Sunday, 12 August 2012

Suasana Seminggu Sebelum Raya #2012 =)


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Lagi seminggu nak raya..Hujung minggu macam ni
 ramai yang ambik kesempatan keluar membeli belah kan?
Ada yang sibuk di dapur buah biskut raya..
Tahun ni wia tak berapa nak pulun buat biskut sangat.
Sebab tunggu adi adik sebagai assistant buat sama sama.
kalau tak mesti letih buat sorang sorang.. Hee

Insha Allah esok dak Nana balik kampung.
Boleh la buat biskut ramai ramai. Dengan adik bongsu dak Badrul 
pun rajin tolong. Semangat dia.. Semalam sempat buat sejenis biskut ! =D
Biskut Fancy Aiskrim.. Mudah saja sebab tu try buat.
Cuma ada separuh wia dah celupkan dalam coklat dan setengahnya belum.
Best pengalaman buat biskut raya ni.. Meriahh ;)

Biskut Fancy Aiskrim :)
Next biskut seterusnya dalam minggu ni nak buat satu persatu.
Memandangkan masih free dan belum bekerja ni. 
Nak hayati saat saat nak sambut Syawal di kampung halaman sendiri
memandangkan tahun lepas tak brkesempatan.

Semalam kongsi gambar biskut ni.. 
Ternampak gambar biskut member dalam Facebook.
Terus minta resepi. Mana tahu boleh 
cuba resepi baru untuk tahun ni ;) Hiksss..

Ayah wia pun dah mula pasang pelita.
Pasang lampu lip lap lip lap..Hee. Kasi meriah dengan lampu warna warni
Dan terang lagi diserikan dengan mentol pada pada pokok :)
Okies wia nak blogvespaking dulu.
Selamat menjalani ibadah puasa.. (",)
ps: Rasa nak ubah background blog..

2 comments:

  1. Saya tag awak dalam GA yg saya join .
    harap sudi juga

    http://oppa-sites.blogspot.com/2012/08/random-giveaway-saya-nak-kad-raya-dari.html

    ReplyDelete
  2. weee nmpak sedap bskut tu. nk kne g rye umah wia nihhh :)))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi