Friday 23 September 2011

Bakso.. Ololo Setelah Sekian Lamanya ;)


Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari uoOls..
Beshnya dapat jenjalan hari ni. Kira macam sambil makan angin sambil cuci mata la. Okey sebelum tu nak dijadikan cerita hari ni wia tak tersedar nak bangun sahur even dah set kunci jam untuk kedua dua henfon wia..Nampak je macam henfon dua tapi bukan lah henfon yang canggih manggih. Cuma Nokia biasa yang bila dihempuk pun tak kecai..Hee.. Tapi tetap sayang sebab keduanya pemberian orang orang tersayang :)

Bila dah kempunan pun tercapai, mesti lah nak share dalam blog kesayangan. Kan kan kan.. uoOls pun mesti cenggitu. Sebenarnya tekak wia dah lama kempunan nak makan Bakso. Dulu time belajar kat Bestari Jaya boleh la makan bakso kalau teringin. Pi ja beli kat Pasar malam setiap hari Isnin setiap minggu. Pasti dapat merasa.. tapi bila dah berpindah ke Shah Alam 5 bulan lepas.. baru hari ni tercapai hajat dihati. Sedapp pulak tu..memang berbaloi baloi tekak wia dapat rasa makan untuk berbuka puasa hari ni.. Syukur :')
Gambar dari henfon Nokia kesayangan katanya :)
Sedappnya meat ball ni tau.. Yummy!!
Memula nak cakap maaf gambar tak diedit dan di rotate. Gini la jadinya ;p Okey ini la bakso yang wia makan dan cakap kan tue...Sedap sangat meat ball dia even ada tiga biji je tapi sedapp tu sampai rasa sayangg sangat nak makan. Wia tak tahu katmana dekat Shah Alam ni yang bakso dia sedap sedap..tapi yang kali ni makan agak mabeles juga rasanya. Dah cukup nikmat. Beshnya dapat menketedarah Bakso.. rasa meat ball dia betul betul fresh daging segar. Sampai sekarang rasanya masih terasa di tekak wia ..Hehe.

Alhamdulillah, hari ni puasa yang ketiga dah. InsyaAllah nak langsung sampai puasa keenam di bulan Syawal sementara masih sempat. Sebab tinggal kurang beberapa hari lagi, bulan Syawal bakal melabuhkan tirai. doakan tiada halangan untuk wia berpuasa enam yang di ibaratkan seumpama berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah.. sesama la kita grab pahala banyak banyak ye uoOls. Harapan wia juga lepas ni dapat lepaskan makanan idaman lain pulak dan psst tak tertinggal sahur. Amin =)

Okeylah tadi sebenarnya wia dibawa jenjalan sekitar UiTM Shah alam oleh housii wia Afifah atau fifa. Nak tahu apa dan kenapa wia pegi sana , tunggu entri seterusnya ek. Heppy blogging uoOls. Salam hujung miggu. Teehee. Rindunya famili even baru 2 minggu dok sini..Hapdate# Baru je lepas sembang ngan fon dengan mak. Sekarang nak blogwalk blog hempa semua. Ceria selalu !

5 comments:

  1. aku tak pernah makan lg bakso.. best ke?

    ReplyDelete
  2. wohooo baksooo..suke2..hehhe kalo kat sabah nie wia bakso memang fofular hehhehe...paling sedap bakso daging...sama macam yang wia makan la hehehhe....lagi sedap kalo letak satu biji telur rebus...mabeles heheheh :D

    ReplyDelete
  3. kalau bakso..kite suke tang bebola tu je..haha

    ReplyDelete
  4. waaaa..rindunye kt bakso..yum yum..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi