Sunday, 30 June 2013

Sejuk Mata Memandangg..♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Seronok sangat masuk minggu ke-2 bekerja..
macam macam perasaan ada. Tak sangka betul kerja wia 
dipermudahkan Allah taala. Perasaan 
ini perasaan syukur tambah bahagia
kerana dapat rakan sekerja yang baik dan sekepala.

Penuh muslimah kerana sekolah pelajar Islam..
Syukur semuanya berstokin comel!
dan berjubah dan menutup aurat. Cuma wia belum 
berkesempatan pakai jubah ke tempat keje..Hee
Sebab naik moto payah sikit..Hiks.

Hari ni sekolah jati waris. Memang pelajar balik awal.
so, wia dapat jumpa murid-murid yang 
comel nak nak yamg darjah satu..Sangat suci dan jujur..

" Ummi...Ummi....Ummi..
kenapa entah rasa bahagia dengan panggilan mereka..
Rasa sungguh comel dan bahagia...
Sungguh dengan pakai tudung dan nampak anak tudung..
muka putih kemerahan..teringat seorang pelajar..

Subhanallah.....

Qistina Nayli yang tak tahu no phone bapa dia..
minta wia call kan.. Seronok juga borak dengan dia...
Pipi tembam kemerahan. Nampak anak-anak rambut keluar..
alahai pelajar darjah satu sungguh naif dan jujur...
pelajar yang lain tetap comel sebab apa saja soalan yang kita tanya
mesti dijawab dengan jujur dan kukuh..
Seronoknya rasa ini..Sungguh wia bersyukur :')

Hari ni balik awal sejam pukul 4.00 petang..
yeay!! Ok semua persiapan esok dah di buat..
Nka rehat awal..Untuk hari baru esok, bulan baru..Bulan Julai..

Saturday, 29 June 2013

Sahabat Untuk Selamanya :)

Assalamualaikum semua....
Dalam kehidupan kita memang akan 
sunyi tanpa teman, saahabat dan kawan..
Dari kecik sehingga kita berada sekarang memang 
tak lari dari berkawan dan mempunyai teman..

Sahabat baik, sahabat sejati..
insan bertuah yang punyai sahabat sebegini.
yang pasti wia ada kawan baik dan kawan sejati 2,3 orang.
Susah senang bersama. Dan sekarang weouls dah ada 
hala tujuan memasing. Punya kerjaya..
dan baru hendak membina hidup..

Ada yang menjadi cikgu, doktor dan ada juga yang jadi misi..
dan banyak lagi..yang penting tali persahabatan tak penah putus.
Seronok bila baru nak merasai dunia pekerjaan..
yang cikgu dengan postingnya. yang nurse dengan penempatan
bertugasnya. Memasing bawa haluan sendiri.
tetapi selalu berhubung melalui teknologi dan doa :')


Sungguh tak dapat dinafikan wia tetap rindu zaman belajar di U..
walau kemana pun kenangan sekejap tu memang tak
dapat dilupakan ..in Shaa Allah.
Sahabat tika zaman persekolahan pasti menjadi nostalgia terindah.
Ya Allah...terasa rindu kenangan lama..
terasa teruja dengan kehidupan baru ;)


Moga persahabatan yang terjalin kekal hingga hujung nyawa.
sangat sedih kalau lihat kawan yang lupa kawan.
kenapa perlu jadi macam tu?
yang penting jangan putus berhubung ;)
selamat berblogging......Love my friendship!

Friday, 28 June 2013

Pesanan Ikhlas Penunggang Motorsikal

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
alhamdulillah masalah jerebu dah makin pulih..
dengar kata menggunakan teknologi baru..
pihak jabatan alam sekitar ada buat satu tindakan inisiatif
pembenihan awan supaya dapat mengatasi masalah jerebu yang
melanda dek kebakaran di Indonesia baru baru ini..

Syukurr..membantu sedikit sebanyak.
Sesungguhnya hujan dari Allah taala juga yang Maha Hebat :)
Sekurangnya mereka berusaha demi kesejahteraan rakyat jelata.
kun fa ya kun..seronok malam ni bayu sejukk.
Kebetulan esok Kedah cuti..Yeay!
Boleh bermanja-manja dengan bantal busyuk dan katil..Hiks

Sebenarnya memang tak banyak idea mai 
bila nak menaip waktu memalam camni..
tapi apapun wia nak kongsikan yang wia selesa dengan apa yang wia
ada sekarang. Dalam masa yang sama mengharapkan yang
terbaik buat diri, ibu ayah dan keluarga..

Setiap hari, wia belajar sesuatu yang baru..
Bestt, iilah yang dikatakan pengalaman hidupp..
makin lama kita hidup, makin banyak yang kita belajar..
In Shaa Allah..

Setakat ni semuanya berjalan lancar..
Rupanya macam ni dunia kehidupan..
eh? titiba rasa nak luahkan sikit rasa hati mengenai
nasib penunggang motosikal..
Al-maklum sekarang ni ramai sangat eksiden..
Takut sangat dengar, dan tak dapat bayangkan pun.
Tak berani. Sebenarnya hidup ini risiko.
Apatah lagi penunggang motorsikal yang tinggi sangat
risiko yang boleh mengundang maut.

Gambar Hiasan ;p

Sejujurnya wia penunggang motorsikal.
wia tahu sangat perangai manusia time
 nak pergi dan balik kerja. Memamg rushing!
Semuanya nak cepatt..tapi dalam masa mengejar masa..
moleklah masing-masing jaga keselamatan antara satu sama lain.
Bawalah secara berhemah. Jangan laju-laju.

pesanan wia : Bagi pemandu diluar sana 
tak kita kereta, lori mahupun van.
tolonglah hormat penunggang motor..
tolong jangan kerap memotong. Seriau!
kadang makan jalan arah bertentangan. Naik seramm kot wia..
ni pengalaman sendiri tau. Kadang memang cepat-cepat nak 
memotong jalan sampai makan jalan  lain. Yang ngerinya
penunggang yang terpaksa tempuh 
kereta yang pentingkan diri. Haishh -,-"
Nasib cepat-cepat masuk laluan betul, kalau tak, memang nahas!
Mintak simpang 44..Allahu...Jauhilah bala jalan raya..

Oklah selamat berblogging semua...
Cukuplah keceriaan sentiasa hadir. Laila Saieda semua ;)
Positifkan diri selalu..Hehe

Tuesday, 25 June 2013

Warna Warni di Alam Pekerjaan ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Moga segala amalan kita dipertingkatkan dari hari demi hari..
Alhamdulillah hari ni hujan turun di kebanyakan negeri.. 

Sekarang kan musim jerebu melanda negara Malaysia..
sama-sama la menjaga kesihatan diri masing masing ye.
Setakat ni Kedah masih belum tahap IPU tahap bahaya lagi.
tapi terkejut juga bila tengahari tadi nampak
permandangan sangat tidak sihat..
hari ni jerebu dah sampai Kedah.. Allahu..



Bagi pendapat wia setakat seminggu kerja.
Alhamdulillah..seronok sangat perasaan dan persekitarannya.
 Memang selesa la kerja katsitu :')
Makanan percuma pagi dan tengahari ..Syukur sangat..
Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..
Orang-orangnya pun baik hati..

Harap segala urusan dipermudahkan sepanjang
urusan bekerja nih.. Belum sampai tahap stress lagi.
I'm sooo happyyy!!
Psst..setiap hari snap gambar sendiri bila free..
Hilang stress, grab nikmat Allah..





Moga nikmat ini berterusan hari demi hari..
amin ya rabbal alamin..
dah berapa kali entri ni masuk draft..Hari ni baru dapat publish.
Bukan apa, ada saja yang wia nak buat
sampaikan dah taip, mesti tak ter-publishh..
Nanti wia balas jejak footprint kalian...
Segala puji-pujian hanya padaMu ya Allah.. :')

Saturday, 22 June 2013

Calci Yum Makanan Susu Kultur yang Sedapp! ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
adik adik  suka sangat makan calci yum.
Kalau pi econsave atau tesco
kalau nampak calci yum mesti nak beli..

Beli yang 4 saja memang tak cukup.
Memang nak kena beli satu set yang ada 8 tu..
Bila mula pertama kali makan memang
wia tak minat sangat. Lama-lama terasa sedapp pulak
Hehe.. Suka sangat perasa mangga dan stroberi.
Vanilla dan anggur pu  sedapp jugak..



Dedulu masa kecik-kecik tak daa benda semua ni..
sebab tu rendah je sekarang ni..
Sebab kalau ada menda alah ni dulu.. Mesti tinggi..Haha
walhal dah memang keturunan..
So, zaman adik-adik wia sangatlah bertuah.
ada calcium yang dapat menguatkan tulang
disamping meninggikan fizikal tulang.

Calci yum sangat sedapp.
Seakan yougurt lain tapi banyak perisa yang sedap
sehingga menjilat sudu tau uOls..
kalau makan ni kalah bebudak. haha
Macam ketagih..Disamping makanan diet
yang menyihatkan badan dan boleh menguruskan badan tau ;)

Jadi kalau pegi supermarkrt mesti beli letak dalam peti ais.
Memang sedapp la dimakan begitu saja.
harap tulang wia kuatla kan walaupun dah tak boleh
nak tambah ketinggian ;p

Jom bercalci yum sesama join adik-adik..
bila lagi nak merasa jadi kanak ribena.
sangatlah ohsem dinikmati masa ambik ndari peti..
yum yum..Nikmat mencair di tekak ;)
Selamat berehat wia..Esok kerja..Hikhik

Thursday, 20 June 2013

Pengalaman Hari Pertama Kerja - Special Edition ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :) 
Saja nak kongsikan sikit mengenai pengalaman
hari pertama kerja di tempat baru. Hee
Mulanya memang macam percaya tak percaya kerja
secara spontan selepas hari melapor diri 17hb Jun lepas.
Maka 18 Jun 2013 adalah hari bersejarah
wia ke penempatan sek yang terletak dekat dengan JPJ Kulim.
Sungguh naik moto makan setengah jam jugak perjalanan.

Biasalah kan pepagi..Banyak kenderaan. Belum kira lori lagi ;)
so, hari pertama wia agak keluar lambat dalam pukul 7.25 pagi.
tapi alhamdulillah..sempat sampai awal sebab tak ada lori.
Masuk office, ramai yang dah datang.
Tetiba Kak Normah pembantu am suruh wia punch kad.
Ok itu sangatlah pertama kali..Hikhik

Nasib kak Normah ajar serba sikit. Faham la wia..
Rupanya depa dah sedia kad punch tu tau :') Terharu..
Just tinggal wia tulis nama je tau. Syukurr
hari pertama sampai 7.53 pagi..yippy!
walaupun keluar lewat..Hehe


Kat bawah ni ada gambaran sekolah wia..
yang wia sempat snap..
Sekolah comel dan kecik ja. Tapi sangat harmoni..Gittu..
Maklumlah sekolah luar daerah. Memang ala desa-desa ;)







Sekian serba sikit pasal situasi kerja wia yang baru :)
Banyak yang nak diceritakan tapi 
biarlah disimpan rapi dalam diari hati.
Semuanya manis manis..Orang-orangnya, guru-guru dan murid.

dua tiga hari nih kt tmpat kerja baru terasa hti berbunga² 
comel bila ada pelajar sebut ummi..ummi.. kt diri ni..
bkn sbb perasan jadi ibu, emak, mama ke apa..
tapi sbb rasa diri dhormati..krn kt sek tu
 panggilan ummi brmaksud puan ataupun cikgu 

sgt comel ok perasaan itu! 
walaupn status dperbetulkan sbb diri ini masih lg cik 

Selamat Berblogging semua! Esok wia blogwalking Hee
Terima kasih sudi baca..

Wednesday, 19 June 2013

Rezeki Datang Bertalu-talu..Taklimat dan Surat Penerimaan Tawaran :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Cepatnya masa berlalu Ya Allah..
 walau apapun mai wia nak kongsikan
 satu lagi entri yang wia hold atas
sebab sebab yang tak dapat di elakkan..

Ok sebenarnya wia ada dapat tawaran kerja untuk Pembanci Risda
yang bermula 17hb Jun lepas..Dalam masa yang sama
11hb lepas wia ada pegi temuduga PPT N27..
petang tu ada seorang kerani sekolah datang bagitahu
yang wia dipanggil PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Kulim
atas urusan apa-apa tak tahu.So hati ni berdebar-denar sangat..

Esoknya wia terus call pejabat. Rupanya lepas tanya itu ini..
wia dapat tawaran kerja sebagai Pembantu Tadbir Sekolah.
atau bahasa biasanya kita panggil kerani sekolah.
Sungguh terkejut, genap 2 bulan tengok entri di SINI 
dan 11 hb wia dipanggil untuk taklimat dan penerimaan
surat pelantikan di Alor setar pada 17hb baru ni..

Bertembung dengan tarikh nak banci kan..?
Alhamdulillah..Rezeki datang bertalu-talu :')
Sungguh banyak yang wia lalui minggu ini dan minggu lepas.
Alhamdulillah rezeki bulan Syaaban.

Sampai rasa nak mula dari mana pun wia tak tahu..Hikhik
Banyak nak stori sebenarnya..
Maka, 17hb tu nekad la pi Alor Setar dengan mak dan ayah.
rasa anak tunggal sangat. Pagi tu disambut dengan hujan rahmat..
Kemudian kena ada sana pukul 8.30 pagi.
kami anak beranak keluar selepas Subuh. Alhamdulillah..
sampai tepat pada masanya..



Ramai la masa kat Dewan Al-Farabi. Dekat
dengan Jabatan Pendidikan Alor Setar..
Baru nak masuk dewan..Kiranya wia tak terlambat.
Mak ayah tunggu di luar. Lepas tu dengar la dari Kulim
dipanggil untuk daftar diri. Tandatangan dan penerimaan surat..
Dapat surat tak berdebar,,lepas duduk semua.
baru tahu ramai yang buka surat penempatan sekolah.
Bukaah dengan harapan dapat sekolah yang dekat dengan rumah.

Selepas buka..Allah..tak tahu katmana sekolah tu..
Rasa macam sekolah baru tau uOls..
30 minit juga dari rumah. Jadi wia redha dengan
 ketentuan dan jawatan yang diberikan..
Selepas dengar taklimat dalam lebih kurang sejam.

Terus diberitahu kena lapor diri di sekolah masing-masing.
Cuak sangat..Kena terus kerja ke? Gurlp!
Rupanya esoknya yakni 12hb kena mula bertugas dah..
dan masa lapor diri ni pun dikira mula bekerja.. Cepatnya!
Serius rasa blurr dan debar sikit..

balik tu tak sempat singgah Pekan rabu..
Cari sekolah dan terus lapor diri.
biasalah sekolah luar bandar. wia dapat penempatan
sekolah di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang
Mukim Sungai Ular..Yes! Memang tak tahu keberadaannya sebelum ni.
Rupanya ni sekolah agama rakyat dulunya yang baru dapat bantuan kerajaan.
tak apalah terima dgn hati terbuka..

Ok syukur dah dapat kerja. So, kita enjoyyyyyyy! ;)
Nanti wia stori pengalaman pertama kerja pulak dalam entri akan datang.
Hari ni dah 2 hari tak termasuk hari lapor diri wia bertugas Hikhik
Good Luck to me. Belajar nak terima tempat baru..
Doakan yang terbaik buat wia..Amin ya rabbal alamin.

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Bapa, Ayah :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Bila sekarang agak sibuk, nak hapdate ada saja halangan..hehe
Ok sebelum tu wia nak ambik kesempatan ucapkan Selamat Hari Bapa
buat ayah tercinta khususnya..dan juga bapa-bapa seluruh dunia.

Tanpa bapa, siapa lah kita didunia ini..
Hero dan juga pemimpin kami adik beradik sejak kecil sehingga kini..
ayah kami memang sporting walaupun kini
dah pesara tentera, maksud wia ketegasan dalam satu-satu
perkara yang tak penah hilang tapi ayah 
seorang penyayang dengan caranya tersendiri :')
Syukur alhamdulillah punya ayah yang bertanggungjawab dan
1001 dalam dunia..Hee..Semestinya 
ayahlah yang paling terbaik dalam dunia.


Membesarkan, mendewasakan, menyenangkan, 
menyayangkan setiap anak-anaknya. Itulah ayah kita!
Sayanggnya pada ayah wia satu-satunya ini..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu..

Walaupun ayah agak tegas, tapi ayah ada cara tersendiri
sayangkan anak anaknya. Hanya kami adik beradik yang tahu. Hikhik
Sungguh hati ini rasa bertuah ;)


Selamat Hari Bapa buat ayah!
Sayangg sangat rasa dari dalam hati ini...
dan sebenarnya esok wia akan ke Alor Setar.
Ada satu berita baik yang penting akan wia kongsi
dalam entri akan datang. Wia hold dulu ek.
Sebab nak buat persiapan untuk hari esok..teehee

Moga cukup masa dan kakitangan untuk 
taip blog laju-laju lepas nih..amin ya rabbal alamin.
So, buat semua bapa diluar sana..Selamat Hari Bapa ye ;)


Friday, 14 June 2013

Pengalaman Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..
Ok rasanya datang dah mood nak kongsi pengalaman minggu ni.
meh nak cerita sikit pengalaman ditemuduga 
sebagai Pembantu Penolong Pegawai Tadbir N27...
** pada 11hb Jun lepas..Hari selasa




Wia pegi temuduga dengan ayah tercinta..
gerak pukul 8 pagi dan sampai pukul 9.45 pagi..
bertempat di bangunan Persekutuan 
Pulau Pinang. Cantik bangunan ni!..
Temuduga pukul 11 pagi dan 
sesampainya wia terus naik lif ke aras 4..
manakala ayah tunggu kat bawah. Katanya nak ke kafe..

Jalan sorang-sorang tak nampak sebarang bilik pun.
kemudian nampak arrow ja ke bilik
 yang dinyatakan dalam surat tawaran..
Memang tak serempak orang ataupun bilik-bilik. Straight terus masuk
nampak ada lebih kurang 15 orang sedang tunggu giliran..
satu pegawai cina lelaki sedang buat semakan fail dan cara susunan.
Sempat semabng dengan seorang perempuan dtg dari Perak
dan seorang lelaki yang tak photostat sijil.
Dapat la angka giliran no.10 bilik 3..

Sebenarnya wia temuduga pukul 11 pagi 
tapi dah sampai awal pukul 9.45 pagi
pegawai cina tu masukkan dalam pukul 10 pagi.. Yeehuu!
dapat masuk awal..terus hantar text kat ayah dan mak. 
Ayah balas cakap alhamdulillah dan semoga berjaya.
mak terus call dan suruh baca doa sebelum masuk temuduga.
Syukur alhamdulillah..dipermudahkan ;)
Baik mak ayah wia..Restu keluarga amat penting.

Untuk makluman kalian memang dari awal lagi 
wia dah aturkan fail  ikut susunan yang betul. 
Itu semua selepas di Google cara yang betul supaya 
tak kelam kabut masa hari kejadian (temuduga)
Susunannya seperti perkara-perkara berikut :-

  1. Resume bergambar
  2. Surat beranak & Kad pengenalan (original dan salinan)
  3. Sijil SPM /STPM /Diploma /Ijazah (original dan salinan)
  4. Yang lain-lain seperti dalam surat tawaran
Untuk susunan dalam fail plak pastikan muka pertama ada surat kelahiran dan kad pengenalan yang original. Untuk muka surat seterusnya result exam start daripada yang terendah hingga ke tertinggi.. cthnya dari UPSR ke Ijazah.. Lepas tu baru sijil-sijil berhenti sekolah hingga ke sijil-sijil lain.

Macam biasa yang temuduga wia tu adalah dua orang. Kedua-duanya perempuan Melayu. Soalan pertama yang wia dapat adalah Introduce yourself in English. So pong pang pong pang la wia speaking. Lepas tu dia tanya pasal bidang tugas mengenai jawatan N27. Yang ni wajib tahu.. Nasib buat persiapan awal-awal. Hikhik

Kemudian puan pertama tanya soalan pasal kerja temporary wia masa studi. Ok yang tu speaking lagi. Masa tu wia hanya jawab sesimple yang mungkin. Hadoii tak yakin sikit dekat situ. Lagi, soalan seterusnya dari puan kedua pulak, dia tanya kan pasal cara nak meningkatkan komunikasi dalam pejabat. Dan wia jawabkan secara spontan apa yang terlintas dalam kepala. Semua keluarkan. Walaupun macam tergagap-gagap. Sebab dapat soalan IQ camtu. Adehh -______-

Tiada nama menteri dan Integriti ditanya. Tetapi penemuduga ada tanya wia pasal isu semasa. So, wia cakaplah pasal hal jambatan kedua pulau pinang yang runtuh dan majlis Tilawah peringkat Kebangsaan siap dengan tema lagi wia bagi.  Tak taula betul ke tidak..

Akhir sekali, soalan yang wia jawab dengan penuh keyakinan adalah soalan berdasarkan kelemahan wia.. Kedua-duanya bertanya, jika ada sesuatu majlis dan anda diminta menjadi MC atau pengacara majlis..apa awak sanggup tak buat/laksanakan?

So, dengan lantang wia jawab dengan yakin dan berpuas hati. Masa tu baru nak dapat kekuatan bercakap padahal dah soalan terakhir..Sungguh kedua-dua panel penemuduga anggukkan kepala dan diakhiri dengan senyuman dan Terima kasih.

Jadi wia pun ucap kembali terima kasih pada kedua panel kerana sudi menemuduga wia ;) Kedua-dua puan tu tersenyum saja wia tengok di akhir perbualan..Wia bangun dari tempat duduk lalu ambik fail di depan dan terus bersalaman dengan keduanya..Tetiba..

Salah seorang panel bagitahu yang SMK Serdang sekolah wia masa sekolah menengah adalah sekolah dia dulu. Dalam hati wia memang dah terdetik.. Patutlah macam kenal je sorang puan ni..Terus terkeluar dari mulut bahawasanya yang wia pun rasa macam mengenali dia.. Sambil senyum lebar ;) Lepas tu sesi senyum dan gelak kecik berlaku sebelum wia pun buka pintu bilik 3 dan keluar, bilik temuduga wia bagi jawatan ini..


**Masa keluar tu perasaan bercampur baur. Tak sempat jumpa kawan yang bertudung biru masa mula-mula tadi. Ada sapa seorang dua dan terus keluar dari ruang menunggu tu nak cepat jumpa ayah. Tup tup ayah wia naik tingkat 4 nak tunggu wia. So terserempak kat lift la. Ayah pun muka happy ;) Terus turun sama-sama. Keluar dari bangunan ala hotel tu. Hujan renyai-renyai. Adakah hujan rahmat? Allah....

Ayah seronok dari raut wajahnya pabila wia dapat pegi awal dan balik awal. Dipermudahkan urusan. So boleh balik awal laa weouls anak beranak. Hee. Syukur sangat-sangat. Dalam perjalanan balik, ayah belanja ikan bawal goreng yang sedapp menu utamanya untuk lunch dekat satu kedai makan yang sedapp dan sambutan ramai. seronok sangat masa tu. Dimanja-manja..Dalam hati wia berdoa, agar ada rezeki wia untuk jawatan tu..amin amin ya rabbal alamin. Harap tak putus doa...Doakan wia juga ye.. Sekian panjang lebar menaip petang Jumaat nih..Puas hati! Selamat berblogging,,Terima kasih sudi baca ye..


Thursday, 13 June 2013

6 BE dari Nuffnang! ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Fiuhh! Lamanya wia tak menaip dalam blog kesayangan ni..Hikhik.
Sibuk betul minggu ni. Alhamdulillah..

Banyak yang nak dikongsi bersama.
Syukur..Semuanya berita menggembirakan.
Sambut bulan Sya'ban penuh keberkatan.
Sampai sekarang terasa sungguh nikmat kurniaan Allah..


dan saja-saja online, buka akaun Nuffnang.
Masha Allah BE menari-nari dalam blog. Rezeki bertambah.
tengok sampai 6 BE. Harap lama la menari kat sini.
Boleh tambah income lelaju. Ye rasanya BE ni baru masuk ni
sebab tu CTR baru beberapa peratus, Hee

Nikmat sungguh bulan Syaa'ban.
wia suka sangat. Sebab banyak perkara yang dipermudahkan.
Rezeki datang berlipat kali ganda.
Ya Allah aku merasa kasih sayang dariMu.


Yeay!! macam yang sedia maklum wia dah pegi interview SPA.
so, nanti wia cerita pengalaman tersebut 
dan banyak lagi kegembiraan
yang hadir sepanjang bulan Syaaban yang barokah.
Harap berterusan dalam bulan-bulan yang mendatang.


amin..amin amin yang baik-baik
Allah hadirkan dalam diri bawa kebahagiaan dalam diri.
so sangat teruja nak dikongsi bersama kalian.
In Shaa allah entri esklusif satu per satu..
kalau masa mengizinkan..Hehe

Saturday, 8 June 2013

Fikir Positif , Moga yang dapat Semua Positif :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ...
Serius best tengok orang pegi event sana sini.
tapi dek jauh dari ibu kota. So tak dapat hadirkan diri walau
dapat jemputan. Biasa la tu kan ;)

Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.
Setiap hari barui, wia sentiasa dapat pengetahuan baru.
In Shaa Allah dalam memperbaiki diri rohani dan jasmani.
Sebenarnya nebess menanti minggu depan yang agak sibuk.

tapi nak tak nak kita kena hadapi dengan hati terbuka.
persiapan demi persiapan untuk masa depan. Ecece..
Semangat untuk diri sendiri.. Doa doakan yang terbaik ye.
Akhirnya cuti sekolah dah tamat.
So best la adek-adek bercuti. Kakak dia lagi la lama 'rehat'
so masa bekerja akhirnya bakal tiba..
walaaupun sementara.. Wahh macm tak sabar nak cerita pulak.


Dah-dah sebenarnya nak cakap yang wia suka la
fikir yang menggembirakan dan optimiskan diri..
Mungkin dah semakin matang so sikap dan sifat turut mempengaruhi.
Psst klau tak ada yang menarik, memang wia akan taip
apa yang rasa nak ditulis. Sebabnya ini cara hilangan rasa streess
dan rindu dalam berblogging.
Lagi banyak kita berkongsi, lagi banyak kita dapat. Percayalah..


Hari-hari perlu kata-kata semangat.
Sebab nak atasi rasa yang tertanggung di hati. Hikss
Hanya Allah yang faham. Dan sentiasalah berdoa.
Semoga dipermudahkan. amin ya rabbal alamin.
Makin hari makin berkeyakinan. tapi otak tepu. Berusaha!!
Salam hujung minggu buat semua :)

Friday, 7 June 2013

Resepi Roti Aiskrim Goreng Special Edition by Me ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..
meh tengok resepi special edition dari wia..Hehe
Jarang-jarang share. Tapi kali ni sebab senang step dia.
Boleh la masuk dalam blog kesayangan..
Ok meh tengok bahan-bahan....


Mudah kan? Ais krim dan roti, sudu dan cawan plastik
Sudukan letak atas roti macam dalam gambar ;)
Double balik dengan roti ..dan..
Gunakan bekas cawan yang bersesuaian...
Dapatla macam nih...dan jeng jeng jeng..Hiks
Dapat la bentuk cecomel macam dorayaki !
Simpan dalam peti ais semalaman sebelum goreng..
Esoknya..keluarkan dari peti ais dan bolehlah goreng satu per satu..Hee
Taraaaaaa!! Dorayaki aiskrim goreng.. ;)
Sedia untuk dinikmati..Setiap kali gigit ais mencair dalam mulut..Yummy!
Zoom sikit..Memang sedapp!
Ok memang entri penuh gambar...
Memang akan jadi santapan seisi keluarga dan tetamu.
In Shaa Allah..Semua komen suka sangat
dengan homemade dorayaki aiskrim goreng wia..Hehe
alhamdulillah.. :') Nikmat dunia...
Psst gambar tak sempat edit copyright by Dawia Honeyputri..

Thursday, 6 June 2013

Salam Isra' Mikraj :)

Bisimillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum ;)
setiap hari bertambah dugaan.. Alhamdulilah.
Allah sayangkan hambanya.
Cuma hari ni banyak bersabar dan terus bersabar.
Mungkin itu yang terbaik.

Pejam celik pejam celik hari ni dah 27 Rejab 1434 H.
Salam Isra' Mikraj buat muslimin dan muslimat.
Tinggal kurang dari 33 hari nak sampai ke bulan Ramadhan.
Sangat tak sabar rasanya,, *mata bersinar*

Eh sebenarnya wia update belog nih sambil-sambil buat persiapan.
Persiapan sikit nak pegi interview. 
alang-alang dah buka belog. Terasa nak menaip. Rindu..

Tak sabar nak habiskan 2 minggu nih.
Lepas tu dah tak payah fikir apa-apa dah.
wia bukanlah seorang yang strees juga kadang tu
macam hilang sabar dan hot temper sikit ja.
Kalau dah lepaskan alhamdulillah memang cara berkesan.

 
Lain orang lain cara stress dia..
macam orang disekeliling wia sekalipun. Mereka ada cara tersendiri
untuk atasi masalah stress. Sebenarnya 
wia bukanlah dalam keadaan tertekan
sekarang. Cuma cam tak ada perasaan
belum buat apa-apa persediaan. Sabar sajalah =P

Yang boleh terkeluar kata-kata stress tu teringat 
adik semalam stress nak VIVA presentation sampai tak tido malam
dan makan. Wia tak stress cuma tak suka kalau
orang bagi tekanan. Haa tu kot stress wia.. haha.

Ok tak ada apapun nak hapdate.
saja curi menaip. Biar ber-hapdate katanya. Sekiann..
nak shut down laptop dah.. Dah lama ON..
Rehat minda, rehat hati, rehat badan..
In Shaa Allah..kita mesti dalam keadaan tenang. ;)

Wednesday, 5 June 2013

Cipta Semangat Luar Biasa! ;)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim 
Kadang-kadang rasa nak marah pulak dengan abam pos laju.
Sebab lambat sangat sampai walaupun katanya di jamin sampai esok.
Hati ni dah la macam-macam rasa. Faham ada yang makan
 masa sehari dua hormon badan pun dah tak menentu..
Harapnya cepatlah sampai barang yang dikirim. Huhu

Ok taknak cerita perkara yang tak best sekarang masuk stori yang best-best.
Rasanya bulan Jun bulan rezeki buat wia
sehingga bulan Ramadhan depan. Harapnya macam tu la
walaupun sambilan. Tapi pengalaman tu yang penting..
eh wia dapat job sambilan.. In Shaa Allah..
minggu-minggu depan makin sibuk. Ecece..



Dengan interview dan kursusnya lagi..
Hiyakk!! Chaiyok-chaiyok dawia!! 
Perempuan dan multi-tasking tak penah nak berpisah. Hiks..
Kadang masa lenggang betul-betul lenggang..
tapi pabila masa sibuk. Memang sibuk betul.
Perancangan Allah sangat comel ;) Subhanallah...

Bersangka baiklah dan berlapang dada. InsyaAllah hati kita akan tenang dan tak ada rasa marah serta dendam ツ

|| Kadang kadang apa yang kita mahu tak dapat, 
tapi apa yang kita tak mahu itulah yg kita dapat || 

Monday, 3 June 2013

Bertukar Wallpaper dan Header Blog ;)

Bimilillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum 
hari ni terasa nak tukar background blog lagi..
Kemudian alang-alang dah tukar 
wallpaper tukar la sekali header blog. Hikss

Sebenarnya wia tak tahu nak hapdate apa..
Kang hapdate pasal wedding memanjang..Jemu pulak kan? ;p
Serius minggu ni dan minggu lepas, banyak jemputan walimatus.

Al-maklum laa cuti sekolah..Hee
Cuti sekolah dengan kenduri kawin 
memang sinonom dengan orang Melayu.
Best sangat tengok. Kalau dalam instagram 
dengan blog mahupun Facebook
memang penuh gambar kawin yang di upload.
Seronok tengok sebab tumpang gembira orang.

Dalam entri lepas, banyak yang tanya bila lagi time wia?
Oh soalan familiar pada anak dara dah 20-an.
Bila nak kawin? Bila nak tunang?
yippy, seronok ada yang ambik berat :)
Bila tu hanya Allah yang tahu..
kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

Sebenarnya petang ni wia sangat bahagia..
Sebab ada kata-kata si dia yang buat hati ini rasa..Allah..
Terharunya.. Moga hubungan ini berkekalan. Amin.
Siapa yang tak seronok lihat orang lain bahagia kan?

In Shaa Allah suatu hari nanti.
Ok blog nampak kemas sikit walaupun 
ada yang masih perlu diperbetulkan ;)
Selamat berblogging.....

Sunday, 2 June 2013

Majlis Sambut Hari Lahir Badrul ;)

 Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Jom sambung entri yang dijanjikan..
sambutan hari lahir dak Badrul si bongsu.
kali ni memang meriah sikit sambutannya..

Maklum laa adik bongsu. Anak kesayangan mak ayah..Hee ;)
Sebelum tu nak ucap welcome bulan Jun..
dah masuk bulan baru kan? Harap semuanya berita yang baik-baik.


Sederhana..tapi meriahh :p

Masa tiup lilin dalam gelap :'D

mak dan adik ;)

Sesi wajib..cium dan bersalaman ;)

ayah yang malu campur geli nak dicium Badrul..Hee

Ok gambar wia dan dak Fadli.. nanti-nanti la masukkan ;p
Selamat Hari Lahir adik.. Untung dapat hadiah jam tangan 
dan bakal dapat hadiah basikal ;)

Moga panjang umur dan sentiasa ceria..Jangan nakal-nakal..
Fuhhh..Sekarang makin malas nak menaip blog.
Lebih rajin instagram sekarang..Upss..

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi