Saturday, 23 March 2013

Sinonim Cuti Sekolah dan Kenduri Kahwin ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Cuti sekolah bermula. Seronoknya kan..
Kalau dulu jadi budak sekolah, mesti wia tak sabar sangat.
sebabnya dok terfikir apa mak ayah

Nak bawa pegi vacation.
Best kalau dulu-dulu dok jauh dari kampung..
Mestilah kampung jadi destinasi percutian.
Hikhik. tapi siapa kata dok di rumah bukan 
bercuti. Best apa habiskan masa dengan keluarga tercinta.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan gittu.

Sekarang dah dewasa..Banyak tahun dah tinggalkan
zaman persekolahan. Rindu pulak nak merasa cuti sekolah nih.
Setiap kali cuti sekolah, memang biasa..
orang Melayu kita akan adakan kenduri kawin.
Yang bestnya dapat makan nasi minyak, lauk kenduri. Hikhik

Perbezaan perempuan dan lelaki pegi majlis kenduri.

Perempuan.

Makan nasi kenduri mesti nak tengok lauk dulu.
Baru ambik.
Kalau nak duduk bawah khemah mesti cari kawan dan geng.
tak pun nak duduk dengan rakan kenalan yang dikenali.
Mesti dah mai kenduri nak tengok pengantin sepadan ke tak. Haha
Kemudian, mereka akan tengok baju pengantin.
Kalau yang rajin mesti nak tengok bilik pengantin.
Belek design pelamin pengantin.

Lelaki

Kalau bab makan, lelaki tak memilih.
 kalau boleh semua lauk dia ambik
sampai nampak semua lauk dalam pinggan. Nasi tenggelam dengan kuah bagai.
Dah tak peduli pengantin ke hapa..lepas makan
 mesti nak borak dengan rakan kenalan sampai tak sedar dunia berputar.
Memang tak ambik kisah pun pasal baju pengantin, 
pelamin dan pengantin sekalipun. Apatah lagi bilik pengantin langsung tak ambik tahu :P

Memang itu la yang ketara antara lelaki dan perempuan
masa di majlis kenduri kawin. Ini yang wia perasan laa,
Maaf andai salah atau kalian tak berapa 
senang dengan pandangan wia ni ;) Hanya pendapat peribadi,, Hehe

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi