Wednesday 20 March 2013

Beza tentang Adat Perkahwinan Dulu dan Sekarang :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Dah lama nak taip entri ni tapi macam tak berkesempatan 
dan hari ni wiasaja menaip pasal entri kawin ;)
Macam best kan. Jom jenguk apa yang beza dulu dan sekarang..Hiks

1. PELAMIN

Pelamin Dulu-Dulu

Dulu-dulu orang melayu ada yang tak sanding atas pelamin. Akad nikah selesai. Kalau nak sanding, boleh sanding bawah pokok …Letak kerusi dua buah. lepas tu buat back drop daun kelapa, pintu gerbang pun dari daun kelapa. Dah siap! Mudah dan jimat kos! *Senyum *

Pelamin Sekarang  

Pelamin sekarang ada macam-macam style dan nampak mewah dan moden. Ada jenis ber-panel, tiang rom la, tiang parsi la..pelamin telur la..macam-macam. Harga pun sampai cecah ribu ringgit. Kerusi pun dah up to date. Guna sofa, kerusi cleopatrala, kerusi sampan..sofa tinggi la..macam-macam. Yang penting ada duit, semuanya jadi…susah nak jumpa pelamin yang berkonsepkan adapt melayu dulu-dulu. means macam pelamin diraja ke. Pelamin ukiran kayu ke..semuanya banyak style English..


2. HANTARAN

Dulu-Dulu

Walaupun time tu saya masih kecik-kecik, wia masih ingat dulu-dulu orang bagi hantaran kebanyakannya gula, garam, syumi, gula-gula, buah…gula dan garam tu buat bentuk macam-macam. Jadi lada merahlah, jadi sotongla (guna span), sumi pulak gubah bagi jadi macam buah jambu air. Kreatif! Kalau sekarang bagi gula dan garam..Macam tak gah kata orang ;)


Sekarang

Sekarang ni style hantaran semuanya memerlukan banyak belanja. Hiasan untuk hantaran saja dah cecah ratusan rinnggit. Manik berantai, fresh flower, artificial flower dan macam-macam. Dulang hantaran pun macam-macam style sekarang. Jenis sarngkar lah, raga lah.. Itu belum campur dengan barang hantaran yg semuanya “modern” style. Beg tangan, kasut dan wangian maybe kedengaran biasa. Tapi kalau i-pad, i-phone. Laptop semua tu kira hebatlah kan? Untuk hantaran sajapun boleh cecah ribuan ringgit.


3. BUNGA TELUR

Dulu-Dulu

Dulu-dulu bunga telur semua orang buat sendiri jer. Guna crepe paper, straw, plastic, macam-macam. Jimat kos. Lagipun bila ada kenduri, ramai jiran tetangga yang kasi bunga telur. Tak perlu nak buat banyak-banyak. Simple jer tapi best sebab boleh tengok macam-macam style bunga orang buat. Dulu, hidup bermasyarakat tu best dan erat. Tak macam sekarang. Jiran sendiripun belum tentu kenal. Bunga telur dulu cucuk dekat batang pisang atau buah betik je. Jimat..tak yah nak beli bekas pahar tu..

Sekarang

Bunga telur lebih moden. Harga pun dalam seringgit gak sebatang. Orang suka beli je sekarang, malas nak buat dah. Beli-belipun, harga mahal jugak. bekas cucuk bunga telurpun orang beli. Mana lah nak jumpa batang pokok pisang dekat Bandar ni ha..kalau adapun, orang malu nak guna..;)

4. BAJU PENGANTIN

Dulu-Dulu

Dulu-dulunya style lebih classic dan memang macam baju tradisi orang melayu. Kebaya, songket, kebarung dan kurung. Selalu orang tempah atau jahit sendiri je. Xcrowded sangat. Jarang orang sewa. Siap pinjam2 pun ada. Agaknya time tu butik pengantin xbanyak kot. Tapi suka jugak wedding dress dulu2..simple, klasik dan nampak lebih kemelayuan. 

Salah satu contoh ;)
Sekarang

Sekarang  style wedding dress memang cantik-cantik.Tapi fesyen memang bukan sepenuhnya tradisi melayu la... Even baju kebaya dan baju kurung pun dah design macam style kebudayaan lain. Nampak elegance dan cantik tapi harga pun cantik juga ;). Sewa pun mahal rasanya. Huhuhu…kalau ambik pakej siap semua benda pun ribu riban jugak ye.

5. INAI

 Dulu-Dulu 

Orang pakai Inai dekat jari je. Ambik daun inai dari pokok tu. Selalu inai daun ni warna cantik dan kekal lama. Warnapun merah


Sekarang

Orang melayu ni suka tiru style budaya lain pakai inai. Lukis inai dah macam inai orang india dah. Ada setengah ustaz cakap, dah macam tatoo. Cantik ke? tak tahulah bagi korang. bagi saya tak cantikpun. Certain orang pakai inai bagi jadi warna hitam, bukan merah. Hmm..macam2 style ye sekarang nih. Dah jauh benar dari adat melayu dulu-dulu... Yang ini pun kena duit jugak nak suruh orang lukis inai..




6. KENDURI

Dulu-Dulu

Majoriti orang buat kenduri dekat rumah sendiri. Makanan pun disediakan secara bergotong-royong. Time dulu hidup bermasyarakat ni memang kuat bond nya. Ada saja saudara mara dan jiran tetangga yang datang menolong. Best kenduri dulu2. Makanpun secara berhidang. Rumah pengantin memang riuh rendah dengan kunjungan orng ramai, Best! dekat kampung masih banyak lagi yang buat kenduri di rumah sendiri dan secara gotong royong. Boleh bersembang dan bertegur sapa tanpa rasa kekok. tak rasa formal pun. best sesangat! Dekat bandar semua ni  dah tak ada.


Sekarang

kenduri banyak guna khidmat katering dan buat dekat dewan. Mungkin faktor tak ada siapa nak tolong, masalah kesesakan laluan ke rumah dan banyak faktor lain, dewan adalah pilihan utama di kawasan bandar. Katering memang yalah...susah nak jumpa jiran dan saudara mara yang ikhlas menolong macam dulu2. Dekat bandar, semangat kejiranan tu tak kuat macam di kampung =( . Sewa dewan, upah katering semuanya memerlukan belanja yang tinggi. Boleh cecah belasan ribu ringgit hanya untuk dua benda ni aje..

7. FOTOGRAFI

Dulu-Dulu

Selalu gambar kawan-kawan tangkapkan. Tangkap pun masa hari kawin je. Itu je. Outdoor semua tu tak ada. Yalah, kamera dulu-dulu manalah canggih mana. fotografer pun tak ada. Main snap sendiri je. tapi cukuplah..ada jugak gambar kawin yang boleh disimpan untuk kenangan.

Sekarang

Dah banyak pakej fotografi perkahwinan. untuk pre-wedding lah, engagement lah, nikah, resepsi, outdoor, bertandang. Semua ada. Tunggu keluar duit je bayar. nak album macam manapun boleh pilih. sticky album, custom album..story book..semua ada. Dan service nya tentu sekali terbaik sebb memang fotografer berpengalaman kan. pandai cari dapatlah gambar yang cantik2. nak buat video pun boleh. Untuk ini saja pun boleh cecah ribu ringgit jugak.huhuhu...


8. KAD KAHWIN 

Dulu-Dulu

Kad kahwin jenis kertas A4 lipat empat yang fotostat. tapi yang zaman sebelum tu xpasti pulak saya, panggil mulut je kot. maklumlah..semangat kejiranan tinggi, majoroti orang sekampung tahu rumah masing2. Tapi dekat kampung saya masih banyak lagi kad kawen macam ni. simple dan murah. memang majoriti kad kahwin dekt kampung saya mcm ni.hehehe..Takpe, yang penting ikhlas mengundang =)


Sekarang

Dah jadi trend kad kahwin cantik-cantik. Jenis ada gambar sendiri la, boleh buat kalendar lah..macam-macam. harga pun mahal jugak. Untuk kad kahwin pun boleh cecah 1k jugak kalau dibuat dalam 1000 cetakan. huhuhu..tupun dah devide pada dua pihak. Sebab tu setengah orang suka undang dekat facebook je. nak pos kad pun, setempun paling kurang 60 sen. itu harga setem. 

Kalau ikutkan..banyak lagi benda yang nampak perbezaan tentang adat perkahwinan dulu dan sekarang. Kadang-kadang rasa macam adat yang bebankan diri untuk kahwin, tapi bila difikir-fikir balik, kemodenan adat tu yang buat kos perkahwinan melambung tinggi.

 Sebab tu majlis kenduri untuk satu pihak saja paling kurangpun boleh sampai belasan ribu ringgit. Ada jugak sampai puluhan ribu ringgit. Mana tak ramai pasangan sekarang tak buat pinjaman peribadi untuk kawin. Banyak betul kan? Sekadar perbandingan peribadi. ukur bajet di poket sendiri. kalau mampu, buat,tak mampu buat yang wajib je. Yang penting kehidupan lepas kahwin mesti kena ada simpanan duit. Itu yang paling penting...Ini pendapat wia saja ye. Tiada mengena yang hidup atau dah meninggal ;)

4 comments:

  1. sekarang kos kahwin memang mahal

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:24 pm

    sangat setuju dengan pandangan dulu dan sekarang,... zaman sekarang insan itu sendiri yg bermasalah kerana terlalu mengejar peredaran masa..

    xsalah kita bt ja stail kita sendiri... tengok duit poket ada berapa.. xpayah smpai berhutang2..

    cukuplah buat ala kadar..

    bg saya, makanan untuk tetamu yg datang adalah lbh baik untuk diutamakan.. kerana tetamu pulang dengan senang hati dan akan mendoakan yg terbaik untuk pengantin..

    dari duit untuk makanan itu di focuskan kepada benda2 yg xberapa penting (ex-pelamin, photo)

    kehidupan selepas berkahwin jangan dilupakan.. rumah, perabot, mgkin org ke3(anak) akan ada selepas itu.. bnyak lagi duit akan digunakan, so xperlulah terlalu membazir hanya untuk sehari dua di hari perkahwinan

    ReplyDelete
  3. assgments saya pasal ni.. terima kasih alhmdulillah ada maklumat..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi