Wednesday, 7 September 2011

Ceritera RayaKetiga1432H

Assalamualaikum :)  Bestnya bercerita pasal raya.meh arini wia nak sambung stori pasal raya lagi lagi dan lagi. Mood raya la kata kan. Lagipun wia pun masih cuti. Hehe. Jom bercerita pasal raya ketiga yang dapat jemputan kenduri. Makan makan dan makan.. adalah tabiat yang baik untuk menggemukkan badan. Raya ketiga juga wia dapat Open House dari rumah jiran selang sebuah pintu.

Buat makan mee bandung tomyam katanya ;p Sedaapp kot sampai rasa nak menambah. Tapi disebabkan malu malu meow..wia cuma makan semangguk sudah memadai. Jangan dilayan nafsu syaitan.. hikSs. #Padahal nak simpan untuk makan kenduri. Tup tup nak bersiap, satu kereta datang menyinggah. rupanya kawan ayah dari kL..

Melayan tetamu dengan juadah yang sedia ada.. lama pulak rasanya. Al-maklum katanya dah 12 tahun tak berjumpa. Anak dia ramai kot. Sampai runtuh langsir "love" wia. Sobs sobs. Memang teruji la bila melayan tetamu yang terlalu lama bertandang sampaikan wia dan famili pegi kenduri dalam pukul 3 petang. >.< Sedangkan dia datang pukul 12.20 tengahari, kalau wia tak salah.
Berposing dengan langsir "love"
 Okey lepas tu baru gerak ke kampung :) Raya kenduri g makan kenduri dan rumah terbuka je. Kalau dah raya namanya, memang kena sediakan perut tong tau. =D Kena isi banyak banyak.  Yang pastinya berat badan wia,  hadoii berisi sakan sekara g ni.. pipi pun macam dipam pam. Memang lepas raya pun tak susut berat badan. Haishh. Tapi biar lah dulu, sekarang pantang nampak dulu, nanti baru pasang badan balik. #Kalau rajin.. sebelum ni nekad tapi tak penah buat pun. Geleng kepala laju laju.
Wia dan Nana, adik perempuan satu satunya. Ok dia tinggi dari wia.
 Okey Selamat berhari Raya uoOls.. setiap hari punya cerita tersendiri.. Malam terus beraya rumah mak teh. Eh malam tu ramai famili yang buat barbeque bakar ayam ramai ramai. Meriah, wia perasan ada dua tiga buah rumah dok bersantai ramaisambil makan makan. Psstt dulu ada juga trend bakar ayam, tapi sekarang cam menyepi dah dia tiga tahun ni. Harap tahun depan boleh sambung balik tradisi tu. Hope so.. Selamat berblogging .

2 comments:

  1. Muka Wia sama sebijik ngn adik Wia..mcm kembar!..hehe. Thanks sudi dtg berkunjung. Kita dh follow awk da...hit me back ya klo blum.

    ReplyDelete
  2. yeke.. Hehe.
    Ramai dah yg cakap camtu :) terima ksih ye ;))
    ur welcome.. orait

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi