Thursday 8 September 2011

Alahai PERUT ku..

Assalamualaikum. Pagi ni rasa penat sikit, sebab perut tak selesa dan berulang alik ke tandas je sedari sebelum subuh tadi. Sampai la pukul 7 pagi tadi, baru ok sikit. Alhamdulillah wia diberi ujian, tanda kasih sayang Allah tak penah lupa untuk hambanya yang seorang ni. # Mungkin salah makan atau terlebih banyak makan semalam, sebab semalam ada OPEN HOUSE berdekatan rumah wia.. makan sampai tak hingat itu sebabnya perut meragam.

Salah sendiri yang penuhkan perut semalam dengan pelbagai juadah yang beraneka. Sedap sedap lagi uoOls. Jawabnya kembong keras la perut pagi tadi, sampai tido terganggu. Sebab tu Islam mensarankan umatnya berpuasa enam di bulan Syawal, memang akan sihat kan tubuh badan luar dan dalam.. Kalau tak puasa, ini la jawabnya. Sakit perut dan makan banyak. Diet pun jauh ke laut. Langsung tak capai target. Besh kot tengok kakak kakak dan gegirl yang punya badan yang comei comei..kurus slim dan tinggi lampai. Jeles desitu :P

Lepas ni wajib lakukan puasa yang disunatkan dalam bulan Syawal, berpuasa nam. Bahagia tengok tok dan tok wan wia yang berpuasa dah beraya dah semalam.. Ini baru dikatakan nikmat hidup :) Harus lepas ni jaga pemakanan dan tak mau memulas seperti pagi tadi. Tak rela seksa perut cenggitu lagi..

--------------------------------------------------------
Tak sabar nak settlekan misi mencari hadiah  bufday buat dear.. dan hari ni juga insyaAllah nak buat makan makan OPEN HOUSE  untuk famili. Sekejap je masa berlalu. Tinggal kurang lagi berapa hari, wia dah nak balik sambung studi, dengan midterm test dan banyak lagi rutin biasa.

Alahai perutku, macam macam fonomena dah dia lalui. Memproses segala jenis makanan yang masuk sehingga menapis apa yang diperlukan perut dan apa yang tidak. Tuhan Maha Kuasa. Satu hari pun mestilah ia jatuh sakit. Pastinya tubuh juga akan tidak selesa. Kesian la perut ku.. # insaf dan munasabah diri. Masa makan tak hengat.. Haisss..

Kalau takmau balik bolehh..? Hadoii walhal dah ramai dah balik ke kampus masing masing. Apepun raya tetap raya selagi masih di bulan Syawal. Hee .. Okeylah selamat berblogging uoOls. Perut ni masih penuh angin laa.. Nasib tak seteruk tadi. Kalau tak lembik la wia dalam toilet ja. Tak dapat lakukan apa apa.. Have a nice day (^^,)

4 comments:

  1. ckp psl balik..kak mia 10hb ni pun hantar adik kat shah alam..dh nk masuk U kan??? smeoga wia dpt cari hadiah yg terbaik utk ur sweet love

    ReplyDelete
  2. saya pulak memang tak pernah buat puasa sunat yang puasa enan bulan syawal tuh...huhu :P

    ReplyDelete
  3. @ Mia-Ina yeke kak.. :)sama la dengan wia.. Okey dah daoat dah hadiah untuk bf .. ;)

    ReplyDelete
  4. @ ~Nana 귀여운~ Nanti2 cuba buat ye, sekali dengan puasa ganti.. mesti dah cuba nanti rasa best tau puasa nam ni :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi