Wednesday, 26 December 2012

Percutian Hujung Tahun 2012 | Teluk Batik ♥

Assalamualaikum dan Salam manis dari penulis belog.
Bersua lagi setelah 3 hari menyepi ;p
Ada yang rindu rinduan tak.?
Bila pi bercuti dengan keluarga.
Rasa hilang semua masalah.
Balik ke rumah, seakan kembali ke alam realiti.

Malas nak fikir masalah. Rasa nak santai
dan bercuti sepanjang tahun. Haha
Itu nikmatnya bercuti. Cuma mak yang tak dapat sertai
percutian hujung tahun, penamat 2012
Apapun semuanya dah berjalan seperti yang dirancang. 
Superb best ! Sebabnya semua adik beradik sebelah ayah dapat sertai.
Jadi uOls boleh fikir cemana meriahnya kan? :)
Kami menginap di Teluk Batik Resort. Sekali lagi.

3 hari 2 malam yang panjang untuk dikongsi bersama.
Cukup lah terasa berat badan dah naik. Kerana aktiviti nya
hanya makanan , mandi manda dan tidur. Hee
Yang paling syok dua² malam, makan dibelanja.
Hoho wia paling suka makan makanan yang dibelanja. 
#Syurga rasanya. Ok nanti wia kongsi gambar sikit² eh.
Sebagai intro nah gambar yang dimuat turun secara rawak.

Kenangan sebelum pulang, ramai blum masuk gambar ;)

Wia dan ayah pulak tak ada ;)

Semua ada.. Hee. Wia pentangkap gambar seperti biasa.
Sebenarnya keluarga sebelah ayah belum 
kumpul habis. Mak dan nana tak ada dalam nih.
Sepupu² dan keluarga mak ndak , pak ndak dah balik dulu.
Bukan senang nak bagi semua ada.

Yang penting kumpul ramai² itu meriah.
Tok belum ada cicit lagi weh.
Sepupu².. sapa kawin dulu weh.. Haha
Percutian yang bermakna dan seronok. 
Syukur, alhamdulillah .... ;)

1 comment:

  1. Heheh . Syiokk aah pi bercuti :D . Umie bercuti kat rumah jee :D .

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi