Tuesday, 5 March 2013

Restu Mak Ayah Paling Utama :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Hirup udara..Kemudian lepas..
Ambik mood dulu untuk menaip entri ini..
Orang kata kalau nak berkat hidup..
kena dapat restu mak ayah..Betul tak?

Seperti entri semalam baru wia nak berseronok dipanggil kerja
rupanya, malamnya wia menangis tersendu sedu..
patutlah rasa tak sedapp hati lepas dapat kerja tu..

Rupanya ayah tak bersetuju wia bekerja katsitu..
atas sebab sebab tertentu. Lepas menangis semahunya..
wia fikir positif semula,,Tenangkan hati dan minda..
Setelah dimotivasi mak dan dak Nana..
wia yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian :')

Bila fikir positif semua fiiran kita kearah perkara²
yang positif dan optimis..
Biarlah wia lepaskan kerja tu..Sayangg..
majikan situ baik. Miss Lim..Secantik orangnya.
wia dah pun bagitahu miss tu baik²..dan dia boleh terima.
Syukur..dan wia kena cari dan terus mencari kerja.
Keep fighting dan aja aja !! ;)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZEa8CNM-yTc27gFACq-cFcY2yZNv3iHN51v9Jj3YqJRvn1KzI89lBkBwRq_L9uCb_pNiCbRrsKK6UGex0uyO5HcdnE1H5NBoTFo8BP9-kbn1mJp3XHWppJM1xpKY-2a5lOaYaKSABUGg/s1600/Sang+Khaliq.jpg
Yang penting walau hati remuk sebab
dah ada peluang tak dapat kerja..
tapi hati orang tua kalau tak bagi..Maknanya tak restu
Jangan lah ingkar..Nanti terkena musibah tak semena mena.
Nak berkat hidup, perlu ada restu kedua orang tua..
wia nak jaga hati mak ayah dulu..
Baru pedulikan yang lain lain..
Ini jalan terbaik selepas berbincang hal ni semalam.

Keep Smile and Appreciate what we have :')

2 comments:

  1. alahaiii knpe ayah wia x kasi ? saba ye syg. ade rezeki lain lah tu :)

    ReplyDelete
  2. redha Allah terletak pada redha ibu bapa . takpe la kak , maybe ada hikamh di sebalik semua ni . kerja kita boleh cari . tapi kalau hilang restu mak ayah , mmg tak tenang hidup kita :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi