Thursday, 16 May 2013

Terima Kasih Cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum ...
16 Mei setiap tahun mesti menyambut hari guru. 
Selamat Hari Guru buat semua cikgu 
cikgi, murobbi, ustaz dan ustazah..
apapun panggilan, moga tabah dan bersabar selalu
dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berjaya.

Selamat Hari Guru terutama cikgu yang telah mengajar saya. 
TERIMA KASIH Cikgu..tak mudah aku lupakan jasa kamu itu :)

"Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu
huruf maka dia adalah GURU ku." - Saidina Ali.

Semasa di bangku sekolah rasanya sangat nostalgia..
nakal-nakal manja, di asrama mahupun sekolah.
Masa tecik-tecik gigih masuk pertandingan mewarna.
Wahh semua tu kenangan. Dan semua orang punyai
cerita dan kenangan yang tak boleh dilupakan.. Allah..

Tapi itu la..masa dah lepas, baru nak dikenang-kenang..
Lumrah manusia. Masa tengah alami, talk sabar nak masuk U..
dah masuk U teringin balik nak masuk sekolah. Yeke? Hikhik

Kalau boleh wia nak balas jasa guru yang banyak mengajar
apa itu kira kira dan membaca. Guru tadika mahupun guru tajwid
juga termasuk guru yang mmbimbing wia 
sampai menjadi seperti sekarang ;)

Zaman sekolah paling seronok. Ramai kawan sebaya.
pakai baju seragam. Belajar sama-sama.
Cikgu mnegajar dan kita belajar..
tapi wia tak ditakdirkan menjadi guru...
Berbanggalah bagi mereka yang terpilih menjadi guru.

Ok, wia seronok tengok sekolah-sekolah
meriah ngan sambutan hari ni.
yang penting cara kita menghargai guru tersayang kita kan..
Tanggungjawab sangat besar.. Moga para guru di luar sana
terus berkhidmat mengajar sehingga hujung nyawa..

Sekian, teringin nak pakai baju sekolah semula.
Meh godek-godek gambar dalam folder kot-kot
ada gambar sesat time sekolah dedulu ;p

wia dan bestfriend, imah ;)
Ada pun boh sekeping besaq-besaq tanda cekk rindu
zaman di bangku sekolah..teehee. Maaf..
Serius rindu sesangat!

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi