Friday 12 November 2010

Semalam Kisah Bermula..

Assalamualaikum dan salam ceria penghulu segala hari buat blogger yang setia :)
Alhamdulillah semalam aku selamat mendapat keputusan untuk sem lepas. Alhamdulillah pointer naik..heepi! rasa macam dapat result UPSR pulak:) sebab sama tarikh..hehe.Seronoknya dan aku perlu tingkatkan lagi usaha. Lebih gigih dan jangan main² lagi..

Satu je kelemahan yang aku boleh coretkan desini..aku selalu bermain dengan emosi dan perasaan. Dan kadang² aku leka dengan perasaan yang kadang² remeh dan rumit tapi aku ambik serius.. Hapuslah perasaan yang cengeng..aku mesti kuat. Aku mesti cemerlang sebab itu lah ujian yang aku kena  hadapi. Aku masih ingat seorang blogger yang aku sudah lupa namanya yang berkomen pada satu entri dia cakap ujian aku sangat mudah berbanding ujian besar yang ramai orang lain alami.
Love Myspace Comments
Betul cakapnya..aku mesti kuat. Banyak lagi yang kena tempuh. InsyaALLAH..kalian doakan aku ya. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. tapi kadang aku menangis sebab aku lemah. Mungkin sebab aku tidak mencuba lebih keras. Kadang-kadang aku jatuh dan susah untuk aku bangaun. Mungkin jugak aku ego.. sangat tak adil pada akal diri ini dan duit yang mak ayah aku korbankan T___T
Semalam agak cuak sebab result aku keluar. tapi walau cemana pun aku kena berani untuk check..dan walaupun tak seberapa dan banyak lagi yang kena aku baiki...aku dah lukakan dear <3 tetiba* apa salah dirinya.. sekali lagi aku menangis. Semalam hari yang gembira dan duka.
Entahlaa..mungkin dugaan..aku yang bersalah atas segalanya.
lovesidear:)
Maaf* ini entri sedih..Psstt..aku ditujukan satu lagu yang amat dalam dari cinta hatiku---> DeAr ♥.Amat menyentuh jiwa..dear, terima kasih..sesiapa yang baca entri ni jangan salah faham. Kami tiada masalah dalam perhubungan. Masih setia pada yang satu:) cuma aku nak cakap..aku terharu dengan lagu tu dan faktanya, aku menaip entri ni sambil menangis dan di iringi lagu tu. Ya Allah..begitu dalam maksudnya dan seba itu dear suruh aku hayatinya.. Subhanallah! ^_____________^

Semalam kisah bermula..Hati yang menangis jadi tenang..hati yang hiba jadi sebak. Hati yang gembira terasa di awang²an. Okieh, result aku besh. Aku ekad untuk lebih berjaya. Pada sesiapa yakni adek² yang ambik result UPSR tahniah kepada yang berjaya. Dan pada yang tak berjaya harap tabah. Dan kita bukan tak menang..cuma kita belum cukup bersedia untuk berjaya.Oh betul ke kata² aku nih..aku terlalu emo untuk menaip entri kali ni..sedih*

Selamat berblogging semua. Blogwalking selalu..have anice day. See u! Aku yakin tiada sesiapa pun yang tidak menangis walaupun seEGOmana pun beliau. Yakinlah..tuhan itu maha kuasa. Salam penghulu hari Jumaat yang indah~
---;---'---{@
~Dawia Honeyputri~

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi