Thursday, 31 January 2013

Mohon Pertolongan Allah tanpa Henti

Assalamualaikum.....
Seajak tak berapa sihat nih, mood menaip ke laut..
walaupun laut jauh berkilometer dari rumah..Hiks.

Sepanjang 2013, bulan Januari..
banyak sangat wia belajar erti kehidupan, kawan dan sikap
mahmudah dan mazmumah.
Mana kawan dan mana lawan?
Mana yang sesuai dipanggil sahabat?
dan mana yang sesuai dipanggil musuh dalam selimut..

Kenapa pulak tetiba wia nai entri macam ni..
sebab Allah nak wia belajar sesuatu, rasai sendiri pengalaman..
baru tahu langit tu tinggi atau rendah.
Syukran ya Allah.. kerana menyedarkan ku..
selama 10 bulan ini..
10 bulan di rumahku syurgaku..
di rumah emak dan ayah...
menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Menjadi guru tuisyen setiap malam buat adik2 ku..
meluangkan masa di depan PC saban hari..
melayari internet dan menjejak laman sosial...

Apa yang diharapkan.. Moga ada perubahan..
Makan gaji sendiri atas usaha titik peluh sendiri.
wia harapkan doa kalian..
Job came for me... BleSs of Allah S.W.T

Doa Mudah dapat Kerja

doa cepat dapat jodoh dan mudah dapat kerja

Maksud: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat 
kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”(Surah Al-Qashash: Ayat 24)

Cara-cara mengamalkan: 
Bacalah setiap kali selepas solat. 
1. Dimulakan dengan Istighfar-100x. 
2. Shalawat Nabi 100x. 
3. Surah Al-Waqiah-1x.

Sebelum ni ada peluang tapi ada saja rintangan
selepas ni wia dah tidak boleh memilih.
apatah lagi ada yang suka masuk campur
dalam hal wia sendiri bukan dikalangan keluarga sendiri.
Itu yang rasa tercabar dengan diri sendiri..
Berusaha , Doa dan Tawakkal...
amin ya rabbal alamin =)

Tuesday, 29 January 2013

Padah dan Akibat :)

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim...
lama betul wia tak hapdate blog..
Bercuti bersama² cuti peristiwa yang padat dalam minggu nih. Hee

Sebenarnya wia tak berapa sihat bila dijangkiti batuk dan demam.
Akibat cuaca panas dan bermusim mungkin..
Minum ais memang tak sesuai.
Memang sedapp nikmat diminum 
tapi tekak yang dapat padah nya.

Syukur alhamdulillah.. Badan makin sihat bila di peringati makan
ubat tepat pada waktu nya. Cuma kena banyak minum air masak..
Selagi batuk dan demam betul²  sembuh..
Doa² kan ye.....

Banyak berlaku dalam bulan Januari nih.
tapi wia tak boleh putus asa. Semua atas kekuasaanya.
selagi wia ada kesempatan. pasti 
wia kongsikan dalam blog picisan nih :)
In Shaa Allah.. * take note *
apa yang best sangat sekarang ni ..
wia suka sangat sampai termimpi²...
Comel sangat kan? :)

Geramnya tengok sana sini, gambar baby yang comei²..
boleh buat koleksi lagi sebab semuanya comei² belaka.
Psst penah terfikir macam mana la 
agaknya muka anak sendiri nanti kan.

Upss!! lambat lagi cerita itu.. kerana masih panjang masa
untuk tempuhi...Cuma wia terasa sifat keibuan dah mula wujud dalam diri ;)
Apa maksudnya ye? ;p

Siapa tahu?... Hikhik
* Padahal memag suka baby sejak kecik * ngeh3x

Friday, 25 January 2013

Kehilangan Meow Chomby

Assalamualaikum dan salam Jumaat :) 
Tetiba di petang yang mendamaikan.. 
Teringat nak hapdate entri pasal si meow
kesayangan keluarga sebelah ayah.
Bayangkan 4 tahun dibela dengan penuh kasih sayang..
dari kecik sehinggalah dah jadi bapa kucing..

Mulanya paklang yang jumpa kucing kampung comel warna coklat
tapi ekornya gebuss macam kucing parsi.
Dah besar baru nampak sangat comel meow nih..

Setiap kali balik kampung, boleh tengok manja nya dengan setiap orang.
Maklum laa kucing tunggal kesayangan tok pulak tu.
Sebvab tok yang manjakan dia. Mandikan dia.
Makan ikan rebus dan whiskies ja. Hikss
Lain sikit dari yang lain. Tak pandai nak tangkap tikus
dan paling penting takut dengan kilat dan guruh tak pun mercun.

Oh rindu meow yang bernama chomby nih.
Sebab nya Deepavali lepas sehingga la sekarang
kami kehilangan kucing chomby nih.
tak penah dia tak balik rumah dalam amsa seminggu.

Ynag palin sedih, mestilah tok. 
Yang menjaganya dari kecil sampai berusia 4 tahun..
kami pun sedih dengar perkhabaran tu.
kami sekeluarga tak rasa meow chomby mati..
tapi mungkin di ambil orang kerana bulunya yang cantik :(

Satu² nya kucing kesayangan ramai dalam my famili

Kenangan...Chomby yang comel
Serius rindu dan rasa kehilangan.
Walaupun ia hanya seekor kucing peliharaan.
Harap diaman pun dia berada sentiasa disayangi.
Psstt : Harap cepat dapat kerja. Jangan putus asa.
:)

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H / 2013M

Salam Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah
dengan tema tahun ni Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah.
Syukur alhamdulillah, puji pujian hanya pada Mu ya Allah.
Maulud Rasul, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

wia tak berkesempatan berarak tahun ni.
tapi sempat mengikuti siaran langsung perarakan di dala tv1
yang diadakan di Putrajaya seawal pukul 7.20 pagi.
tahun ni sambutan memang menarik sebab ada kelainan.
Kelainan dari segi perarakan berkuda, terbang di udara
dan juga berbasikal. Juga tak ketinggalan yang bermotor..

Unik! Disamping perarakan di sertai 154 kontijen.
Termasuk swasta dan kerajaan. * Maaf kalau salah info *
Yang lagi bestt para kaum Adam kesemuanya untuk tahun ni.
Kaum Hawa pula tak berarak, tapi berada di Masjid Putrajaya
untuk majlis seterusnya yang diserikan 
kedatangan paduka baginda YDPA Agong...

Suka tengok baju Melayu warna warni ..Hikss
Bersongkok segak.. Ok jom berselawat ke atas Nabi.
Moga kelak kita dapat syafaat yang berlipat kali ganda.
In Syaa Allah......

يا نبي سلام عليكَ يا رسول

 سلام عليكَ يا حبيب سام عليكَ

Tuesday, 22 January 2013

Tukar Bateri Blackberry Setelah Setahun ♥

Assalamualaikum dan salam keceriaan :) 
Syukur terasa Blackberry baru beli bila tukar bateri baru.
Terima Kasih ayah.. Sebab belanja bateri BB..
Selepas tu makan malam bersama²..pun di belanja. Hee

dan FYI , Blackberry Curve hitam wia ni dah pun genap setahun.
Terus bateri kembung, menunggu nak meletop.
Serius kembong terus, sampai cover pun tak boleh tutup rapat.
Bila guna phone, cepat mati. dan selalu kena caj ..
mana tak nya kerap sana bersosial alam maya.

Jadi sekarang wia kurangkan guna BB.
Sebab tak mau bateri cepat rosak. Sayangg..
Lagipun tengah tak berduit, kena jimat cermat. Hiks
 


 Blackberry Curve masih jadi kesayangan.
Bukan nya apa, ada seorang customer dok kisahkan phone Samsung Note dia kot.
Last² wia masuk kedai tu cari bateri.
Kemudian customer laelaki tu tnya best ke pakai BB depan wia..
then tetiba tokey tu cakap telefon Samsung la lagi bagus sebab banyak application.
Blackberry tak ada apa².. * Luruh Jantung*

Apa masalah tokey nih.?!
Nasib dah terbeli bateri kat dia.. Kalau tak, memang keluar balik kedai.
* Kecik hati dia perlekehkan BB. Orang mana sama. Adeh -,-"
By the way, wia very happy for today (",)
Yeay, bateri dah ok semula.
- 19 January 2013 -


Monday, 21 January 2013

Selamat Hari Lahir Amni dan Fadli ッ

Assalamualaikum dan Salam keceriaan :) 
Semalam tak sempat nak hapdate blog,
sebab aktiviti padat.
Hanya sempat mengadap skrin BB ja..Hehe

Sebenarnya semalam adalah tarikh lahir adik wia iaitu dak Pali.
Genap 17 tahun dah pun ;)
dan berkongsi tarikh dengan sepupu perempuan berusia 6 tahun.

Kerana tanpa dirancang, terjadilah kejadian
menyambut hari lahir di rumah tok dengan sebuah kek coklat
yang sedapp dan semangkuk besar bihun goreng yang superbb.
Di hidang bersama kopi hitam yang kaw dan teh 'O' panas.
Kek bufday girl dan bufday boy :)

Kek dan lilin yang comel ;p 

Selamat Hari Lahir =) Masing masing buat pose comei..Hehe

Sesi memotong kek selepas kek meniup lilin selesai :D

Majlis yang tak dirancang itu la best. Sebab dah lewat maghrib
baru cari kek dan sediakan makan malam iaitu
bihun goreng campur daging. Sedapp.
makan bertambah tambah habaq mai..Hikhik

Selamat Hari Lahir untuk Pali dan Amni..
Hee best kan berkongsi hari lahir.


Semoga panjang Umur dan di murahkan rezeki.
- Amiiiiinnnnn -

Saturday, 19 January 2013

Happy 3rd AnniverSary Blog ♥

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :) 
Sabtu yang membahagiakan. Wia sendiri baru lepas ajar dak pali 
Matematik tambahan. Mengasah otak kiri betul. Hee

Penat jadi guru tuisyen kat adik-adik. 
Masa untuk menghapdate belog. teehee
Sebelum tu wianak ucapkan terima kasih pada blogger yang sudi
beri komen dan pendapat pada entri lepas. Terharu :')
Serius, pendapat kalian, buat wia bersemangat!

Sebenarnya, hari ni adalah hari penting kerana
hari ni Anniversary belog wia yg ke-3
Cepat masa berlalu kan?
Dah 3 tahun wia berblogging. Sejak jadi student U. Hiks



 
Blog picisan wia. Kesayangan dan kapsu; hati
dah genap 3 tahun. Cepatnya masa.
Rasa macam bar setrhaun jagung pulak ;p
Yela tu kan...? Yang penting dunia blog mmg best!

Sebab tu "menaip itu kapsul hati "..

Friday, 18 January 2013

D i L e M a

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :) 
Salam Jumaat kalian..
Hari ni dan semalam wia dapat panggilan temuduga.
Masih dilema. Sebab jauh. Dalam 2 ke 3 jam dari rumah.
Bagi pendapat kalian, patut tak wia pegi?

Wia nih jenis kurang keyakinan.
Sebab tu rasa down ja bila dengar jauh.
Memang boleh stay rumah sewa. Itu bukan masalahnya. Cuma?
Transport tak ada. Tak ada ke orang hantar. Ayah? Sedara?
Itu masalahnya. Huhu :'(
Dah 2x dipanggil interview -_____-

Disebabkan itu, wia dilema..Susah hati.
Bila tengok makanan yang sedap²..
terus hilang masalah. Jangan lupa wia 
seorang pencinta makanan. Hee

 

Kek Pelangi..
Apa pendapat uOls? Patut pegi ke tidak?
Kalau ada pendapat ,sila tinggalkan komen dibawah entri.
Saat ni memang wia perlukan kata² motivasi
atau apa saja untuk kuatkan semangat.
Selamat berblogging ....
:)

Wednesday, 16 January 2013

Laman Sosial Zaman Millenia.

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :)
Macam biasa. Pagi-pagi wia dah masuk pejabat.
Mengadap PC , on Streamyx.
Kata mak, sebagai pengurus wia. Hiks.

Sebenarnya wia dah boring dengan laman sosial Facebook.
Lebih teruja dengan laman Twitter mahupun Blog.
Lagi best BBM ( Blackberry Messager) atau WhatApps.
Sebab yang lain² macam fungsinya kearah chit-chat
tapi kalau laman Facebook, boleh juga
tapi macam tak friendly. Entah macam tak ada feel
nak berFacebook. Lagi best berFriendster ms dulu-dulu.
Myspace dan Tagged pun wia kurang. Begitu juga dengan Hi5
Bila fikir-fikir balik, banyak kan laman sosial nih.
Naiknya Facebook, dah ramai orang lupakan laman yang lain.
Kemudian Frienster pun dah tak aktif.
Dulu wia rajin, tukar layout background Friendster.
Edit sana sini. Best juga. Comel ja.
Kemudian aktif Facebook. Dan sekarang dah bosan. Hmm

Rasa nak tutup akaun Facebook, tak pun remove kawan-kawan
yang tak aktif dan sunyi. Kadang member 
yang kenal masa zaman sekolah tak tegur kita.
Tapi kawan yang kita tak kenal pula friendly. Mesra! :)

Entahlah. Tengok cemana. Biarlah wia aktif berblogging
dan tweets. Walaupun tak banyak follower. tapi enjoyy. haha
Ok entri ni sekadar pendapat sendiri..
Senyum selalu. Jaga diri..
Psst rasa nak cuba losyen Fellina Inch-Loss



Tuesday, 15 January 2013

Jug Comel Sesuai Untuk Sejuk dan Panas.

Assalamualaikum dan Salam keceriaan.. 
Suka sangat taip keceriaan, walaupun kadang² tak seceria berbicara.
Kan lumrah kehidupan. Ok berbalik kepada tajuk entri.
Maaf la, kualiti gambar tidak memuaskan :)

Semalam mak wia belikan jug comel.
Dua- dua pun comel walaupun saiz berlainan.
satu warna peach dan satu lagi warna ungu.

Untuk kegunaan sejuk atau panas.
rasanya sesuai lagi diletak minuman panas untuk kekal panas.
walaupun berjam jam..Kalau sejuk boleh diletak ais.
Kira jug ni istimewa sikit. Macam termos.
tapi fungsi dia lain sikit. Hee

Ini warna peach, lembut ja warna dia kan? :)


Ini warna ungu. warna kegemaran mak. Hehe


Dan inilah kedua² jug comel tu :"D
wia suka warna peach tu kalau terang sikit warnanya.
barulah tampak baru selalu.
tapi dek kaler ungu tu lebih terang. Terus pilih ungu.
Sebab mak wia nak salah satu ja.
Satu lagi nak dijual pada jiran sebelah.
Buat apa nak banyak² kata mak.
 :)

Monday, 14 January 2013

Rindu Zaman Belajar.

Assalamualaikum dan Bismillah ..
Bila belek belek balik folder laptop
 terjumpa gambar masa remaja. aHak..
Zaman belajar, terus masuk dalam hard disc.

terasa nak masukkan dalam belog
walaupun rasaanya dah penah pun tempek dalam blog nih.
tak apa ini entri imbasan tahun sebagai kehidupan
seorang pelajar. Sangat rindu :'(
 
Zaman ke kelas pagi².. Oh!

Besties Forever masa tu..Hmm


Kami sebaya.. Masa ni umur 21 tahun kot

Kenangan.. Satu kelas Bisness Management batch 2009/2010

Kenangan lalu ada sejarah. Hari ni adalah penentu masa depan.
Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula zaman belajar. 3 tahun desini.
1001 pengalaman, pahit manis di UniSel.

Sunday, 13 January 2013

Mentaliti Orang Kita

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :)
pernah tak kalian jumpa manusia yang
sombong, bercakap besar dan meninggi suara?

2,3 hari ni wia cepat sangat sensitip.
Luaran memang orang nampak ok,
tapi dalam hati, sangat lembut macam tisu.

Mungkin sebab wia terasa down,
terasa dikeliling terlalu sombong.
Entahlah. Wia penah juga belajar di Universiti
pengalaman tu wia aplikasi.
tertanya² kenapa senang terpengaruh dan cepat berubah.?

Selepas ni wia akan bekerja pulak.
wia nak rasa macam mana orang bekerja
yang selalu berubah bila dah berharta.?
Pelik sangat bila difikir² kan..
kenapa tak jadi diri sendiri.
 
Nak tahu setiap kali persoalan tu tertanya²
dalam diri wia.. Orang akan berkata²
yang jangan cakap besar, nanti tengok² kita sendiri yang 
jadi. Hmm. Betul ka perspektif tu. Orang yang berpengalaman 
selalu cakap menda yang sama. 
Takut² kan kita dengan apa yang belum di lalui.


Sebagai contoh :Orang yang bekerja lama akan buli pekerja baru.
Kan dah menakut² kan orang.
Padahal bila kita sendiri yang lalui. Tidak pun berlaku.
Tak tahu apa mentaliti orang sekarang -,-

Selamat berblogging dan fikir² kan ;)

Saturday, 12 January 2013

Sedapnya....♥ Makanan.

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim. 
pagi² dah ngadap meggi goreng.
Sedapp, kalau masakan emak sendiri.
Bertambah tambah tau. Di sulam pula dengan air teh 'O' panas.
Kekenyangan di pagi hari.
 Blurpp, alhamdulillah. rezeki pagi nih :)

betul kata orang, sedap makan masakan diluar,
sedap lagi makan masakan dirumah yang dimasak sendiri.
Yang penting puas hati dan hasilnya sedapp.
 
Megi goreng :D

Memandangkan hari ni hari Sabtu.
Rasa nak ajak my ayah keluar makan KFC.
Ohoo..dah lama sangat tak makan ayam rangup berempah
di Restoren makan segera tu. ;)
Pulakss. Macam² la yang di idam wia ni kan.. Hee


Gambar makan² sesi lepas ;p
Selamat berhujung minggu...
Psstt Trackpad BB Curve wia sepi. 
Tak boleh gerak².Harap cepat sembuh . Ameen.

Friday, 11 January 2013

Vlogger Superb Best ♥

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua
Bagi wia tak ada yang lebih gembira bila
hati gembira. Harap kalian juga begitu.

Entri kali ni walau nampak macam ketinggalan tapi tetap nak hapdate
jugak. Hiks. Terlambat tak bermakna loser.
Betul tak?? Ok sekarang balik kepada entri.

Vlogger? Memang penah dengar. Tapi jarang sangat
wia tengok. Sehinggalah dak Nana suruh tengok kat YOUTUBE.
Blogger menag selalu la kan ;)

Nana tanya wia, kak hang biasa tengok dak video seorang mamat nih.?
Dah tak biasa kan. Memang wia jawab tak la :P
Dia cakap boleh hilang stress tau. Betul ke kan?
Terus google dan buka youtube tanpa buang masa.
Lepas tu, tengok dia punya carta. Wahh berapa ramai orang view.
Beribu raban kot. * Tabik*
Nanan cakap dia memang terkenal dah pun di arena YOUTUBE.
Wallaa.. Memang idea dia bernas.

Patut masa musim exam, ramai yang
share video dia dalam FB. Hikss
Sebelum tu wia buat tak kisah ja.
Bila sekali tengok video ni, melekat depan PC
pastu gelak sorang²..Haha
Budak Kedah pulak tu MATLUTFI nih.
Senegeri la wehh. Syok tengok loghat dia ;)
Muka dah ala² budak korea.
Belajar di Perth Australia...
Eh? Macam bersajak pulak ayat wia.
Yang bestt nya memang terbaik.
Tak merapu tapi ada mesej. *thumbs UP*


tu diaaa, drama drama yang bikin hati wia bagai digeletek ;)
Haha..Bestt sangat.

Masa dia buat cucuq cekodok tu, memang kalau 
sesiapa yang dikejauhan terasa dekat dengan masakan mak.


Pendek cerita, video² nya memang ada isi dan mesej. 
Sesuai untuk tontonan setiap lapisan usia. 
Walaupun wia agak lambat tahu. 
Tapi tetap nak share dalam blog. Teeheee. 
Orang Senegeri habaq hangg ...Haha
;)
 

Thursday, 10 January 2013

Handphone Kami 4 Beradik ♥

Assalamualaikum dan Salam ceria :) 
Murah rezeki ayah...
Semalam belikan untuk adik² kecuali wia
seorang hanphone tau.. Wahhh!
Untungnya mereka yang terpilih.. Hee

Untuk adik² lelaki sebab hanphone dah usang.
yang adik perempuan sorang tu, handphone rosak sound.
So, ayah decide beli ketiga² sekali. Phew *
Rambang mata mereka malam tadi.

Pilih punya pilih, so adik adik lelaki
pilih phone yang sama. Walaupun umur belainan.
Warna saja yang lain iaitu Samsung Corby 
dan liyana hanya pilin jenama Nokia warna merah hati.
Suka betul dia dengan kaler merah ;p

Semua phone lebar² kata mak.
Dulu yang wia saja mak cakap lebar.
sekarang ke empat² nya sama lebar. Cuma
 yang adik adik lelaki touch screen. Kerlassss ! :'D

Handphone kami 4 beradik.. Hee

Sama saiz kan.? Jenama saja lain. Mihmihmih :)

Masing masing tak mau kalah =P

Taraaa.. ini telefon kami 4 beradik ;) Siblinggs

Syukur dengan rezeki yang ada.
Keluarga kami tak kaya harta. Tapi kaya dengan kasih sayang.
Biar sedang sedang saja, yang penting kami bahagia..Hiks
BB Curve hitam tetap dihatiku..* Haha*

Wednesday, 9 January 2013

Istimewa Salon Muslimah :)

Assalamualaikum dan Bismilahirrahmanirrahim :)
tak sempat nak hapdate belog bila sedang busy kan?
Sekarang dah faham kenapa bila orang dah sibuk dengan hal²
tertentu jarang ada mood nak hapdate belog.
Hikhik. Mood kelaut kata nya.

tapi siapa penulis belog tegar pasti akan hapdate walaupun ciput
sangat input dan output yang di kongsi.
Hari ni wia banyak pegi ke pejabat² berkanun.
Pejabat Tanah, Pejabat Agama..
dan tak lupa bank² sekitar area rumah wia.
Wahh penat tau ;p Lepas tu teman adik pegi saloon muslimah pulak.

Syukur, ada juga saloon muslimah kat pekan Serdang area rumah wia nih
dan untuk pengetahuan wia tak penah pegi saloon rambut atau spa.
Sebab selalunya bukan spesifik untuk muslimah
mahupun perempuan sahaja.
Kadang² tu non -muslim saja yang ada saloon.
So, aurat perempuan kan terbatas.
Susah nak dapatkan salon yang betul² untuk muslimah.

Dengan adannya Class6 Muslimah Saloon.
Boleh la weouls manjakan diri tanpa halangan.
Nak berspa ataupun cuci rambaut mahupun treatment
dekat saja tak sampai 500 meter. Hikss.
Sediakan duit saja. Oh yeah tak sabar
nak bersalon bagai... Peace*


Selamat berblogvespaking =P
Doakan wia suksesss selalu. Ameen.

Tuesday, 8 January 2013

Petunjuk Hidup Keajaiban Allah

Assalamualaikum dan salam ceria ;)
Betul kata orang, masa buatkan kita dewasa.
Bila dewasa baru tahu erti kehidupan.
wia anak sulong. Cucu sulong.
Memang tak ada pengalaman dan orang²
yang boleh di minta tunjuk ajar.
Macam sifu kakak atau abang.

Kadang² hanyut dalam dunia sendiri.
Rupanya banyak lagi benda yang wia belum tahu. Masha Allah -_-
Sedih sangat. tapi sebab tu orang kata
belajar dari pengalaman. Dah lalui baru tahu cara nak mulakan.
Percayalah nak berjaya jangan sombong.
Rajin bertanya. Insha Allah tak sesat jalan.

Semalam banyak yang wia belajar.
Keluar dari kepompong dan terbang jauh. Jauh sikit ja
ditemani sahabat lama masa tingkatan 6.
wia penah munasabah diri sedalam dalam nya.
kenapa ada manusia yang dengki, dendam
dan lupa diri. Rupanya jawapan nya ada dalam diri kita juga ;)
Cuba kalian cuba petua ini kalau ada masalah..
Keluar dari rumah bukan lari rumah ok? ;p
tengok keadaan sekeliling dengan hati yang tenang.
Melihat dengan kedua pancaindera. Hati dan Mata.
Kamu akan dapat melihat dunia sebenar.
Dunia yang Allah tuliskan pada kita..
Hanya cepat atau lambat kita akan tahu..
Dekatkan arrow dekat quote ye ;)
 
:)

Sunday, 6 January 2013

Kosong Plus Empty.

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim ;) 
Segala puji pujian hanya padaMu ya Allah..
Hari ni rasa moody sangat. Hati rasa macam tisu.
Mudah tersentuh. Mudah menangis.
Nak² orang keliling suka memperli.. -____-

Wia tabahkan hati. Kelopak mata rasa nak menangis.
Cepat² tahan, nak nak depan orang 
yang perli tu. Paling wia tak suka,
menagis depan orang yang buat kita nangis.
Sebak memang sebak.
Siapa la kita untuk merancang...

Ya sekarang mungkin wia dibawah.
tapi jangan lupa, anda yang di atas tidak akan
berada di bawah juga, T____T kesal sangat.
Kecewa, sedih, sebak. Semua bercampur.

 
Jelapang padi :)
 
Di bumi ini diriku di hina, di perli..
ku tahan rasa terhina.
Insha Allah, kuasa Allah itu luas.
akan wia buktikan, tiada yang mustahil dalam hidup

Bangga la dengan duit kalian.
walau kini duit wia hanya tinggal ciput. eh?
tapi masih mampu minum secawan teh tarik panas.

:)
Akan wia buktikan. Percaya lah...
Sekarang memang nampak malas. lembab. kosong.
Doa orang teraniaya In shaa Allah makbul.. 
Ameeeeen ~



Saturday, 5 January 2013

Header Pertama 2013 ♥

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Secara rasminya hari ni wia tukar header lagi entah keberapa kali.
#Sebab tak kira. Tapi ini pertama kali untuk tahun 2013

Sengaja menggunakan doodle.
yang semestinya bukan wia yang mendoodle ;p
sebab ia comel wia tempek sebagai penyeri belog.
Sebenarnya kalau uOls follow belog wia
dari awal. Blog ni di "create" kan atas nama si beruang teddy

Chito namanya. Sebab tu gambar beruang teddy
pegang bunga merah tu wia letak juga dibahagain header.
Rasa comel pulak . *Sebelum ni pun dah biasa guna teddy nih.
Hikhik. Harap wia lepas ni makin rajin berblogging.

Itupun sekarang ni tengah lapang. Bila dah kerja nanti.
Mungkin belog akan terabai sikit. Upss.
Tak tahu lagi. Tengok pada keadaan.:)

Wah best la entri wia yang lepas, ramai juga yang komen.
Rasa belog ni begitu dihargai.
Insha allah, wia akan rajin komen belog kalian.
Okey sebagai tatapan nah kek pelangi 7 lapis idaman kalbu!
  
  
  
     
Kek Pelangi

Cantikkan kombinasi warna. Enjoy! :)
Selamat Berblogging....!
Makin hari wia makin jatuh hati dengan dunia belog ;)
Teeheee. Banyak input dapat.
Selain dapat berkongsi apa kita rasa.
" Menaip Itu Kapsul Hati"

Friday, 4 January 2013

Kudapan yang paling diSukai ♥

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat pembaca..
 wia baru balik dari pasar beli barang² dapur untuk masak memasak.
Sekarang wia nak hapdate entri pasal kudapan yang wia suka
bila studi waktu dulu².. Oh ini dikira mengimbau kenangan.

Serius rindu. Sebab tu nak simpan rapat² dalam belog nih ;p
wia lebih gemar dunia belog dari FB..teeeet.
Ok meh tengok kudapan kegemaran wia..

Keropok "Sweet Memory"..Rumpai laut. Keropok ala Korea tapi rasa macam keropok ikan.

Bertih jagungg..Oh sedap! ;)

Ais krim perisa vanila dan coklat. Memang kegilaan ;'P

Wafer gulung...memang kegemaran ! :)

Big Apple..lama dah tak makan ~
Rindu kenangan 2012, dan bermula lah episod 2013 
Babak hari ke4. Selamat berblogging. 
Happy dengan kebahagian orang lain. #Smileee

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi