Assalamualaikum dan salam ceria ;) Maka dah lama dok soseh soseh dalam bl0g nih.. maka esok harinya. Harinya apa? Bila pulak dok soseh soseh bagai minah gosip. Tak sebabnya esok adalah bermulanya hari pertama untuk aku menduduki exam untuk semester nih. Walaupun tarikh exam start dalam 4 hari yang lepas. Namun, esok harinya.. perasaan? amat eksaited bertambah berkobau kobau dalam dada, walaupun nebes tu ada cikit cikit. Maklumlah setiap sem 6 kali masuk dewan yang berbeza. Feeling tu macam sy0k menjawab kertas. Adakah sebab hati ini berasa tenang.. jawapannya, alhamdulillah :)
Setelah seminggu menunggu penuh debaran, esok kertas pertama. Diambil waktu pagi, saat otak masih fresh. Doakan aku boleh menjawab. Aku ambik masa lewat petang ini untuk menaip dan jenguk bl0g ni untuk hilangkan lelah studi buat seketika. Sambil sambil makan kismis dan kadang kadang diselang seli dengan lolipop.. Untuk hilangkan rasa bosan. Semua pelajar melaluinya. Time belajar.. terasa lama masa berlalu. Tapi try time on9 dan main game.. wah cepat je terasa masa bergerak. Sebenarnya sama ja masa tetap berdetik setiap saat setiap waktu tanpa berenti. Sebab tu aku mengejar masa, walaupun last minit. Opsss! kantoi. Haha. Tapi rasanya aku seronok nak menjawab exam. Merasai suasana jawab soalan. Duduk dalam dewan selama 3 jam dengan pabila bangun je terasa urat dan tulang belulang bunyi dan sakit akiibat lama menunduk dan tanpa bergerak. Tapi tetap best.
Entah kenapa aku rasa best nak menjawab soalan peperiksaan akhir semester nih. Mungkin sebab ini kali terakhir ambik exam di kampus nih. Mungkin sebab jarak nak ambik tu terlalu lama ditunggu hingga buat aku tak sabar sabar nak sembur dan karang di kertas jawapan. Sesungguhnya aku tak sabar. Perasaan bercampur baur. Ya Allah.. aku akan hayati dan nikmati saat menjawab dengan sebaik mungkin. Aku tahu Engkau sentiasa mendengar dan mengetahui rasa hati ini. Insya-Allah aku tidak mahu riak, tidak mahu gel0joh, tidak mahu meninggi. Tapi cukuplah aku yang merasainya dengan bersederhana. Harap esok aku tak cuai >.< hehe. Doa doakan ye bl0gger yang membaca.
| Wish me luck..! |
Okey yang penting, doa padaNya jangan putus putus. Kerana disebalik usaha dan belajar kita siang dan malam, kalau tiada restunya. Memang tanpa izinNya, kejayaan tak dapat digenggam. Aku percaya itu. Okey yang pasti pasti restu dari mak ayah paling aku tak lupa. Sebab restu ibu terutamanya adalah restu dari Allah, kerana syurga sekalipun diibaratkan dibawah tapak kaki seorang ibu. Subhanallah :) Tapi buat ayah tetap jugak keutamaan bagiku. Sebab aku kan anak emak dan ayah. Bangga*
Ok, insya-Allah ada kelapangan aku akan menjenguk bl0g kalian yang saling berkunjung ke bl0g aku. Sangaat hargai. Yeah, demam exam dah bermula. Aja aja fighting DH ! Dawia Honeyputri.. Go go!! cayok cayok. Hee ambik semangat bahasa Korea sikit. Apepun aku akan buat yang terbaik untuk esok dan minggu yang padat minggu depan untuk 6 paper lagi. Salam kemaafan andai terkasar bahasa, tersalah bicara sama ada secara sengaja atau tidak. Akhirul kalam. Assalamualaikum.. walla! Exam exam.. kembali membelek nota. Jom studi ! Psstt rindu padaNya, ibu ayah dan incik dear jugak <3
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥