Friday, 31 August 2012

Merdeka!! 55 tahun - Bumi Malaysia :')

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Seronoknya bila dapat cuti panjang sempena Hari kemerdekaan.
Boleh la rancang cuti² bersama keluarga ..Hehe
Seronoknya tinggal di bumi Malaysia yang harmoni, aman dan damai.
Beruntung 3 kaum besar boleh hidup bersatu
dalam satu negara. Subhanallah..

Sebagai anak Malaysia..wia beruntung hidup aman selesa
dan bebas melakukan apa saja selagi tak menyalahi undang² dan agama..
Memandangkan semangat cintakan negara dah berkobar² dalam hati..
Jom semarak Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang.
Bendera kebanggaan Malaysia :)

Jalur Gemilang - Merdeka !!

Cantik google hari ni ;) Bunga raya..

Bunga raya warna merah menjadi lambang.. Bangga =D
Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
Beruntung hidup tenang tanpa dijajah oleh orang luar..
harapnya poloitik tak menguasai pemerintahan. Amin ~

Sempenan hari Kemerdekaan ni, wia dan keluarga tak sambut dimana²..
hnya semangat kibarkan jalur gemilang di luar rumah.. 
Besar bendera ayah pacak kat pintu pagar depan.. Heheh
Selain tu, hnya menonton perarakan di dalam tv..
warna warni..cantik! Sayangnya entah kenapa 
rasa macam tak semeriah dulu²..

Perasaan wia atau orang lain pun begitu? Hmmm -_____-
apapun hari ni cuti peristiwa. ramai yang bercuti.. Jom jalan²..!!
salam kemerdekaan dari wia.. Untunglah lahir sebagai anak merdeka.
Jauh dari ketakutan dan darurat. Insha Allah..
Merdeka ! Merdeka! Merdeka !
Sayanggg bumi Malaysia.. Tanah air tercinta :)
31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2011 - 55 tahun

Wednesday, 29 August 2012

Bunga Api di Hari Raya :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..
Hadoii dah berselang entri tidak sekerap dulu time zaman muda mudi..
Blog selalu update. Sekarang masa terlalu pantas berlalu..
Biarpun begitu.. wia nak kongsikan riang ria ribena raya..
#Tak ada kena mengena dengan air Ribena..
Bermain bunga api di hari raya kedua bersama sepupu sepapat ='P
Oh nikmatnya... Termasuk wia jadi kanak kanak.. * Bushing
 
Walhal mak sedara dan bapa sedara kemain ramai tau tengok ;)
Haha depa kata kanak kanak paling dewasa 
berumur 23 tahun dan kebawah..
Ups! Apa nak dihairankan..Bukan jadi mak budak pun lagi ;p
Dunia kan indah belaka..Tanpa fikirkan hal² itu sambil main bunga api
kalah budak² sekolah rendah dan tadika.. Erkk (-____^) v
Sedikit gambar wia kongsikan untuk menaikkan 
mood raya yang masih berbaki dalam hati ;)

Bahagia sungguh main bunga api :)
Paksu pun kemain main mercun pop pop - ada gaya tu ;)
Sepupu - dak Aiman pun ceria nampak gigi besi =D
wia dan adik bongsu - tengok, cam sebaya ja kan ;)
dak nana pun gigih main dengan ria nya :)
main jangan tak main sampai letih :P
Bestnya berhari raya..Hehe . Sakan sungguh raya kali ni...
Meriahnya sukar digambarkan.. 
Harapnya berterusan hingga tahun² akan datang.. Amin ~
Sukanya......
:)

Saturday, 25 August 2012

Syawal 1433H - Raya sakan ! :D

Assalamualaikum dan Selamat hari raya Aidilfitri 2012 :)
Walaupun agak lambat nak menaip entri sempena raya
kerana saja menyibukkan diri beraya katanya..ƗƗɐƗƗɐ...ƗƗɐƗƗɐ...ƗƗɐƗƗɐ "̮ ♡̬.
biarlah nak tengok ada blogger yang rindu ke tidak...

Raya tahun ni memang raya sakan ;)
Sampai² raya ke-7 pun masih meriah macam raya pertama..
Tu yang seronok tu.. Bab makan memang suka nak stori.
Memang kenyang sepanjang hari. Semua jenis makanan dah rasa.
Tolak Sate saja belum ;p tunggu masanya saja..
Kalau diet memang entah kemana lagi..
 Paling kerap ditegur badan naik dan banyak makan..Hoho

Memang syok lah berhari raya.. Sebulan berhari raya.
Tak kira lagi Open House..Sana sini dapat jemputan.
Rezeki melimpah ruah.. Syukur :')
saling bermaafan dan saling berkunjung amalan mulia..
Syoknya Raya !! salam lebaran buat sahabat blogger..







Alhamdulillah masih dapat beraya dan makan biskut raya 
sedap² bersama keluarga tercinta. Wia masukkan gambar sikit 
dalam entri ni sebab dalam facebook dah masukkan gambar selebihnya ;) 

Selamat hari raya Aidilfitri 
Maaf zahir & Batin dari wia dan keluarga.....
Ps, warna warni baju raya kami 
sekeluarga tahun ni. Tak ada tema..Hee

Friday, 17 August 2012

Salam Raya Aidil Fitri kalian :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Lebaran kian dekat. Ramai yang sibuk 
buat persaiapan raya di saat² akhir..
Sampai² wia sendiri tak sempat nak blogging 
dan jalan melawat blog rakan²  sebab
sibuk gotong royong bersih rumah itu dan ini..
Anak sulong katanya ;)

Jalan raya pun dah makin sesak dengan kenderaan
teringat tahun lepas 12 jam terperangkap dalam bas yang gerak perlahan.
Berkebas dan lenguh badan jugak dalam bas. 
Bayangkan sebab sesak  boleh kira pokok² dekat sit satu persatu
Sampai naik bosan. Alhamdulillah..hari ni tak payah bersusah.
Sebab dah ada kat rumah..Boleh berkemas dan buat biskut dengan
riang rianya..Teehee. Selesai buat biskut. 
Cuma nak pasang langsir dan sarung sofa je lagi.

Malam ni dah pengumuman raya..
Cepatkan masa sebulan, Ramadhan dah kian  malbuhkan tirai :(
Disempatan bulan baik ni wia nak ucapkan...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari wia sekeluarga 
buat kalian yang ada terguris hati, mana tahu wia ada terkasar bahasa.
Wia mohon maaf ye dan wia sendiri maafkan
 apa² yang telah buat hati wia terluka :)
Nak gembira dan tak mahu bermasam muka
 fikirkan hal ² yang  sedih, marah dan kecewa.
Dan dengan itu saja wia buatkan satu kad raya yang sangat ringkas 
untuk dikongsi sebagai tanda ingatan tulus ikhlas wia :)

:)
Amin Ya Rabbal alamin.
Ramainya yang sibuk mengemas rumah dan membakar biskut dan kek
dah tak sempat nak online. Teehee ;)
Sehari lagi insha Allah......
Moga kita perbanyakkan amalan bulan Ramadhan ~

Wednesday, 15 August 2012

Tat Nenas Kegemaran Cinta dan Saya :)

Assalamualaikum dan Selamat 1 Malaysia :)
Dekat² nak raya saja wia menyibukkan diri 
dengan membakar biskut kegemaran.
Salah satunya adalah tat nenas. Ni baru pertama kali buat untuk tahun ni.
Selalunya wia atau mak akan beli je ;)

Entah macam mana hati ni tergerak nak buat tahun ni.
Memandang wia suka sangat. Termasuk la incik dear pun minat. Teehee..
Memang patut kena belajar buat supaya senang masa hadapan =P
Rupanya mudah je uoOls, kalau kena pada caranya.
alhamdulillah wia menjadi baut.
Tak gebu sangat dan tak hangit cam selalu.. Upss!! Hee
Hangit pasti ada kalau² terlepas pandang oven.

Nyum nyum.. Biskut ni dicari setiap kali beraya ;)
Warna keemasan yang cantik ;)
Tampak biskut lebih sedapp.. Jem yang tak terlalu manis sangat
mermang sesuai dengan citarasa wia..
Mermandangkan kami berdua yakni wia dan incik dear suka..
Kena betul² buat tat ni selalu ler..

Syukur ada adik² tolong buat hari ni..
dapat la 100 biji comel² tat wia..
Sebab acuan kecik je;)
Besar sangat pun gerun nanti kata adik bongsu wia..
Betul jugak kan? Nasib tak gebu sangat tat nenas
yang pertama kali wia buat dan  belajar ni..

Ok adik² dah mula cuti sekolah sempena raya..Bestnya !!
Hooyeh keriangan raya kian terasa..
Selamat membuat persiapan hari lebaran kalian :)
P/s : Rindu orang jauh......
Guna jem stroberi pun sedapp..
Teringat makan dekat umah kawan ayah haritu.
Nanti nak cubalah... Happy Blogging ~
 

Tuesday, 14 August 2012

Resepi Biskut Chipsmore Coklat :)

Assalamualaikum dan Salam manis dari cik empunya blog :)
Fiuhh tarik nafas dulu sebelum menaipsebab hari ni 
wia dah siapkan 2 jenis biskut dalam satu hari.
Semangat nak sambut lebaran 2012 katanya :)

Hari ni wia cuba resepi baru..
Nak tahu apa? adik² wia gelar biskut ni biskut Chipsmore..Hikss
Nama biskut ni adalah  Biskut Chocholate Chips.. Sesuai la kan..
Sebab ala² biskut chipsmore. tapi belum setanding
 rasa biskut Chipsmore yang sebenar. Teehee

Wia pun baru cuba².. Pertama kali katanya.
tapi enjoyy laa. walaupun masih ada kekurangannya ='P
Ok ni wia nak kongsikan resepi Biskut Coklat Chip ni ye..
Lebih Chip Coklatt..Heh

Biskut dari air tangan wia ;)

BAHAN BAHAN (100 BIJI)
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 450g tepung gandum

CARA-CARA

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit 

Yummy..rangup seperti biskut sebenar :)

    Cubalah sendiri ;) Pasti ada kelainan..
    Adik² wia pun suka.. Insha Allah boleh la buat lagi nanti..
    Selamat mencuba.. Cookies panas dari oven..Sedapp !
     

    Tradisi Hantar Kad Raya :)

    Assalamualaikum dan salam 25 Ramadhan 1433 H :)
    Pantasnya masa dalam sedar tak sedar kan?
    Mesti ramai yang dah buat persiapan nak sambut lebaran kan?
    Wia sendiri macam terlupa nak menaip entri tentang kad raya.
    Tradisi waktu di zaman bangku sekolah.

    Sekarang duni dah makin canggih. ditambah pulak 
    dengan harga setem yang naik sekarang,
    Dah memang jarang orang yang pos kad raya.
    Memang kenyataan sekarang. dari kad raya 
    yang kreatif dengan kaler dan design pelbagai..

    kad raya

    Bertukar kepada gambar senndiri, di olah cantik.
    Dan disertakan ucapan..Lalu di TAG pada sesiapa yang ditujukan.
    Lebih mudah, jimat kos dan lagi cepat :)
    Setuju tak uOls?

    Memandangkan hari ni dah pun 14 Ogos, 
    memang sesiapa yang hantar kad raya atau sebarang pos hari ni,
     berkemungkinan besar akan sampai lepas raya 
    sebab incik posmen pun nak cuti berhari raya jugak ;p

    Nasib wia dah hantar awal² minggu lepas. 
    Harapnya dah sampai pada si penerima.
    dalam kecanggihan IT dan zaman yang moden.
    Wia masih nak kekalkan tradisi menghantar kad raya tanda ingatan
    rasa macam "Limited Edition" gittu. Hikss.

    Selamat menjalani ibadah puasa.
    Pada yang buat kuih raya , berhati² ye..
    kalau di perantauan mesti tak sabaq nak balik kampung halaman.
    Teringat kenangan lama...Indah kelat semua ada.
    Ps, pagi tadi ayah tanya result interview.
    Wia jawab belum ada rezeki agaknya -____-

    Sunday, 12 August 2012

    Suasana Seminggu Sebelum Raya #2012 =)


    Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
    Lagi seminggu nak raya..Hujung minggu macam ni
     ramai yang ambik kesempatan keluar membeli belah kan?
    Ada yang sibuk di dapur buah biskut raya..
    Tahun ni wia tak berapa nak pulun buat biskut sangat.
    Sebab tunggu adi adik sebagai assistant buat sama sama.
    kalau tak mesti letih buat sorang sorang.. Hee

    Insha Allah esok dak Nana balik kampung.
    Boleh la buat biskut ramai ramai. Dengan adik bongsu dak Badrul 
    pun rajin tolong. Semangat dia.. Semalam sempat buat sejenis biskut ! =D
    Biskut Fancy Aiskrim.. Mudah saja sebab tu try buat.
    Cuma ada separuh wia dah celupkan dalam coklat dan setengahnya belum.
    Best pengalaman buat biskut raya ni.. Meriahh ;)

    Biskut Fancy Aiskrim :)
    Next biskut seterusnya dalam minggu ni nak buat satu persatu.
    Memandangkan masih free dan belum bekerja ni. 
    Nak hayati saat saat nak sambut Syawal di kampung halaman sendiri
    memandangkan tahun lepas tak brkesempatan.

    Semalam kongsi gambar biskut ni.. 
    Ternampak gambar biskut member dalam Facebook.
    Terus minta resepi. Mana tahu boleh 
    cuba resepi baru untuk tahun ni ;) Hiksss..

    Ayah wia pun dah mula pasang pelita.
    Pasang lampu lip lap lip lap..Hee. Kasi meriah dengan lampu warna warni
    Dan terang lagi diserikan dengan mentol pada pada pokok :)
    Okies wia nak blogvespaking dulu.
    Selamat menjalani ibadah puasa.. (",)
    ps: Rasa nak ubah background blog..

    Friday, 10 August 2012

    Iklan Bernas sempena Raya 2012

    Assalamualakum dan Salam Sayyidul Ayyam :)
    Menjejak hari hari terakhir Ramadan 
    yang cukup cepat masa berlalu
    sampaikan wia sendiri tak sempat
     blogvespaking blog kawan kawan.
    Itu bezanya tinggal di rumah dengan tinggal
     di hostel mahupun rumah sewa.

    Sibuk sungguh ! :D  Yang bestnya dapat 
    berpuasa dan bersahur bersama 
    keluarga tercinta. Bukan ini yang wia nak 
    stori tapi pasal Iklan raya Bernas.

    Memang heboh di laman sosial blog dan dan Facebook.
    Wia sendiri dah pun menontonnya.,,Sebagai insan hati mana tak 
    sedih dengan jalan penceritaandua orang budak yatim piatu. 

    Yang mana oarang istimewa pulak tu :(
    Sedih sungguh..Bersyukur ada apanya kita sekarang bersama
    keluarga tercinta #Syukur alhamdulillah..


    Wia nampak ada kelebihan disebalik kelemahan
     yang Allah bagi pada seseorang.
    Beruntung kita yang sempurna sifat 
    walaupun mustahil sempurna di mata Allah..

    Jalan penceritaan yang baik dan nasib baik ada yang baik hati
    tolong tumpangkan :') memang emosi tengok iklan ni..
    Ada insan yang tak bernasib baik macam kita..
    Bersyukrlah apa ada nya..
    Syabas Bernas (",) Jalan penceritaan yang baik.

    Wednesday, 8 August 2012

    Sepuloh Malam Terakhir..

    Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua :)
    Bila baca komen komen entri lepas, wia tak perasan pulak Datuk LCW
    termasuk dalam entri mantan roomate ='p
    Walhal nak selitkan kejayaan dalm Olompik merangkul pingat Perak.
    #Bila ditegur wia pun naik seram pernah 
    ber-roomate dengan Datuk Lee Chong Wei.. Hikss

    Bila dekat dekat dengan raya, agak sibuk sikit.
    Sekejap maasa berlalu kan?.. Lagi 10 hari lagi kita di bulan puasa..
    Banyak persiapan yang kena buat.. uoOls pun sama kan?
    Pusat bandar pun dan penuh orang shopping sana sini..
    Meriahh ;) Ada yang dah buat kuih raya..
    Wia pun belum buat sejenis pun lagi.. # Baru belek resepi..

    Insha Allah hujung minggu ni baru nak mula main tepung, mentega dan gula.
    Teruja pulak kan nak sambut raya setahun sekali..Hehe
    tapi jangan lupa pertingkatkan amal ibadah di minggu minggu terakhir :)
    dan wia masih tertunggu tunggu sesuatu dan hanya Allah yang tahu..
     Berdoa lah...........


    Moga Allah dengar doa hamba Mu ini...
    Amin Ya Rabbal Alamin..
    :)

    Tuesday, 7 August 2012

    Cerita Mantan² Roomate Ku ツ

    Assalamualaikum dan Salam Nuzul Quran 
    buat muslimin dan muslimat :)
    Pejam celik pejam celik dah masuk 17 Ramadhan 1433H..
    Betul kata orang, bila dah sibuk , blog boleh terabai.
    Banyak yang nak diceritakan dalam dua hari ni..

    Seperti yang wia pernah bagitau  sebelum ni, wia nak coretkan entri tentang
    bekas rakan  rakan sebilik sepanjang tujuh semester sepanjang wia belajar.
    Bak kata mak, setiap semester pasti wia bertukar roomate.
    Kebetulan atau suratan? Hanya Allah yang tahu.
    Maka bermacam macam ragam yang wia pernah lalui..
    Kenangan pahit manis, biasalah lumrah kehidupan.
    Meh nak perkenal sorang sorang.

    Hostel 
    Semester pertama: kak atie nazirah, tua setahun dari wia.
    Semester kedua dengan : Ida, muda setahun dari wia.

    Ninie Aziz
    Semester ketiga dengan ninie muda dua tahun


    Semester ketiga, kiera muda dua tahun.

      Rent House

    Semester keempat dan kelima dengan syaz tua setahun dari wia.
    Semester keenam dengan ira, muda dua tahun.

    Semester ketujuh dengan kak nora shima, tua tiga tahun dari wia..

    Suka duka biarlah ia tercatat rapi dalam hati.
    Ini mereka, yang pernah jadi sebahagian roomate wia.
    Entri mengenang zaman belajar..Hekhek


    Tahniah Datuk Lee Chong Wei..
    dalam sukan Olimpik London 2012..
    Pingat Perak! Bangga rakyat Malaysia :D

    Dua orang roomate wia tak dapat jejak gambar sebab tak sempat snap ;p
    Insha Allah kalau ada nanti wia letak. Saja nak perkenalkan mereka..
    Entri khas..Boleh jadikan kenangan kalau2 kalau depa ada terbaca blog wia.
    :)

    Saturday, 4 August 2012

    Nasi Ulam, Air Tangan Orang Lama ;)

    Assalamualaikum dan salam ramadan ke15 :)
    Semalam berpeluang berbuka puasa dengan 
    sedara mara dan tok, tokwan sebelah mak pulak.
    Sekali lagi meriah berbuka puasa dengan aneka juadah
    yang pastinya memang enak² belaka.

    Salah satunya memang jarang didapati kecuali
    di bulan puasa yang mulia, tok akan sediakan
    nasi ulam. uoOls pernah dengar tak? Hee
    Wia selalu makan tapi setahun sekali aja lah.
    Sebab ini makanan orang lama katanya..

    Nasi ulam juga dikenali dengan nasi sampah.
    Dngar macam pelik kan?
    Tapi bila tok sebut nasi sampah..
    terus sepupu² wia tak gemar nak makan.
    Walhal nasi ini hanya nasi putih yang digaul dengan 

    pelbagai jenis ulam²an dan 7 ke 8 jenis.
    Yang pastinya makan yang berkhasiat.
    Sedapp tau.. Sehingga menjilat jari ;)
    nak² dimakan dengan asam pedas keladi dan
    ikan gelama masam.. Terangkat nak habaq mai ( ^^,)

    Nasi Ulam :)
    Asam pedas Keladi..Feverett ! :D
    Gambar dari google : Ikan gelama masam..Pergghhh ;)
    Sekali makan pasti nak lagi...Sunguh menaikkan selera tau..
    Cubalah pastinya ia mudah disediakan disamping berkhasiat.
    pasal entri ex² roomate wia tu hold dulu ye..
    Ni pun baru sempat update blog..Teehee :D
    Selamat menunaikan ibadah puasa..

    Friday, 3 August 2012

    Dosa lalu..tuhan ampunkan diri ini.. :(

    Assalamualaikum dan Salam penghulu segala hari.
    Puji pujian hanya pada Allah yang Maha Esa.
    Sekejap masa dah pun masuk Jumaat kedua..
    Bermakna dah 2 minggu seluruh umat Islam berpuasa :)

    Tiada yang lebih indah, dapat bersama² bersahur dan 
    berbuka dengan insan² tersayang..Dengan si dear..
    Insha Allah tahun² yang mengizinkan. Jika umur panjang :)

    Sentiasa lah tersenyu dan dapatkan segala pahala yang banyak
    sebaik mungkin. Kerap kali wia dengar ustaz² mahupun orang²
    yang berilmu menyebut ni tanpa jemu..

    "Hablum minna Allah"
    "Hablum minna nas"

    Yang bermaksud harus menjaga hubungan baik dengan Allah
    dan menjaga hubungan baik dengan manusia.
    Penting sekali dua hubungan ni dalam dunia ni..

    Wia juga manusia biasa. Yang tak pernah lari dari buat silap.
    Alpha, dan punyai sikap mazmumah.
    Pernah juga bergaduh sesama manusia. Sedihnya tika ini...
    bila fikirkan masa dulu....Jahilnya wia..

    Tapi nak buat cemana, perkara yang lepas dah pun berlaku.
    Hanya maaf berkali² wia boleh buat pada orang² yang wia buat salah.
    Entah sudikah mereka maadkan wia..
    Bukan niat nak bergaduh dan bermasam muka.
    Hanya Allah yang tahu. Kebanyakkan hanya salah faham..
    Hanya Allah yang tahu. Wia juga silapp..
    Maafkan kekhilafan ini....Bukan maksud wia sebenarnya.
    Berdoasanya wia........tapi....
    Sekarang.. wia hanya nak..
    Moga doasa² yang lepas diampunkan Ilahi.. 
    Amin Ya Rabbal alamin...
    Insha Allah lepas ni wia makin dewasa.
    Lebih kenal asam garam kehidupan.
    Sabar dan tabah itu kunci yang penting..

    P/s : Dewasa ini wia mula terfikir dosa² semalam....
     Berdosanya wia.....Ehemm lepas ni nak update
    pasal ex-roomate dari sem satu sampai sem tujuh. :)

    Wednesday, 1 August 2012

    Ogos, Hari Pertama Cubaan dan Dugaan..

    Assalamualaikum dan Salam Keceriaan :)
    UoOls sihat? Wia baru berkesempatan nak mengupdate blog kerana seharian
    semalam sakit kepala kuat sejak pagi.. Sampaikan tak boleh nak buat 
    aktiviti seperti biasa. Cabaran dugaan bulan Ramadhan..

    Itu baru sakit sikit, dapat bayangkan manusia terpilih yang 
    diberi sakit seperti  berat seperti buah pinggang,
    sakit jantung dan sakit teruk yang lain.
    Mintak di jauhkan dan diberi kesihatan yang baik untuk
    menjalani ibadah puasa bulan yang mulia.

    Wia tertarik dengan satu Quotes memandangkan
     ada kena mengena dengan hari nie.
    Hari ni 1 Ogos bermula bulan baru yang wia harapkan bulan rezeki..
    Memandangkan hari ni baru balik interview.. Nebess laa ;) 


    Pilihlah yang memilih mendekati kita dengan cara yang penuh hormat..Jika dia mampu menghampiri kita dengan penuh rasa hormat, maka dia juga akan menjaga kita dengan penuh hormat :)

    Kata kata di atas memberi makna mendalam buat wia... 
    Kalau uoOls setuju, boleh la komen :)
    Bulan malam ni, bulan penuh.. Cantik!!
    Subhanallah.... Terang benderang malam ni..
    P/s : Wia harap wia suksess dengan temuduga hari ni..
    Dup dap dup dap..Minggu depan tunggu jawapan..


    Moga wia mendapat cahaya itu..Amin :)
    Doa doakan..Setakat ni dulu entri pendek wia buat kali ni..
    Rindu nak blogvespaking blog kawan kawan..
    Welcome August, Bubye July...

     
    Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi