Friday, 30 September 2011

Semalam Punya Cerghita..


Assalamualaikum
dan
Salam 1 Zulkaedah buat muslimin dan muslimat :)

Hapdate laju laju. Sebab rasa nak blogwalk bila dah topup volume data broadband. Hee. Okey entri kali ni nak stori pasal malam tadi. Sebenarnya malam semalam housiee wia, dak eyda bawakan wia dan sorang lagi memve serumah kami, fifa pi "open housee" terakhir Syawal kali ni. Dekat UiTM.. Memang meriah uoOls. Buat kat kolam ada air pancut lagi memang besh tempat tue, fanomena malam katsitu memang romantiss. Wia dan member member gerak lepas solat maghrib. Lepas weouls siap siap pakai baju raya. #Kununnya =)

Alhamdulillah kawan wia bawa naik kereta myvi silver dia...Masa tu memang ramai dah sampai. Mungkin majlis pun dah start. ada yang tengah makan makan dan ada pulak yang tengah nyanyi, dan ada yang tengah beratur tunggu nak ambik makanan. Suasana yang gelap samar samar diterangkan dengan lampu jalan kaler oren buat wia tak boleh snap gambar cantik cantik sebab tak guna DSLR..hanya henfon biasa. Nanti kalau tangkap pun tak dapat beza gambar ngan bayang bayang. Hikss.

Target pi open housee anjuran persatuan member wia ni untuk sesama depa saja tapi sengaja dak eyada bawa wia dan fifa pi sekali sebab weouls memang rapat..antara yang lain ;p Ok sampai je sana terus beratur dekat nasi Arab doolu sebab orang makin lama makin ramai..Beratur pun dah jadi Q dah,, memang nampak meriah mengelilingi kolam yang agak besar jugak. Sesetengahnya dah makan dengan penih selera. antara menu yang tersedia adalah Nasi Arab dengan roti nan dan ayam masaak tandoori. *mungkin tapi sedapp dengan sup kurma dan hirisan limau dan acar timun nenas. Antara menu besh lagi char kuew tiow, ais krim, satay dan roti jala. Nyum nyum..
Gambar yg tak di edit..dari kiri  dak eyda, dak fifa dan dak wia ;)
Memang pi pun dengan perut kosong memang semua makanan nak rasa. Sementara tunggu beratur nak ambik nasi, weouls makan ais krim. Nikmat dan sedapp ! :) Sampai je dekat meja nasi Arab tu, lauk diletak dua ketul ayam yang besar besar dengan roti dan cuma nasi je dikurangkan kuantitinya untuk elak habis dan tak mencukupi. Yang penting wia dapat makan makann feveret char kuew tiow yang dibuat sendiri tau. Sedapp sangat..sebab masih panas panas dan dimasak dekat situ.

Rezeki malam tadi memang melimpah ruah. Wia bersyukur sangat even roti jala dan satay tak sempat jamah. Tapi yang pasti malam tadi memang best dan menggamit memori terinadh buat weoul,, wia, dak eyda dan dak fifa. Kami sebaya dan kami rapat dalam satu rumah sewa yang kami diami nih.. Dah tak dapat snap gambar kat sana, maka mulala sesi bergambar raya kenang kenagan dekat rumah sewa nan indah :D Sorry ye tak dapat tempek gambar semalam sebab tak banyak dalam henfon tapi pada dak eyda. Wia cuma tempek gambar seadanya ye uoOls.

Habis dah time beraya ye.. Umur panjang jumpa lagi Syawal tahun depan :)
Yang pasti malam tadi punya moment best sangat2.. Syukur..

Wednesday, 28 September 2011

30 Syawal 1432H - Raya Posa 6


Assalamualaikum  dan ceria selalu:)
Heppinya dapat juga puasa enam di bulan Syawal, dan akhirnya  wia raya puasa nam uoOls pada tepat 30 Syawal esok. Hari last raya la katakan. Syukur dapat laksanakan puasa dengan sebaiknya tahun ni..Kalau sebelum sebelum ni tak penah buat, tahun ni wia dapat satu keinsafan untuk laksanakan puasa nam pada Syawal kali ni. Akhirnya berjaya dengan izinNya..Alhamdulilah :)
Kategori biskut raya ;) Agar agar keringg. Jarang jumpa dah sekarang ni tau. Wia suka makan, satu satunya yang boleh diperolehi di kampung sebelah ayah sebab tok ni setiap tahun menjadi tradisi buat agar agar kering ni :)
Esok raya memang sinonim dengan makan. Jadi kebetulan, esok member serumah ada ajak makan makan dengan kampus dia sempena apa wia tak pasti lagi, tapi kalau jadi memang rezeki beraya last tahun ni la kan..Tapi kalau tak jadi harus ceriakan diri dengan makan makan sendiri sebab ngidam laksa dan cendol pulut gerai tepi jalan kat seksyen 7 ni.. Sedapp sangat !! Jangan pandang pada gerai tepi jalan tau,, sebab ni gerai femess dekat budak UiTM dan staff dan budak Unisel jugak . Teehee

 Bila raya mesti seronok sebab tu, bila betul betul lakukan ibadah baru puas rasanya merayakan kemenangan. Agak agak kalau dekat kampung wia rengek kat mak ke tok tak suruh buatkan ketupat seketul dua. Dengan rendang ayam atau gulai daging, sedapp sangat tu :') Utk pengetahuan uoOl, hari ni pun mak wia ada open housee utk semua guru kafa dan seangkatan dengannya. memang betul betul last raya kan.,. Sebab tu la orang cakap raya sebulan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Islam yang baru. Cepat masa terasa seakan semalam baru berpuasa, hari ni baru nak raya dan esok dah masuk bulan Zulkaedah.
Sengaja letak gambar raya ke3 ni sebab nak ambik mood hari raya last tahun ni =p
Dah nama pun beraya, malam tadi dah member serumah baru balik dari rumah kakak dia, dan kebetulan wia dan roomate ada di rumah sebab yang lain ada hal masing masing. Rezeki tengah malam, dapat la merasa makan seketul ayam kentuki dan sehiris kek bufday anak sedaranya kott.

Yang penting rezeki jangan ditolak. Tengah malam, orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Wia dan roomate makan makan sambil temankan member serumah tadi berkemas barang dapur yang baru dibeli. Syukur, alhamdulillah. Puasa nam dan puasa ganti dah settle ! Hehe. Okey semoga urusan uoOls dipermudahkan, dan mudah mudahan rezeki wia bertambah setiap hari. Amin .

P/s : Seminggu ni kerap bermimpi yang kadang tak masuk dek akal..mimpi mainan tido kan. *tetiba..

Monday, 26 September 2011

Fountain Coklat :)


Assalamualaikum dan Salam ceria uoOls :)
Syukur hari ni puasa hari ke6 dalam bulan Syawal jadi boleh la beraya esok. Biskut raya pun masih ada lagi sikit dalam tupperware yang tapau hari tue, siap ada juga serdak sikit sikit. Heheh..Semangat nak beraya di akhir akhir Syawal ni kan. Sebab ini mungkin minggu terakhir beraya kan. Open Housee pun dah berakhir semalam kalau tak salah. Mungkin ada juga yang buat dua tiga hari terdekat ni.. sebab masih sempat kan. Beraya sampai sebulan. Memang meriah!! Kemudian umur panjang jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah..

Intro semua pasal di akhir Syawal ni..Memang nikmat puasa tau uoOls tapi cabaran nya memang tinggi. Kebetulan member wia pulak hari ni depa kena buat perniagaan kecil kecilan kat booth "Student Center" sebelah kafe U tempat wia belajar untuk subjek Small Bisness katanya.Semester ni wia tak ambik lagi. Jadi dah kebetulan kelas batal, tapi dah bersiap molek dah. Langsung juga ke kampus terus pegi perpustakaan dan agak 2 jam disana baru la wia turun ke bawah kafe untuk print asaimen. 

Disitu laa wia terjumpa membe membe satu kelas kira coursemate la dok sibuk menjual segala jenis produk kek dari coklat bar, kek coklat, air coklat dan fountain coklat :) Memang semuanya serba sikit tapi nampak yummy. Tambah bila tengok donut kecil comei yang menyelerakan. Memang nafsu makan tergoda uoOls. Disebabkan member yang menjual untuk projel final depa, dan depa pun kenal siap dok promote panggil..wa pun ambik hati dan beli strawberi coklat yang dicelup dan kek coklat. Untuk berbuka nanti ..Hee. Coklat ! Siapa tak suka kan ;) Dari yang kecil sampai dewasa suka makan.
Gambar yang mengiurkan nafsu makan wia =D
Fountain ni memang besh..Nanti nak beli satu la buat makan makan ngan famili tersayang kat rumah. Teehee. Balik terus singgah beli sayur sayuran untuk bekalan seminggu dekat rumah.. Dalam hati ni pertama kali nak rasa buahan yang dicelup coklat. Balik terus simpan dalam peti ais..Okey nak bersiap dulu, nak beli barang sikit. Member  ajak sebab dia bawa kereta ;) Okey petang ni ada kelas lagi. Psstt tak sabar makan stroberi celup coklat dan kek coklat berbuka nanti..Heppi Selalu. 

P/s : Gambar real tak sempat snap tadi. #Fakta dah lama teringin nak makan. Akhirnya dapat juga merasa hari ni,walaupun agak mahal sikit wia rasa, tapi berbaloi rasa tekak. Wink !

Sunday, 25 September 2011

Cubaan Memakai Inner Baru.. Silang lagii ! =)


Assalamualaikum dan salam santai sabtu :)
Kalau entri yang sebelum ni wia bercerita sedikit sebanyak tentang pi ke UiTM semalam. Meh nak stori lebih lanjut dalam entri kali ni. Semalam housiee wia ajak kluar masuk Universiti dia. Untuk pengetahuan uoOls yang Fifa ni dah ambik master dalam kos Biologi kat UiTM ni. Jadi dia nak bawa wia jalan jalan cuci mata tengok shawl dan segala macam aksesori gadis gadis seperti inner warna warni, tudung pelbagai corai, dress, skirt, kardigan, kerongsang dan banyak lagi. Sampai rasa nak beli semua :') Naik rambang mata plus pening dok fikir nak buat pilihan sebab semuanya cantik cantik.

Petang semalam memang agak panas lain macam. Bas memang kerap lalu lalang even tak jauh sangat rumah wia denga UiTM tapi still kena naik bas untuk jimat masa. Nak nak pulak memang sampai malam la kalau nak jalan kaki time cenggitu. Okey misi wia dan fifa nak jenjalan cari tudung. Teehee.. Almaklum lah kat DC UiTM Shah Alam ada jualan murah murah shawl pelbagai pattern.

Skirt dan dress pun murah la juga. Cantik cantik juga uoOls. Sampai je dalam area UiTM memang wia agak jakun la pegi tempat studi orang. Memang ramai yang naik bas. Suasana kampuss.. Hmm dah lama tak merasa suasana kampus. rasanya dah 5 bulan sejak dok kampus Shah Alam ni dok umah sewa saja.. Sebab tu cam rindukan zaman dok kampus satt. Berbalik pada cerita tadi, meh nak tunjuk yang sempat diborong..Hikss
Ni je yang mampu :p
Punya la pusing berapa pusingan tak tau, kira cam dok tawaf dua tiga kali area situ. Semua gerai wia dan fifa masuk. Last last beli yang ini..berjimat cermat la katanya. okey wia baru je nak try inner parsey ni. Katanya senang nak buat muncung. Nak pakai inner secara bersilang pun cantik. Bila dah jumpa tu sah sah tumpu kat kedai akak tu.. Dia siap promote lagi dengan cara pemakaian dia dan demo pada anak patung. Mau la hati ni tak tersangkut dan beli selali dua. Kihkihkih. Weouls beli 3 helai dapat murah sikit. Kemudian wia beli shawl kaler putih sebab dah lama tak pakai tudung putih. Suci je kan..

Dah kata nak menerai secara kelainan. Balik tu mula la buka tutorial pakai inner bersilang. Semangat rau kami berdua. tapi memasing kat bilik masing masing. Kebetulan roomate wia tak balik lagi. Ini la masanya. Sebab agak segan kalau dok menerai menda baru ni bila kita tak bersendirian.. Cam nak privasi sikit. Mulanya agak payah la jugak. tapi lama kelamaan "alah bisa tegal biasa"..Boleh pun bila kata orang usaha tangga kejayaan.

T  a r a a a a a a !!
Tak tahu kenapa bibir wia harus camtu, mungkin tanda tak konfiden kot pakai camni. Mungkin*
Ni la muka wia bila dah inner disilangkan dipadankan pula dengan tudung putih suci tadi ;) Memang mula tengok cam pelik yang amat. Tapi bak kata roomate aku, orang sekeliling nampak okey je, tapi bila dah kita baru pertama kali pakai mestila nampak pelik dan janggal. Blushing# InsyaAllah sempat snap 3 keping lepas tu dah dengar roomate balik cam malu ngan dia.

Tapi terkantoi bila dia nampak tudung ngan inner tadi. Terus dia nak tengok gambar yang wia snap. Tapi hanya satu keping yang saja dikecilkan saiznya ditempek dalam blog entri kali ni.. terus upload dalam FB buat DP dalam fesbuk. Sengal ubi kentang katanya. Haha.. muka comot tanglap lepas makan bakso semalam. Sebab tu muka cam kemerahan panas + pedas.

Selamat berblogging uoOls.
P/s : Beshnya kalau la jadi tonton moviee esok tapi apa kan daya..
Belum tiba masanya. Aci tak jawapan camni. Hehe

Friday, 23 September 2011

Bakso.. Ololo Setelah Sekian Lamanya ;)


Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari uoOls..
Beshnya dapat jenjalan hari ni. Kira macam sambil makan angin sambil cuci mata la. Okey sebelum tu nak dijadikan cerita hari ni wia tak tersedar nak bangun sahur even dah set kunci jam untuk kedua dua henfon wia..Nampak je macam henfon dua tapi bukan lah henfon yang canggih manggih. Cuma Nokia biasa yang bila dihempuk pun tak kecai..Hee.. Tapi tetap sayang sebab keduanya pemberian orang orang tersayang :)

Bila dah kempunan pun tercapai, mesti lah nak share dalam blog kesayangan. Kan kan kan.. uoOls pun mesti cenggitu. Sebenarnya tekak wia dah lama kempunan nak makan Bakso. Dulu time belajar kat Bestari Jaya boleh la makan bakso kalau teringin. Pi ja beli kat Pasar malam setiap hari Isnin setiap minggu. Pasti dapat merasa.. tapi bila dah berpindah ke Shah Alam 5 bulan lepas.. baru hari ni tercapai hajat dihati. Sedapp pulak tu..memang berbaloi baloi tekak wia dapat rasa makan untuk berbuka puasa hari ni.. Syukur :')
Gambar dari henfon Nokia kesayangan katanya :)
Sedappnya meat ball ni tau.. Yummy!!
Memula nak cakap maaf gambar tak diedit dan di rotate. Gini la jadinya ;p Okey ini la bakso yang wia makan dan cakap kan tue...Sedap sangat meat ball dia even ada tiga biji je tapi sedapp tu sampai rasa sayangg sangat nak makan. Wia tak tahu katmana dekat Shah Alam ni yang bakso dia sedap sedap..tapi yang kali ni makan agak mabeles juga rasanya. Dah cukup nikmat. Beshnya dapat menketedarah Bakso.. rasa meat ball dia betul betul fresh daging segar. Sampai sekarang rasanya masih terasa di tekak wia ..Hehe.

Alhamdulillah, hari ni puasa yang ketiga dah. InsyaAllah nak langsung sampai puasa keenam di bulan Syawal sementara masih sempat. Sebab tinggal kurang beberapa hari lagi, bulan Syawal bakal melabuhkan tirai. doakan tiada halangan untuk wia berpuasa enam yang di ibaratkan seumpama berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah.. sesama la kita grab pahala banyak banyak ye uoOls. Harapan wia juga lepas ni dapat lepaskan makanan idaman lain pulak dan psst tak tertinggal sahur. Amin =)

Okeylah tadi sebenarnya wia dibawa jenjalan sekitar UiTM Shah alam oleh housii wia Afifah atau fifa. Nak tahu apa dan kenapa wia pegi sana , tunggu entri seterusnya ek. Heppy blogging uoOls. Salam hujung miggu. Teehee. Rindunya famili even baru 2 minggu dok sini..Hapdate# Baru je lepas sembang ngan fon dengan mak. Sekarang nak blogwalk blog hempa semua. Ceria selalu !

Thursday, 22 September 2011

Dimana U Dipijak, Desitu ilmu Dijunjung :]


Assalamualaikum putra putri kacak dan cantik =)
Belek belek folder terjumpa gambar kenangan kat lobi Unisel. Sempat snap masa tunggu nak masuk dewan serbaguna sempena PC Fair tempoh hari. Tak salah sebelum raya. Even dah lapuk gambar nih.. tetap nak tempek dalam blog sebagai kenangan. Sebab bukan senang nak dok kat lobi sesuka hati. Nak nak snap gambar, lagi laa;p  Tapi dah nama pun suka bergambar, kat memana pun tetap nak bergambar. Kan satu gambar tu menceritakan 1001 kisah. Betul tak uoOls..? Teehee.

Sebab tu ini kenangan nak tunjuk kat anak cucu,# InsyaAllah  kalau Allah panjangkan umur boleh la nanti cerita balik zaman tok depa dok studi kat IPTS.. Kalau ada rezeki lagi, boleh la sambung kat IPTA pulak. #Doakan wia ye uoOls. Sebab tu impian demi impian yang dirancang.. Hanya Allah yang tahu luar dan dalam. Sebenarnya ini dikatakan pengalaman hidup. Setiap orang lain lain. Setiap orang berbeza. Kadang kadang kita impikan tak dapat, tapi ada kewajaran disebalik kejadian. Malah kadang kadang ada menda yang tak dirancang, tapi Allah dah beri sebaik mungkin untukNya.
Muka ala ala shy shy cat :)
Percayalah dimana kita belajar, disitu lah ilmu ditimba. Wia penah terbaca, hendak berjaya tidak mengira pada tempat sebenarnya. Tapi usaha dan tawakal adalah kuncinya. Ini lah yang mendorong wia studi disini, di Unisel..Kenapa Unisel jadi pilihan. Memang itu susah untuk wia jawab. Sebabnya masa tu wia memang gian nak sambung studi lepas ambik STPM..dan disini la jodoh tempat wia studi. Mungkin dah tertulis olehNya tempat untuk wia sambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hee.
Heee..memang wia akui. Terserlah PP tembam wia ;p
Okey, moral of story..berbanggalah dimana tempat kita belajar. Ni entri semangat nak tekun belajar..kununnya. Kihkihkih. Yup tapi memang pun. Sebab tu terasa tergerak hati nak hapdate pasal tempat belajar ni sekali sekala. Okeyah selamat berblogging semua. Wia dah nak kena tido sebab esok ada apoinment lagi ddengan tukang repair.. Haip! Bukan skandal tapi nak settlekan masalah yang tergendala dua tiga hari. Tinggalkan link di Footprint wia okey ♥ Nanti wia jejak balik ;) P/s : Suka ngusik si dear malam nih..

Hobi + Mood Rajin Menjelma ;p

Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Taraa..Blog bertukar wajah!!. Teehee.. Tukar mood pulak. Biasa la hobi time ada kerajinan dan nikmat kesihatan yang tuhan anugerahkan. Walhal semalam semalam sakit. Siap muntah bagai. Okeyy salah makan. Itu punca nya. Itu next entri wia cerita okey. Sekarang berceloteh pasal wajah blog yang baru even ada yang masih wia kekalkan. Biarlah kenangan. Tapi harap uoOls suka blog wia ang baru ni..

Semalaman private kan blog. Akhirnya petang ni dapat juga publickan semula. Bukan apa, bila terasa macam nak tukar, serta merta tukar. Mood mengedit datang mencurah. Sebab tu rasa nak tukar. Antara yang bertukar adalah header kepada yang lebih lebih simple. Double simple nak tunjukkan yang header betul betul simple. Kemudian uOls boleh perasan sendiri kan.
Tema kali ni kepadaa biru. sebab memang fevert kaler yang wia suka adalah kaler biru. Harap uOls sedap mata memandang bila dah datang berkunjung ke blog picisan wia nih. Gigih settlekn malam tadi. Pagi ni siapkan sikit. Even tak ada la header flash bagai.. tapi rasa diri sendiri puas hati. :'D Itu yang penting sebenarnya..

Okey harapnya lepas ni rajin la mengapdate. Jangan ditanya kenapa ada widget yang wia tak remove. Sebab ada sentimental value kat situ.. Yang hanya wia dan sang pencipta tahu disebalik sepanjang wia bergelar blogger. Jadi, inilah blog picisan Dawia Honeyputri. Suka kan menda kiut miut cam kanak kanak ribena walaupun usia dah menjangkau 22 tahun. Kuikuikui.

Selamat datang ke perubahan yang baru dalam blog wia. Keep & touch wia punya blog ye.
Selamat Berblogging uoOls. Komen la andai ada pendapat uoOls yang boleh mencantikkan blog wia ni lagi. Hee. Okeylah dah tak de kelas ni, boleh lah mengadap lappy 24 jam. Jom blogging.

Blog publish semula. Harap awak, awak dan awak yang tengah baca tu suka ek.
Senyum senyum selalu.

Wednesday, 21 September 2011

Semulajadi Alternatif Utk Atasi Sakit Kepala.

Assalamualaikum. Penah tak uOls mengalami kekerapan sakit kepala dan boleh dikatakan tiap hari. Yup wia mengalaminya. Boleh dikatakan tiap malam sebelum tido akan sakit kepala sejak dua menjak ni. Pada pandangan uols, apakah sebab wia kerap sakit kepala ek.. Nak kata kelas padat, tak sangat. Nak kata tension dengan masalah pun tak rasanya. Memang wia tak ada la promblem berat sehinggakan 24 jam dok berfikir. Sebab tu wia runsing keadaan diri yang kerap merasa tegang urat di bahagian kiri dan kanan dahi.

Selalunya wia akan telan paracetemol atau panadol untuk hilangkan sakit kepala. Baru baru ni dah kerap sakit kepala lagi kerap wia telan pil panadol, dua biji la standard dewasa. Maka cepatlah satu papan panadol tu habis minggu ni. takut memang takut bila setiap hari makan panadol.. sebab memang tak bagus dan ada effectnya. Wia tau tu, tapi tetap juga telan sebab tak tahan sakit tiap kalai nak masuk tido. Tak tahu kenapa sebelum tido malam sampaila dah makan ubat. Okey sekejap.. bangun tido sakit lagi kepala. Selalu nya terasa urat tegang di kiri dan kanan dahi kepala. Itu yang tak selesa. sakitnya kadang berdenyut denyut. Rutin harian pun terganggu. Sobs sobs..

Bila terbaca satu artikel dalam FB, rupanya macam tu effect telan panadol bila sakit kepala.. Share dengan pembaca blogger, keratan artiket yang wia baca sedikit sebanyak menyedarkan wia akan keburukan pengambilan panadol dan sekali gus buat wia takut sebab sebelum ni kerap sangat ambik panadol dan boleh dikatakan tiap hari. Apalagi serius wia terkejut baca artikel ni (--")

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
So, pagi ni cam biasa, urat tegang di kepala buat wia rasa sakit kepala. Semuanya rasa tak selesa. Jadi lepas je bangun dari tido. Terus mandi. Kiranya nekad nak cuba sesuatu yang baru untuk atasi masalah sakit kepala wia nih. Nak elak telan ubat yang bawa effect teruk jika kerap makan. Maka wia guna kaedah yang digunakan dalam artikel tu yang dikatakan berkesan untuk rawat saki kepala iaitu merendam kaki dengan air suam. So, lepas je mandi. Wia terus jerang air dengan hasrat nak buat kaedah merendam kaki.

Mungkin dah ramai yang mencuba kaedah ni, tapi wia baru hari ni nak cuba. Mana tau berkesan :) Kebetulan memang wia hari ni berpuasa nam di bulan Syawal. Memang agak lewat tapi masih tak terlambat.. mustahil la nak atasi sakit kepala dengan makan panadol. Jadi wia guna kaedah merendam kaki nisebagai alternatif semulajadi mengatasi masalah sakit kepala.. InsyaAllah sembuh..

Ok bila air mendidih, wia terus campurkan air panas dan sejuk ke dalam baldi untuk dapatkan air suam suam kuku. Duduk di atas kerusi sambil merendam kaki dalam air.. Mulanya satu perasaan yang tenang dan selesa. Makin lama kita rendam kita rasa tenteram dan wia pun pejam kan mata buat seketika. Beberapa lama rendam kaki dalam air suam, terasa ketegangan urat kepala kian kurang.. Alhamdulillah sakit kepala berkurangan dan wia rasa selesa. Maka lepas ni wia nak selalu rendamkan kaki sebagai langakh nak hilangkan stress dan sakit kepala. Berkesan la kaedah ni uoOls. Ini pengalamwia sendiri, baru je tadi sebelum terus menaip entri dan mengapdate untuk hari ni ;')

Kalau yang nak lebih selesa, boleh juga cuba ubat ubatan cina yang lebih berherba, dan elakkan telan panadol dah lepas ni. Sebab ubat ubatan yang berherba seperti ubatan cina lebih semulajadi dan tiada masukkan dadah. Ini lebih selamat untuk kesihatan diri. Sayangilah diri kita sebaiknya kerana jasad ini dipinjamkan Allah kita dimuka bumi ini hanya sementara. Jasad kita dan diri kita sendiri adalah amanah dari Allah S.W.T..

Sekian wia berkongsi tentang kaedah lain untuk atasi sakit kepala yang kerap wia alami kekangan ni dengan uoOls. harap sama sama dapat membantu ye :) Selamat Berblogging semua. Pada yang nak mencuba. selamat mencuba. Teehee :D

Tuesday, 20 September 2011

One Slot Three Story..

Assalamualaikum. Heppi nya semalam dah settle satu test. Time hujan renyai renyai. Memang sesak kelas dengan student. Tapi kami cool je jawab paper. Heheh. Lecturer pun sporting. Dalam sejam dah boleh balik. Singgah library hantar buku. Even dah bertukar kampus, library di kampus ni lagi kerap wia kunjung berbanding library kampus BJ..mungkin faktor jarak kot. Okey yang lepas kenangan. Yang sekarang mencipta sejarah ;p

Rini pulak kelas dibatalkan sebab Prof Hakim nak weouls prepare untuk presentaion. baik hati kan prof wia..Hehe.. disamping itu, eceewah ayat.. silibus subjek pun dah settle habis. Tunggu nak exam je lagi. Gurlp!! Cepatnya masa.. pejam celik pejam celik je lagi. Rasa tak cukup kaki tangan nak capai nota, dan tatap buku puas puas.

walaupun cenggitu situasi yang digambarkan, wia dan housiee termasuk lah rakan sebilik dok soseh soseh rancang nak berjalan keluar sama sama. Memandangkan masa untuk bersama pun dah tak lama je lagi. Jadi kena la cepat cepat grab masa yang ada.. Macam besh je dengar photoshoot dan shopping. Makan makan dan snap gambar sesama buat kenangan.:)

Memang feveret tau semua tu..Memang masing masing sibuk, tapi nak juga jalan jalan. Memang semua tu masih dalam perancangan wia & geng.. Wait and see later Dior ;p Eh sebelum terlupa, nak stori mori pasal semalam yang owner rumah sewa wia ni datang lagi. Memang lucky dapat owner macam ni. Kali ni weouls satu rumah yang suruh datang memandang ada kerosakan yang weouls satu rumah terpaksa minta tolong dia..
Independent Girl..InsyaAllah :)
Encik owner pun bagi respons baik. Jadi sangat lah baik hati dia datang dengan kawannya mungkin juga lecturer di UiTM Shah Alam seperti owner rumah sewa wia yang lecturer enggineering katanya. Datang tengahari semalam bersama tukang. Tak tau pulak tukang tu tukang apa sebab sersa serbi cakap je masalah dia, mesti dia tahu :)

Lepas je deal apa yang patut, check apa yang rosak itu dan ini..owner cakap nak baiki dan tukarkan yang baru aoa yang patut. memang besh la dalam hati. Dia siap nak bagi perabut apa yang patut.. Hee memang baik hati la owner nih ;p Jarang jumpa owner yang macam ni. Terharu :') So cadangnya nak settlekan hari ni pagi ni.. Kebetulan wia pulak semalam yang ada tolong jadi jurucakap apa yang patut. Nasib ada Fifah sebagai teman..

Psstt tapi hari ni macam tak jadi je baiki sebab sedari awal pagi wia tunggu. Entri pun asyik terbantut diselang seli dengan buat asaimen. Sabar  menanti menunggu.. Tup tup yang dinanti tak kunjung yang tak minta yang datang. Hadoii. Gas memasak pulak habis time wia nak masak lunch tadi. =.=" So dengan berat hati kena pegi kedai bawah tanya paasal ada tong gas ke tak. Nasib ada tau uoOls,, tambah bala lagi tak ada pulak orang nak hantar ke rumah. Nasib rumah wia tak jauh.. atas blok je. tingkat satu pulak tu. Untungg la kan..Naik lif pun tunggang terbalik dengan troli. Chopp!! Nasib juga ada troli meh.. kalau tak kudrat seoarang gadis nak bawa tong gas seberat 19kg tu..

Tong pun berat. Memang tu pengalaman sangat. Masa nak hantar balik tong kosong ke kedai, ada mamat tu boleh tahan hemsem dia, boleh pulak dia tekan button ke atas, tingkat 10 pulak tu. Wia just nak turun bawah, ground floor. Sempat sembang sembang. Dia kata wia INDEPENDENT !! :) Wahh rasa macam gadis yang bersifat waja la pulak. Berpeluh juga dengan tong yang berat.. Nasib ada pengalaman kat rumah. siap budak rumah langsung tak tahu menahu pasal tong gas, cemana nak pasang kepala gas tue ;p Untungg.. sebab wia pun anak sulong. Semua menda kena buat sendiri :D

Serius dah meningkat dewasa 22 tahun nih, banyak perkara yang kena buat sendiri. Memang pengalaman, yang mematangkan kita kan ? :) Ok wia nak siapkan asaimen dulu ..Hikss. P/s: Pasang angan angan dengan member serumah nak spend satu hari keluar jenjalan sesama. Hope menjadi . Amin.. Banyak tempat dah rancang. Kuikuikui. Selamat berblogging uoOls.

Sunday, 18 September 2011

Selamat Melahirkan..

Heppinya hari ni. Bukan sebab dapat on9 lepas berpinar mata tengok nota dan buku tapi sebab dapat berita dari rumah. Heee. Bukan juga sebab meow kat rumah dah tak suka makan wiskies tapi memang berita gembira la. sebelum tu assalamualaikum pembuka bicara. Okey entri hujung minggu hari ni akan dihapdate lagi. Kali ni nak stori pasal baby yang baru selamat lahir kat dunia ni.. wajah baby belum sempat wia tatap, sebab hari ni je baru dia keluar dari rahim mama dia.Ok, makshu ni adik bongsu ayah wia. Intro dulu.. Hee
Okey wia dok stori mori ni adalah maksu wia selamat melahirkan baby boy kata mak tadi. heppi nya dengar seakan macam dapat baby sendiri. Sebabnya maksu dah ada tiga orang anak girl.. yang ke4 ni dapat baby boy mesti la heppi senyum sampai ke telinga. Mesti heppi maksu sekeluarga kan.. Syukur alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi dalam lebih kurang pukul 8 pagi kalau tak salah kalau ikut pada apa yang mak bagitau wia. Congcrate maksu & paksu. Hehe.. Nanti wia balik wia melawat baby. Tambah lagi satu cousin wia.. yang terkini dan terbaru ;)

Beshnya bau baby yang baru lahir kan..kulit halus mulus, segala tulang belulang masih lembut. Keajaibannya baby sangat suka tidur dan mam susu badan mama dia. Ehee.. macam da pengalaman padahal tengok pengalaman mak sedara je pun. Sebab kazen wia yang lain semua masih muda. Semestinya tak ada pengalaman lain. Lagipun malu kot nak tengok orang baru lepas bersalin, bila dah jadi anak dara nih. ;p Except kalau anak sedara mara. Heee. Geram je kalau tengok baby yang fresh dari worm mama dia..

Kalau cakap pasal baby memang takkan habis punya wia berceloteh yang penting, selamat bersalin untuk ibu mengandung yang bakal melahirkan anak comeyy, pada ibu yang selamat bersalin, selamat berpantang wia ucapkan. Bertuahnya seorang wanita bergelar ibu.. Subhanallah :) Okeylah wia esok ada test, sekarang tengah dok on9 dulu realise minda katanya ;p Sempat juga verangan ngan rommie nak berphotoshoot nanti. kalau ada rezeki, apa salahnya.. Heheh.. yang penting badan kena la solid dulu. KURUSS..? Hadoii cemana ye kengkawan. Wia belum ada istilah diet dalam kamus hidup ni. Kuikuikui.

Yang penting berangan tu adalah sebahagian dari hobi wia ye uOols. Harap memahami ye pembaca setia sekalian :P Selamat berblogging semua. P/s : Dah lama tak pegang baby.. rindu la bau baby. Hikss. Suci betul baby yang baru lahir kan..Ceria selalu. (^_____^)

Saturday, 17 September 2011

Welcome Roomate & Besties Book.

Assalamualaikum. Seronoknya cuti panjang. Siap isytihar hari berkawan baik dengan buku lagi. Hee.. Biasa la dah midterm. Ada test dan quiz siap dengan asaimen projek. Mesti la berbesties dengan buku. Kan uoOls..?? Eh kalau membe yang lain baru naik sem lepas cuti panjang, wia dah midterm. Biasa la, U lain lain. Yang penting tak sabar nak habis studi dan konvo. Lepas tu sambung balik. InsyaAllah. Itu semua perancangan. Pelan pelan kayuh katanya. Umur pun masih muda trang tang tang ;p

Harus la belajar dan kejar kejaran dengan buku dan kelas selagi mood belajar masih segar di minda. Waaa semangat hang wia.. Biasa la tengah ambik mood di hari yang besh ni. Cuti la kata kan ;p Okey hari ni yang tambah heppi sebab roomate wia pun dah mai dah arini. Mau tak syok. Malam ni meriah la bilik sebab member sebilik ni dah masuk. Tengahari tadi baru sampai  dengan mama dia. Mama dia pun peramah. Orang Melaka katanya. kalau sebelum ni wia asyik bersms je dengan dia. Hari ni baru dapat bersua muka. Hikss. Seorang yang tinggi. Pakai lens barbie doll. Mama dia sangat caring.. Beshnya kalau jadi ank bongsu kan. Terharu sat tengok auntie tu dok tolong kemas barang ank dia. Bertuah badan :)
Bukan apa, sebab mak wia sendiri pun tak penah kemas barang wia camtu. Yela anak sulong kan...adik pu  ramai kat belakang. situasi mestilah berlainan. Apepun besh la tengok auntie tu tadi Sekarang bilik wia dah wangi. Bau ampi pure lagi ;) Fresh sangat uoOls. Even mula mula tadi cam pening lalat sikit sebab tak biasaa, tapi lama lama rasa macam wah.. cool !!. Kehkehkeh. Sekarang bilik pun dah disusun atur. Kemas je rasa. Untunggg dapat romate seorang mascom.Bukan sebab dia seorang student mascom dia pembersih dan kemas tapi.. nak tahu tak..psst gossip sikit ;)

Wia nampak dia bawa senapang dia la ;p Kamera EOS Nikon.. Jeles disitu. Bila la agaknya nak dapat yang sendiri kan ;) Kamera DSLR siapa tak berkenan. Nak nak seorang blogger yang harus ada bahan bukti kan. Setakat yang mampu kamera henfon je yang lepas. Alasan, belum bekerja dan masih belajar. Yang penting semuanya pelan pelan kayuh. Biasa la, nak capai impian yang mewah, harus ada angan angan yang tinggi. target tuu..

Maka dah genap la penyewa dalam rumah sewa wia sekarang ni. Enam orang semuanya. Kalau bilik master room ada 3 orang, bilik tengah ni yakni bilik wia ni dua orang dan bilik sebelah bilik air seorang. Sebab memang bilik tu kecik sangat. Okey nak kenalkan sorang sorang memang taak ada lagi gambarnya pun..sebab belum buat sesi photo | shoot lagi. Tapi mana tau suatau hari nanti kan..? ;)
Wajah mood raya dulu.. Gmbar housiee lain kali ek..Kih3
Cuma wia boleh sebut nama depa semua yang menjadi housmate wia sekarang. Okey kalau kat bilik master, ada eyda, fifah dan asnie. Kalau bilik tengah wia dan syaz. Yang dok sensorang dalam bilik, Nisa namanya. Merangkap ketua la yang kutip duit sewa dan jurucakap wakil serumah untuk discuss apa apa dengan tuan rumah. Ahaaa panjang lebar wia terangkan ek. InsyaAllah isnin ni tuan rumah datang dah boleh la settlekan masalah yang ada. Tak banyak pun tapi ada effect la juga kalau tak settle kan. Ni dah ramai, besh la sikit. Tak macam rumah masa mula mula wia masuk dulu. Sangat messy.. dan sekaraang dah boleh tarik nafas legaa. Weeee :D

Okeylah selamat berblogging uoOls. Ngap biskut raya yang berbaki je dulu, walaupun kempunan ngap pizza..Doakan wia untuk test ye kengkawan. P/s : Jom sambung edit header baru..ngee ;p Sebab dah puas menulis nota tiga chapter rini..Hee # Alasan !! dan mudah mudahan maksu selamat bersalin..;)

Friday, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia :)

Assalamualaikum. Masuk hari ni dah 3 hari blog wia ni tak berhapdate. Hee..Penangan korea punya pasal. Harus lah tonton hingga tamat. Alhamdulillah tengahari tadi dah selesai. Tutup lappy dan terus rest.. sehingga la petang ni kerinduan pada blog dah ketara. Rupanya cepat masa berlalu sampaikan tak sempat nak hapdate blog dalam tiga hari ni. Teruja menonton kata nya. Yup wia memang peminat cerita korea. Pendek kata kalau ada kesempatan untuk menonton mesti wia tak lepaskan menonton. Sebab semua ceritanya pasti besh !

Pasti ramai yang bercuti hari ni bersempena 16 September yang jatuh pada tahun ni arini hari Jumaaat, penghulu segala hari. 16 September adalah tarikh penting dimana nama Tanah Melayu ditukarkan kepada nama Malaysia. Bagi parent wia memang bercuti. Beshnya kalau dok kat rumah bersama famili sekarang. Mesti dapat jalan jalan time semua ada nih sebab wia pun memang kaki jalan. Tak kira la even dekat pun, janji dapat makan angin tengok persekitaran luar dengan kereta, itu sudah memadai ;)
Bangga Anak Malaysia !!
Itu wia kata kalau, dah sekarang kat rumah sewa, dalam bilik je tempatnya. Bukan tak ada kawan untuk keluar tapi member serumah sorang ni sangat sekepala ngan wia. Itu yang besh tu,  Nak je jalan jalan kemana pasti boleh dengan dia, tapi..sekarang ni wia tengah sesi berjimat cermat. Biasa la dah dok rumah sewa sendiri, segala perbelanjaan harus sendiri. Sebelum ni pun wia agak boros. Tapi kali ni biarlah pendam dulu untuk seminggu dia ni. Hikss. #Sedapkan hati..

Kalau semua orang tengah bercuti, ada juga yang tidak. Seperti BF wia sebagai contohnya. Kesian dia, tapi katanya cuti tahunan dia dah cukup. Haruslah kerja seperti biasa. Kalau uoOls nak tahu, BF wia ni memang workhorlic.. Suka kan kerja. Kalau boleh kerja, kerja dan kerja memang feveret. Tapi itu kalau kat ofis la, kalau kat rumah tu tak la :) Selamat bekerja dear. Tadi pun dalam pukul 6.12 petang tadi, dapat sms dari dear yang dia balik lambat, sebab ada kerja katanya..Mesti urgent kan. Apa yang wia balas, "Selamat Bertugas Sir "..

Okeylah nak cakap wia terliur lah dengann Pizza Hut tetiba kat tekak ni. Kalau dekat Shah Alam ni, memang segala makanan restauran segera banyak. Antara nak ke tak je.. sedap la tengok iklan baru kat tv. Teringat zaman dulu dulu setahun empat bulan yang lepas..lama kan?..itu yang terakhir wia ngap pizza. Hadoii..even nampak cam ketinggalan sikit, Domino pizza pun wiaa belum cuba. =.= Kuikui. Bila cakap pasal makanan, perut pun dah kriuk kriuk..Ok, selamat berblogging uoOls. Wia nak pi melawat incik NUFFNANG, dah sihat ke blum..dan berlepas ke blog uoOls. Rindu sangat dah ni..Selamat Hari Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia :')

Tuesday, 13 September 2011

Bekalan Biskut Raya Segar dari Kampung ;)

Assalamualaikum. Sedapnya menikmati selsema setelah lama tak dihidap virus selsema.. #Ayat penyedap hati je ni padahal dalam hati dok berdoa agar cepat sembuh. Sebab kalau selsema, banyak nikmat dan deria yang ditarik Allah supaya segala apa yang di makan semuanya rasa sama je.. Baik sedap ke tak tetap rasa tawar. Tapi syukur juga bila manis, pedas, masam dan pahit masih lagi boleh beza even tak sekuat deria selalu ;)

Bila dah selesema macam ni, bila sampai satu tahap rasa macam ketagih nak kunyah sesuatu. Nasib ada bawa bekal biskut raya . Memandangkan sekarang masih lagi dalam bulan Syawal, beraya tetap ada dimana mana. Bagi yang dapat "Open House" memang rezeki. Kalau dah jauh dari famili, makan biskut raya pun dah rasa puas hati. Ok sekarang ni pun wia sambil on9 sambil ngap biskut raya yang kat sebelah ni. Akibat biskut raya dalam balang biskut mak kat rumah pun dah semakin berkurang dek tetamu yang datang dan ketagihan biskut raya oleh adik adik dan wia sendiri memandangkan ni minggu ketiga raya. Wia bawa bekal biskut pun dua bekas tapi serba sikit. Sebab biskut pun dah nak dekat habiss kat rumah. Meh sini nak tunjuk sikit. dah 3 hari balik dari kampung baru nak tunjuk bekal biskut raya dari kampung. Hikss
Biskut raya yang hampir jadi serdak buka dari beg balik kampung aritu ;)
Tetamu yang berkunjung time raya memang ramai dari sedara mara sampaikan kepada kawan kawan ayah mak, membe wia dan membe adik adik. Tapi sendiri sendiri yang makan biskut raya pun belum di kira. Mau tak cepat habes. Kuikuikui. Puas hati sebab wia masih ada sedikit biskut yang wia sempat bekalkan sebelum balik sini hari tu. Dua tupperware lagi tau. Tapi seperti yang wia cakap dari awal tadi serba sedikit aneka biskut raya yang ada dbuat sendiri. Ada yang tok buat dan ada yang yang dibeli..Pendek kata setiap hari mesti wia akan buka tupperware dan ngap sampai puas hati. Sampai sekarang masih ada.
Tunggang langgang jadinya dalam tupperware. Tapi rasa tetap lain..Hee
Eh wia tak bagi housmate sikit ke biskut raya..? Untuk pertanyaan tu, ini jawapannya. Memang ini mak wia cakap sendiri, memandangkan biskut raya pun tak berapa, makan biskut tu sendiri sendiri je ek, nanti tak dapat nak makan puas puas pulak. Sebab kalau dah dikeluarkan tupperware biskut ni, CONFORM habis. Nanti bila datang sindrom nak makan biskut raya kat tekak nia, macam ketagih kopi tu, Cemana nak buat. Siapa nak jawab. Kihkihkih. Baik tak jawapan ni.. Biskut pun ada sikit je. Kan elok dari makan sendiri sendiri, daripada nampak cam sikit tapi nak menunjuk nunjuk. Kan tak baik tu ;p
Feveret Semuanya !! :D
Beshnya tengok rumah orang banyak lagi biskut raya sampaikan nak bertemu raya Haji atau raya AidilAdha masih ada berbalang balang. Jeles ! :D Kalau kat umah wia tu, awal awal dah masing masing dengan bekal sendiri. Ayah dengan caranya bawa bekal biskut raya kat tempat keje. Biasala keje dengan Chinesee, rapat pulak tu. Memang setiap tahun pasti ayah bawa biskut raya bagi diorang rasa serba sikit. Ok itu satu dah teragih. Kedua wia dan adik wia yang studi kat UPM tu pun masing masing dengan bekal biskut raya sendiri. Mau balang dan tin biskut raya kat rumah tak habis. Heee. Nasib masih ada lagi sikit kot yang ada kat rumah.Kalau wia tak salah Biskut sarang semut sebab wia buat banyak kali ni, tapi kalau snap madu cornflakes tu ramai yang dah chop. Hahaha.
Dua tupperware.. Nasib mak memahami anak daranya yang kuat makan nih ;)
Ni je biskud raya wia yang beraneka jenis ;)
Sikit je tapi puas. #Sorry gambar tak memuaskan. Selamat Berblogging.
P/s : Tahniah pada maktih atau Tih yang selamat bertunang ahad lepas. Baru teringat nak ucap dalam blog tapi kat fon, awal awal dah ucap. Hee

Monday, 12 September 2011

Boley Tolongg.. Nuffnang Earning Jadi Cenggini.

Assalamualaikum. Nak mintak tolong uoOls boleyy. Penah tak uols jadi cam wia nia.. Okey tadi bangun dari tido terasa nak log in Nuffnang. Macam biasa la bila nak tengok akaun Nuffnang ni mesti nak cek earning kan.. tup tup ada opss la pulak. Bukan opss sikap ke apa tau, tapi opss ini.. Terus wia cam cuak kata orang kL, kalau kata orang kedah, kalut dok fikir apa masalah dia. Okey wia tunjuk sikit apa yang jad. Ni yang keluar atas statement earning yang panjang berjela tu.. Terkejut sangat. Terus ngapdate entri..
Klik untuk tumbesaran ye :)
Okey wia retry banyak kali tetap jadi macam ni , terus wia kelik link "HELPDESK" tu.. Wia sebenarnya takut nak buat sesuka hati, tambah tambah menda yang wia tak berapa faham. Nak nak yang melibatkan eraning. Almaklumla ni pertama kali jadi cenggini. uOls penah jadi tak.. Okey continue apa yang keluar bila wia klik link tu, dia suruh pilih apa yang kita nak buat seperti cam ni..
Klik untuk tumbesaran yg lebih jelas. Mana yang patut wia pilih ek..? Blur sangat, even pilihan di depan mata.. Memang nak minta tolong uols.
Terus tak tahu nak pilih apa.. Memang serius tak tahu. Bila tekan link "NEXT" pulak kita kena isi form pasal kita punya ticket yang hilang kata nya. Langsung tak faham dan blur >.< Cemana ni.. Setakat ni wia tak tahu nak buat apa..? Dan sebab tu wia hapdate entri ni supaya ada blogger yang bijaksana tahu hal cenggini. Wia tak pandai nak memandai sendiri. Serius tak tau kenapa terus jadi camni. Nuffnang merajuk ke..? Atau ini normal ada opss sekala. Hmmm =.="

Lepas tu kan dia ada tiga kolum yang create ticket, find ticket dan knowledge base. Seperti di gambar kedua tu..wia klik pula pada "FIND TICKET" dan yang ini yang keluar. Hadoii nak buat apa ni.. dengan keadaan wia yang selsema ni langsung tak tahu nak buat apa.. nak kena klik kat hide ke tak ek.. Sesiapa leh bantu :'(
Klik untuk tumbesaaran yang jelas.
Dan ini gambar lagi untuk kolum "KNOWLEDGE BASE".. explain mengikut pilihan juga. Tak tahu apa nak buat. sabar aje laa.. Pada sesiapa yang tahu, tolong wia ek. Ok time ni wia sangat blur. Mengharapkan bantuan uoOls untuk fahamkan wia. Sekian, harap ada yang sudi menolong. Terima kasih untuk iklan yang  setiap hari menari di blog wia..Selamat Berblogging.

Bungkusan Hadiah dah Sampai..Ngehngeh :D

Assalamualaikum :) Yippe !! Bungkusan hadiah dah sampai..ngehngehngeh. Memula nak cakap hepppi sangat dan kerujaan itu wia bangun dengan kekuatan yang ada akibat penangan ubat selsema yang ditelan malam tadi..Wia menghapdate entri untuk share dengan uoOls bahawasanya, #wah ayat! hadiah yang di kirim  pada incik dear dah sampai hari ni  la ;p

Mulanya wia tak tahu yang hadiah tu sampai hari ni sebab kirim pun sehari sebelum tarikh bufday incik dear, campur tolak tambah bahagi darab dengan cuti hujung minggu lagi, kompom posmen pun cuti rehat dan beraya makan open house bagai. Okey yang itu tak pasti, tapi yang beshnya dalam pukul 11 pagi tadi, si dear, call wia dan bagitau yang mak dia call bagitau dia dapat satu bungkusan. Tu yang dia excited call wia ;)
Parcel dari wia untuk si dear yang selamat sampai ke tangan dia :D
Bila di tanya wia sama ada wia yang hantar memang wia tak ngaku la kan. Buat suara serius. Untuk meyakinkan dia yang wia bukan pengirim tu dengan niat. Kihkihkih. Habis je cakap call, rupa nya dia pegi call mak dia semula kot, sebab selang beberapa minit kemudian dia hantar mesej yang dia kompom wia yang hantar. Bunyi mesej yang dihantar dirahsia kan :) Tetapi memang wia geram dan lucu pun ada juga. Almaklum la tektik dia nak tahu tu rasa seakan macam tak sabar bebenor..Siap call mak dia balik pulak tu. Dear..Dear :] Memang rasa macam alolor..
Okey sempat mesej sekejap then dia sambung keje balik dan wia pulak perut pun dah lapar sebab tak sarapan kriuk kruik dah rasa bunyi dondang sayang ke hape tak tau..terus masuk daapur capai apa yang ada, masak :) Eh lupa nak bagitau yang wia sempat ke kedai runcit area Restoran Hakim Seksyen 7 beli barang dapur sikit tadi. Jadi siap masak, terus la makan sambil menonton cite Korea kat ntv7..siap bawa meja makan lagi depan tv. Agak malu juga bila housmate lalu lalang..biarkan aje laa. Janji wia kenyang dan selesa :D even badan tak sihat selsema.

Habis je cerita tu, langsung tengok fon kaler merah wia tu, tengok tengok ada mesej multimedia la..Dari si dear. Tak sabar nak tengok terus tekan keyboard,open ada gambar parcel kotak hadiah yang sama cam wia hantar pada si dear. Pelik masa bila pulak ada gambar kalau dear belum balik. Terus call dia... dan kompom la dia dah balik rumah, katanya baru sampai rumah  dan terus dok belek belek hadiah yang wia bagi pada dia.. Terharu sat :') Rupanya dear ambik cuti separuh hari sebab tak sihat, rasa nak demam kata nya. Memang sekarang musim tak sihat kan.. Kena la rajin makan ubat. Baru cepat sembuh.

Apepun syukur alhamdulillah, hadiah yang dikirim telah selamat sampai ke tangan  hari ni. Beshnya lagi dear suka dengan hadiah tu. Lega rasa hati.. Nak tahu apa hadiah yang wia kirimkan pada si dear.. Heee. Malu nak nak tunjuk, biar la rahsia ye :') yang penting weouls rasa selesa dan heppi. Terima kasih incik posmen ;) Wia sangat appreciate tugas yang dilaksanakan. Okey la nak siap siap pegi kelas pertama selepas cuti raya ni.. Kan besh kalau ada transport time tak sihat camni.Oh lupa nak bagitau kelas pagi tadi dibatalkan. Jadi petang ni la kelas pertama wia..midterm midterm. Doakan wia dan incik dear sembuh. Hati berbunga bunga, dear sukaa hadiah tu :)

Sunday, 11 September 2011

Bilik Sewa dengan Langsir Baru Merah Putih..

Sambil mengunyah baki biskut raya yang ada terus log in Blogger dan FB jika di hadapan lappy :) Assalamualaikum. Fuhh penat terasa bila dok hias bilik dan cuci apa yang patut setelah 3 minggu balik bercuti raya. Biasa la berhabuk dan bersawang. Basuh baju dan langsir baru. Selipar pun basuh tau. Hee..penat penat penat. Nasib hari ni hujung minggu. Aktiviti keseorangan yang puas hati.

Balik je dari kampung, sampai petang semalam. Malam tu, tekak rasa sakit dan perit.. baru teringat yang wia ada buka penutup air cond dalam bas semalam. Mungkin sebab tu rasa tekak kering. Tambahan wia kurang minum air pulak. Bertambah la virus flu dalam diri. Senang la merebak virus dalam air cond sebab ada seorang penumpang semalam, dari bertolak sampai nak sampai, batuk tak berenti. Mungkin dari situ juga wia dapat virus tu. Kan mudah berjangkit. #Antibodi lemah..

Ok bercerita pasal menghias bilik. Hari ni wia tekad nak pasang langsir baru yang wia tengok cantik dipasang dalam bilik. Ok mencari langsir di rumah, memang susah. Nasib teringat yang housmate terjumpa langsir merah putih yang masih cantik dalam satu bungkusan plastik dekat balkoni ruang tamu. Bila ditanya semuanya tak tahu, fikiran wia mungkin ini langsir penyewa lama atau tuan rumah sendiri. Memang kotor sebab lama tak guna..Bila cuaca pun cerah elok, wia pun  terus rendam langsir selama sejam..sambil mencuci baju yang dipakai semalam oleh cik jepun kita. Kihkihkih.

Terus cuci dengan cik Jepun juga memandangkan kudrat nak memerah dan membilas tak terdaya dek badan. Baik gunakan kemudahan teknologi yang tersedia. Tak sampai setengah jam.. selesai untuk disidai di ampaian. Terima kasih ya Allah kerana mudahkan semua ini..Selesai menjemur tadi wia terus santai setelah lunch simple. Biasa la dah dok rumah sewa ni, makanan pun dah jadi sebujang yang mungkin ;p Jimat katanya.. Mata pun ngantok yang amat..terus terlelap lepas tengok melodi.

Bangun dalam pukul 3 petang terus solat dan terus ke kedai beli barang dapur yang dah habis. Tapi banyak stok barang mini runcit bawah blok ni dah tak ada. Hadoii. Alamatnya beli esok aje laa..tapi wia beli je barang yang habis tapi masih ada kat kedai tu, supaya esok tak la banyak sangat kena beli kat kedai runcit bawah sana. Masa on de way nak ke kelas.. Oh esok kelas dah mula semula. Mood datang la mood studi dan mood midterm test.

Ok memandangkan petang dah pun nampak pokok hujan, cepat cepat wia angkat kain di ampaian balkoni. Siap siap nak melipat kain dan memasang langsir yang dah kering, bersih dan wangi lagi. Nampak macam baru gittu ;) Terus masukkan besi dan adjust sikit apa yang patut.. then..jeng jeng jeng
T A A R A A A A A.....
Ini la langsir merah putih yang siap di pasang di jendela bilik sewa wia ;)
Cadar pun baru tau uoOls. Suka sangat dengan cadar kali ni. Nampak feminin. Cadar lama dah ditinggalkan kat rumah. Keselesaan dirasa oleh chito si teddy kesayangan dan tuan puterinya, Cik empunya blog ;)
Tido malam pun lena dibuai mimpi indah. Hehe.. Ok untuk pengetahuan uoOls masa bulan puasa dan sampai la nak masuk sebulan wia menyewa disini. Wia langsung tak pasang langsir. Tak terfikir pun. Apa yang terjadi, siang memang panas bila mentari masuk menyinar..mata pun berpinar. Bilik jadi panas. Malam pula baring terus nampak bintang dan bulan ;p Serius memang tak takut. Walhal seminggu sebelum balik kampung beraya wia stay sensorang. Memang tak rasa apa apa walaupun tak pasang langsir. Tapi samoai bila tak berlangsir kan.

Sebab tu hari ni wia nekad, cuci langsir yang sedia ada dan masih cantik lagi ni. Merah lagi mak long.. baru la rasa macam bilik yang baru. Roomate wia pun kebetulan belum bertentang mata dan balik lagi. Jadi wia sensorang la kemas bilik. InsyaAllah nanti dan comei untuk dipertonton di public, wia akan share dalam blog picisan wia ni ek ;) Oh sebelum terlupa, rumah sewa wia sekarang dan dulu memang tak ada katil.. tapi wia selesa, sebab tilam yang tebal berapa inci ni entah. Janji wia selesa untuk studi dalam bilik ni. Yang pasti bilik sewa dan rumah ni lagi selesa dari bilik sewa yang usah disebutkan lagi tu sebab wia sendiri yang decorate. Tambah ruangnya lagi besar sampai wia boleh juga masukkan meja studi, almari kain dan box pakaian. Heee.

Lain kali wia tunjukkan bilik yang full ek. Masih tak pandai cari sudut yang sesuai untuk snap gambar bilik. Sekarang wia sangat puas hati dan sampaikan rasa macam nak stay sensorang dalam bilik nia.. Ok bilik lama yang dipasang langsir merah putih. Cadar baru.. i loikeeee. Suasana yang tenang untuk studi. Selamat berblogging uoOls. #Sakit tekak wia sekarang ni, dah sekarang tengah mengulum dan hisap strepsils regular, kaler merah juga ;p  Ceria selalu dan doakan kesembuhan wia sebab wia paling tak suka flu.

Saturday, 10 September 2011

Balik Dari Kampung Paling Terkilan :'(

Assalamualaikum. Selamat sudah sampai di bumi Selangor Darul ehsan tepat pukul 5 petang tadi.. Memang cepat masa berlalu. Terasa baru semalam balik kampung, hari ni dah balik mai sini. Pagi tadi, satu famili hantar wia ke stesyen bas. Heppi sangat ! :) Sebab selalunya wia kena naik bas sendiri dari rumah untuk ke stesyen bas tu. Sedih hanya Allah yang tahu.

Tambah pulak selalunya adik adik bersekolah untuk hantar aku pulang. Berlainan hari ni, ayah kebetulan bercuti ganti katanya. Sebab minggu lepas, ayah terpaksa keje even time cuti raya ayah tika itu. Memang lucky wia sebab kebetulan hari ni juga hari Sabtu dan bukan Ahad, maka adik adik lelaki wia, si Badrul dan si Pali tak la sekolah. Jadi siapsiap pukul 10.10 pagi bertolak dari rumah.

Bas dari tiket wia menunjukkan pukul 11 pagi. Sempat la ayah drive secara berhemah untuk sampai ke stesyen yang ambik masa 40 minit untuk sampai. Perasaan wia tika itu hanya tuhan yang tahu, rasa heppi macam nak keluaar beraya je rasanya. Sebab keluar satu famili, padahal nak hantar wia balik belajar. #Perasaan berbaur tapi tetap heppi sebab famili dapat hantar kali ni. Sobs sobs.

Syukur sebab sampai ke stesyen bas, elok sedang je masanya. Ayah pun tak rushing, bas pun kebetulan tak sampai lagi. Kemudian, wia buat check tiket di kaunter untuk confirm. Dapat la cam biasa sebotol air kecil mineral dan tisu muka..tapi luck wia juga kali ni kak kaunter tu bagi seat wia yang mulanya seat 22 yang agak belakang kepada seat 13 ;) Dibahagian tengah, seat single privasi tetap sama. Dalam hati tak habis rasa lega sebab tuhan permudahkan satu per satu. Duduk sembang sembang ngan mak, terserempak dengan maksu dan mak teh sebelah mak juga tengah jalan bersama sama anak dara masing masing. Lagi la tak sangka, jumpa sedara sendiri. Hari ni banyak sangat kebetulan yang Allah temukan pada wia :')

Lepas bersalaman dengan mak sedara yang berdua  dan sepupu sepupu yang pandai bergaya dah sekarang ni;p Sepuloh minit kemudian, bas wia pun sampai.. Ayah pulak turun je dari kereta tadi terus menjinjing beg comei yang wia tak pasti apa barang dalam nya..buat wia rasa cemas sekejap. Sebab takut bas bertolak, tak sempat salam ayah dan adik adik yang ikut bersama tadi. Cepat wia capai phone nak call ayah supaya cepat mai ke tempat ke stesyen bas.

Sementara menunggu ayah datang, wia pun nak masukkan beg dalam perut bawah tu, tetiba tengok pasai apa ramai sangat katsitu, rupanya sebelah pintu lagi tak boleh buka. Nak masukkan beg pun tak boleh.. Nasib wia bawa beg sedang je, terus naik atas. Mak pun naik sama tolong bawakan bekal kat wia bersama air botol mineral tadi.. Terhaaru sangta mak take care camtu. Tengok atas bas pun dah ramai orang. wia tak tahu yang mana satu no seat. Serius. Berapa kali naik bas pun selalu blur dengan seat. Kihkihkih. Dapat la tempat duduk single. No seat 16, salah tempat ni..

Rupanya bila mak tolong tanya kan katmana nak tahu no seat, tengok kat tempat letak tangan di kerusi. Baru la ada nombor :) Eh seat wia kat depan aje laa. Dah ada orang. Katanya dia pun bertiket no 13. No komen terus wia dok tempat yang berseat 16 tadi. Mak pun susah hati takut wia salah tempat. Wia cakap tak apa la mak.. jom turun, nak salam ayah dan adik adik sebelum bas bertolak. Lepas bersalam dan cium dak kecik Badrul, dan  sempat pesan pada Fadli suruh dia buat exam PMR nanti leklok. Wia terus naik atas..takut kena tinggal bas punya pasal, dan ada barang berharga wia juga. Sebab tadi turun selai sepinggang.

Dalam 5 minit bas bertolak..Terus lambaai lambai tanda selamat tinggal. Ramai juga penumpang hari ni. Kebanyakan perempuan. Wia ada bawa bekal nasi dan ayam goreng.. dah 4jam dalam bas, memang terasa lapar dan makan suap sikitsikit supaya dapat alas perut. Habis dua ketul kecil ayam gorng wia makan. Makan atas bas saja. Malu juga takut berbau ke, tapi wia buat dek je..sebab bas tu tak berenti2, rupanya nk berenti kat Slim River. Hadoii.. lama menahan kot nak membuang air kecil.

Perjalanan diteruskan, wia sendiri tak perasan berapa kali terjaaga dan berapa kali tertidur dalam bas. Akhirnya sampai la di tanah Shah Alam. Huuu, tak beshnya. T_T. Suasana baru lepas hujan..bas pulak tak masuk stesyen, berenti tepi jalan. terpaksa melintas nak naik teksi. Nasib beramai ramai sebab jalan sangat sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Sampai kat teksi, memang banyak, ada la kejadian jadi taak jadi. Tolaak menolak penumpang oleh pemandu melibatkan wia. Nasib ada yang sudi hantarkan.. syukur :') Sampai la wia di rumah sewa, rumah kedua nia untuk teruskan studi dan habiskan semester.

Masuk rumah sewa, sunyi sepi macam tak ada orang tapi rasa macam orang ada selama ni sebab barang macam diguna je. Lepas menyapu dan mengemas. Bersihkan diri dan solat.. baru wia teringatkan sesuatu . Buat wia TERKILAN dan TERALAT kata orang kedah sampai saat wia menaip tika ini..Bukan wia terkilan sebab tertinggal barang..
Wia tersedar yang wia tadi tak peluk cium pipi mak dan bersalam saat wia nak naik bas pagi tadi. Ya Allah.. sampai tahap tu wia punya tak perasan. T___T Mak....apa la yang mak rasa saat tu. Patut la wia rasa seakan tertinggal sesuatu saat naik bas tadi. Tapi masih tak perasan apa .. Rupanya wia sendiri tak perasan belum atau dah bersalam dan cium pipi mak. Sungguh wia menitis air mata saat ini. Lepas solat terus wia call mak bertanyakan pada mak apa yang wia tersedar dan terkilan tadi..Kenyataan ya memang betul. Mak pun perasan wia tak bersalam sebelum beraangkan pulang. Ya Allah.. hati ini sebak. Kenapa sampai cenggitu wia boleh tak perasan :'( Mak.. dah perasan tadi kenapa tak panggil.. Tapi wia marahkan diri kenapa boleh lupa sampai macam tu sekali. Sungguh sesal dan ralat rasa hati ini terasa seperti ingin putar kembali masa. #Nangis..
Balik Dari Kampung Paling Terkilan :'( Kedah ke Shah Alam. Harap harap kejadian cenggini menjadi iktibar dan tak berlau lagi. Sumpah wia sedih, Betul wia terkilan saangat. Mesti mak sedih.. wia homesick tetiba bila terfikir. Cepat minta maaf kat mak dah tadi. harap mak faham.. walaupun wia tahu mak sedih, cepat cepat mak tukar topik tadi. Ok, wia dah sebab meninggi, kolam mata dah bergenang air mata..dan terus menitis ke pipi..Sayunya hati. Sungguh terkilan pedih rasa hati ini.. nasib setiap hari wia curi cium mak walaupun mak geli, tapi wia tahu di lubuk hati mak, mak suka :'*

Ok tak dapat menaip lagi.. Heppy berblogging uoOls. P/s : Mak beli phone baru tadi even wia tak sempat tengok tapi bila google tadi, dah dapat bayang henphone baru mak. Mak.. kak minta maaf dan takkan berulang lagi. Sampai sekarang wia salahkan diri. air mata tak henti menitis. Cemana boleh tak perasan dah salam mak ke blum. Moga rasa bersalah pada mak dapat dihilangkan dan tak sabar mencium tangan mak. Mula counting day untuk balik kampung dan pangkah tarikh dalam kalendar cam selalu. >.< "

Friday, 9 September 2011

Hadiah + Meriahnya 09 September ;)

Assalamualaikum. Salam penghulu segala hari. Setenang tarikh hari ni yang istimewa, semuanya berjalan lancar. Wia baru selesai basuh membasuh pakaian, sempat sidai di ampaian, dalam dua jam kemudian awan mula berawak mendung kelabu. Tanda pokok hujan kata orang tua tua.

Ceria sangat hari ni..even si dia bekerja dan jauh dimata tapi dekat dihati. Hari ni wia dah rasa lega juga sebab dah siapkan parcel hadiah untuk si dear. Dah selamat hantar semalam. Harap harap dapat sampai dalam masa terdekat. Beshnya dapat buat surprise untuk si dia :]

Hadiah wia untuk hari jadi BF adalah simple mengikut kata hati wia. Cuba uoOls teka. Hehe.#Just joke. Tapi kalau nak teka juga ok juga. Even tak dapat jumpa, tapi wia agak puas hati sebab dapat buatkan sesatu yang special untuk dear. Harap dear suka :P
Hadiah buat si dear..Kotak nya mak aiii.. melampau! Hahaha. Petang buat janji temu dengan ayah untuk kelaur malam ni, tapi takdir kita yang merancang, Allah yang menentukan..tak dapat pegi sebab tok wan dan tok mai rumah beraya, sekali gus datang nak tengok dan berjumpa wia sebelum wia bertolak balik esok. Jadi tak dapat la wia keluar jenjalan seperti yang dijanjikan.

Kesimpulannya, sambut bufday dear, dengan makan KFC dengan adik adik tadi. Bawa balik makan kat rumah. Tak dapat usha henfon baru mak. :"( Agak terkilan juga tadi. Tapi nasib masa tok wan nak balik, wan hadiahkan wang saku kat wia sebab esok wia dah balik Shah Alam. Psst malas packing barang. Tapi nak tak nak kena kemas juga. Selamat hari raya uoOls.. Esok dah bertolak balik.. Malassnya. Jumpa lagi. Mood menaip dah (-") Selamat Malam.

Selamat Panjang Umur CINTA

Assalamualaikum. Entri khas sempena tarikh yang istimewa buat dear. Seorang yang bertakhta di hati katanya. Opss malu sebenarnya nak berbicara pasal hati, tapi biarlah sekali sekala bercoret pasal si dia.. Okey entri khas ni wia tujukan buat BF kite yang dah tiga tahun berhubung sebagai pacar :P

Ada sebelum ni entri wia bercakap pasal hadiah,, Yup dah pun dapat idea untuk hadiah hari jadi untuknya tahun ni.. Alhamdulillah ikut kata hati itu yang besh sebagai tanda ingatan buat si dia.. Hope dia suka. Alang alang uoOls dah tahu, ya esok hari jadi si dear. Bertarikh 09 September.. comel sangat tarikh tu. ;) Alhamdulillah sekali lagi wia dapat sambut bufday dear lagi tahun ni even long distance but very deep in my heart. Hee..

Dear beloved BF :)
Happy Birthday to You 
Happy Birthday to my dear
Happy Birthday to you my dear..
.Hepi Bufday to YOU.

Moga segala impian dear terlaksana. Dimurahkan rezeki dan sukses selalu. Terima kasih untuk segalanya. Nota hati : Hanya DIA yg mengetahui segala rasa hati ini.. ;)

Thursday, 8 September 2011

Alahai PERUT ku..

Assalamualaikum. Pagi ni rasa penat sikit, sebab perut tak selesa dan berulang alik ke tandas je sedari sebelum subuh tadi. Sampai la pukul 7 pagi tadi, baru ok sikit. Alhamdulillah wia diberi ujian, tanda kasih sayang Allah tak penah lupa untuk hambanya yang seorang ni. # Mungkin salah makan atau terlebih banyak makan semalam, sebab semalam ada OPEN HOUSE berdekatan rumah wia.. makan sampai tak hingat itu sebabnya perut meragam.

Salah sendiri yang penuhkan perut semalam dengan pelbagai juadah yang beraneka. Sedap sedap lagi uoOls. Jawabnya kembong keras la perut pagi tadi, sampai tido terganggu. Sebab tu Islam mensarankan umatnya berpuasa enam di bulan Syawal, memang akan sihat kan tubuh badan luar dan dalam.. Kalau tak puasa, ini la jawabnya. Sakit perut dan makan banyak. Diet pun jauh ke laut. Langsung tak capai target. Besh kot tengok kakak kakak dan gegirl yang punya badan yang comei comei..kurus slim dan tinggi lampai. Jeles desitu :P

Lepas ni wajib lakukan puasa yang disunatkan dalam bulan Syawal, berpuasa nam. Bahagia tengok tok dan tok wan wia yang berpuasa dah beraya dah semalam.. Ini baru dikatakan nikmat hidup :) Harus lepas ni jaga pemakanan dan tak mau memulas seperti pagi tadi. Tak rela seksa perut cenggitu lagi..

--------------------------------------------------------
Tak sabar nak settlekan misi mencari hadiah  bufday buat dear.. dan hari ni juga insyaAllah nak buat makan makan OPEN HOUSE  untuk famili. Sekejap je masa berlalu. Tinggal kurang lagi berapa hari, wia dah nak balik sambung studi, dengan midterm test dan banyak lagi rutin biasa.

Alahai perutku, macam macam fonomena dah dia lalui. Memproses segala jenis makanan yang masuk sehingga menapis apa yang diperlukan perut dan apa yang tidak. Tuhan Maha Kuasa. Satu hari pun mestilah ia jatuh sakit. Pastinya tubuh juga akan tidak selesa. Kesian la perut ku.. # insaf dan munasabah diri. Masa makan tak hengat.. Haisss..

Kalau takmau balik bolehh..? Hadoii walhal dah ramai dah balik ke kampus masing masing. Apepun raya tetap raya selagi masih di bulan Syawal. Hee .. Okeylah selamat berblogging uoOls. Perut ni masih penuh angin laa.. Nasib tak seteruk tadi. Kalau tak lembik la wia dalam toilet ja. Tak dapat lakukan apa apa.. Have a nice day (^^,)

Wednesday, 7 September 2011

Minta Cadangan uoOls..Pleaseee

Assalamualaikum. Situasi : Hujan lebat di luar rumah. Kliat sabung menyambung. Guruh berdentum kuat sekali sekala buat hati terkejut beristighfar saat ni. Hati dan minda wia seakan ingin mengerakkan jari jemari menari di atas keyboard untuk menaip kerana tetiba tadi wia terfikirkan sesuatu semasa menjeling ke arah kalendar.. Hanya tinggal beberapa hari akan tiba hari istimewa buat sang pencinta diri ini..#Blushing. Pada sesiapa yang tahu, pasti faham apa yang wia maksudkan.

Minta Cadangan uOols..Pleasee tentang hadiah terbaik dan special buat si dear jejaka ;)
Bila dah dekat dengan hari tersebut,  fikiran wia terlintas untuk hadiahkan sesuatu pada si dia pada hari kelahirannya. Tapi entah kenapa wia tak tahu nak hadiahkan apa sebagai tanda ingatan wia buat si dear.. Sebab tu, wia menaip entri ini untuk meminta pendapat uoOls yang lebih arif lagi bernas idea untuk wia aplikasikan untuk si dear nanti. Al-maklum lah kalau nak hadiahkan pada si jejaka memang agak susah sebab tak banyak dapat kita hadiahkan melainkan beberapa jenis yang wia penah hadiahkan pada si dear.

UoOls, ada idea tak..? Bukan senang tau nak cari idea untuk kekasih hati. Naknak buat "kawan lelaki". Wia ada bertanya pendapat pada membe di FB tapi macam diorang cadangkan mahal sangat. Erk  -_____-  wia pun bukannya pekerja lagi. Wia selalunya bagi barang yang sederhana harganya tapi mudah untuk dear ingati. Apa pendapat uoOls yer untuk hadiah buat si dear kali ni. ;)
Kalau ada cadangan uoOls komen di entry ni ek.. Sambil tu wia pun nak fikirkan. Sebab masa yang tinggal kurang beberapa hari je lagi. Cepatnya masa..bila dah kehujanan cenggini. Mula la lapar..psstt jap lagi katsini ada open housee. Heee.. tapi sementara menunggu hujan reda, jom habiskan biskut raya dengan serdak nya sekali.. Sesi memboOlatkan pipi dan isi perut tong  katanya ;p

Nota : Pleaseee  tolong wia cari hadiah untuk si dear ye..
Mengharapkan pendapat dan idea uoOls..terima kasih  (^^,)

Ceritera RayaKetiga1432H

Assalamualaikum :)  Bestnya bercerita pasal raya.meh arini wia nak sambung stori pasal raya lagi lagi dan lagi. Mood raya la kata kan. Lagipun wia pun masih cuti. Hehe. Jom bercerita pasal raya ketiga yang dapat jemputan kenduri. Makan makan dan makan.. adalah tabiat yang baik untuk menggemukkan badan. Raya ketiga juga wia dapat Open House dari rumah jiran selang sebuah pintu.

Buat makan mee bandung tomyam katanya ;p Sedaapp kot sampai rasa nak menambah. Tapi disebabkan malu malu meow..wia cuma makan semangguk sudah memadai. Jangan dilayan nafsu syaitan.. hikSs. #Padahal nak simpan untuk makan kenduri. Tup tup nak bersiap, satu kereta datang menyinggah. rupanya kawan ayah dari kL..

Melayan tetamu dengan juadah yang sedia ada.. lama pulak rasanya. Al-maklum katanya dah 12 tahun tak berjumpa. Anak dia ramai kot. Sampai runtuh langsir "love" wia. Sobs sobs. Memang teruji la bila melayan tetamu yang terlalu lama bertandang sampaikan wia dan famili pegi kenduri dalam pukul 3 petang. >.< Sedangkan dia datang pukul 12.20 tengahari, kalau wia tak salah.
Berposing dengan langsir "love"
 Okey lepas tu baru gerak ke kampung :) Raya kenduri g makan kenduri dan rumah terbuka je. Kalau dah raya namanya, memang kena sediakan perut tong tau. =D Kena isi banyak banyak.  Yang pastinya berat badan wia,  hadoii berisi sakan sekara g ni.. pipi pun macam dipam pam. Memang lepas raya pun tak susut berat badan. Haishh. Tapi biar lah dulu, sekarang pantang nampak dulu, nanti baru pasang badan balik. #Kalau rajin.. sebelum ni nekad tapi tak penah buat pun. Geleng kepala laju laju.
Wia dan Nana, adik perempuan satu satunya. Ok dia tinggi dari wia.
 Okey Selamat berhari Raya uoOls.. setiap hari punya cerita tersendiri.. Malam terus beraya rumah mak teh. Eh malam tu ramai famili yang buat barbeque bakar ayam ramai ramai. Meriah, wia perasan ada dua tiga buah rumah dok bersantai ramaisambil makan makan. Psstt dulu ada juga trend bakar ayam, tapi sekarang cam menyepi dah dia tiga tahun ni. Harap tahun depan boleh sambung balik tradisi tu. Hope so.. Selamat berblogging .

Tuesday, 6 September 2011

Merdeka Raya KataNya.

Salam mood raya buat semua. Sekarang nak hapdate entri Merdeka Raya pulak. Betapa beruntungnya umat Islam di Malaysia tahun ni sambut raya bersama hari kemerdekaan 31 Ogos.. maka dengan itu gabungkan keduanya. jadi la Merdeka Raya. # Sorry even dah lambat dan basi tetap nak stori.. pelan pelan kayuh katanya ;p Boar lambat dari tak ada. Kihkihkih.

Okey kalau raya pertama wia beraya di rumah tok sebelah ayahdan sanak sedara sebelah sana. Raya kedua pulak wia beraya di rumah tok wan dan tok sebelah mak :) tema baju kaler kuning. Dan lupa pulak nak gtau yang raya pertama uoOls boleh tengok sendiri yang wia pakai baju kaler oren merah kan..

Seawal 10 pagi gerak, dan malam 31 ogos tu weouls sambut merdeka kat rumah. Lebih afdal.. dan yang pasti tetap ada bunga api tau. Cantik. Memang kalau kapung kedua dua belah mak ayah memang dekat dan tak jauh dari rumah. masing masing setengah jam je. Memang untung dan jimat kos. Parent wia, seorang anak jati pulau pinang dan seoraang anak jati kedah. Dan kalau tanya wia , negeri lain pulak. Hee =D tapi memang syok la beraya dekat dekat. Tak ada la nak berjalan jauh sangat.
Langsir tok pun sama dengan tema baju wia la =D
Bersantai rumah tok memang best sambil mengunyah makan biskut raya tengok rancangan best kat tv :) Mak sedara wia pun dekat dekat area rumah tok. Jadi kebetulan maksu Ina dan makndak jamnah buat laksa raya kedua. Memang tak dirancang tetiba sama. Biarlah yang pasti rasanya memang tak sama la.. Mengah kot keja makan dari pagi sampai ke petang. HikSss..

Selepas pegi umah sedara terdekat, bertolak ke rumah adik tok wan-atuk iaitu wia panggil toknjang Che Piah. Besh la menziarah sanak sedara. Yang best dah besaq lebaq ni pun masih dapat duit raya. Ahaks. Wia dah berumur 22 tahun kot. Haha. Mungkin tahun ni tahun last dapat duit raya. Tahun depan.. macam tak ada harapan la sebab ramai dah cop wia seorang yang dah bekerjaya. Ditambah pula malu kot nak terima duit raya lagi. rasa macam kembangg pipi semangkuk ;)
Time ni mak tolong maksu potongkan bahan laksa ;)
Petang sikit pi umah maklang buat mee kuah. Nyum nyum sedap.. berselera la makan makanan berat. Tak pantang langsung.  Diet apatah lagi. Pantang jumpa ada la ;p Malam pekena laksa lagi.. kali ni rumah makndak pula, dah dekat apa salahnya beraya sekali.. Sedap makan makan. Kenyang di perut tak henti henti. Mesti terkejut enjin perut hari tu kan..wah kemain wia refresh hari raya kedua tahun ni. Merdela tetap merdeka tapi mood raya tu yang kuat. # Banyak pulak tu filem filem besh yang ditayang. Terbaikk tau. Makan, menonton dan tido. Berat badan = Haiz meninggi kot.. tak timbang lagi. Kuikuikui.

Raya kedua pun amat bermakna buat wia sekeluarga. Makan kenyang sampai tido lena termimpi mimpi nak habaq mai kat hempa semua..mimpi indah pulak tu. Salam Merdeka Raya.. Selamat Hari Merdeka ke-54.. insyaAllah 16 september ni sambuat Hari Malaysia :")

:: 1 Syawal 1432H ::

Assalamualaikum.Heppinya raya.. (^^,) Dah lama abaikan blog. Meh la berstori pasal raya. Yabedabeduuu !! sat sat sapu debu di blog yang berminggu wia abaikan. Alolor cian la beraya sakan sampai tak sempat nak ngapdate. Nak mula kan dari mana ea.. banyak nak stori tapi xtau la nak mula dari mana ;p
Salam syawal pertama sebelum balik ke kampung.. Raya ni rasa berseri seri sebab naik kete baru. =P Sangat besh beraya di kampung. Lepas je solat sunat raya Aidilfitri, dan berjalan raya rumah jiran jiran. Petang lepas zohor, balik kampung  sebelah ayah kali ni. Makna nya dapat la duit raya. Hooyeh !! sebab famili sebelah ayah agak berlainan dengan famili sebelah mak,, nak nak bab duit raya.

Jadi yang paling heppi mesti la adik adik lelaki wia yang sangat suka kan duit raya. Alaaa macam zaman kanak kanak wia dulu. Sama je ;p time raya  kalau masa kecik kecik dulu mesti la duit raya paling part besh sekali. Sebab tu raya adalah hari yang berwarna warni dengan 1000 perasaan.

Memang besh pun raya kali ni. Yang pastinya dapat makan sedap sedap. Hari tu je pelbagai juadah masuk dalam perut nia.. sampai tak sempat rasa lapar la. Untunggnya berhari raya. Time jenjalan dan berkunjung itu meriah.. dan raya ni sangat bermakna buat wia sebab dapat berkumpul reramai bersama keluarga tercinta.

Memang ada kekurangan juga perasaan ini bila ada salah seorang famili yang sudah kembali ke Rahmatullah lapan buln yang lepas. Tapi tiap yang hidup harus teruskan dengan gembira meraikan minal aidil wal faizin.. Syukur ayah wia masih bersama kami sekeluarga meraikan raya yang jatuh 30hb Ogos tahun ni.. kan bulan mac yang lepas bertarikh 30 Mac ayah eksiden teruk dan sekarang dah makin sembuh :")
Okey SelamatBerhariRaya semua  ;)
Raya Pertama memang besh..!!! Heee
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi