Saturday, 6 November 2010

Kembali ! dan Rutin Waktu Cuti


Salam ceria dan aSsalamualaikum blogger dan f0llower blog ku ini:)
Setelah dua hari privatekan blog untuk renovate. Akhirnya aku buka untuk tatapan umum. Ingin tukar selera baru tapi aku masih blogger baru dan setahun berblogging pun belum. Jadi aku amatlah merendah diri. Nak nak pulak aku masih belum pro untuk bermain dengan code. Sekadar termampu je.Renovate apa yang patut sekadar ikut citarasa diri:) Tapi aku masih banyak lagi kelemahan..banyak lagi yang perlu aku belajar. Selok belok untuk mencantikkan blog. Al-maklumlah, semua perempuan amat sukakan kecantikan dan benda-benda yang comei..Aku pun tidak terlepas..ngee:D

Dah lama nak tukar selera..tapi hanya termampu. Ok, sekarang bukanlah nak cerita pasal blog aku yang tak seberapa tapi aku Cuma nak taip pasal cuti aku di rumah dalam masa dua minggu nih.Hehe..suka pulak nak kongsi. Pertama bangun je. Kemas bilik dan rumah. Itu perkara wajib ye kawan-kawan. Kedua, haruslah sarapan untuk kesejahteraan badan,fizikal dan mental berpanjangan.
 posing suka² :p
Kemudiaan, tanpa bersenam dan warm up.. kita cuci kain dengan mesin Jepun ye. Mengikut peredaran zaman la katakan.heheh..Selesai sesi kain,ambik kain untuk dijemur. Dan haruslah tengok cuaca untuk keamanan kain-kain agar tak basah bila cuaca hujan..tapi kebelakangan ni negeri Kedah selalu dilanda hujan yang berpanjangan, maka kena la pandai curi masa unttuk cuci kain di sebelah malam. Dan sesudah subuh terus sidai di ampaian..wink*

Setelah tu, aku akan ke pasar mencari ikan,sayur,udang,ayam..dan pendek kata bahan-bahan basah dan kering untuk dimasak waktu tengahari nanti ye kawan-kawan.lalalalalala~ Selepas tu kita on9 sekejap bertegur sapa alam maya dan kemudian tibalah masa untuk jadi cheff di dapur. Kadang-kadang aku jadi pembantu cheff dan kadang-kadang aku cheff.ngeh3x..

Petang sikit rehat takkpun tido dan menonton. Sampai la ke malam rutin adalah sama atau diselang selikan dengan surve internet..dan itu je rutin harian ku di rumah. Ringkas kan..tapi aku bahagia dan heppi sampai pipi dah bambambam. Badan dah naik..hoho:p Sila jeles..aku dah naik badan..agak runsing tapi selera makan amatlah tinggi ye sebab makanan sedap-sedap belaka. 

Masakan kampong la katakan..mana la tak terbuka selera. Tapi sayangnya badan aku jadi mangsa. Dan berat masih dalam kawalan..ecece ^^ pssttt..nanti kurus sangat tak cantik pula.huhu. Sedapkan hati tu..tapi debab lagi tak comei :’( panggilan debab dah lekat dah ni ha..sabar ajelah. Tapi lama-lama suka jugak kan?<33

Okieh.selamat berblogging dan berblogwalking semua. Salam ceria dan moga hari yang indah buat semua..rajin-rajin saling ziarah menziarahi antara blogger untuk eratkan silaturrahim antara kita geng blogger tegar mahupun tidak :D Maaf pada sesiapa yang menziarah aku pada dua hari lepas sebab aku telah tutp rumh untuk renovate ;) Harap maaf sangat-sangat ye. See U!
----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi