Saturday, 10 September 2011

Balik Dari Kampung Paling Terkilan :'(

Assalamualaikum. Selamat sudah sampai di bumi Selangor Darul ehsan tepat pukul 5 petang tadi.. Memang cepat masa berlalu. Terasa baru semalam balik kampung, hari ni dah balik mai sini. Pagi tadi, satu famili hantar wia ke stesyen bas. Heppi sangat ! :) Sebab selalunya wia kena naik bas sendiri dari rumah untuk ke stesyen bas tu. Sedih hanya Allah yang tahu.

Tambah pulak selalunya adik adik bersekolah untuk hantar aku pulang. Berlainan hari ni, ayah kebetulan bercuti ganti katanya. Sebab minggu lepas, ayah terpaksa keje even time cuti raya ayah tika itu. Memang lucky wia sebab kebetulan hari ni juga hari Sabtu dan bukan Ahad, maka adik adik lelaki wia, si Badrul dan si Pali tak la sekolah. Jadi siapsiap pukul 10.10 pagi bertolak dari rumah.

Bas dari tiket wia menunjukkan pukul 11 pagi. Sempat la ayah drive secara berhemah untuk sampai ke stesyen yang ambik masa 40 minit untuk sampai. Perasaan wia tika itu hanya tuhan yang tahu, rasa heppi macam nak keluaar beraya je rasanya. Sebab keluar satu famili, padahal nak hantar wia balik belajar. #Perasaan berbaur tapi tetap heppi sebab famili dapat hantar kali ni. Sobs sobs.

Syukur sebab sampai ke stesyen bas, elok sedang je masanya. Ayah pun tak rushing, bas pun kebetulan tak sampai lagi. Kemudian, wia buat check tiket di kaunter untuk confirm. Dapat la cam biasa sebotol air kecil mineral dan tisu muka..tapi luck wia juga kali ni kak kaunter tu bagi seat wia yang mulanya seat 22 yang agak belakang kepada seat 13 ;) Dibahagian tengah, seat single privasi tetap sama. Dalam hati tak habis rasa lega sebab tuhan permudahkan satu per satu. Duduk sembang sembang ngan mak, terserempak dengan maksu dan mak teh sebelah mak juga tengah jalan bersama sama anak dara masing masing. Lagi la tak sangka, jumpa sedara sendiri. Hari ni banyak sangat kebetulan yang Allah temukan pada wia :')

Lepas bersalaman dengan mak sedara yang berdua  dan sepupu sepupu yang pandai bergaya dah sekarang ni;p Sepuloh minit kemudian, bas wia pun sampai.. Ayah pulak turun je dari kereta tadi terus menjinjing beg comei yang wia tak pasti apa barang dalam nya..buat wia rasa cemas sekejap. Sebab takut bas bertolak, tak sempat salam ayah dan adik adik yang ikut bersama tadi. Cepat wia capai phone nak call ayah supaya cepat mai ke tempat ke stesyen bas.

Sementara menunggu ayah datang, wia pun nak masukkan beg dalam perut bawah tu, tetiba tengok pasai apa ramai sangat katsitu, rupanya sebelah pintu lagi tak boleh buka. Nak masukkan beg pun tak boleh.. Nasib wia bawa beg sedang je, terus naik atas. Mak pun naik sama tolong bawakan bekal kat wia bersama air botol mineral tadi.. Terhaaru sangta mak take care camtu. Tengok atas bas pun dah ramai orang. wia tak tahu yang mana satu no seat. Serius. Berapa kali naik bas pun selalu blur dengan seat. Kihkihkih. Dapat la tempat duduk single. No seat 16, salah tempat ni..

Rupanya bila mak tolong tanya kan katmana nak tahu no seat, tengok kat tempat letak tangan di kerusi. Baru la ada nombor :) Eh seat wia kat depan aje laa. Dah ada orang. Katanya dia pun bertiket no 13. No komen terus wia dok tempat yang berseat 16 tadi. Mak pun susah hati takut wia salah tempat. Wia cakap tak apa la mak.. jom turun, nak salam ayah dan adik adik sebelum bas bertolak. Lepas bersalam dan cium dak kecik Badrul, dan  sempat pesan pada Fadli suruh dia buat exam PMR nanti leklok. Wia terus naik atas..takut kena tinggal bas punya pasal, dan ada barang berharga wia juga. Sebab tadi turun selai sepinggang.

Dalam 5 minit bas bertolak..Terus lambaai lambai tanda selamat tinggal. Ramai juga penumpang hari ni. Kebanyakan perempuan. Wia ada bawa bekal nasi dan ayam goreng.. dah 4jam dalam bas, memang terasa lapar dan makan suap sikitsikit supaya dapat alas perut. Habis dua ketul kecil ayam gorng wia makan. Makan atas bas saja. Malu juga takut berbau ke, tapi wia buat dek je..sebab bas tu tak berenti2, rupanya nk berenti kat Slim River. Hadoii.. lama menahan kot nak membuang air kecil.

Perjalanan diteruskan, wia sendiri tak perasan berapa kali terjaaga dan berapa kali tertidur dalam bas. Akhirnya sampai la di tanah Shah Alam. Huuu, tak beshnya. T_T. Suasana baru lepas hujan..bas pulak tak masuk stesyen, berenti tepi jalan. terpaksa melintas nak naik teksi. Nasib beramai ramai sebab jalan sangat sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Sampai kat teksi, memang banyak, ada la kejadian jadi taak jadi. Tolaak menolak penumpang oleh pemandu melibatkan wia. Nasib ada yang sudi hantarkan.. syukur :') Sampai la wia di rumah sewa, rumah kedua nia untuk teruskan studi dan habiskan semester.

Masuk rumah sewa, sunyi sepi macam tak ada orang tapi rasa macam orang ada selama ni sebab barang macam diguna je. Lepas menyapu dan mengemas. Bersihkan diri dan solat.. baru wia teringatkan sesuatu . Buat wia TERKILAN dan TERALAT kata orang kedah sampai saat wia menaip tika ini..Bukan wia terkilan sebab tertinggal barang..
Wia tersedar yang wia tadi tak peluk cium pipi mak dan bersalam saat wia nak naik bas pagi tadi. Ya Allah.. sampai tahap tu wia punya tak perasan. T___T Mak....apa la yang mak rasa saat tu. Patut la wia rasa seakan tertinggal sesuatu saat naik bas tadi. Tapi masih tak perasan apa .. Rupanya wia sendiri tak perasan belum atau dah bersalam dan cium pipi mak. Sungguh wia menitis air mata saat ini. Lepas solat terus wia call mak bertanyakan pada mak apa yang wia tersedar dan terkilan tadi..Kenyataan ya memang betul. Mak pun perasan wia tak bersalam sebelum beraangkan pulang. Ya Allah.. hati ini sebak. Kenapa sampai cenggitu wia boleh tak perasan :'( Mak.. dah perasan tadi kenapa tak panggil.. Tapi wia marahkan diri kenapa boleh lupa sampai macam tu sekali. Sungguh sesal dan ralat rasa hati ini terasa seperti ingin putar kembali masa. #Nangis..
Balik Dari Kampung Paling Terkilan :'( Kedah ke Shah Alam. Harap harap kejadian cenggini menjadi iktibar dan tak berlau lagi. Sumpah wia sedih, Betul wia terkilan saangat. Mesti mak sedih.. wia homesick tetiba bila terfikir. Cepat minta maaf kat mak dah tadi. harap mak faham.. walaupun wia tahu mak sedih, cepat cepat mak tukar topik tadi. Ok, wia dah sebab meninggi, kolam mata dah bergenang air mata..dan terus menitis ke pipi..Sayunya hati. Sungguh terkilan pedih rasa hati ini.. nasib setiap hari wia curi cium mak walaupun mak geli, tapi wia tahu di lubuk hati mak, mak suka :'*

Ok tak dapat menaip lagi.. Heppy berblogging uoOls. P/s : Mak beli phone baru tadi even wia tak sempat tengok tapi bila google tadi, dah dapat bayang henphone baru mak. Mak.. kak minta maaf dan takkan berulang lagi. Sampai sekarang wia salahkan diri. air mata tak henti menitis. Cemana boleh tak perasan dah salam mak ke blum. Moga rasa bersalah pada mak dapat dihilangkan dan tak sabar mencium tangan mak. Mula counting day untuk balik kampung dan pangkah tarikh dalam kalendar cam selalu. >.< "

3 comments:

  1. always koling2 mak nnt...xde la rs guilty n homesick sgt..

    follow awak yer..

    ReplyDelete
  2. Terima ksih yumida..
    yup wia akan selalu buat cenggitu :)

    sangat hargai.. ;)

    ReplyDelete
  3. wahhh...rapatnyer dy ngan mak....ank yang baik...btOi kata yumida tuh...tepOn la mak selalu k :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi