Saturday, 17 September 2011

Welcome Roomate & Besties Book.

Assalamualaikum. Seronoknya cuti panjang. Siap isytihar hari berkawan baik dengan buku lagi. Hee.. Biasa la dah midterm. Ada test dan quiz siap dengan asaimen projek. Mesti la berbesties dengan buku. Kan uoOls..?? Eh kalau membe yang lain baru naik sem lepas cuti panjang, wia dah midterm. Biasa la, U lain lain. Yang penting tak sabar nak habis studi dan konvo. Lepas tu sambung balik. InsyaAllah. Itu semua perancangan. Pelan pelan kayuh katanya. Umur pun masih muda trang tang tang ;p

Harus la belajar dan kejar kejaran dengan buku dan kelas selagi mood belajar masih segar di minda. Waaa semangat hang wia.. Biasa la tengah ambik mood di hari yang besh ni. Cuti la kata kan ;p Okey hari ni yang tambah heppi sebab roomate wia pun dah mai dah arini. Mau tak syok. Malam ni meriah la bilik sebab member sebilik ni dah masuk. Tengahari tadi baru sampai  dengan mama dia. Mama dia pun peramah. Orang Melaka katanya. kalau sebelum ni wia asyik bersms je dengan dia. Hari ni baru dapat bersua muka. Hikss. Seorang yang tinggi. Pakai lens barbie doll. Mama dia sangat caring.. Beshnya kalau jadi ank bongsu kan. Terharu sat tengok auntie tu dok tolong kemas barang ank dia. Bertuah badan :)
Bukan apa, sebab mak wia sendiri pun tak penah kemas barang wia camtu. Yela anak sulong kan...adik pu  ramai kat belakang. situasi mestilah berlainan. Apepun besh la tengok auntie tu tadi Sekarang bilik wia dah wangi. Bau ampi pure lagi ;) Fresh sangat uoOls. Even mula mula tadi cam pening lalat sikit sebab tak biasaa, tapi lama lama rasa macam wah.. cool !!. Kehkehkeh. Sekarang bilik pun dah disusun atur. Kemas je rasa. Untunggg dapat romate seorang mascom.Bukan sebab dia seorang student mascom dia pembersih dan kemas tapi.. nak tahu tak..psst gossip sikit ;)

Wia nampak dia bawa senapang dia la ;p Kamera EOS Nikon.. Jeles disitu. Bila la agaknya nak dapat yang sendiri kan ;) Kamera DSLR siapa tak berkenan. Nak nak seorang blogger yang harus ada bahan bukti kan. Setakat yang mampu kamera henfon je yang lepas. Alasan, belum bekerja dan masih belajar. Yang penting semuanya pelan pelan kayuh. Biasa la, nak capai impian yang mewah, harus ada angan angan yang tinggi. target tuu..

Maka dah genap la penyewa dalam rumah sewa wia sekarang ni. Enam orang semuanya. Kalau bilik master room ada 3 orang, bilik tengah ni yakni bilik wia ni dua orang dan bilik sebelah bilik air seorang. Sebab memang bilik tu kecik sangat. Okey nak kenalkan sorang sorang memang taak ada lagi gambarnya pun..sebab belum buat sesi photo | shoot lagi. Tapi mana tau suatau hari nanti kan..? ;)
Wajah mood raya dulu.. Gmbar housiee lain kali ek..Kih3
Cuma wia boleh sebut nama depa semua yang menjadi housmate wia sekarang. Okey kalau kat bilik master, ada eyda, fifah dan asnie. Kalau bilik tengah wia dan syaz. Yang dok sensorang dalam bilik, Nisa namanya. Merangkap ketua la yang kutip duit sewa dan jurucakap wakil serumah untuk discuss apa apa dengan tuan rumah. Ahaaa panjang lebar wia terangkan ek. InsyaAllah isnin ni tuan rumah datang dah boleh la settlekan masalah yang ada. Tak banyak pun tapi ada effect la juga kalau tak settle kan. Ni dah ramai, besh la sikit. Tak macam rumah masa mula mula wia masuk dulu. Sangat messy.. dan sekaraang dah boleh tarik nafas legaa. Weeee :D

Okeylah selamat berblogging uoOls. Ngap biskut raya yang berbaki je dulu, walaupun kempunan ngap pizza..Doakan wia untuk test ye kengkawan. P/s : Jom sambung edit header baru..ngee ;p Sebab dah puas menulis nota tiga chapter rini..Hee # Alasan !! dan mudah mudahan maksu selamat bersalin..;)

2 comments:

  1. wahh meriah la lapas nie kan umah sewa wia...doakan yang terbaik untuk midterm wia erk...chayok2

    ReplyDelete
  2. terima kasih lieya.. dan mmg meriah pun ni..Hehr ;;) :D

    amin.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi