Wednesday 28 September 2011

30 Syawal 1432H - Raya Posa 6


Assalamualaikum  dan ceria selalu:)
Heppinya dapat juga puasa enam di bulan Syawal, dan akhirnya  wia raya puasa nam uoOls pada tepat 30 Syawal esok. Hari last raya la katakan. Syukur dapat laksanakan puasa dengan sebaiknya tahun ni..Kalau sebelum sebelum ni tak penah buat, tahun ni wia dapat satu keinsafan untuk laksanakan puasa nam pada Syawal kali ni. Akhirnya berjaya dengan izinNya..Alhamdulilah :)
Kategori biskut raya ;) Agar agar keringg. Jarang jumpa dah sekarang ni tau. Wia suka makan, satu satunya yang boleh diperolehi di kampung sebelah ayah sebab tok ni setiap tahun menjadi tradisi buat agar agar kering ni :)
Esok raya memang sinonim dengan makan. Jadi kebetulan, esok member serumah ada ajak makan makan dengan kampus dia sempena apa wia tak pasti lagi, tapi kalau jadi memang rezeki beraya last tahun ni la kan..Tapi kalau tak jadi harus ceriakan diri dengan makan makan sendiri sebab ngidam laksa dan cendol pulut gerai tepi jalan kat seksyen 7 ni.. Sedapp sangat !! Jangan pandang pada gerai tepi jalan tau,, sebab ni gerai femess dekat budak UiTM dan staff dan budak Unisel jugak . Teehee

 Bila raya mesti seronok sebab tu, bila betul betul lakukan ibadah baru puas rasanya merayakan kemenangan. Agak agak kalau dekat kampung wia rengek kat mak ke tok tak suruh buatkan ketupat seketul dua. Dengan rendang ayam atau gulai daging, sedapp sangat tu :') Utk pengetahuan uoOl, hari ni pun mak wia ada open housee utk semua guru kafa dan seangkatan dengannya. memang betul betul last raya kan.,. Sebab tu la orang cakap raya sebulan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Islam yang baru. Cepat masa terasa seakan semalam baru berpuasa, hari ni baru nak raya dan esok dah masuk bulan Zulkaedah.
Sengaja letak gambar raya ke3 ni sebab nak ambik mood hari raya last tahun ni =p
Dah nama pun beraya, malam tadi dah member serumah baru balik dari rumah kakak dia, dan kebetulan wia dan roomate ada di rumah sebab yang lain ada hal masing masing. Rezeki tengah malam, dapat la merasa makan seketul ayam kentuki dan sehiris kek bufday anak sedaranya kott.

Yang penting rezeki jangan ditolak. Tengah malam, orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Wia dan roomate makan makan sambil temankan member serumah tadi berkemas barang dapur yang baru dibeli. Syukur, alhamdulillah. Puasa nam dan puasa ganti dah settle ! Hehe. Okey semoga urusan uoOls dipermudahkan, dan mudah mudahan rezeki wia bertambah setiap hari. Amin .

P/s : Seminggu ni kerap bermimpi yang kadang tak masuk dek akal..mimpi mainan tido kan. *tetiba..

2 comments:

  1. Anonymous10:57 am

    agar2 kering, jarang jumpa skrg ni =D

    ReplyDelete
  2. tringat ms zmn u lak.pantang tolak rezki mkn dr kwn....hepinya wia raya ye...akak dpt puasa 5 hari..wia dpt 6..tahniah la.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi