Monday, 29 November 2010

Musim Cuti Sekolah│ Musim Kenduri Kawen.

AsSalamualaikum dan selamat pagi bl0gger sekalian.. rasa tertunda je nak menaip entri ni sejak sejak kat umah hostel aku dok ni, dah ada tv sebijik..hee. Sebenarnya baru je ada. Housmate aku merangkap classmate aku yang bawa..bersama sama sebijik peti ais..ngee:D lepas ni bole la minum air sejuk selalu 24 jam :) ehemm macam la aku ni boleh minum air sejuk selalu..huhu. Sangat sedih :'( tapi fikir positif minum air sejuk selalu akan lemahkan badan.. yippe! betul tu..itu pandangan aku laa. Sebab bagi orang yang tak boleh minum air sejuk selalu sebab selalu tangkap kepala. Macam ni laa..wink*
Sat sat awat aku dok ceghita panjang lebaq kat hempa semua pasai ayaq aish pulak nih, ok ok berbalik pada tajuk entri ye kawan kawan.. musim cuti sek0lah memang sinonim laa dengan kenduri kawen. jadi masa sebelum aku dok habiskan masa cuti aku tinggal cinonet tu sempatlah aku hadir ke kenduri sedara terdekat aku pakngah Din aku panggil kat dia :)
Alhamdulillah memang sehari je lagi cuti aku, hari tu laa majlisnya 21hb November 2010..aching! Sebelum stori apa apa lagi nak bagitau yang memang stori ni agak basi.. tapi bl0g ni tetap ada entrinya :)
Ok, Sabtu petang lepas beli tiket aku nak balik U Isninnya, aku terus balik ke kampung untuk bermalam di sana satu malam je. Walaupun akmpung aku agak dekat jugak kira kira setengah jam perjalanan je. Tapi jarang tido sana..tapi kesana agak kerap la..hehe. Eh sebelum tu, bukan nak melatah ye, ini kenduri adik beradik sebelah ayah cek naa.. Memang besh.. sampai sampai je kereta adik beradik dah berdedam. Maksudnya memang dah penuh dan ramai la :D Bila dah siap parking kereta, nahh..khemah dah siap terpasang :) cantik kaler ungu.. siap ada kipas angin lagi. Khemah sekarang memang canggih manggih.. Tapi kali ni aku rasa khemah cam mewah pulak kat kampung tu. Selalunya khemah cenggitu ada kat taman taman je bila diorang buat kenduri.. ouh silap sekarang zaman nak maju wei ;) maaf tau bahasa kedah memang kasaq banyak*
khemah yang siap didirikan :D 
gambar takla seberapa. Guna henpon biasa biasa ja..
Ok dah tidoq semalaman rumah tok Maliah, memang besh ! Awal awal tok aku yang sorang tu cergas. Dah masak nasi goreng..nyum nyum;) Orang lama masak memang sedap la! terangkat! Pekena pulak dengan air teh dan kopi kaw kaw..memang kenyang. Hee. nak cakap kat umah toka aku tu memang selesa tau sebabnya ada penghawa dingin semula jadi alam punya. Sebabnya tidor kat beranda rumah..rumah papan pulak kat atasnya memang aku tidur nyenyak la dibuatnya..hehe. Aku suka rumah kampung :) asli !~ ups..bukan orang asli ye kawan kawan..
snap kat beranda rumah t0k :)
 hoho gambar aku yang tak fotogenik:P
Adik aku Pali yang tengah dengan kazen kazen. 
Fakta* kazen dua orang tu adik beradik :)
lagi aku snap di beranda..tingkapnya asli tau ;)
kira kira 50 tahun yang lepas..kukuh sangat! :'D
Lupa nak stori, masa aku dok siap siap ni majlis dah nak stat. Itu yang sempat snap gambar..ngee. Tapi sayang, aku masih belum berkesempatan tangkap gambar rumah tok aku sebelah ayah yang cantik sebab masih kekalkan rumah papan campur struktur batu jugak. Ok, dah siap semua. Turun bawah, dengar dengar pengantin dah nak sampai.. cepat cepat tangkap gambar lagi walaupun dengan henf0n aku yang biasa biasa tu ;)
selamat pengantin baru :) 
biru muda kedua mempelai..sukanya kaler tu :D
Ni masa pengantin di meja santapan.. cun sangat!
selamat menjamu selera :)
Pakngah aku seorang yang tinggi dan wife dia pun tinggi. Memang sepadan dan secocok sangat tau :) Aku rasa heppi tengok pengantin..dan lepas tu terus makan nasi kenduri..nyum nyum. Memang sedap katering kat situ. Haa, nak bagitau jugak, kampung kampung sekarang dah guna khidmat katering..senang katanya. tak payah gotong royong lagi :) tapi tak ada dah la..suka pekik dan riuh rendah. Semuanya lebih teratur dan selesa. Kerja pun tak banyak kena buat. Siap badget je :P hehe..smiley aku banyak wei.lalalala~
Bila dah tak ada keje..aku main tangkap gambar rambang je mak ayah tersayang yang dok bersantai kat ruang tamu rumah tok :) maaf mak, cek tutup mulut mak sebab cumil sangat..saayangg mak ketat ketat* tapi desitu pipi aku memang terserlah ketembaman dia..haha. Tak apalah aset jugak tu ;) nanti senaman mulut lagi kempis dan slim la dia..macam boleh je O.o
nie gambar ayah yang candid jugak..baring baring;) letih agaknya layan tetamu yang datang..ayah:) love you! ayah memang nampak garang, dan memang garang pun tapi aku suka merap ayah mengalahkan ank bongsu.aching! kak sayang ayah ketat ketat jugak. Sama macam mak :) kenduri memang meletihkan tapi enjoylah. dapat makan banyak banyak dan dapaat bunga telur. Aiyakk macam aku makan telur rebus sangat je bunyinya..haha.

Dan bila orang tersayang dah aku snap, kini giliran pada kucing kesayangan seisi keluarga besarku, termasuklah mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat, adik beradik dan tok jugak sebab memang tok yang bela pun dari kecik halus je sampai dan gumuk bambam macam sekarng sebab makan ikan rebus dan whiskes ;) geram..cari dia dan snap. Ia memang dah besar, dah pandai cari betina pun. Ni la c0mbi namanya..pandai dan manja jinak walaupun dah tua bagi umur seekor kucing dewasa dah pun..hehe. Tengok, geramkan..comei !
Combi tak mau tengok lensa henfon,
ia nak tengok lensa DSLR je :P
suka gambar ni ;)tak edit sangat, memang cenggini. 
Cuma aku tambah watermark je nak love ckit.Mata combi nampak sebelah..
biar nampak ia macam rimau berbulu singa..memandai je aku. Agagaga~ 
Dah panjang menaip, sekarang nak pegi sambung sarapan roti mayonis je. Dan bukan itu saja, boleh jugak tonton Tv sampai lebam sekarang..legaa, tv dah ada kat rumah ni tau. Akhirnya,, tak la bosan sangat nanti. Sambil tu kalau ada air oren fresh dalam peti sekarang, alangkah nikmatnya! :'D kelas aku hari ni di sebelah petang, satu je. Hari ni hari yang free.. sungguh nikmat ^___________^ v. Mari ceria kan hari Senin ok.

Selamat berbl0ggig semua. Sebelum tu nak cakap aku suka pegi kenduri walaupun malau malu kucing sebab dah anak kedera, tapi nasi kenduri memang besh bila daaging dicicah air asam. Kat Kedah memang femes.. rindunya nak balik rumah dan makan nasi kenduri. Sekarag kan musim cuti sekolah, dan mestilah banyak kenduri--> syokknya. Tapi masih tak berkesempatan.. takdak rezeki kata orang. Ok, selamat belajar dan bekeje semua. See u! Notacinta---> dear, cantikkan arnab tu;) selamat bekeje sygs <33. Have a nice day uols.
-----;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi