Tuesday, 3 August 2010

Pening Dan Air Limau Nipis Asam Boi :)

Salam dan selamat petang bl0gger sekalian..hari nie sampai ke petang aku pening-pening. Entah la, nak kata salah makan tak jugak. Tapi sebelum nih aku jarang rasa cuma dua hari kebelakangan ni terasa sakit plus pening pale tu. Aku tak heran sangat kalau sakit pale, tapi aku heran kalau pening~ mmg paling tak tahan.Makan ubat pun cuma tahan sejam dua. Sendawa lepas picit2 kepala kemudian pening semula. Kadang-kadang terfikir aku ada penyakit lain ke?..eh chop3x. Angin je tu..kan kawan-kawan?..mungkin aku silap makan. Dan badan aku banyak angin kuskus. Huhu.
Nampaknya lepas aku dah sakit-sakit ni mungkin jugak badan aku lemah. Tak pun kurang air dalam badan.Jadi dalam sehari ni aku akan perbanyakkan minum air putih dan nak tak nak mungkin bendalir dalam badan aku dah kering..dan pening tu berlarutan. Ekceli badan aku banyak angin yang aku warisi dari keturunan mummy dan daddy. Itu mmg tak dapat nak nafikan lagi. Kerap sendawa mmg rutin..tapi bagus jugak. Badan rasa ringan lepas sendawa. Sebab tu, sekarang nih aku teringin nak minum air yang masam-masam. (eh mesti korang tertanya-tanya apa kena mengena air masam dengan pening kan?) xde la itu hanya sekadar teringin dan xde sangkut paut. Kecuali ada satu yang aku tau..ada sangkut paut bila asam dengan angin. Sebab limau nipis banyak angin.Perggh tgk tajuk entri pun tau kan3x?
Sebenarnya malam tadi aku pegi buat asaimen finance dengan membe classmate. Tapi yang tak bestnya..aku pegi lewat sebab masak kat ostel. Guna rice c0oker je. 1st time pulak tu. Tapi tau-tau ajelah dah guna rice c0oker,mesti lah lambat gayanya..dengan tup2 sempat sardin ngan telur hancur..dah,periuk ousmate aku r0sak. Tertunda nak buat sayur..tapi tak sempat jugaj sebab mmg dah disyaki r0sak dan lampu tak menyala dan panas. hampeh bet0l =.= manakan tidak..penat potong-p0tong,beli barang bagai sebab kebetulan semalam Isnin kat kampung berdekatan kampus aku ada pasar malam..mmg layan habes la nak masak. tapi tak sangka pulak leh r0sak.Huhu* barang org..nasib bukan aku sendiri yaang msak..aku assistant cheff je..miahaha=D

Haip ! berbalik pada yang aku nak cerita mula-mula time pegi asaimen finance tu..pastu tetiba je eksplain panjang lebar  pasal lain ek. Keyh f0kus2..malam tadi sedang buat asaimen kusyuk2 dalam group umah membe. Tetiba balik ousmate diorang..Aida namanya yang tetiba jugak pelawa aku minum air limau nipis campur asam b0i..perggghh! mmg khaw habes bila sekali try..sampai nak lagi..mmg delicious habes ! tak penah aku rasa air sesedap itu. Kemasaman dia..kemanisan dia. Mmg boleh buat aku tak tido malam walaupun malam tadi tido sakan..ahaks!
Adakah aku dah jatuh cinta dengan air asam limau nipis plus asam b0i..dan inikah yang dikatakan ada kaitan pening dan air asam..?:) hahaha:P langsung tidak ye kawan-kawan bl0gger sekalian alam..aku hanya teringin dan pening adalah sakit..wink* Ops current status terkini aku hari nih kebetulan sehari xde kelas. semuanya cancel aka batal ! mula2 yang pagi tadi dah tau awal2..dan yang kedua nih dah sampai kelas. Tuptup dapat tau kelas cancel. dah ler kelas pukul 200 petang..rushing sangat tadi :'(sampai je..peluh pun dok merenik sana sini..air cond baru nak resap dalam badan..dah balik semua..huaa! dugaan meh..tengah hari yang terik..tapi redah jugak bila fikir nak hapdate tadi..lalala~

Okieh lah,banyak lagi aku nak cerita sebenarnya,,yakni ragam manusia ! tapi lain kali la..nota buat tersayang, si dear mmg amat bizi sampaikan dia tak pedulikan daku desini. haha:P maaf lah itu hanya sekadar rungutan dalam nada bergurau..Si dear mesti kena dengan aku ceramah petang nie..ngee~ Selamat berblogging semua..eh chops 3x! korang tau tak katmna ada jual jeruk sedap2 tak pun air asam limau nipis plus asam b0i yang masam2 dan manis tue..? Ouh..cuaca dan air asam yang khaw tue..lupekan sebab gerai semalam dah tutup kata Aida T____T teringin,,.dan biarkan masa berlalu pegi mmbawa angin lalu bertiup laju..ngaaa~ Ok,nak g mandi solat ! Bw nnt yek <3


----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

2 comments:

  1. mcm org mengidam pulak:P

    ReplyDelete
  2. hehe..itu la pasal ;)
    dah macam preggy pulak :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi