Wednesday, 9 March 2011

Nikmatnya Merasai Syukur PadaNya..

Assalamualaikum dan salam ceria ;) Rasanya nak buat entri berkaitan kesyukuran. Bukan kenduri doa selamat atau kenduri kesyukuran tapi nak munasabah diri seberapa dalam aku memahami erti syukur. Banyak kali dok bisik bisik desini tapi tak pernah pulak aku menaip pasal nikmat bersyukur. Mungkin pabila sensitip aku hilang pertimbangan. Menyalahkan takdir tak sudah sudah. Dan demikian rupa aku alpha untuk ucapkan syukur pada Sang Pencipta. Menangisi dan meratapi tanpa menoleh kebahagiaan yang selalu menjelma. Aku cukup sensitip.. setiap detik dan setiap kebelakangan ni. Jadi mulai hari ni dan setiap hari hari yang mendatang, nak ingatkan diri agar jangan terlalu fikirkan hal remeh temeh. Yup! supaya aku lebih kuat dan sihat :') InsyaAllah..

Mendalami erti syukur, tidak cukup dan tak tercapai dek akal untuk buktikan yang aku benar benar bersyukur. Sukar nak menaip, sukar nak digambar. Tapi yang pasti.. Kalimah Alhamdulillah jangan dilupa dan selalu membasahi bibir dengan menunjukkan kita bersyukur atas nikmatNya.. Aku bersyukur, aku masih bernafas sihat sehingga saat ini, aku bersyukur aku masih boleh melihat alam ciptaanNya, aku bersyukur masih boleh mendengar dengan baik, bercakap, menghidu mahupun makan rezeki dari Allah tanpa putus putus. Alhamdulillah.. cuma biasalah tiap yang diberi nikmat pasti diberi dugaan. Sebab itu yang buat aku betul betul sensitip. >.< 
| Insya-Allah |
Sampai sekarang aku tak faham kenapa hati ini terlalu mudah menangis dan berfikir hal remeh temeh. Kalau bab tacing tu cukup cepat mendalam rasanya. Oleh sebab tu nikmat bersyukur harus diserap dalam diri aku. Sesungguhnya terlalu banyak nilai  baik dan rezeki, jodoh adalah nikmat tak ternilai dari sang Penciptaku, Allah S.WT. Tambah tambah aku diberi seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang..seorang ibu yang cantik lagi memahami. Seorang adik perempuan yang cintakan agamanya, Dan dua orang adik lelaki yang membesar dengan comel dan sihat. Alhamdulillah muncul pula seorang saudara seagama berlainan jantina, membuka hati ini dua tahun lepas.. yang sudi menjadi pendengar kedua, penasihat kedua dan semuanya aku luahkan padanya iaitu incik dear ;)

Mendalami hati..bermunasabah diri, sesungguhnya aku terlalu cintakan agamaku, Cintakan PenciptaNya.. Ya Allah, baru aku mengerti. Sesungguhnya dikau turunkan dugaan supaya memperingati hamba hambaku agar tahu bersyukur. Dan sentiasa mengingati yang hidup ini ibarat rida, kadang kadang di atas dan kadang kadang ia di bawah. Begitu jugak peribahasa yang manusia tidak selalunya sentiasa di atas, sebab itu pabila kita di atas..sentiasa mengingati orang yang dibawah. Subhanallah. Maaf daku andai tersalah bicara. Entri kali ni betul betul mengingatkan aku untuk bersyukur. Bukan sebelum ini aku tak bersyukur cuma selalu sangat menyalahkan takdir.. sedih atas dugaannya tanpa berfikir panjang. 
Sekarang au dah faham mungkin sebab aku dah makin dewasa. Allahu Akhbar! Cepatmasa berlalu mematangkan aku sedikit demi sedikit. Mudah mudahan aku tak kenal erti putus asa, aku tak leka dan lalai dalanm dunia fana.. aku ingin mengecapi nikmat duniawi dan akhirat. Doakan aku ya kenkawan. Amin ya Rabbal Alamin*
Ucaplah kalimah Bismillahirahmanirahim sebelum mulakan sesuatu perkara dan sudahi la ia dengan lafaz Alhamdulillah.Sesungguhnya keberkatan ada dimana mana disebalik nikmat yang dikurnia. Wallahualam~
Akhirul khalam, andai tersalah kata, tegur la aku sesama saudara. Aku bersyukur tanda berterima Kasih yang tak ternilai ini. Pabila merasai nikmat bersyukur terasa hati tenang, lapang dan berseri. Tak pecaya..cubalah bersyukur dengan segala yang diberikan Allah. Pasti ganjaran yang tak ternilai rasanya. Subhanallah! Moga berjumpa di entri seterusnya.. terasa lambat masa berlalu, buat kan aku bermunasabah seorang diri. Allahu Akhbar!! Dikau buka hatiku..moga dosa dosa ku diampunkan dan aku ketahui Engkau sentiasa bersamaKu..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi