Monday, 31 December 2012

Penghujung Tahun dan Azam Baru

Assalamualaikum dan salam penghujung 2012...
Lagi beberapa minit, dan saat kita nak 
melangkah ke tahun baru 2013..
kalian dah buat azam baru ? :) Cepatkan masa berlalu.
Banyak sebenarnya azam baru yang ingin wia buat.
Dalam tahun ni ada azam yang terlaksana.

Ada yang belum. Biasa la tu kan? Haha 
Kemudian azam lama sambung masuk azam baru.
Masuk tahun baru. Umur pun akan bertambah satu angka.
Adehh. Risau kan? Mau tak mau kena la tempuh alam 20-an. 
Erkk -___- Yang wia hairan tu, wia masih single 
tapi auntie2 kat luar tu cakap wia dah bersuami. *sangat kelakar*

Oh! Sentapp tau. Wia tak nafikan yang wia mempunyai wajah keibuan.
Itupun ramai yang cakap. *kena terima keadaan* 
Tapi nak tempuh ke dunia itu belum lagi ye.
Masih terlalu awal uOls! Banyak lagi impian yang nak dicapai. 


Tahniah pada mereka yang berjodoh awal di usia muda. 
Dan pada yang belum berkahwin di usia 23,
umur yang masih muda mudi. Hikhik Betul tak? ;) 
Okey berbalik kepada azam baru.
uOls dah senaraikan.?
Ada sampai berhelai² muka surat tak? 

 
Harapnya tahun baru, tahun yang membawa keberkatan.
Berita yang baik² dan wia lebih matang 
sebab umur pun naik satu angka. Teehee
Jom sama² cipta azam yang baru.
Esok dah masuk tahun baru.
Terimbau kenangan tahun lepas.
hari yang sama. Tarikh yang sama.
Oh Rindu ! ( ^_____-) *Serius

:: Selamat Tahun Baru Masihi 2013 ::

Saturday, 29 December 2012

Chicken Chop Sitiawan, Perak

Assalamualaikum.........
Salam Sabtu buat kalian pembaca belog budiman.
 kalau bab makanan, memang BFF feveret wia.. teehee.
sebut saja apa, memang tak tolak.
kan rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari ;)

Memang sedih kalau orang cakap perut wia.."telaga buruk"
Perli pun berpada pada. Wia bukan budak 
kecik yang senang lenang untuk dibuli.
Apa maksud "You Are Great Well".?
adakah disamakan dengan telaga buruk. Cehh!
Memang tak faham bahasa. Nasib dah tua.
Kalau tidak..Hurghhhh!

Bila teringat gmbar Chicken Chop kat bawah ni wia mesti 
teringat. Sebab kata² tu keluar masa kejadian makan malam tempoh hari.
Ok stop dekat situ. Meh cuci mata layan gambar terlebih flash 
dari kamera klasik wia. Haha

sos lada hitam nya memang boleh tahan ;)


Coeslow nya sedap tapi sikit sangat ;p


Terima kasih pada mak lang yang belanja makan malam tu :'D

 Kualiti gambar amat mendukacitakan. 
Apapun, rasanya boleh tahan nak mengenyangkan.
Niat di hati nka privasikan belog. tapi berat hati pulak.
Tengok macam mana nanti...
Ps : Tahun baru moga bawa rezeki buat wia dan keluarga..
Selamat Berblogging..

Wednesday, 26 December 2012

Percutian Hujung Tahun 2012 | Teluk Batik ♥

Assalamualaikum dan Salam manis dari penulis belog.
Bersua lagi setelah 3 hari menyepi ;p
Ada yang rindu rinduan tak.?
Bila pi bercuti dengan keluarga.
Rasa hilang semua masalah.
Balik ke rumah, seakan kembali ke alam realiti.

Malas nak fikir masalah. Rasa nak santai
dan bercuti sepanjang tahun. Haha
Itu nikmatnya bercuti. Cuma mak yang tak dapat sertai
percutian hujung tahun, penamat 2012
Apapun semuanya dah berjalan seperti yang dirancang. 
Superb best ! Sebabnya semua adik beradik sebelah ayah dapat sertai.
Jadi uOls boleh fikir cemana meriahnya kan? :)
Kami menginap di Teluk Batik Resort. Sekali lagi.

3 hari 2 malam yang panjang untuk dikongsi bersama.
Cukup lah terasa berat badan dah naik. Kerana aktiviti nya
hanya makanan , mandi manda dan tidur. Hee
Yang paling syok dua² malam, makan dibelanja.
Hoho wia paling suka makan makanan yang dibelanja. 
#Syurga rasanya. Ok nanti wia kongsi gambar sikit² eh.
Sebagai intro nah gambar yang dimuat turun secara rawak.

Kenangan sebelum pulang, ramai blum masuk gambar ;)

Wia dan ayah pulak tak ada ;)

Semua ada.. Hee. Wia pentangkap gambar seperti biasa.
Sebenarnya keluarga sebelah ayah belum 
kumpul habis. Mak dan nana tak ada dalam nih.
Sepupu² dan keluarga mak ndak , pak ndak dah balik dulu.
Bukan senang nak bagi semua ada.

Yang penting kumpul ramai² itu meriah.
Tok belum ada cicit lagi weh.
Sepupu².. sapa kawin dulu weh.. Haha
Percutian yang bermakna dan seronok. 
Syukur, alhamdulillah .... ;)

Saturday, 22 December 2012

Oh Family Day !! Here I Come... ;)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 
Cepatnya dah bertemu Sabtu kan?
 Apa aktiviti kalian hari ni. Wia macam 
biasa nak pegi makan kenduri. 

Musim sekolah la kata kan.
 Hehe Selagi tak habis cuti sekolah, selagi tu dapat
 jemputan walimatuss. Esok dan 3 hari akan datang
 mungkin wia tak sempat kemaskini belog sebab
 nak pegi jalan jalan makan angin. Bersama family.
 Aktiviti tahunan katanya. Hikss 
Kira macam hari keluarga. 

 
Keluarga sebelah ayah. Ayah ada 5 beradik. 
Jadi ada 5 buah keluarga la join weouls. 
Sayanggnya mak wia tak dapat join atas urusan kerja.
 #Sad Dak Nana pun sama. Memandangkan wia tak ada apa hal.
 Wia join la tempat peranginan biasa, yakni ke Teluk Batik. Weeehuu! ;) 

Boleh tenangkan jiwa, sebab dah
diakhir bulan Disember nih. Best juga makan angin 
sambil santai riadah bersama keluarga. 
Yang penting wia mengharapkan tahun 2013 

 
tahun yang istimewa buat wia. Dapat berita baik disamping 
dapat kembangkan bisness wia. 
Psst cepat dapat kerja. Ameen. 
Selamat Berblogging dan ceria selalu :’D 
*Dalam hati hanya Allah yang tahu*

Friday, 21 December 2012

Selamat Bertunang Member Sekolah :)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan.. 
Salam penghulu segala hari.
Bulan 12 bulan yang bahagia kan?
Entri kali ni walaupun dah lama berlalu.
rasa nak kongsi kan dengan kalian

Jom wia nak stori tentang
 majlis tunang kawan sekolah merangkap jiran wia, dak Aishah. 
Menggunakan tema pink putih, cantik berkebaya pada hari tu, 
Wia sengaja pakai baju ikut tema. Haha 


 



Rombongan lelaki sampai dalam pukul 4 petang. 
Pagi tu sempat la buat mee kuah secara gotong royong Jiran tetangga. 
Kreatif tau Aishah nih buat hantaran sendiri ja.
Bertemakan ungu-pink. Sweets! 
Meh wia kongsikan gambar kejadian.. 


Alhamdulillah, selamah sudah menjadi 
tunangan orang seorang member nih. 
Heppi tengok kawan kawan bahagia..
 Yang penting, lepas ni boleh la makan nasi minyak. 
Tahun 2013 ramai yang bakal menjadi pengantin kalau 
Di ikutkan dari kenalan yang wia kenal. So lovely..

Hee Happy Engagement! (^____^,) 
*Sorry gambar tak edit dan blur*

Thursday, 20 December 2012

Warna Pastel Manis dan Romantis Gittu ;)

Assalamualaikum dan salam keceriaan :)
Cantik tarikh hari ni, 20.12.2012
Memang tak ada yang istimewa berlaku 
tetiba rasa nak buat entri sweet² saja untuk hari ni.

Warna pastel. Bagi wia warna yang 
manis dan sedap mata memandang.
warna yang lembut macam gula gula kapas.
Rupanya dalam diam wia meminati warna pastel.
Dalam satu keadaan lain pulak wia meminati warna yang terang.

Ikut keadaan dan suasana..
tapi bila ditanya dalam hati dalam²..
warna lembut adalah idaman kalbu.
Lumrah, manusia suka melihat pada kecantikan.
Sebab tu bila tengok warna yang pastel 
pada suasana mahupun objek tu..
wia pasti terkesima. Hikss. Obses pulak kan?
Membangkitkan suasana yang romantis :)
Tak tahu kenapa, warna pastel melambangkan kelembutan ;)
 
So lovely kan? oh melting*
 Jadi, jom warnai hari ni dengan suasana romantis.
kebahagian dan senyuman kebahagian :)
2 hari lagi, tak sabar pegi vacation.! Hehe
Pssstt..dalam FB ramai pos pasal kawin dan pregnant.
Oh apakah dugaan nih.menduga perasaan
orang bujang macam wia. *keep Smile*

Wednesday, 19 December 2012

Coeslow Kenny Rogers Roaster..Yummy!

Assalamualaikum dan salam manis penuh keceriaan. 
walaupun gambar sedikit blur wia tetap nak hapdate,
yang wia rindu coeslow Kenny Rogers Roaster
yang dimakan masa wia belajar dulu.
Lama dah. Gambar pun disnap masa
kat umah sewa. Dalam 8 bulan lepas.

Cepatnya masa. Memang coeslow ni sedap dimakan begitu saja
dan boleh juga dimakan waktu pagi denga roti putih sebagai sarapan.
Itu yang wia buat masa jadi pelajar dulu. Hikss

Pagi nih tetiba rasa nak makan.
Sebabnya bagi wia coeslow ni lagi sedap dari kepci.
Pendapat wia laa. Yang tak setuju jangan marah tau.
Gambar tak santek. Tetap nak tempek
untuk entri kali nih. Cheeseee

 



Tunggu sapa nak belanja..Haha.. 
Boleh pulak macam tu kan?
Jumpa lagi..Nak blogvespaking laju²..hiks

Tuesday, 18 December 2012

Majlis Khatan Sepupu ;)

Assalamualaikum dan Salam manis buat kalian. 
Pembaca belog picisan wia. 
2 hari tak terhapdate belog, rasa lama sangat kan.? 
Sebenarnya wia ada log in blog 
Cuma nak menaip tu tak mai feel dia, Hiks 

Hanya mampu membaca entri 
baru di Dashboard dan jalan jalan belog rakan. 
Meh wia nak berkongsi majlis 
berkhatan sepupu sepupu wia pulak. 
Kalau sebelum ni wia ada update pasal adik bongsu, 
Badrul yang bersunat sebulan lepas. 
Ni adik adik sepupu wia pulak yang
 buat secara beramai ramai pada 8.12.12 lepas.
  Entri lama baru nak terhapdate. Biasa la tu kan? ;p 

 Mandi bomba secara beramai ramai. 
Majlis dibuat dan dianjur oleh AADK Kampung Mukim Kedah. 
Ramai la juga yang sertai. Dalam 25 orang 
dan hanya membayar RM50 seorang. Murah kan? 
Adik wia buat di Klinik secara individu RM100. Sebab nak cepat baik. 
Ayah nak adik berkhatan awal. 
Sebab minggu depan, ada percutian..wee! 
Meh wia kongsikan sedikit gambar tentang kejadian. 






Lepas melawat sepupu, weolus 1 famili pi shopping 
baju sekolah adik adik untuk sesi 2013. Dan lunch di luar la hari tu.. 
Ikan bakar restoran tu sedapp bila dicicah dengan 
air asam nya yang superb. Nyum nyum nyum. 
Sedapnya seakan masih terasa di lidah. Hehe Lepas tu singgah
 kampung makan durian. Syukur nikmat hidup yang sederhana tapi bahagia. 
Alhamdulillah...Keluarga yang ok. Hidup sejahtera.

Sunday, 16 December 2012

Wajah Blog DiSember 2012 :)

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu..
Wahh meriah. Buka FB (Facebook),
 TL (TwitterLand) dan Belog
Semua hapdate pasal kawin, tunang dan nikah.
Jeles jeles. Haha. Jeles Positif saja tau.
Non hado yang negetif ;p

Gambar pulak semuanya ohsem.
Buat wia tambah rasa cemburu tu sangat kuat. haha
Sabar sabar masa mu pasti tiba.
Cuma lambat atau cepat. Hikss.

Kalau uOls perasan belog wia ada berubah sikit kan? :)
Dah tukar header dan background kasi nampak lain sikit.
Lebih ringkas. Dan wia suka yang ringkas tapi tampak meriah.
Macam mana tu? Kikiki
Macam yang uOls nampak sekarang laa.
selesa mata memandang kan?


Nanti sikit sikit wia cuba ubah laku ikut kesesuian mood.
sekarang pun kesihatan dah makin pulih ke biasa.
Sebab tu mood nak tukar style baju dalam belog ni makin membuak.
Tapi tak ada yang berkenan. Main tangkap muat saja dulu.

Haha #Boleh pulak macam nih cik wia..
Boleh selalu. Kalau nak 1001 daya. Tak gittu?
Entah kenapa hari ni wia rasa ceria sangat.
Badan pun nak mulai berpeluh sihat.
Syukur. Syukur. Syukur
Jom teruskan hidup dengan lebih bersemangat. Yeay!

Friday, 14 December 2012

Beautiful Day and Nice Comment to AFF Suzuki Cup 2012

Assalamualaikum dan Salam manis buat kalian
1.2.34 Allahuakbar ! What a wonderful date and its Friday.
 Penghulu segala hari so let's make some wonderful pahala :) 
Allhamdulillah masih bernafas di dunia ini. 
Beautiful date on beautiful day in SAFAR

Cepat masa kan? Kalau sebelum ni kita pakat cakap
yang 12.12.12 adalah tarikh cantik. Bukan kah
tarikh 1.2.34 lagi cantik ;)  Dalam bulan Islam hari ni masuknya
1 Safar 1434 atau 1.2.34..  Ohsem.
Jatuh pada hari baik. Bulan baik.
Sesiapa yang nak menikah.Bertunang. Memang elok.

Kalau malam tadi, sebagai rakyat Malaysia
wia terpanggil juga nak update pasal bola AFF Suzuki.
Kila kalah bermaruah. Bersih bagi pendapat wia la.
Sebab corak permainan semalam agak kasar. Huhu
Dengan reff (pengadil) yang tak tahu apa masalah dia.
Asyik bunyikan wisel setiap kali bola dapat kat pemain
HR (Harima Malaya).. Yang penting kita tahu.

 
Pengadil berat sebelah. 
Kesimpulannya rasa kalah pun tak rasa down sangat. Huhu
Selepas tengok game malam tadi. -____-"
Alahai, boleh nampak pemain semua frust!
Penyokong pun frust. Mak cakap entah² dah guna bomoh siap. upss.
Hari baik bulan baik. Tak nak komen lebih²..
Yang penting yang lepas, biarlah lepas.
Yang penting HM tetap dihati.
Farizal Marlias memang terbaik malam tadi..Hikss

BF wia dah suruh boikot Korea dan Thailand.
Alamat tak makan tomyam dan tak 
boleh tengok drama korea dah lepas nih ;p
Ye la dear,,apa² saja lah.. Hee
walaupun perempuan.. wia dan dak nana si adik
tetap peminat bola. Apapun pun boleh. wink*

Thursday, 13 December 2012

Hanya entri biasa.. Klise Sangat :)

Assalamualaikum......
Jangan tak tahu dalam musim cuti sekolah nih.
Kenduri kendara bukan hujung minggu je tau ;)
Sekarang hari² biasa pun orang dah buat kenduri kawin.
Meriah gittu.. Macam hari ni wia dapat walimahtus lagi.
Oh meriahnya mereka yang kawin .

Asyik pos pasal orang kawin saja kan..
Alahai..sebab cik empunya belog nih lambat lagi :P
Biar merasa kenduri orang barulah kenduri kita.
Tak gittu? gataii...!

Ok masih tidak sihat tapi sengaja buat² sihat.
Alhamdulillah kuat sikit. Tekak pun kurang sikit sakitnya.
Bila disuluh dengan lampu picit rupanya 
tekak ada luka. Patutla kita sakit tekak ek.
Comel ja anak tekak tergantung dekat lelangit.
Subhanallah.. Ciptaan Allah Maha Agong.

Suka sangat verangan dengan bunga ;p
Ok sekarang cepat masa berlalu.
Wia dah nak pegi bersiap² ke kenduri kawin.
Sebenarnya ada banyak nak pos.
Bila tak sihat ni. Kepala jadi kosong nak taip apa.
Biasa la kan...? Otak pun seiring dengan badan yang tak sihat.
Minta rehat saja..hiks


Nah donut comel buat tatapan. ;)
P/s : Jaga kesihatan diri.. Cuaca tak menentu sekarang.
Maaf entri kosong. tapi tetap nak hapdate.
ini la jadiknya.. Fresh update from PC.

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 - Sweet Date

Assalmualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Bangun pagi. Tekak masih sakit.
Demam selsema belum lagi pulih.
Sakit kepala datang sekali sekala.
Masih dalam musim tak menentu.
Hujan panas dan musim buah.
P/s : Jaga kesiahtan baik² ye kalian..

Mulanya wia tak perasan yang hari ni tarikh cantik.
Mak bagitau baru wia perasa yang hari ni..
12.12.12
Alahai sweetnya tarikh...
Susah nak jumpa lepas nih.
Hari ni tarikh yang cantik untuk dijadikan 
sejarah kenang kenangan..
Tak kira la majlis bertunang. Bufday mahupun tarikh nikah. Hee
Memang unik tarikh ni.. Jadikan hari ni hari yang terindah.
Bagi wia hari ni mungkin macam hari² biasa.
Memandangkan tak berapa sihat. Selera pun hilang.
Mungkin kelainan dari segi yang lain.
Apapun hidup mesti diteruskan.
Pencarian diteruskan. Moga usaha mnembuahkan hasil.

Tetiba rasa nak bertukar wajah belog. ;)
Jeng jeng jeng.... Nnati wia sihat, wia usahakan.
Bosan kan asyik tengok background yang sama ..
Betuk ke?. Hiksss
Ok wia nak rehat. Suara pun tak ada. Nasib dalam menaip
tak boleh dengar suara macam kartun nik kan.?
kalau tidak mesti uOls gelak guling²..

Piece of colourful life ;)

Tuesday, 11 December 2012

Rindu Sahabat Sejati ~

Salam manis dan Assalamualaikum :)
Banyak nak di stori kan tapi bila dah
 depan PC/ lappy tak tahu nak menaip apa.
uOls pernah rasa tak macam yang wia rasa bila nak 
menaip belog. Lumrahkan.?
Bila terasa nak upadte belog. Macam tak ada idea.
Bila tak menaip..Idea datang mencurah²..
 
Ok bila dah nama blogger.. Hapdate tetap hapdate.
Menaip untuk suka kata seterusnya sehingga berjela jela.
Baru ni wia ada alami satu kes. 
Acece dah macam kes polis pulak kan? :P
Stori nya macam nih.. Bila lama tak brhubung dengan rakan lama
terasa sunyi sangat. Kerinduan mula menjalar dalam jiwa.
# Hamboi ayat hiberbola uOls..

tapi bila nak sms dan berhubung, dan berjumpa.
rasa macam satu perasaan tak best.
kalau dulu kita rapat dengan dia...
sekarang dah berjauhan. Jauh dan menjauh..
Makin menyepi dan kalau boleh 
tak mahu berhubung terus. Pelik kan?
Sebenarnya apa yang wia nak katakan ~
Masa cepat berubah. Berubah mengikut peredaran dan sekeliling.
Rindu kenangan lalu. Bayu rindu kadang menyapa pipi..
Kawan kawan jauh dimata tetapi rindu hanya Allah yang tahu.
Biarlah yang lepas terus berlalu. 
Yang mendatang sediakan payung sebelum hujan.
Keep smile. Kawan sejati susah dicari ganti.
Tapi kalau cari pasti jumpa.. Insha Allah :')

Monday, 10 December 2012

Wedding My bestfriend's Sister ;)

Assalamualaikum dan salam keceriaan..
Minggu ni wia tak terlepas makan 
nasi minyak atas jemputan walimatus ;)


Memang rezeki cuti sekolah. Mesti ada undangan kawin.
Syukur..Orang undang cara baik. Kita tumpang meriahkan majlis
Makanan pun sangat sedap. 
Maklumlah masak secara gotong royong.
Seronok kan kenduri kendara di kampung. Teehee

Nak nak kenduri ni kak sulong kawan baik wia.
Jadi sehari sebelum tu datang tolong sikit²..
Pegi kenduri dengan mak dan adik bongsu.
Tema kenduri kak Min kaler ungu dan hitam.

wia dan khairiah. Best friend . Insha Allah taun dpn dia pulak ;)

Selamat pengantin baru kak min.

Ada persembahan silat ;) klasik

Pengapit bakal pengantin tahun depan :'D

Kenduri sangat meriah. Dengan tiupan seruling.
Ada rojak buah, cendol , laksa dan daging kerbau. Hiks
Makan dan makan..
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
dan Khairiah sangat cantik dengan baju yang design sendiri
dan jahit baju manik sendiri. Hee
Nanti boleh la dekat sahabat baik sendiri. Mudah²an..

Saturday, 8 December 2012

Baju Sulaman Manik.

Assalamualaikum dan salam Sabtu :)
Kenduri kendara memang best. Nak nak yang kenduri kawin
Memang meriah. Sanak sedara yang jauh² pun balik.
Meriahkan majlis.. Alahai best sangat momen tu.

Semalam wia pi tolong rumah kawan. kak dia nak kawin.
Memang banyak kerja kena settle kan.
Dari A sampai Z.. Kalau tengok pada tuan rumah tu.
Memang dah letih sangat.
Mana tak nya sesetengah kampung masih 
amalkan masak secara gotong royong.
Meriah memang meriah. tapi tampak letih.. ;)

Kalau yang dok taman tu nampaknya kena katering la sayangs.
Semalam buat bunga telur. Bunga pahar 
dan tolong member buat hantaran.
Kreatif sangat member wia yang sorang nih.
Dah la pndai buat baju moden sendiri. Jahit sendiri.
Sulam manik sendiri. Macam kat kedai uoOls.
Serius wia berkenan. Hikss.
 
Lepas tu pandai buat hantaran dan hiasan dalaman.
Bertuah kan? :)
wia nih pandai yang simple².. yang remeh²..
memang orang kreatif je yang boleh ;p
Kalau dah pandai dan berbakat..Buat apa pun boleh..

Okey wia nak bersiap² pegi kenduri.
Nak tengok member jadi pengapit pengantin.
Selamat berhujung minggu...Enjoyy \\ n___n //


Thursday, 6 December 2012

Hadiri Kelas Membuat Kek

Assalamualaikum dan salam 
manis dari cik empunya belog :)
tengah hujan renyai² nih best update belog.
2 hari lepas wia pegi kelas buat kek
 anjuran kolej komuniti mukim berdekatan.

saja suka suki join sementara tak buat apa..
punya semangat pegi dewan serbaguna.
ada la juga orang dari Jabatan Penerangan.
wah tampak meriah.
ramai juga adik² yang mai..
Rasa macam semangat sikit..
Sayangg tak bawa kamera (-.-")

Guna la kamera fon yang tak canggih.
Jadinya gambar tak cantik la jawabnya.
tapi tak apa la kampung² ja pun :'P
sebelum mula majlis sempat snap gambar dengan kazen² 
dan mak sedara wia.. Mak tak dapat join kali nih

Gambar gelap malas nak edit :p
Hadoii wia tampak kecik dari yang lain.
Yup wia memang rendah. Hikhik
terima kenyataan. Ok lepas tu sambung belajar buat kek.
Sedih sebab tak dapat buat kek yang yummy.
sekadar kek biasa. Kecewa sikit.
Nasib tak payar apa²..tadah telinga ja dan dapat makan kek panas²..
Sedapp! 2 biji kek disediakan. Kek pelangi dan kek butter nih.
Kek Butter Chocholate Rice

Cantik kan kombinasi warna ;)
Kek pelangi pun biasa sangat. Jadi wia tak hapload.
Lain la kalau kek pelangi yang warna warni berlapis²..hiks
Teringin nka belajar dekorasi kek pulak pulak.
Mesti lagi menarik. kan? kan?
yang ni simple sangat..Fiuhh !  Kuciwa dalam².. :'D
Tunggu untuk yang lebih mencabar.
Selamat cuci mata....!

Wednesday, 5 December 2012

Sebuah Mimpi dan Maksudnya.

Assalamualaikum dan Salam keceriaan..
Mimpi mainan tidur kan?
Ada yang best, rasa nak mimpi lagi dan lagi.
Tapi bila mimpi buruk. Nauzubillah.
Takut seram dan berharap jangan la mimpi sebegitu lagi.

Sesetengah orang tak pecaya pada mimpi.
Sesetengahnya berkata mimpi ada mkasud tersendiri.
wia bukanlah pentafsir mimpi.
dan nak percaya pada mimpi semata²..
Cuma terkadang kita nak tahu juga pasal mimpi kan.?

Contoh orang dulu² banyak petua dan pantang larang.
Sebelum tidur hendaklah berwuduk dan basuh kaki.
Untuk elak mimpi buruk. Kemudian bacalah doa tidur 
dan mengadap kiblat.

Mimpi ular.
Kata orang dulu² kalau mimpi ular atau digigit ular,
 ada orang nak masuk meminang.
tapi jangan sangka itu mimpi yang baik saja.
Kerana ada kemungkinan mimpi ular seakan sihir.
Sihir yang masuk melalui mimpi. 
Kerana mimpi binatang buas dan ganas adalah
ciri² akan terkena sihir.. #Takut kan dengar..

Mimpi Bayi
Selalu dengar dari penceramah. 
Mimpi bayi adalah petanda tidak baik.
Kerana mimpi bayi seakan ada yang menghantar sihir buat si pemimpi.
Terjumpa bayi dan mimpi menyusu bayi 
adalah petanda orang akan terkena sihir
#Mak wia ada bermimpi terjumpa bayi.
Dan pagi tadi wia mimpi menyusukan bayi.? Nauzubillah
Jauhilah. Simpang 44 Malaikat -.-"

Mimpi jatuh tempat tinggi
Ini juga mimpi petanda yang buruk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi juga
dikatakan seseorang itu terkena sihir..#Nauzubillah
Masa kecik wia selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Selalu terkejut bila terjaga selepas mimpi itu. -.-"
Sekarang baru tahu.. Hmm..
Banyak lagi sebenarnya kalau berkisah pasal mimpi.
tapi wia bukanlah pentafsir mimpi.
Cuma berkongsi ilmu yang wia tahu.
Dari ustaz dan ustazah. Juga penceramah selalumengatakan ini.
Jadi sebelum tidur. Bersihkan lah diri.
Berwuduk lebih baik. Berdoa.
Dan mudah² apa jua yang sihir orang hantar pada kita.
Mintak termeterai dengan pertolongan Allah.
Mudah mudahan. Ameen.
Subahanallah....

Tuesday, 4 December 2012

My turn to Jinjang Pelamin :)

Assalamualaikum...
dalam mood wia yang mengantuk
 nih pun sempat nak update belog. Hikhik
Buka² sign in belog..Kat Dashboard banyak entri orang kawin.
eh rasa macam wia folo belog B2B pulak ;)

Maksudnya bulan 12 bulan nih bulan orang kawen
Setiap minggu. Undangan tak putus.
Alhamdulillah. Rezeki dapat makan nasi minyak.
Minggu ni saja, tak habis² orang upload gambar kawin.
 
Cantik² semuanya. Macam gaya..
Yang penting sama cantik, sama padan :)
wia suka la tengok.. Boleh buat inspirasi. Upss
lama lagii... Biar kawan² kawin dulu..

Ada yang sebaya wia..dah pun tengah pregnant.
Bahagia nya mereka..
Menjadi seorang ibu dan isteri.
tapi mak cakap, mermang seronok tengok orang kawin.
tapi kawin ni macam ada risiko. ;)

 
Bukan la keseronokan semata²..
lagipun Allah Maha Agong Maha Mengetahui..
Jika seseorang belum bersedia..
insha Allah jodohnya masa akan datang.
Begitu lah wia.. Biar betul² bersedia..
Barulah kawin.. teehee..
Biar puas makan kenduri sahabat²....
 

"Sabar itu ada nikmatnya:..Mudah²an.."
Tunggu..Hanya masa yang menentukan cepat dan lambat dengan izin-Nya
Teruskan hidup dan senyum dengan gembira.
23 tahun masih muda oi..

Saturday, 1 December 2012

Khas buat Semua "Follower" Lebiu! :)

Assalamualaikum dan Salam Ceria ;) 
Masuk bulan baru, Disember..Alhamdulillah.
Cepatnya masa. Pejam celik dah penghujung 2012
Dup dap dup dap..berdebaq pulak rasa nya.

Dalam diam diam ubi berisi.. 
Begitu juga dalam dunia belog.
Makin hari makin bertambah "follower" belog.
Terima kasih yang sudi folo belog picisan kesayangan wia nih :)
Terharu tau uoOls. Walaupun tak adalah beribu riban.
tapi wia sangat hargai..Tsk tsk. #Sebak.

Tak sangka, dulu ingat lagi masa main Friendster..
ada seorang akak yang sangat baik hati.
Perkenalkan wia dengan dunia belog.
Dari hingusan. Ke setahun jagung..
Belajar menulis dan menaip entri.
Sampai la sekarang..Syukur :')


Wia bukanlah seorang artis mahupun model.
Bukan juga sesiapa yang VVIP..
Hanya sekadar manusia biasa yang ingin jadi luar biasa :p
Berkongsia apa yang di rasa..
Bagi wia dunia blogging, dunia yang istimewa.
Banyak input yang dapat..dan sambil cari pendapatan.

Lama pulak tak buat entri NUFFNANG kan.?
NUFFNANG ja wia setia tau..hehe
Insha Allah nak cuba cash out tengok cemana nanti.
Doa doakan.. Untuk kesemua 1421 follower belog nih.
Wia sangat hargai tau. Pengomen tegar..
Insha Allah wia juga akan jadi pengomen tegar masa datang.
azam tuu..eh sekarang suka tengok belog bride to be. Kuikuikui
C o m i n g   S o o n....
#Lambat lagi..tapi saja suka tengok
:)
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi