Saturday, 12 March 2011

Sabtu.. Memori Berlari Lari Anak Dengan Sekumpulan Angsa Sambil Sedut Air Kotak Ribena ;)

Assalamualaikum ;) Nahh.. tajuk entri agak panjang jugak ye desitu. Itu tandanya aku nak ingat kenangan tu sampai bila bila. Hari ni bermula dengan hari yang baik. Cuaca sangat cantik dan matahari yang indah nan permai. Memang mood awal pagi memang semangat. Niat dihati nak hapdate bl0g di awal pagi walaupun sekali sehari ja tak kira bila masanya. Tapi atas sebab ada hal terpaksa tundakan sesi taip menaip keyboard lappy nih. Seawal 10 pagi cenggitu, aku gerak ke PP untuk cucuk duit sebab dah hampir kering atas sebab menabung di foodcourt dan minimart O.o.. makan dan beli barang keperluan. Naseb kat sini masih murah. Erkk boleh laa dari biasa. Nanti kena banyak berjimat lagi >.< boleh ke? sedangkan sehari beli lauk 3 jenis bungkus tak sah. Hadoii membaziaq membaziaq..sambil geleng geleng kepala. HiksS.


Okey aku pegi PP Pusat Pelajar dengan Kak Zana Dan Kak Nadya. Panggil kak lebih selesa walaupun cuma setahun. Kira sendiri la ye berapa umurnya lepas tambah darab tolak bahagi. Kuikuikui. Ok memang aku tak ada kawan katsini sebab tu join dengan membe serumah je kalau kemana. Bukan tak ada kawan, tapi biasalah kawan yang namanya tak boleh buat kawan. Opss dan terbelit belit dah. Harap uoOls faham la ye apa yang aku maksudnya ada tapi macam tak ada. Ok, suasana bumi Selangor area aku berpijak sunyi sepi tiap kali hari cuti cuti macam hari ni. Tak payah ajaib.. memang macam tu la lumrah walaupun matahari dah nak meninggi tapi tetap tak nampak sesiapa. Kalau ada pun sesat macam aku laaa:P


Dah kebiasaan gerak sensorang, bila gerak ramai bertiga rasa meriah sikit. Sambil sembang sembang dah tak terasa dah sampai. Kira kira PP tu dalam 20 minit berjalan laju dan 30 minit kalau jalan macam pengantin. Haah! kalau naik kereta atau moto dijamin sampai esok 5 minit macam tu laaa. Ikut kelajuan berapa kilometer per jam. Hah hambik sekali semua aku masukkan siap km/j..lalalalala:D 

Okey sampai je seperti biasa memang sikit orang. Yang ada pacik cleaner dan macik cleaner je pakai unipom kuning. Memang kenal sangat kalau dok sini. Ok.. kedai banyak tutup kecuali kedai runcit unimart dan kedai henphone kot. Tapi kedai henph0ne tu aku dah putus asa sebab tiap kali aku nak beli casing baru henset kesayangan pasti dah tak ada, masih kehabisan st0k, tak ada itu ini. Huisshh tup tup aku dah hati ni dah putus asa dah nak tanya. Tunggu beli dekat SH aja lah. Mudah mudahan.. amin*


Okey sampai je terus ke ATM Bank Islam untuk cucuk nombor dan tekan duit. Memang best la cucuk duit time cuti..tak payah nak beratur panjang lebar seperti beratur di kantin sekolah dan beratur nak makan di asrama. Oh kenangan itu semuaa.. memang heaven rasa cucuk duit. Tak payah tunggu lama. Sup sap sup sap..dah siap. Senyum sebab tengok duit masyuk, ayah dah bank in kan.. heaven lagi perasaan nih. Alhamdulillah :') Lepas dah ada duit, haruslah beli barang sikit sikit. Teringin air kotak ribena. Slurp slurp minum penghilang dahaga lepas letih berjalan.. 

| Air Kotak ribena sejuk..sedut time cuaca panas memang fresh! |
 Sebenarnya dari daam bilik sampai la bersiap siap nak pegi kelaur tadi..aku dah niat nak buat sesi snap gambar area kampus ni buat kenangan. Al-maklum gaya orang nak pindah. Macam tu laaa. Sedih cakap pindah..tapi biarlah ubah angin BJ dengan SH pulak. Jadi aku dah siap siap bawa kamera untuk sesi tu..  jeng jeng. Apalagi.. suarakan hasrat nak snap gambar la. Cantik tau sini ada 3 tasik  bekas l0mbong. Cantik! Cuma aku tak berpeluang nak berkayak je. Terkilan sat dsitu. Kalau ada kesempatan ada la tuu.. sambil berharap dalam hati. Siapa tak teringin dah ada dalam U sendiri. Cuma ada masa dengan tidak ja lani. Nak nak musim exam pulak. Wallahualam bila dapat kesana. Cam entahlah. Ok tutup pasal nak berkayak yang entah bila, nak stori pasal snap snap yang ada kenangan kena kejar dengan penghuni tasik yang berbulu cantik lagi menawan.. Siapa lagi kalau bukan sekumpulan swan yang memang lama dah bermastautin kat sini tasik tu sejak bila tak sempat nak kaji. Heee:D


Okey nak cerita, mulanya ok lagi.. sempat ada gambar berlatar belakangkan itik angsa tu yang tengah sy0k syok berenang dalam air.. tetiba dengan cuaca panas yang kian meninggi. Tetiba nampak swan tu makin dekat menghampiri tempat aku dok pose, di pinggir tasir yang ala ala macam sungai tuuu. Cantik tau katsini.. hadoi apa lagii.. Berlari anak la teng0k itik angsa tu terkodek kodek nak ligan kejar aku ngan akak berdua tu. Hee lawak k0t. Tapi angsa angsa tu dak la ligan sangat. Letih berenang kot. Tapi depa marah kot aku dok posing baikkk punya tempat dia. Hehheh. Nasib sempat tangkap.. Jangan marah cik angsa oii..


Lepas snap gambar dengan jaya dan letihnya. Matahari pun makin meninggi, terik! Tekak dahaga.. perut lapar. Apa lagi balik la. Yang pasti hari ni beshh sangat. Perasaan bergambar tu buat aku puas hati. Thumb up :P Hoooyehh! Heppi main aci ligan ngan itik. Ikutkan hati nak ja aku pegang leher itik angsa tu kemudia snap bersama. Lepas tu buat caption.. itik peliharaan aku. My pet la kununnya ;) Hee cam best kan.. Itu pun angan angan. Macam boleh ja. Sekali dia menjerit jerit. Ohoo vokal itik ang memang beshh wooo. Tak penah dengar ? Try kacau diaa..  kuek kuek pun jadi ang ang.. Sebab tu org Kedah panggil swan tu itik ang bukan itik hang tau. Lalalalalala..
|Swan aka Itik Ang ;)|

Akhirul khalam, hari Sabtu minggu ni terasa bermakna walaupun balik tu terasa letih yang amat. Sebab pertama kali buat pose lompat macam entri sebelum ni.. tu gambar google, tapi yang real aku buat hari ni. Macam tak pecaya aku boleh lompat..Yippy! Maknanya badan aku masih boleh menambung berat badan yang lebih di perut dan pp. Kuikui. Nak tengok gambar yang disnap hari ni?.. mana gambar gambarnya. Jawapannya masih di kamera.. Sebab malas nak transfer.. nanti nanti ajelah buat entri gambar je. Dalam entri ni tak ada =P Boleh jugak kan. Wukies.. walla! Aja aja fighting.. teruskan studi untuk 5 subjek 5 paper lagi DH. Miss my boo. Xoxo <

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi