Tuesday, 14 August 2012

Resepi Biskut Chipsmore Coklat :)

Assalamualaikum dan Salam manis dari cik empunya blog :)
Fiuhh tarik nafas dulu sebelum menaipsebab hari ni 
wia dah siapkan 2 jenis biskut dalam satu hari.
Semangat nak sambut lebaran 2012 katanya :)

Hari ni wia cuba resepi baru..
Nak tahu apa? adik² wia gelar biskut ni biskut Chipsmore..Hikss
Nama biskut ni adalah  Biskut Chocholate Chips.. Sesuai la kan..
Sebab ala² biskut chipsmore. tapi belum setanding
 rasa biskut Chipsmore yang sebenar. Teehee

Wia pun baru cuba².. Pertama kali katanya.
tapi enjoyy laa. walaupun masih ada kekurangannya ='P
Ok ni wia nak kongsikan resepi Biskut Coklat Chip ni ye..
Lebih Chip Coklatt..Heh

Biskut dari air tangan wia ;)

BAHAN BAHAN (100 BIJI)
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 450g tepung gandum

CARA-CARA

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit 

Yummy..rangup seperti biskut sebenar :)

    Cubalah sendiri ;) Pasti ada kelainan..
    Adik² wia pun suka.. Insha Allah boleh la buat lagi nanti..
    Selamat mencuba.. Cookies panas dari oven..Sedapp !
     

    2 comments:

    1. cumill gilak susunan chips 2!
      mcm nk msok perbarisan jah, seragam! :P

      ReplyDelete
    2. woahhh kite leh wat sndiri yaaaa ok nk try!!

      ReplyDelete

    selaMat berkoMen ;) ♥

     
    Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi