Moga Amalam kita diterima Allah S.W.T....Insha Allah :)

2 comments:

  1. congrate.. kte pon bru je dpt lesen D 7hb yg lps.. umur dh 24 tahun.. pastu tgh preggy 8 bulan.. hahaha.. betul2 pengalaman.. yg test jpj pompuan.. siap bg tips nk mudah bersalin lg.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. hehe best nya dapat JPJ perempuan :)
    Untung akak..hehe

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi