Monday, 4 March 2013

Berita Baik! Panggilan Diterima Bekerja ♥ Akhirnyaa

Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Syukur ke hadrat Ilahi di hari Isnin bersamaan 4 Mac 2013
pukul 11.02 pagi tadi..wia dapat panggilan telefon dari Miss Lim.
tempat yang wia pegi temuduga minggu lepas hari Rabu :')

Berdebar debar juga dapat panggilan tu..
Dan selepas bercakap melalui phone..
akhirnya ini berita yang wia tunggu tunggu..
dipanggil kerja setelah 10 bulan tanam anggur dirumah
disamping buat bisness inner kecil kecilan ;)
Allahu Akhbar...Akhirnya penantian..
ini terjawab dan hari Rabu nih wia mula start bekerja..

Waktu bekerja waktu normal pejabat.
pukul 9 pagi sampai 6 petang. Allah :')
tempat bekerja di Bukit Minyak depan Carrefour Bukit Minyak
Syarikat wia bekerja adalah syarikat join venture
antara TM iaitu pasal Unifi, Streamyx dan broadband.

 http://data.whicdn.com/images/24113492/tumblr_m08ikswUEo1qijksmo1_500_large.jpg

Tak kisah laa syarikat apapun..yang penting kerja yang halal.
Dan menjadi seorang yang berjaya kena bermula dari bawah. Kan?
Mana tahu lepas nih dapat panggilan dari SPA pulak ;)
Amin ya Rabbal Alamin..
dan perasaan wia sekarang..1001 rasa ada.
Gembira, teruja, takut, berdebar semua ada.

Tak sangka mimpi dapat duit banyak rupanya petanda 
dapat berita baik diterima bekerja. Subhanallah :')

Insha Allah wia akan buat yang terbaik.
Boleh la merasa duit sendiri nanti..
Syukur alhamdulillah..Allah makbulkan doa wia selama ini :')

http://media.tumblr.com/tumblr_mbo756IcJI1rre812.jpg

Sangat sangat heppi..Dan haruslah bina semangat baru
Untuk kehidupan yang baru. Amin.
Doakan yang terbaik buat wia...
Mungkin selepas nih wia jarang hapdate belog.
Sebab kekangan kerja dan masa.
tapi bila dah on broadband nanti in Sha Allah..
setiap masa hapdate..
Tak sabar tunggu saat tu.. Hikssss..

3 comments:

  1. Agak2 bila saya nak mimpi macam tu ni. Hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Kak Dawia Tahniah yeee :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi