Thursday, 25 November 2010

MataKu Luka Merah Menyala.

Selamat pagi Khamis buat semua terutama yang sudi baca entri ni :) Assalamualaikum dan salam ceria.. Hari ni aku bangun awal untuk menyuntik semangat baru. Semangat untuk pulih dari kepenatan yang melanda dan sakit yang aku alami.. Hmm sebut pasal sakit. Aku nak stori pasal kejadian pagi semalam masa time gosok gigi. Biasalah bila bangun mesti tak lari dari tengok cermin untuk tengok wajah dengan pancaindera yang tidak ternilai yakni mata. Tapi aku terkejut dan perasan yang mata kiri aku merah menyala seumpama berdarah di bawah kelopak mata dan mata hitam. Terus aku cuak =.="
Terus mandi dan bersiap. Gegas ke klinik tanpa berlengah walaupun berrseorangan tanpa teman, aku gagah supaya mata ni cepat sembuh. Dalam 25 minit berjalan sampai lah ke klinik. Awal aku sampai pukul 9 pagi. Nasib klinik bukak. Aku rasa aku patient dia yang pertama untuk hari semalam. Sebab gaya macam diorang baru siap siap. Staff pun baru nak mulakan tugas. Aku masuk dan terus daftar dan nak berjumpa dengan doktor..nekad!
Di luar pintu tercatat nama Dokitor Norhayati..Masuk je dalam bilik doktor tanpa berlengah bila dipanggil dalam oleh cik misi.
Selepas bagi salam, doktor tanya apa yang sakit, seperti biasalah bila kita jumoa doktor kan. Jadi aku pun cerita pasal mata aku yang merah berdarah dari dalam..nampak macam luka tapi aku langsung tak rasa apa apa..itu yang pelik..Hmm, langsung doktor check. Dia cakap ada tak aku terantuk atau terjatuh. Tapi setahu aku tak ada. Memang pelikk O.o Rasanya malam kejadian macam ok lagi tapi bangun pagi dari tido terus buat aku shock sekejap dan gelabah habis. Macam macam aku fikir di benak..ada yang baik dan ada yang buka bukan. Haiz!
Bukan sakit mata tapi luka dimata >.<
Doktor sarankan aku dapatkan eye drop dulu tengok cemana, tapi dia tak bagi sebarang ubat buat sementara nih. Aku pun hairan tapi mesti ada sebab dia tak bagi kan walaupun aku cam tak pus hati jugak. Jalan penat penat dari hostel ke klinik di PP (pusat pelajar). Tetiba hanya dapat eye drop je. Cam cuak pulak dengan kepakaran doktor kat situ. Tapi aku tawakal dan selawat dulu. Harap harap cepat sembuh.. Balik dari klinik langsung ke fakulti untuk ke kelas. Nasib dah tak jauh.. 

Aku dapat rasakan orang takkan perasan aku mengalami masalah mata yang luka sekiranya aku tak tarik kelopak mata ke bawah. Mudah mudahan.. tapi yang aku takutt luka tu dah dekat dengan anak mata hitam. Itu akan bahayakan mata pemberian tuhan sebagai amanat kepadaku. Serius aku takut.. Aku terus cerita pada my BF, dia sarankan aku titiskan dulu ubat titik tu ikut aturan yang diberikan, dan tengok dulu cemana dalam 2,3 hari lagi.. Doktor pun ada cakap macam tu jugak. Sebab doktor pun cakap bukan sakit mata tapi luka dari dalam saraf mata. Harap harap begitu lah dan tak teruk sangat.

Dan kalau korang boleh tengok gambar di atas ia seolah olah luka dibawah dan kemerahan. Mata kan tempat yang amat sensitif walaupun dengan habuk, sebab tu aku takut sangat bila aku ada masalah mata. Tapi sebelum ni pun aku ada masalah mata tapi sebelah kanan. Ia macam ketumbit, agak besar jugak disebelah atas mata. Aku pegi jumpa doktor pakar mata, dan doktor India tu cakap aku ada masalah resdung ke mata. Lepas makan ubat yaang disarankan dan ubat titis, mata aku dah ok. 

Cuma pantang dia, jangan digosok dan makan makanan laut banyak sangat. Mata kiri ni pulak amat mengejutkan aku. Tipulah kalau tak takut ia tak sembuh. Dan hari ni hari kedua, aku try titiskan eye drop tu, masih sama jugak tiada perubahan. Harap harap cepat sembuh..amin* Adakah masalah mata kiri jugak ada kena mengena dengan resdung yang tangkap dimata aku..Ouh! aku takutt. Rasa nak je balik kedah jumpa dengan doktor pakar mata aku tu.. Fakta* dekat sini aku tak clear sangat klinik swasta mahupun doktor pakar. Dan fakta* lagi untuk pengetahuan korang aku langsung tak penah pakai konteks lens,,hmm-.- sabarlah hati dengan dugaan tuhan..

Okiehlah dah pukul 9 lebih dah,,aku nak bersiap ke kelas dulu :) aku akan cuba ceria dan sedapkan hati yang mata ni akan cepat sembuh seperti sedia kala..amin* dan bl0gger dan kawan alam maya semua doakan aku jugak cepat sembuh ek. Have anice day uols. See U! Sayang sepasang mata aku nih kerana pancaindera ini hanya ada sekali..Jagalah amanat ALLAH pada kita sebaik2nya..kerana kejadian ini aku dah mula belajar menghargai :) Subhanallah ~
-----;---'---{@
~Dawia Honeyputri~

5 comments:

  1. saye singgah n follow~

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:33 pm

    :( sakitnye...ade rase sakit x? cepat baik ye!

    ReplyDelete
  3. alahai.. seramnya mata kena cam tuuuu

    ReplyDelete

  4. dpt sembuh ke tak sbb skrg ni mata sye pun mglmi benda yg sama :'(

    ReplyDelete
  5. halo.. nak tnya boleh hlg tak merah tu ? sbb mata sy skrg ni pun mglmi bnde yg sama.. risau sgt :'(

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi