Balik je dari kampung, sampai petang semalam. Malam tu, tekak rasa sakit dan perit.. baru teringat yang wia ada buka penutup air cond dalam bas semalam. Mungkin sebab tu rasa tekak kering. Tambahan wia kurang minum air pulak. Bertambah la virus flu dalam diri. Senang la merebak virus dalam air cond sebab ada seorang penumpang semalam, dari bertolak sampai nak sampai, batuk tak berenti. Mungkin dari situ juga wia dapat virus tu. Kan mudah berjangkit. #Antibodi lemah..
Ok bercerita pasal menghias bilik. Hari ni wia tekad nak pasang langsir baru yang wia tengok cantik dipasang dalam bilik. Ok mencari langsir di rumah, memang susah. Nasib teringat yang housmate terjumpa langsir merah putih yang masih cantik dalam satu bungkusan plastik dekat balkoni ruang tamu. Bila ditanya semuanya tak tahu, fikiran wia mungkin ini langsir penyewa lama atau tuan rumah sendiri. Memang kotor sebab lama tak guna..Bila cuaca pun cerah elok, wia pun terus rendam langsir selama sejam..sambil mencuci baju yang dipakai semalam oleh cik jepun kita. Kihkihkih.
Terus cuci dengan cik Jepun juga memandangkan kudrat nak memerah dan membilas tak terdaya dek badan. Baik gunakan kemudahan teknologi yang tersedia. Tak sampai setengah jam.. selesai untuk disidai di ampaian. Terima kasih ya Allah kerana mudahkan semua ini..Selesai menjemur tadi wia terus santai setelah lunch simple. Biasa la dah dok rumah sewa ni, makanan pun dah jadi sebujang yang mungkin ;p Jimat katanya.. Mata pun ngantok yang amat..terus terlelap lepas tengok melodi.
Bangun dalam pukul 3 petang terus solat dan terus ke kedai beli barang dapur yang dah habis. Tapi banyak stok barang mini runcit bawah blok ni dah tak ada. Hadoii. Alamatnya beli esok aje laa..tapi wia beli je barang yang habis tapi masih ada kat kedai tu, supaya esok tak la banyak sangat kena beli kat kedai runcit bawah sana. Masa on de way nak ke kelas.. Oh esok kelas dah mula semula. Mood datang la mood studi dan mood midterm test.
Ok memandangkan petang dah pun nampak pokok hujan, cepat cepat wia angkat kain di ampaian balkoni. Siap siap nak melipat kain dan memasang langsir yang dah kering, bersih dan wangi lagi. Nampak macam baru gittu ;) Terus masukkan besi dan adjust sikit apa yang patut.. then..jeng jeng jeng
T A A R A A A A A.....
Ini la langsir merah putih yang siap di pasang di jendela bilik sewa wia ;) |
Cadar pun baru tau uoOls. Suka sangat dengan cadar kali ni. Nampak feminin. Cadar lama dah ditinggalkan kat rumah. Keselesaan dirasa oleh chito si teddy kesayangan dan tuan puterinya, Cik empunya blog ;) |
Tido malam pun lena dibuai mimpi indah. Hehe.. Ok untuk pengetahuan uoOls masa bulan puasa dan sampai la nak masuk sebulan wia menyewa disini. Wia langsung tak pasang langsir. Tak terfikir pun. Apa yang terjadi, siang memang panas bila mentari masuk menyinar..mata pun berpinar. Bilik jadi panas. Malam pula baring terus nampak bintang dan bulan ;p Serius memang tak takut. Walhal seminggu sebelum balik kampung beraya wia stay sensorang. Memang tak rasa apa apa walaupun tak pasang langsir. Tapi samoai bila tak berlangsir kan.
Sebab tu hari ni wia nekad, cuci langsir yang sedia ada dan masih cantik lagi ni. Merah lagi mak long.. baru la rasa macam bilik yang baru. Roomate wia pun kebetulan belum bertentang mata dan balik lagi. Jadi wia sensorang la kemas bilik. InsyaAllah nanti dan comei untuk dipertonton di public, wia akan share dalam blog picisan wia ni ek ;) Oh sebelum terlupa, rumah sewa wia sekarang dan dulu memang tak ada katil.. tapi wia selesa, sebab tilam yang tebal berapa inci ni entah. Janji wia selesa untuk studi dalam bilik ni. Yang pasti bilik sewa dan rumah ni lagi selesa dari bilik sewa yang usah disebutkan lagi tu sebab wia sendiri yang decorate. Tambah ruangnya lagi besar sampai wia boleh juga masukkan meja studi, almari kain dan box pakaian. Heee.
Lain kali wia tunjukkan bilik yang full ek. Masih tak pandai cari sudut yang sesuai untuk snap gambar bilik. Sekarang wia sangat puas hati dan sampaikan rasa macam nak stay sensorang dalam bilik nia.. Ok bilik lama yang dipasang langsir merah putih. Cadar baru.. i loikeeee. Suasana yang tenang untuk studi. Selamat berblogging uoOls. #Sakit tekak wia sekarang ni, dah sekarang tengah mengulum dan hisap strepsils regular, kaler merah juga ;p Ceria selalu dan doakan kesembuhan wia sebab wia paling tak suka flu.
Wah untungla smua baaru..pas ni dh tk da excuse dh nk bermalas-malasan..kihkih
ReplyDeleteNak teddy tu bole ?? ;)
ReplyDeletewah lawa jugk eh langsir merah putih tuhh...to yang spe punye masih dlm misteri ae...hahaha
ReplyDeletesume tukar baru yerp...meriah la bilik kamu tuh KN :D....pepOwn semOga cepat sembut ye wia :D
rajin nya wia mengemas heheh..tapi kan kadang tu rasa best jugak kan bila tinggal umah sewa tyme stdy..lebih2 lagi kalo tyme tu sewa sorang2 jer..apa nak buat buat jer hehhe
ReplyDelete@ azrina JR Hehe :D boleh laaa.. meriah sikit rasa nya.. insyaAllah.. dah tak ada alasan ea ;)
ReplyDelete@ Ain boleh.. tapi dapat yang tak sama.. nak ;) :P
ReplyDelete@ ctk Hehe haah masih dalam misteri..agak meriah dan selesa juga la sekarang :)
ReplyDeleteterima ksih doakan kesembuhan wia :) ;;)
@ lieya_idlia2307 xde la rajin..ikut mood juga sebenarnya.. haah best sangat kalau menyewa sensorang, tapi berdua pun ada baiknya kan ? ;)
ReplyDelete